CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, August 26, 2011

Ucapan Hari Raya dari Perantau

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua


Dari pelajar-pelajar Universiti Tokyo




Dari pelajar-pelajar Universiti Musical




Dari pelajar-pelajar Universiti Mesir



Thank sayangs!
Selamat Berpuasa Semua.


Tata!



















Oppppppsss! Aku belum buat ucapan lagi, takkan dah habis entry.. Huhuhu (._.*) Yang kat atas tu ucapan undersea. Ya, undersea. Bukan oversea okeh. Tapi aku punya ucapan bukan undersea atau oversea.. Tapi ucapan entrysea. Eh?

Kad raya macam dah tak relevan je lagi kan.. Dulu kemain lagi beli kad raya, setem, lepas tu bila dapat kad raya hias kat dinding rumah bila raya. Sekarang? Malas beli ke atau malas nak menulis aku pun tak tau. Tapi ayah aku still dapat order buat design kad raya utk ADUN ke Ahli Parlimen ke aku tak pasti pulak. Lebih kurang gitu la.. Selalunya pangkat2 mcm tu kena la berkad-kad.. Takkan nak pakai sms. Nanti rakyat kata 'cikainya'. Tapi kalau macam kita-kita ni takpe.. Sebab memang cikai pun. Wahhahaha..

Cakap orang, aku pun sama. Mana ada beli kad raya untuk kawan2. Kepala otak ni letak mana ntah. Bukan nak singgah mana-mana pi carik kad raya. Pemalas betol. Last aku bagi kad raya zaman sekolah tingkatan 6 dulu. Tak pakai setem. Lukis setem (tu kerja aku la tu). Sekarang ni errrr.. Aku bagi ucapan kat sini jela eh.. Dasar pemalas sekali lagi. Pedulik. Hehehe!




Dengan Ingatan Tulus Ikhlas,


Kepada follower blog Little Rabby yang ntah hape-hape ni, terima kasih kerana sudi mem'follow' blog LR walaupun korang dihadapkan dengan cerita-cerita hampeh, suam-suam kuku, perahsan sendiri dan seterusnya. Selamat hari raya bloggers semua.

Kepada silent readers, korang memang terbaik. Baca blog aku senyap-senyap. Tak baek tawwww.. Bikin gempak je korang ni. Silent reader lagi ramai dari follower. Ahahaha.. Takpe.. Korang suka, korang baca. Selagi ada feed back dari korang walaupun silent readers, semangat nak menaip tu semakin kuat. Walaupun hampeh. Kalau nak sebut nama sorang-sorang memang lebam.. Tapi aku sgt appreciate dengan Kak Wan (ofismate En Gaban), tenkiu akak sebab gigih baca blog saya (._."). Mariati (mek Ti) jahattt.. Baca blog saila senyap2.. Takpe2, baca tapi cover2 okayyy :) Romlah pun sama ;) En Gaban (pemantau blog LR tenkiu sebab sudi jadi pemantau. Lain-lain, you know who you are, thank you so much. Bukan taknak sebut semua nama, tapi takut ada yg tercicir.. Tamau ada sentap2 di bulan raya ;D Kepada hater, selamat hari raya jugak lah.


Jemput bertandang di hari raya,
Minuman dihidang tembikai laici,
Salam sayang buat pembaca,
Terkasar bahasa harap dimaafi.


Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin


NuSaila Norman



Thank sayangs!
Selamat Hari Raya Aidilfitri
tak sabar nak makan lemang cicah susu pekat F&N




Tata!

Biskut Jejari untuk tersayang dan mak ngah Leha yang beraya sakan.

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua


Lagi 4 hari je lagi nak beraya.. Seronok takkk? Baju raya dah amek dari tailor belum? Biskut raya dah siap? Aku macam biasa la takde mood sangat nak beraya.. Sebab baru hari ni aku raya 'eh, nak raya dah eh? Yeah, yeah nak raya' lambat kan? Orang lain minggu ni dah lemau je sebab tak sabar2 nak beraya. Kesian, kesian, kesian kat aku ni.

Baju raya takde so aku takde la menggeletis sangat. Yang ada kasut raya. Kau pakai la dengan seluar tido, t-shirt tido. Sedihhhh T______T. Harapan? Mix and match baju yang ada. Macam ni pun boleh ke? Belasah lah labu.. Pakai cantik-cantik pun layan orang makan pastu basuh pinggan sampai lebam jugak. Huhuhuhu

Cuma.. (nak start poyo bapak menggelabah ni..ready eh korang) Cuma.. Ehem2.. Raya tahun ni kan.. Hehehe.. First time aku buat biskut raya sendiri. Perghhh.. Masuk bakul angkat sendiri. Kalau larat apa salahnya. Hahaha.. Okay, sebelum ibu aku, Leha ngan Cica baca blog aku baik aku ngaku jela eh.. Siapkan doh ibu aku.. Bakar kan pun ibu aku.. Aku cuma menjadikan doh kepada bentuk biskut sahaja. Okay la kan.. Sebab tahun-tahun sebelum ni aku tolong sapu telur atas biskut je. Lepas tu susun dalam balang plastik. Lain? Tiada. So tahun ni aku ada improvement dari aspek kerajinan. Nak tahu rahsianya (mcm iklan apa eh ayat ni?).. Rahsianya ialah biskut tu aku nak bagi En Gaban. Wahahahahaha.. Sebab tu rajin. Kalau tak kau jangan harap aku nak buat. 

