CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, January 19, 2012

BR1M - Kesian kepada yang tak dapat bantuan.

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua



Bagus la nak membantu rakyat. RM500 tu banyak untuk golongan susah. Anak ramai. Tapi RM500 tu sangat la sikit untuk golongan senang. Bagus jugak syarat2 untuk dapatkan bantuan tu ketat. Bukan apa, biarlah yang betul2 layak, miskin, golongan yang memerlukan dapat bantuan tu. Kalau ikutkan kerana duit semua orang sanggup buat apa saja.

Tapi aku sedih bila aku dapat tahu dari kakitangan front line kata mereka ada golongan OKU tak dapat bantuan. Ada yang anak ramai pun tak dapat bantuan. Kesian sangat2. RM500 tu berguna untuk diorang. Macam-macam diorg boleh beli. Besar nilai untuk diorg.

Syarat2 bantuan ni sangatlah ketat, bagus la tu. Tapi takkan la terlalu ketat sampai ada golongan yang betul2 layak tapi tak dapat. Oh okay, aku tak arif tentang pemilihan. Diorang-diorang yang lebih arif lebih mengetahui. Mungkin ada salah silap pemohon sampai borang diorang di reject.

Tapi aku jadi sangat-sangat sedih bila orang yang tak layak dapat boleh dapat. Dah sah-sah tak susah. Dah sah-sah tak miskin. Makan pakai gah je. Tapi dapat bantuan. Aku tak pelik sangat. Kalau dah pasal duit, orang sanggup mengaku susah.

Memula bantuan ni dihebahkan seseorang suruh aku isi. What the hell aku nak isi? Aku bukan ada anak pun. Aku bukan ibu tunggal pun. Orang itu cakap syarat2 dia bujang yang ada tanggungan. Siapa je aku tanggung? Adik aku si Miza tu? Buku sekolah dengan duit sekolah insyaallah aku mampu. Ibu aku suri rumah, ayah aku jela yang cover pun. Kalau aku kena tanggung ibu ayah aku pun, itu tanggungjawab seorang anak.

Orang itu cakap 'baiknya hati taknak bantuan orang nak bagi'. Ni bukan soal baik hati. Ni soal duit. Jadi darah daging kita. Takkan aku nak bagi family aku duit tipu. Tulis dalam borang aku tanggung family bagai padahal tak seberapa pun. Takat buku dengan duit sekolah aku nak berkira sangat? Ayah aku isi sebab kawan dia isi. Aku tak bagi ayah aku hantar borang tu. Ni bukan soal belagak bajet mewah la konon. Tak. Tapi bagi la peluang dekat golongan yang betul2 memerlukan.

Kawan aku sorang ni layak mohon. Adik beradik ramai. Ayah dengan mak dah tak bekerja. Harap duit pencen buruh nak sara anak-anak. Tapi kawan aku cakap dia satu family belum pernah kebuluran lagi. Bagi la yang susah macam dalam Bersamamu tu.

Bila fikir-fikir balik betul jugak. Belum pernah kebuluran lagi macam dalam Bersamamu tu. Daif okeh. Ni makan sedap, makan taknak kalah. Pakaian nak hebat-hebat. Segala benda branded tapi nak potong Q orang miskin kenapa..


thanks korang!


Love,
Tata!


2 comments:

tak mohon br1m pun said...

btl 2... yg senang plk lbh2 isi borang. siap menipu lg. kelahap sgt ke rm500 tu. kalo yer pun 2 duit gov nk bantu tp jgn la smpi potong q org miskin...

benci bila org bujang senang, mak bapak kerja tp isi borang.

chu-E zHuL said...

setuju sgt gan tak mohon br1m pun : pe la pelahap sgt nk 500 tu.

"benci bila org bujang senang, mak bapak kerja tp isi borang" - LIKE