CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, September 30, 2011

Poke. Poke Back. Lantak kau lah.

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua

Lama tak update blog kan.. Macam malas pun ada. Macam takde masa pun ada. Ada ke orang nak hadap blog kau nih? Muahaha.. Orang kalau dah perasan memang susah nak sedor diri kannn.. Haha

Nak cakap pasal poke kat FB tu sikit boleh? Bila ada orang poke kita, kita taknak la buat sombong kan.. Bukan susah sangat nak klik perkataan poke back tu kannn.. Kita pun poke la dia balik. Poke tu cucuk kan? Kemain lagi main cucuk2. Lepas tu orang tu pun poke balik. Malas dah aku nak poke balik. Lantak kau lah.

Tapi malam semalam, tengah chatting dengan Ifah tetiba ada orang poke aku. Aku tak kenal. Nama tak pernah tengok. Aku bukak profile dia.. Sah.. Tak kawan pun. Tapi ada sorang kwn aku mutual fren dengan dia. Niat tamau buat sombong, aku poke je la balik.

Beberapa minit kemudian orang itu bagi private message kat aku.

'Hi. Bg no fon.'

Perghhhhhh!! Arahan. Dia ingat dia panglima darat ke? Jenis bangsa takde adab ek kau nih.. Yang penting bukan bangsa majmuk kita dan yang penting bukan orang Malaysia. Salam takde, apa takde tiba-tiba bagi arahan. Belajar beradab dulu ya.


thank sayangs!


Tata!

Tuesday, September 27, 2011

Teruja nak DIY segala benda. Tu pun kalau mampu..

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua


Last minit sebelum kepulangan nak update gak entry. Sumpah gedik. Kat rumah selalu tak sempat. Uwaaa.. Okeh, jom mula.

Semalam seperti yang dijanjikan, aku, Leha dengan Ifah jumpa kat jalan TAR semata-mata gigih nak  beli felt fabric. Gigih okeyyy.. Tapi sebelum sampai kat kedai Bunga Riben acara wajib perlu dipenuhi iaitu menyinggah di setiap gerai pastu beli sampai belam baru sempurna hidup. Ciss.

Bila sampai kat kedai Bunga Riben dah nak dekat pukul 7.30pm. Kedai tutup pukul 7.30pm. Haha.. Naik tingkat atas terus 'warghhhh'. Pitam.




Cik Leha gedik jadi presenter. Aku tak suruh pun.
Yang ni fabrik corak polka dot dengan bunga kecik2.
Super cute!!






Yang fabrik plain. Still super cute!






Motif Cik Leha buat gaya nak nyanyi nayasid ialah?






Ciri-ciri presenter amat terserlah. Sume dia nak perkenalkan kat aku.






Part ni aku hilang kewarasan sekejap. Tak. Lama la jugak.
Jap nak tu. Jap nak ni.
Voila!!








Kaler biru ni request dari adik aku yang kecik tu. Cica tu.
Disebabkan ngam dengan bijik mata aku rustic-chic tak seberapa. Damn.









Harga dapat diskaun lagi masa kat kaunter. Cayalah. Ingatkan fix price. Dah la aku ni fail bab tawat menawar. Tapi dapat diskaun kaw-kaw pulak.. Suka Bunga Riben.



Thank sayangs!


Tata!


Monday, September 26, 2011

Felt Craft

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua


Hai!

Semalam pergi jalan TAR cari beberapa barang, yang paling best bila barang yang kita niat nak beli tu ada.. So terus grab. Pilih takde la lama mana, memilih kaler yang kami nak tu yang leceh sikit. Tapi.. Lagi best bila jumpa jugak 'benda' itu ngam dengan kaler yang kami decide. Harga lari sikit banyak takpe lah.. Janji puas hati :)

Masuk kedai bunga pulak, jumpa styrofoam untuk buat pomander ball.. Sebelum ni tengok kat kedai bunga area rumah sebijik rm3.50. Yang semalam punya harga dia 2bijik rm3.20. Amek dulu 6bijik. Pastu sempat tengok harga bunga kecik2, 36kuntum rm10.20. Untuk cover styrofoam tu tak cukupnya 36kuntum. Tukar. Guna teknik lain lak untuk cover styrofoam tu. Heee~