Biskut apa? Biskut jejari je. Bukan jejariruncing tau. Tak runcing okeh biskut aku. Serupa jari aku yang gemok-gemok ni ada la. Sedih aku tengok biskut tu. Harus nama dia Biskut Jari Gemok. Wahahaha!


Nak tengok? Malu la pulak..






Tapi...






Nak poyo punya pasal, nak bagitahu seluruh dunia yang bajet aku ni pandai buat biskut kononnya.. Kira boleh lah aku tunjukkan eh..





Jangan pengsan tau..


**
**
**
**
**
**
**
**
**
**
**
**
**
**
**
**
**
**
**
**
**
**
**
**
**
**
**
**
**
**
**
**
**
**
**
**
**
**
**
**
**
**



Biskut Jari Gemok kan? kan? kan?


Biskut ni kira biskut feveret family aku tapi malas buat sebab leceh. Dah la leceh, pastu dapat sikit lak tu. Sebab dia kena tampal-tampal. So makin lama makin sikit la.. Huhuhu..Lagi satu yang hangin satu badan kalau buat biskut ni ialah kacang dia suka tanggalllll! Bogel-bogel terus Jejari Gemok tu okeh. Selalu dia tanggal masa tengah sibuk menampal. Hangin tak? Elok je ada kacang tetiba bogel. Lagi satu dia suka patah. Patah hati okeh bila kita dah tampal tetiba dia patah. Mengamuk-ngamuk la apa lagi (aku je, orang lain relax je).


Selalunya aku tampal dengan jem stroberi. Tapi En Gaban agak gatal la jugak, dia mintak aku tampal dengan Peanut Butter. Jem takmau. Jem la.. Murah. Tekak makan nak yang mahal je. Aku tampal dengan jem timun baru tau. Nasib baik dia tak mintak tampal dengan Nutella. Eh, sedap jugak kan kalau tampal dengan Nutella..





















Ta Daaaaaa~ Biskut Jari Gemok atau nama saintifik dia jejaripeanutbutterfat.. Malam tadi siap dua balang. Gigih ni buat depan tv. Ayah aku kacau, adik-adik aku kacau semua dugaan aku hadapi dengan tabah. Siap makan Mee Hailam depan aku lak. Aku pun stop dulu, makan dulu. Hahaha.. Pukul 12.30am siap. Siap okehhhh.. Ni pun ibu aku suruh bagi kat mak En Gaban. Sebab masa mak dia datang ke rumah, kitorg tak sempat nak bagi apa-apa. Padahal mak dia bawak buah tangan sampai lebam kami sekeluarga makan. Sedapppp.





Yang ni Macaron. Leha dapat.




Ni pun Leha punya. Untung la kerja kat Celcom.
Kerja dikelilingi abang-abang yang sangat penyayang.
Semua dia dapat. Jeles den. Aku ayik dapat kurma je.. Hahaha.. Syukur,syukur.
Untung la boss2 dia semua sayang kat dia (bunyik mcm jeles jek)
Jeles laaa.. Sebab boss aku tak romantikkkk.. Huhuhuhu




Last but not least

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Ni pun bukan aku punya. Leha jugakkkk..
Uhuk,uhuk,uhuk..
Raya sakan kau kan?
Kemain lagi BB Storm.
Boss sayang boleh laaa (jeles lagi)
Uwaaaaaaa...

Okbai!




Thank sayangs!
Selamat Hari Raya Aidilfitri
tak sabar nak makan lemang cicah susu pekat F&N



Tata!



Berita gembira pasti ada selepas air mata

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua



Selalunya lepas hujan gerimis di tengahari pasti akan ada pelangi. Walaupun sekejap, tapi tetap cantik berwarna-warni. Bukan selalu nak dapat tengok pelangi. Tapi kerap kali diri terkena tempias gerimis di tengahari melebihi melihat indahnya pelangi.

Alhamdulillah.. Di bulan Ramadhan ni pintu langit terbuka luas, berdoalah sebanyak-banyaknya. Allah Maha Mendengar. Malam tadi jumpa Ifah. Lama tak lepak sama-sama. Bila dapat jumpa banyak gila benda nak cerita. Tak tahu nak mula dari mana. Tapi yang pasti pandangan mata menceritakan segala-galanya. Cukup dah kami mengerti isi hati masing-masing yang gundah gulana.