Balik rumah Ibu dengan Leha start cerita yang diorang singgah kedai Bunga Reben kat jalan TAR.. Boleh lak kitorang tak terjumpa semalam kan.. Hehehe.. Cerita pasal felt flowers. Beberapa hari ni ada tengok2 pasal felt craft kat blog Intan Norazam :) tapi tak sangka lak Leha dah usha terlebih dulu dari aku. So idea untuk majlis kawen aku ni kemain mencurah2 lak dari Leha dengan Ibu aku.. Takpe,yang penting ngam dengan kepala aku :)




source : google











Picha ni amek dari google je. Petang ni dah decide dengan Leha, balik kerja jumpa kat jln TAR nak shopping felt craft :) Sorry eh adik, kakak kau ni dah terlebih excited nak buat macam2 untuk w-day dia :) Nasib baik adik2 aku yang dua orang tu dah volunteer nak tolong apa yang patut.. :)) So esok lah aku tunjuk felt craft aku eh..

Doakan kami ya :)



Thank sayangs!


Tata!

Thursday, September 22, 2011

Me'matching'kan apa yang patut.

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua

Rindu korangs :) Over. Rugi semalam aku tak angkut lappy sekali. Mengantuk aku duduk dalam bilik taklimat tu. Kalau tak boleh gak update entry. Ada orang nak baca entry kau keee? Hikhikhik. Bajet ayu la konon gelak macam tu kann..

Nak buat entry pasal raya tertinggal folder kat pc rumah lak.. Duh! Takpe. Misi kita kali ini ialah me'matching'kan warna-warna kehidupan. Tujuan aku me'matching'kan warna-warna ini ialah? Hikhikhikhik. Gelak ayu lagi. Tampar laju2 muka sendiri.


 
Palette of the day by me!


Ni kes main berangan je nak buat kaler apa untuk hantaran.. Memula bayangkan pakai awan-awan je. Pastu nak tengok ngam ke tak, pening ke serabut ke kena la search dulu. Match kan. Tengok macam mana. Sebab kalau boleh tamau buat satu tema je.. Nak buat tema fun and chick boleh? Hehehe..



























sumber : Google



Ready to shopping apa yang patut. Kena beli sikit-sikit. Nak beli sekali selambak semuanya tak mampu la pulak. Semalam ajak En Gaban g beli apa yang patut sabtu ni. Kalau boleh nak beli sejadah. Sebab telekung dah ada. Tapi apakan daya.. Boleh pulak soalan dia 'kenapa? kat rumah xde sejadah ke?' Hambek kau. Adaaaa.. Boleh buat solat jemaah lagi. Ni sejadah lain. Aiyoooo!



Thank sayangs!
Selamat Hari Raya Aidilfitri


Tata!

Wednesday, September 21, 2011

Wordless Wednesday : Sleepy in a room

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua













p/s : ni edisi auto post. nyanyuk sudah ingtkan harini (semalam) adalah hari rabu. padahal selasa babe. harini takleh update entry raya (raya lagi???). esok jelah eh. harini ada taklimat kat seromban. berdua je dgn driver. En Gaban.. Rilex je ehhh.. Muahahahaha.. ptg ni dont forget to pick up me at KL Sentral. Gua nangis kang.. Huhuhu

p/s/s : wordless tahi kucing lagi sekali. still ada word kejadahnya ;p


Thursday, September 15, 2011

Pejabat Terbuka bukan Rumah Terbuka

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua


 
Harini merupakan rumah pejabat terbuka di MOF. Berhari raya la sekejap. Sekejap je okay. Bukan whole day. Tak tahu nak tulis apa. Macam blur lak lepas layan ketupat palas faveret hatiku.




Ara Lara Dramatik. Bersama Zhul Diplomatik. ????





Baju yang sama di pagi raya. So? Hahaha..




Ara Lara Dramatik & Kelly Xelly Melly Goeslaw. Kau mampu?





Aura pengantin Mariati tolong berpindah sikit ke sayaaa~




Orang sibuk amek makanan, aku sibukkkk nak snap picha orang. Kau wartawan ke?




First round amek kuih muih je. Second round? Third round?




Mariati & Izzi :) Banyaknya korang makan. Haha




Sate ni punca Ara kena marah. Nak jugak makan sate. Last2.. Kunyah namploh kali.