Tengahari ni, sebaik aku sampai je kat ofis, Ina cakap 'tahniahhhh' dia tarik tangan aku lepas tu salam kuat2. Birthday aku ke? Nak kata aku ni pelakon tak pulak. Kot-kot aku dapat anugerah pelakon paling hampeh kan. Alhamdulillah.. (korang jgn pk bukan2 seperti : adakah saila akan berkahwin?) No, no, no, no. Tapi berita yang aku terima tu dah cukup aku rasa gembira dan terus bersemangat nak teruskan perancangan yang sedia ada. Doakan kami ya :)


Tahun 2011 ni walaupun agak lambat aku dengan dia nak rasa selesa, bahagia dan tenteram tapi okay lah.. Takde la sampai stress sepanjang tahun ni. At least sejak bulan Mei 2011 segala-galanya berubah. Dan semakin lama semakin selesa dan tenteram. Sampai la sekarang ni.. Berita gembira yang aku terima membuatkan aku dengan dia yakin masanya dah hampir dekat. Usaha tangga kejayaan. Cepat cari tanggaaaaaa.. Lagi-lagi sejak ibubapa kami dah saling kenal mengenali, hubungan kami semua sangat baik dan selesa. Alhamdulillah.. Banyak sangat berita gembira tahun ni. En Gaban pun bukan main bahagia aku tengok dengan life baru dia sekarang. Sonang hati den.


Tapi aku tahu.. Semuanya takkan ada tanpa bantuan dari-Nya. Alhamdulillah. Lepas ni.. Haihhh.. Doakan ya :) Lepas ni aku harap Ifah akan semakin bahagia. Aku tahu, harinya pasti akan tiba.




Terimalah gambar perahsan sebelum Aidilfitri. Trial menyarung baju raya sebelum tibanya hari raya. Gila apa.. Belum raya dah pakai baju raya???  Lantak kau lah saila.. Janji ko bahgia.

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Korang jangan cakap aku geletis walaupun hakikatnya ya..

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

bagi lah chance eh, eh, eh.. ;p






p/s : ni entry semalam. tak sempat nak habiskan ayat, tetiba dah pulang time. so hari ni baru publish.

Thank sayangs!
Selamat Berpuasa Semua.



Tata!

Wednesday, August 24, 2011

Kuingin berulang, manisnya bersama, menyambut hari bahgiaaa

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua


Sejak dah bekerja, dah dewasa, dah apa-apa lagi ni excited raya dah tak macam dulu. Ke sebab aku dah bosan dengan rutin raya yang sama tiap2 tahun eh? Yelah.. Balik kampung, sahur ramai2, masak rendang, ketupat, lodeh, side menu belambak ramai2, pastu berbuka ramai2, lepas tu bergelimpangan depan tv ramai2, lepas tu bangun pagi siap juadah ramai2, yang pergi solat ramai2, aku dengan berapa kerat yang tinggal siapkan apa yang belum siap, lepas tu bermaaf-maafan ramai2, makan ramai2, ziarah kubur ramai2, melepak depan tv pun ramai2. Maaf la family sebelah ibu aku memang ramai. Kalau nak bergambar dah serupa alumni Universiti. Kalau bercakap tak tahu siapa yang nak dengar. Meriah macam pasar borong.

Tapi apa yang aku rasa still kurang tiap kali nak beraya eh? Mood kot. Takde mood. Bak kata ayah aku 'takde mood? carik la boyfren nama mahmood' Ayah aku.. Buat lawakkk.. Menyampah. Tak macam zaman skolah dulu, zaman menggeletis dengan baju raya, kasut raya.. Sekarang? Tiap2 bulan beli baju, beli kasut, beli segala macam. Bila raya tak excited nak pakai barang2 baru. Padan muka. Keja kilang memang feveret aku okay. Nak meraya melaram tunggu raya. Keja opis? Haihhh..

Tiap tahun family aku takde tema. Pakai ikut suka. Kau kaler merah, aku kaler kuning, kau pulak hijau. Biru, coklat semua ada. Tak sehati sejiwa sungguh kan? Aku la tu. Peel (perangai) dari kecik tak suka sama kaler dengan orang. Dah besar baru kau tau tak sehati sejiwa. Pastu tak sabar nak kawen.. Nak pakai baju kaler sama dengan suami. Gedik.

Tahun ni nenek dah takde. Raya tahun ni dengar-dengarnya ada tahlil untuk arwah nenek. Mesti solat jemaah macam selalu, baca yasin lepas tu tahlil beberapa malam. Raya tahun ni agak syahdu bagi adik beradik ibu aku. Mesti banyak air mata yang akan mengalir. Sebab dah takde lagi yang suap arwah nenek makan, pakaikan arwah nenek baju cantik2. Okay aku sebak.

Dah dua tahun aku beraya sebagai pekerja. Bohsan nya hidup. Macam takde life pun ada. Kesian aku dengan Ifah. Aku tengok dia, dia tengok aku. Paling sedih bila orang sibuk nak beraya, kami? Kerja macam orang takde rumah dah. Life is getting hard. Sedih. Dulu tak macam ni pun. Dulu seronok. Sekarang.. Sibuk,sunyi dan bohsan.

Tak sabar nak beraya dengan orang baru, tempat baru, suasana baru.. Berangannnnnnnnn!


Sibuk, sunyi dan bohsan.



Thank sayangs!
Selamat Berpuasa Semua.



Tata!

Ketupat rendang, sila nikmati kawan, penat memasak malam ke pagi

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua

Lagu raya dah berkumandang di sana sini. Sana sini apa.. Dari PC Zhul je boleh sampai tempat aku dengar lagu raya dia. Tak payah aku nak pasang kat PC aku dah. Lagu Sudirman kau.. Tetapi aku harussss mencaaari rezekiiiii.. membela nasib kitaaa bersamaaaaaa.. Nangis. Nangis. Nangis. Nangis! Orang lain suka ria nanyi-nyanyi lagu raya, anyam ketupat kaler-kaler pastu gantung kat syiling ofis, pasang lampu lip lap lip lap dah macam deepavali, aku?


Lunch hour nak ke Carrefour. Nak bershopping apa yang tercicir dari list. Aku?


Apasal la baru minggu ni nak meeting sana sini. Apasal minggu ni jugak la kelam kabut nak update itu ini. Urgent. Urgent. Urgent. Gaji hari ni pun aku lupa. Lupa semua. Dah pukul 12 tengahari. Ingatkan baru pukul 10 pagi. Lagi 5hari je lagi nak raya. Tapi apasal aku rasa mcm lagi sebulan baru nak raya? Adakah aku terlambat keretapi Aidilfitri atau dah tertinggal terus? Huhuhuhu T_________T




Tuesday, August 23, 2011

Suara Lelaki : Duit Hantaran

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua


Bulan puasa nape takde orang buat majlis nikah eh? Tak boleh ke? Tetiba di bulan puasa yang lebih afdhal kita bercakap tentang lauk berbuka, tarawih, baju raya, kuih raya aku nak cakap pasal duit hantaran kenapa? Boleh je kan? Sebab bulan Syawal ni ramai jugak yang buat kenduri kawen. Macam Asyraf Muslim ngan kak jumie. Diorang kawen time orang tengah sakan beraya dengan lemang. Cayalah..



Punca nak membebel tak tentu hala kat sini ialah semalam (22 Ogos).. Semalam pulang dari kerja En Gaban jemput ( perghhh..merasa kau En Gaban jemput balik kerja) kitorang terus park dekat tabung. Ingatkan berbuka berdua je dengan baju kerja (terasa matang lak semalam), tiba-tiba muncul En Abg Azam. Eh? Ada pulak orang tua ni? (harap dia x baca blog aku. mamp). Lepas tu datang pulak En Epul. Eh? Ada jugak.. Lepas tu En Man.. Lepas tu En Toin. Lepas tu En Sahak. Lepas tu En Kelat. Ah, sudah.. Dah berjanji ke apa hari isnin berbuka macam majlis berbuka bersama anak-anak yatim la pulak.. So sementara menunggu waktu berbuka tiba (time tu baru pukul 6.30pm) masing-masing bercakap-cakap serupa murai kelaparan.

Entah apa punca ntah.. Tiba2 masuk bab kawen. Ni yang lemah ni. Lepas tu mula la sorang2 berhujah mcm ahli parlimen. Aku selaku speaker dewan diam jela.. Diam-diam ada makna tuu.. Hahaha.. Biasa la orang lelaki kalau dah bercakap, mana la ada ruang untuk orang perempuan aku ni bersuara. Lelaki-lelaki matang yang dah layak jadi bapak orang lak tu. So antara ramai-ramai semalam sorang jela yang dah bertunang dan bakal jadi suami. Aku malas la nak guna nama samaran seperti Saila (bukan nama sebenar). Aku malas nak create nama-nama palsu ni. Tak feel. En Abg Azam bakal jadi suami (padan muka dah takleh nak jual saham dah).

En Abg Azam : rm8ribu tu alhamdulillah sangat-sangat.

En Epul : sekarang duit hantaran ikut taraf tau.. Diploma lain, Degree lain. (Macam tu aku nak sambung buat Master pastu buat PhD terus. Boleh Mark-Up duit hantaran. bengong!).

En Man : buat ala kadar je.. buat yang wajib (klise sangat kau Man. Heee)

En Toin : (ntah apa dia cakap. pelan je suara. mata jelingan manja pandang aku. apakah?)

En Sahak : kau nak buat grand2 sebab nak menunjuk tak guna (kasar sikit mamat ni. lempang kang)

En Abg Azam : kau punya duit hantaran berapa dik? (nak je aku jawab : seikhlas mungkin. tp nanti diorg cakap aku poyo walaupun ianya benarrr). Cakap la berapa?

Aku geleng kepala, angkat bahu.