Konsep Open Air. Makan sambil tengok jalanraya. Erk.




Tapak je ada. Kereta? Yilek!




Akaks, tu bukan alat penimbang berat badan. Tu charger kereta. Wahaha




Kami sudah kenyanggg.. 'tunjuk sikit muka kenyang' <-- ayat En Gaban :(



Dah kenyang kannn.. Lunch hour kami pergi JJ Equine.
Suka naw pergi JJ sekarang kannn..
Membeli peralatan rumah sikit2 katanya..
Nyesal tak beli bantal tadi. Zhul beli senyap2 jek. Huhuhu



Untuk isi bajubajukuyangpecahalmari.
Dah kawen nanti senang. Angkut terus takyah punggah2.
Muahahaha (pemalas)





Thank sayangs!
Selamat Hari Raya Aidilfitri



Tata!


Wednesday, September 14, 2011

Facebook : Mukabuku

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua


Pekabar you all? Tapi aku patut eja macam ni u olls! Haaa.. Baru terasa remaja hot. Kalau tak tu terasa i olls sebagai makciks makciks kertu. Wahhh.. Dah la I. Olls (all) pulak. Pitam aku. U olls, i olls. Hambek kau.

Entry ni aku saje nak buat sebab kes semalam. Saje katanya. Nak buat tutorial pakai shawl, tak mampu. Nak buat tutorial pakai eyeliner, gua segan. Tak gempak pun eyeliner gua. Takat ofismate tegur boley lahhhh.. Lain2? Boley blah kau. Nak buat tips, tips apa la yang aku reti. Tips tido boleh lah. Sebab tu gelaran aku 'puteri beradu'. Kejam Zhul.

Ni jelah entry yang aku mampu.. Entry membebel macam mak nenek. Tu jela. Kalau sudi bacalah, kalau tak sudi close jek. Muahahaha.. Jom cakap-cakap pasal Facebook. Yayy!

Aku dah ada akaun Facebook sejak akhir tahun 2008. Masa tu tengah lemau layan Friendster. So gatal la jari2 aku ni create akaun Facebook. Bila balik kelas, singgah lab, aku pun layan la Facebook ni bengong2. Time tu aku taktau nak kawan dengan sape. So aku add la sape2 yang nama dia 'Shahir' dengan 'Salihah'. Hahahaha.. Belasah la labu.

Sejak akhir tahun 2009 baru la segar bugar Facebook aku. Tahun 2010 kemain meriah lagi. Sampai satu tahap ayah aku pun ada akaun Facebook. Damn. Bab teknologi ni aku memang susah banyak nak kelentong dia. Aku sebagai anak yang mithali, aku pun add la ayah aku sebagai friend. 'Add as Friend'. Tak beringat ayat dia. Aku klik gak la ayat tu.

Adik-adik aku apa lagi. Lebih dari aku. So keturunan Norman pun bermaharajalela la dalam Facebook itu. Anak tiga orang. Bapak sorang. Hahahaha.. En Gaban? Aku yang suruh dia buat, aku ajar dia sikit2. Sekarang dah pandaiiii.. Terlebih pandai kau tau. Habis dinding (Wall) aku dia conteng. Grrrr!

Tu dulu. Time tengah galak dengan Facebook. Tak bukak sehari mula la serabut macam hilang anak. Pokok aku tak siram. Nanti mamp. Kucing aku la weihh.. Kena bagi makan. Makanan aku.. Habis laaa.. Tak angkat kang mesti rosak. Sampai tahap ibu aku cakap 'makanan apa?'.

Tu dulu. Time tengah galak tag picha. Mati aku nak delete email. Berpuluh-puluh. Semua orang punya conversations. Semak. Tag barang jualan lagi aku hangin. Kalau borak pasal barang takpe. Ni borak pasal anak kat situ. Hangin okeh.

Tu dulu. Sikit-sikit bagi hadiah kat wall. Bagi kiss. Bagi hug. Bagi ntah apa-apa lagi ntah. Tak balas kang kata sombong. Balas jugak la. Pastu dia balas lagi. Bila nak habis daaa.. Tang kawan lelaki tak dikenali bagi kiss tu aku blur. Aku balas gak tapi dengan niat takmau nampak sombong. Dia balas lagi. Lantak kau lah. Penat aku. Sekarang jenis Poke pulakkkk.. Apa cucuk2 nih? Hahahaha.. Poke Back. Pok kangggg.. Hahaha

Sekarang? Segala macam request dari orang semua aku tak check. Maaf ya. Dulu tak bukak sehari confirm demam. Sekarang ni tak bukak seminggu pun takde hal.

Semalam En Gaban tanya nape aku tak online time lunch. Sebabbbb.. Aku g mengisi perut kat Mc'D. Memula takmau. Tapi sape la takmau isi perut kann.. Facebook, byeeee. Hahahaha.. Dulu online all the time kat rumah kat ofis macam tak cukup2. Kat ofis boss pulak sporting yang amat. Bila free kejap aku selamber je bukak Facebook. Dia bukan tak nampak. Hahaha.. Balik rumah sambung lagi. Sekarang.. Online time lunch sahaja. Padan muka kau. Kat rumah dah tak boleh ada berokband lagi. Padan muka jugak.

Kalau aku tulis status pun.. Lain status aku lain jadinya. Ada je sahabat handai yang terlebih pandai memanipulasikan status aku. Kalau tak cecah 24 comments ke atas tak sah. Hanginnnn.. Hahaha tapi seronok. Kengkawan jenis gila babeng ni memang suka tol menjahanamkan status aku. Ada masa aku balas. Takde masa diorang berbalas sendiri. Selalunya En Gaban tolong balaskan. Cissss.

Jenis kaki Like pun ada. Baru 54 seconds status aku up terus likeeee.. Perghhh.. Ni jenis dah bohsan tahap dewa atau memang suka naw dengan status aku. Hahahaha.. Dulu rajin la reply. Sekarang ni aku bantai gelak melalui email jela. Nak balas balik? Tak mampuuuu.. Huhuhuhu.

Akaun Facebook anda macam mana? Masih galak atau dah suam-suam kuku kaki cagu seperti saya juga ke?




Thank sayangs!
Selamat Hari Raya Aidilfitri





Tuesday, September 13, 2011

Harimau pun tahu cemburu. Ni kan pulak aku yang serupa harimau nih!

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua



Harimau jantan mati kena gigit sebab cemburu.

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Harimau betina yang gigit tu cemburu...

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Sebab harimau jantan tu ada affair dengan harimau betina lain.

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Yang best nya.. Harimau betina yang membunuh tu nama Seri.
Sebab dia Harimau Malaya

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Harimau betina yang buat affair tu nama Melor.
Harimau Malaya jugak.

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Yanggggg paling dasyatnya..
Time tengah mengawan si Seri tu bantai gigit leher harimau jantan tu.
Kan dah mati.

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*



Patutnya aku nangis baca berita ni.
Aku pantang banyak kalau bab haiwan ni.
Haiwan mati aku nangis serupa kena tengking dengan gergasi.
Tapi ntah kenapa aku bantai gelak lak baca berita nih.
Maybe sebab picha harimau jantan tu kot..




Macam gambar pasport pun ada.
Muka kasanova pun ada.
Muka bajet hensem pun ada.
Peluk kuat2 best nih.
Tenggelam dalam bulu-bulu dia.
Jangan tenggelam dalam perut dia sudah.
Tak kawen aku.
Erk!!


Thank sayangs!
Selamat Hari Raya Aidilfitri



Tata!


Huru-hara kehidupan.

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua


Sebelum keja start datang bertimbun2 (padahal memang dah bertimbun dah pun), aku nak buat entry laju2. Hiks Hiks! Nak balas dendam untuk semalam. Semalam dapat duduk depan PC pun dah pukul 1pm. Lunch okeh. Aku makan bihun balance kelas latihan sistem yang aku atur tu je. Sedih. Aku buat jemputan, sediakan tempat ngan bagi layanan kelas pertama je. Je? Tu pun pening. Biasa la melayan kerenah orang kan. Takpe. Practise untuk majlis kawen sendiri nanti. Wahahaha. Seronot melayan orang-orang nih. Seronot bila orang suka dengan layanan kita pastu balik dengan senyuman meleret sampai telinga. Ni bukan layanan GRO tau!