En Abg Azam : kau kalau mintak sampai rm20ribu tak guna gak dik. Besok gaban tak mampu bagi kau makan kau gak yg susah. Dia sedap2 je dapat kau. Kau dapat apa? Dapat sakit.. Pastu esok2 carik lain. Orang lelaki ni lain. (agak sadis ayat ni)

En Sahak : yang penting masa lepas kawen. banyak nak pakai duit. banyak nak pk. kalau dah habis kat kenduri kau makan batu jela.

Banyak lagi ayat-ayat lelaki yang keluar waktu itu. Hanya aku je yang tak mampu nak hadam satu2. Mentang-mentang aku sorang je perempuan. Aku je yang kena. Saya bukan jenis mcm tu.. Huhuhuhu.. Saya tak letak harga hantaran ikut taraf pendidikan saya, kerjaya saya.. Saya hanya seorang perempuan yang mahukan nikmat menjadi isteri mendapat perlindungan dan kasih sayang sehingga ke akhir hayat saya. Kenapa mesti aku yang kena fire semalam.. Huhuhu.. Ini tidak adil.

Aku : saya kalau boleh nak buat majlis nikah dengan makan-makan je. Tapi family belum tentu setuju lagi.. (suara bajet sayu)

Encik-encik sekalian yang berapi-api tadi angguk2 mcm burung belatuk. Mengiyakan kata-kata sayu aku. Ah, dasar kamu lelaki.. Mentang-mentang korang yang kena bagi duit hantaran.. Kemain lagi berhujah kan. Yelah, diorg yang menyimpan, ikat perut.. Haruslah ada rasa sakit dan perit di situ. Ok jom balik.


Thank sayangs!
Selamat Berpuasa Semua.
Tata!

Berebut majalah free

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua

*
*
*
*
*
*
*

Phewww!
Tengah-tengahari ni gak Karangkraf nak edarkan majalah-majalah terbitan diorg secara percuma.
Masa baca email rasmi tadi terasa jugak nak g.
Tapi aku tau mesti ramai yang nak dapatkan majalah percuma.
Yelah kalau pun edisi lama tapi time2 bulan puasa ni boleh gak la buat mengisi masa lapar lapang kan.
Aku pun buat-buat mcm malas lah nak g.
Tapi tiba-tiba Ara ajak g amek majalah percuma.
Nak g ke tak, nak g ke tak..
Jom jelah..

Sekali hambek kau..
Bukan dia bagi majalah percuma secara pemberian doorgift mcm kenduri kawen tu..
Dia susun atas lantai lobi.. Sebijik mcm amek buku teks zaman skolah tu.. Ala yang SPBT tu..
Tapi ni lagi sadis dari amek buku teks.
Kalau amek buku teks dah sah-sah kena amek sorang-sorang ikut nama kan..
Yang ni lain ya.. Sila berebut..
Rasanya pihak Karangkraf takde niat pun nak suruh orang berebut, tapi disebabkan diorg yang volunteer nak berebut nak buat mcm mana..
Nak tegur semua dah pangkat makcik-makcik, akak-akak.. Aku je adik.. Hahaha
Eh, abang-abang pun ada tauuu.. Mintak majalah Maskulin. Takkan nak mintak majalah Nur pulak kannn.. Tak maskulin la bro..

Untuk seumur hidup aku kena berebut amek majalah.. Tidakkkkk.. Aku tak reti buat aktiviti terlarang itu.. Huhuhuhu.. Aku tolak2 manja Ara suruh dia je masuk dalam lautan (takde la lautan sgt pun. tipu je lebih) manusia yang tengah berebut2 amek majalah.
Cissss.. Kalau dapat sekotak KFC sedap jugak kan?




Macam ni la.. Tapi aku tunggu je majalah tu terbang datang kat aku. Boleh pulak kan..




Mun selaku jurugambar. Gambar apa la yang Mun dapat snap tadi kan..




Kak Pidot. Kalau teruk sangat sila guna Lif Bomba tu ha..




Muka puas hati. Ara, Kak Pidot ngan Kak Aida.
Diorg amek mcm nak buat jual okay.
Nak bt lauk berbuka kot..










Ni jela majalah yang selamat sampai ke tangan aku.
Ingatkan edisi lama-lama. Not bad la edisi bulan Julai..
Macam mana aku leh dapat padahal aku tak berebut? Hahaha
Akak-akak berhati suci murni pass kat aku.. Hohoho
Last sekali aku nak gak majalah Maskulin. G depan sikit.. Agak-agak leh nampak muka abang Karangkraf tu terus aku cakap 'nak majalah Maskulinn..' Kau ingat kedai mamak ke?
Orang lain berebut, aku relax je mintak ala-ala kedai mamak.. Hahaha

Motif entry ni?
Ntah.. Dah lama kekeringan idea sebab kekeringan tekak.
Banyak nak taip. Tapi keja menghalang mood berblog.
Ni dapat la meng'up' kan satu entry walaupun entry sampah.
Ada member kat FB tanya 'majalah Pengantin ada?'
Takde laaaa.. Aku pun mengharap kot2 dapat majalah Pengantin edisi Tasha Shilla tu..
Tebal kot dia nak bg free.. Sila beli sendiri.
Makin banyak aku refer majalah2 Pengantin makin pening kepala aku.
Itu nak ini nak.
Eh.. Aku nak up kan entry pasal pandangan lelaki tentang duit hantaran.
Tapi nanti2 lah ya.. Dengar lelaki bercakap pasal duit hantaran semalam boleh tahan jugak pedasnya.
Harap bersabar.


Thank sayangs!
Selamat Berpuasa Semua.



Tata!

Monday, August 22, 2011

Umbai. Bukan Mumbai.

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua


Sabtu baru ni bersamaan puasa yang ke-20 kitorang berbuka kat Umbai. Hambek kau.. Dalam KL takat buka kat The Chicken Rice Shop, buka kat tabung dengan iced tea latte ( teh ais je pon ), tetiba Umbai terus. Tak cukup2 ke kedai2, restoren2, hotel2 ( ceh je lebih ) kat KL ni kau nak buat berbuka? Merentas hiway yang tak seberapa tu pulak eh.. Tak seberapa lah sangat.. Otot tengkuk aku sakit lagi sampai skrg ni ha.. Cisss.

Memula tak nak pergi. Alasan jauh. Buang masa. Nak kena balik sebelum kul 12am. Sempat ke? Yelah.. Aku kan Sindarela Makansambalbelacan mana boleh balik sebelum pukul 12am. Tapi pagi sabtu tu aku ubah fikiran. Dasar pening okay. En Gaban yang sedia menggeletis tu pun apa lagi.. Melompat2 mcm anak katak baru nak tengok dunia.

First time aritu kitorg g dah makan-makan kat Umbai tu.. Masa tu kitorg berdua je. Layan ikan bakar lepas tu pusing2 area Melaka. Terus simpan perasaan nak beli rumah kat Melaka. Tak New York la kau ni.. Orang nak hadap Pavi baru la New York.. Sukahatiaku boleh? Aman damai cantik kaler-kaler je rumah diorg.. KL ada? Ada. Taska.

Cut it short. Jejak jugak kitorg buat kali kedua di Melaka.. Teringat-ingat time kitorg berdua main hentam je nak ke Umbai. Kali ni ada leader.. So kitorg yang sedia maklum jalan menghala ke Umbai ikut dari belakang walaupun dalam hati 'aku tau,aku tau..' Janji bertolak dari tol Sg Besi pukul 4.00petang. A'ah. Janji Melayu. Yang datang awal tu super tahniah. Yang datang lambat ni.. Pukul 5.20pm baru munchol dengan senyuman manis dia berikan.. Rasa nak lempang je kan? Tapi tu belum gerak lagi.. Tunggu isi minyak lah, jual minyak lah, naik minyak lah.. Baru gerak. Sempat aku buat biskut raya kat rumah.




Ni muka excited. Baru sampai. Excited la. Ingat nak gerak dah.. Yang ado..





Terus jadi mcm ni lepas sejam. Dah mcm pelarian pun ada. Mcm pengemis pun ada.





Abang Inspektor Shell ni pun dah bosan tengok muka kitorang tersadai lama-lama kat situ. Kalau dia boleh halau kami, sure dia halau mcm halau ayam.















Ngam-ngam Maghrib kitorg sampai. Masing-masing membatalkan puasa dengan korek hidung masing2 ( tipu je ). Macam biasa la. Rokok jadi pembuka selera. Sedap agaknya telan tembakau. Erk!





Tapi kami yang seumpama kanak-kanak riang memerlukan Milo sebagai penambah tenaga. Yang lain nak korek hidung, silakan. Kami takmau. Milo setin kongsi dua.





Hambek kau dah mcm kena serang dengan lalat. Tetiba area dapur pun jadi tempat park Ninja diorang. Terkojut makcik2 tu tengok kitorg datang tanpa memberi salam.





Kami memilih park di tepi bot karam ni ha.. Klasik sangat. Haha


Jangan mimpi Umbai tu untuk korang-korang je. Penuh okay. Nasib baik dah minum Milo.. Hahaha.. takde la meleleh air liur sangat.. Rilex je tengok orang makan. Aku dgn En Gaban dah takleh nak berdiri lama-lama. Ajak kawan En Gaban nama apa ntah, Khairul Syam kot kitorang carik meja kosong. Tapi takde. So kitorg jalan jauh sikit pilih restoren lagi satu. Ada! Yeah.. Kitorang makan jauh sikit dari tempat parking. Takpe. Kebanyakkan yang datang situ semua riders kental bawak motor serupa bawak roket. Kami sangat salute.