Semalam aku bantai g pakai baju polka dot biru putih lak. Ala, dah banyak kali baju tu masuk blog kann.. Kawen Azie aku pakai, bukak puasa pun aku pakai, malam raya pertama pun aku pakai. Haaa.. Baju tu la. Baju yang aku dok ulang namploh kali tuuu. Sadis sgt. Korang rasa apa? Tak matured kan aku semalam. Nak entertain orang tapi g bantai baju polka dot. Tapi aku selamba badak makcik Esah sedapkan hati 'birukan lambang perpaduan. okay apa'.

Lepas tu moral down. Apa kejadah aku pakai baju polka dot melayan tetamu luar nih. Tapi semangat kena kuat. Muka kena bajet selamba badak. Tetiba dah separuh latihan Cik Diyana tegur 'cute la baju you. polka dot..'  Fuhhh!  'I pun nak beli gak lahh'. Haaaa.. Beli2. Pasni pun aku nak beli lagi kain polka dot. Hahaha.






















 

En Gaban. Maaf. Picha anda harus di crop. Sebab anda tak berbaju polka dot.




Harini aku sorang. PA bos aku bantai cuti, PT lak g kursus. Aku lah PA g amek surat khabar, aku gak la kerani, dan aku jugak boss arini. Eh? Bukan. Aku kuli boss arini. Tak sampai beberapa minit aku taip ayat ni, PA boss masuk. Siap pakai kemeja ngan suar slack. Aku nampak dia pass by bilik aku.

Aku : kata cuti?
Dia  : cancel cuti. tension Malaysia tak masuk final. benci!
*aku blur. memang la Malaysia tak masuk final. Kan dah kalah dengan SingaPURA aritu. dia ni ketinggalan ke aku yang ketinggalan?*
Aku : Malaysia tak masuk final?
*otak aku ligat berfikir. Malaysia nak g Liga mana lak ni? Liga Eropah ke?*
Dia  : a'ah. top sixteen pun tak lepas. menyampah!
*tetiba! neuron2 kembali aktif*
Aku : Deborah Henry ke?
Dia  : a'ahh.. Kecewa tau. Dah la satu Malaysia target dia dapat masuk. sebab dia layak gila..
*aku terlalu berjiwa lelaki atau aku memang ketinggalan bikini-bikini?*







































 

 
T_________T
Kalau aku ikat rambut macam tu sumpah jadi gadis afrika selatan.
Dahi luas melampau!






Olo,oloo,oloooh cumels!
Kat rumah boleh. Luar rumah tiga orang lempang aku.
Ibu, ayah ngan En Gaban. Err hehehe.






Ni.. Errr.. Dah kawen amalkan selalu macam ni dalam rumah.
Pasti suami anda tak tahu mana pintu rumah.
Wahahaha
Sekali dengan selimpang 'Malaysia' tu okeh!





Dah lama tak melompat macam ni.
Agak2 kalau snap kat kedai mamak macam ni kena lempang tak?





Cissss! Nangis lagi.





Hambek kau!
Puas hati.



Malam tadi kena tarbiah dengan En Gaban. Hambek kau. Moralnya, jangan bagi dia bukak mulut kasi tarbiah percuma. Sentap okeh. Macam mak nenek. Konon2 nak buat pekak tengok bola kat tv mamak yang besar melekat kat bumbung kedai. Tapi dia tarbiah betul2 kat telinga akuuuu. Serupa nak iqamat kan pun ada. Hadoi. 'seorang isteri membelakangkan suami adalah berdosa' Heyy, aku kena la membelakangkan dia. Dah aku nak tgk tv. Hahaha. Anyway, tarbiah malam tadi berkesan pulak di sanubari den ni ha. Hiks! Tapi lain kali nak tarbiah tu biar molek sikit ayatnya. Terlebih sentap kang kena pujuk 7 hari 7 malam baru tau. Heeeeeee~



Thank sayangs!
Selamat Hari Raya Aidilfitri


Tata!

Friday, September 9, 2011

Mak hayam ni kan..

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua


Macam biasa. Rehat hari jumaat panjang serupa suruh balik kannn.. Tu sebelum start waktu rehat. Bila dah start je waktu rehat.. Rasa macam 5minit je rehat. Padahal.. Sampai ke KL makan rojak sempat pulak.. Bab rehat bagi la 4jam pun. Still rasa macam 10minit.