Menu kami tak seberapa. Sebab dah lapar jadi main amek je pape pun janji kenyang.
Kalau ikut kan nak amek kerang, kupah, lala, udang.. Tapi nanti kena marah dengan En Gaban sebab nafsu raksaksa. Huhuhu.. So dalam hati pk 'kalau tak kenyang gak aku nak singgah McD Ayer Keroh jap lagi' gila punya nafsu.



Pukul 10.00pm kitorg bertolak dari Umbai pulang ke KL dengan Khairul Syam. Yang berpuluh-puluh bijik lagi masuk Bandar Hilir Melaka. Nak amek-amek gambar. Silakan. Aku kena balik sebelum pukul 12am. Khairul Syam nak punch card pukul 12am. En Gaban je bergelora jiwa nak ikut diorg masuk Bandar Melaka. Akhirnya? Cakap Sindarela Makansambalbelacan jugak kena ikot. Hehe





Thank sayangs!
Selamat Berpuasa Semua.



Tata!


Trend Kita : cepat sangat sentap

Assalamualaikum

Di akhir-akhir Ramadhan ni banyak yang berbuka di luar. Maybe sabtu dan ahad ni sahaja ramai yang berpuasa dan berbuka di kampung. Tapi rasanya masih ramai yang berbuka di sekitar KL sebab mood shopping last minute beserta sales yang semakin menggila. Macam semalam, tempat wajib kami pun penuh padahal selalu ada je meja kosong. Ahad kan.. Berbuka kat luar lebih seronok sebab hari-hari dah penat memasak untuk berbuka kan..

Kalau berbuka ni mesti la ngam dengan makanan kan. Kalau cakap pasal makanan mesti la subjektif. Betul? Tak semua orang akan cakap tempoyak tu sedap. Dan tak semua orang akan cakap kicap tu wajib makan dengan nasik. Kalau dah cakap pasal makanan ni mesti la bersangkut paut dengan tekak. Tekak beza-beza jadi selera pun beza-beza la kan.. Dan semestinya susah kita nak handle tekak semua orang. Nak handle 5 tekak pun payah.. Ni kan pulak nak handle tekak ratus-ratus, ribu-ribu orang kan.. Migrain terus. Tapi disebabkan citarasa itu subjektif, akan kedengaran la suara-suara sumbang mambang kat belakang. Itu tak okay lah, ini tak okay lah. Nak buat macam mana.. Mulut orang kita tak boleh nak tutup.. Sob sob sob!

Susah sebenarnya jadi manusia ni. Ingat senang ke? Manusia je ada hati dan perasaan. Pokok takde. Kucing pun takde. Kucing ada la rasa sakit kalau kena pukul, tapi pernah ke dia sentap bila kita cakap ' kau ni reti makan je, pastu tido. apa pun takleh pakai kau ni tau '. Tak pernah lak kucing sentap siap lari dari rumah. Rilex je aku tengok dia golek2 walaupun kena bebel. Tapi manusia ni lain.. Ada hati. Ada perasaan. Bila kena tegur atau bebel mula la muka panas. Sentapmaktau.

Apa-apa pun dalam hidup kita kena, wajib ambil risiko. Apa pun yang kita buat, tak semua orang suka. Apa pun yang kita cakap tak semua orang suka. Sama jugak dengan penulisan, tak semua orang setuju dengan apa yang kita tulis. Risiko babe. Hidup tak kental la kalau takut amek risiko. Takat takut kena hentam baik duduk rumah jahit baju sendiri kan.. Teguran tu ada sebab perlunya kita ditegur.. Tak luka kalau kena tegur.. Dari teguran kita leh betulkan mana yang tak betul, mana yang kurang. Kalau asyik nak makan pujian je.. Memang tak jejak kaki kat tanah la jawabnya kan? Nak kena timang je.. Parah la.. Orang yang timang kau lenguh kot.. Muka senyum tapi dalam hati maki hamun.
Orang Barat minda terbuka je terima kritikan. Orang kita? cepatsangatsentap. Kalau bagus orang cakap bagus, kalau tak bagus cakap tak bagus. Yang komplen ramai kot.. Tapi standard orang kita : cakap belakang-belakang. Negara demokrasi.. Tapi..

Monday, August 15, 2011

Jom Bebuka Bersama Saya

Assalamualaikum

Bersempena bulan puasa ni tak lain tak bukan aktivitinya asyik2 berbuka, berbuka, berbuka.. Lain takde. Jangan marah eh korang ( kalau nak marah gak silalah huhuhuhu ). Disebabkan ketidakpuasan berbuka hari khamis lepas, so ari sabtu paksa En Gaban berbuka bersama-sama. Kena paksa ke eh? Takde makna.. Dia rela se rela rela nya. Apa ayat nieeeee.. Berangan lebih berbuka kat Melaka kunun. Last-last The Chicken Rice Shop sahaja. Hahaha..


Kedai wajib.. Kalau tak singgah sure merajuk itu budak.
Katanya nak buat mcm ni kat rumah nnt.. Dah serupa muzium aku tengok..