Harini aku ikut mak hayam, anak hayam serta bapak hayam makan kat Salak Tinggi daerah Sepang nun. Jauh gila pergi makan. Memula tak tahu nak makan kat mana. Ingat nak layan cafe ofis je. Tapi bila dah terjebak dengan ahkak-ahkak veteren (mamp aku) tu.. Terussssss g Salak Tinggi.

Sebelum bertolak tu sesi perbincangan macam nak buat rombongan. Macam meeting tanpa meja pun ada. The best part ialah dah dekat setahun bergelak-gelak baru harini kitorg tukar2 no henfon. Time tu masing-masing 'meh no fon kau'. What the hal aku pun tak tau.. Lepas tu boleh pulak Kak Ti nak snap picha aku. Alasan? Tak main la save number ni.. Save picha terus. Kelassss.. Henfon terlebih canggih, macam tu la.. Hohoho. Lepas tu semua pun pakat-pakat 'cepat,aku nak snap gambar kau lak'. Sadis sangat sesekor time tu.




Cikgu : korang sedar tak yang korang ni dah melanggar peraturan sekolah?
Anak murid baju pink : lekkkk laaa.. hek elehhhh..


Selepas sesi tukar2 no henfon, snap2 picha pastu set kat nombor masing2 kitorg pun cabut terus dari ofis. Aku tak tahu pun hala tuju. Macam biasa la. Main ikotttt je.



Kitorang paling depan.
Paling depan apa.
Diorg tak start enjin pun.
Semangat je aku dengan Zhul.





Motif amek gambar sendiri?
Bohsan tunggu Zhul isi minyak.
Muahahaha




Dah sampaiiii..
Mak hayam : korang molek2 sikit perangai.. jangan nak hover sangat.
Garang hokeh!




Sempattttt..
Sempat lagi dia toleh si bapak hayam nie..
Bapak hayam harus membontoti mak hayam.. Wahahaha




Nasib baik aku tukang snap picha. At least takde la aku terlibat dalam barisan anak-anak hayam di atas.




Nasik dah serupa jin punya.
Keji.
Perut aku kan bocor.
Tapi bukan aku sorang je macam jin.




Jin Kak Raja




Jin Zhul




Jin Dila




Jin Kak Nor


Jin Kak Zan dengan Jin Kak Ti je tak sempat nak tunjuk kat sini. Lepas makan start la enjin mak hayam a.k.a Kak Nor. Biasa la kalau dah duduk dengan ahkak-ahkak yang dah kawen ni citer diorg ni ganas sikit. Err.. Ganas banyak. Lagi-lagi dapat sokongan dari anak-anak hayam yang memang suka naw dengan citer2 ganas nih.. Rawwww! (sambil buat tangan gaya mencakar manja). Zhul pakar bab buat tangan macam tu. Suka tauuu..

Perut kenyang macam orang mengandung, pastu gelak,gelak,gelak,gelak. Jadi apa eh kat nasik dalam perut kitorg? Hadam tak eh? Ke terbantut nak hadam? Risau lak aku.. Gelak kalau kihkihkihkih xpe. Ni KAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAH. Meleleh air mata. 'im cryinggg'. Gila. Macam orang menang judi gayanya. Pakai je baju kurung. Sekor je pakai kemeja. Tapi gelak serupa jin. Cerita apa? Nak tulis kat situ pun malu.. Wahahahaha.. Tapi bak kata Zhul..




*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


dia kata

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


keji sikit ayat dia tau

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

 dia kata

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

kalau cerita pasal dalam kain memang best. cuba cerita pasal dasar-dasar negara. tido okehhhh!





Tak sudah lagi gelak kat tempat makan, sambung lagi dalam keta.
Duduk lane kiri je okay.
Bawak sambil gelak hantuk2 kepala kat stereng. Kau mampu?!
Dont try this in your car.
Kami tak galakkan ya.
Kereta yang lagi satu kami taktau la hantuk2 kepala kat stereng ke tak.
Terserlah gigi arnab gua. Damn it!





Thank sayangs!
Selamat Hari Raya Aidilfitri




Tata!