En Gaban sibuk tekan button 'Try Me'
Aku sibuk tekan botton 'Sengih Cepat!'



Okay, aku dah x sabar nak sedut air Pepsi tu.


Kalau la kitorang lambat 5saat, sure kitorang kena bukak puasa kat tempat lain. Dah la aku ni jenis kalau aku nak makan itu, itu lah jugak. Tukar menu lain mesti mood aku down.. Down okayyyy.. Gila mengada. Dari jauh aku dah nampak abg-abg The Chicken Rice Shop berdiri kat luar dengan stand menu. Aku boleh sengihhhhh mcm aku kenal diorg tu.. Diorg nampak aku dalam hati mesti cakap ' minah ni perhal sengih mcm tu kat aku? ' Haha.. Bukan apa.. Aku excited lebih sebab lapar. Hahaha.. Tengok muka diorg pun cukup dah. Tengah pilih-pilih menu tetiba datang couple ni mintak meja jugak. Tapi meja terakhir telah dirampas oleh kami.. Selamat.. Kalau harap kat En Gaban harus aku bersila kat situ sambil berbuka.



Dua pinggan taugeh besar lak tu. Dah la En Gaban tak makan taugeh. Sepinggan suku je habis. Siyes aku lupa dia tak makan taugeh. Aku nak order kerabu mangga pun dia tak makan. Semua tak makannnnn.. Eeeeii.. Nasib baik ada wantan.


Order lah wantan sbg penambah lauk.
Aku ingatkan wantan besar tu.. Sekali datang, baby wantan rupanyaaa..
En Gaban tanya 'ni nak gigit dua kali ke sekali?'
Gigit la brape puluh kali yang anda suka.. Janji habis.. Sedih.


Nata De Coco ni boleh En Gaban kata macam makan pewangi kereta????
Hangin je aku dengar.. Nasib baik habis. Kalau tak meh sini aku habiskan.



Ahad ( semalam ) kitorang g JJ AU2 Keramat tu.. Saje jalan-jalan. Ending nya aku nak nangis sebab haus. Boleh tak? Hahaha.. Aku memang tak boleh tol kalau jalan-jalan di bulan puasa ni. Mula la merengek haus la, penat la, nak balik la.. Padahal baru je pusing 1 lap. Pastu En Gaban ajak berbuka kat BBQ Chicken. Lamanya tak makan situ.. Last pun cuti raya cina tahun 2010. Fav dia la tu.. Sebab tu mintak makan lagi kat situ. Kalau tak dia buat bodoh je kalau aku ajak. Sabar yaaaa.. Banyak hari lagi kita boleh g. Jangan nak menggelupur sangat. Hehehehe.. Tapi apa-apa pun bukak puasa kat tabung jugak yang best. Teringat Laichi Kang dia. Petang ni jom En Gaban.. Hukhukhuk.



Ntah hape dia intai ntah.



Thank sayangs!
Selamat Berpuasa Semua.


Tata!

De Lanai Lake View

Assalamualaikum

Khamis lepas 11.8.11 aku berbuka kat De Lanai Lake View dengan officemate. Bila dah sampai dah start berbuka.. Terus rasa mcm 'errrrr'. So malas nak cerita banyak-banyak pasal De Lanai. Bab makanan biasa-biasa je.. Bagi yang banyak songeh mcm aku ni memang errrrr jela.. Tempat dengan suasana je okay.. Set pinggan agak mengecewakan. Banyak songeh kan aku.. Huhuhu.. Takat mangkuk polistrin tunggu rumah terbuka kengkawan pun banyak.. Tapi still kenyang sebab paksa makan okay.

Taktau nak ngarut apa dah. Nak snap picha pun malas..Huhuhuhu


Pengerusi Majlis Berbuka Puasa kami


Aktiviti lemau sebelum berbuka puasa. Time ni excited semuanya. Lapar kannn..

















Aktiviti selepas berbuka puasa.. ( menguap )












Okeh, siyes aku malas menaip. Letak gambar macam wordless wednesday lak. Padahal hari ni Moanday. Huhuhuhu.. Lepas makan laju2 nak balik. Padahal ada permintaan sebelum sampai tu.. Permintaan untuk stay situ sampai pukul 10 malam. Wahhh.. Aku harus pulak ke KL okehh.. Disebabkan semua pun errrr,errr,errrrrr.. Baru pukul 8.05 malam ada orang tu ajak balik. Wahahaha.. Laju pulak nak balik ya.. Elok la sesangat En Gaban pun dah tunggu aku kat KL. Tapi sebelum balik Ina paksa habiskan betri dslr dulu. Rugi la kan tak mempergunakan apa yang ada.. Tapi still lemau walapun dah berbuka. Cisss..



















Okay cukup dah picha-picha lemau dari kami. Kesimpulannya.. Kami tak puas hati.. Dah tu.. PICC lak pulak.. Jom..



Thank sayangs!
Selamat Berpuasa Semua.


Tata!