CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, March 8, 2012

Manusia busuk atau Manusia berhati busuk

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua



Bukan mudah nak melupakan perkara-perkara yang melukakan hati kita. Lebih-lebih lagi perkara-perkara yang terjadi bukan dengan kehendak kita sendiri. Dalam hidup ni masalah terbesar bagi setiap individu adalah manusia. Manusia busuk hati, manusia pendengki, manusia perosak, manusia kejam. Macam-macam lah. Masalah dengan manusia lain sangat mengganggu perjalanan hidup kita. Lebih-lebih lagi manusia yang berbuat jahat dekat kita tanpa kita pinta. Tanpa kita sedari ada manusia lain bersikap busuk hati dengan kita hanya kerana kita punya sedikit kelebihan berbanding dia, atau manusia bersikap busuk hati tu cuba menjatuhkan kita kerana dia merasakan kita adalah ancaman kepada dia.

Tapi hidup ni adil. Mungkin kita belum menerima keadilan sewajarnya, tapi yang benar, yang teraniaya akan tetap dilindungi. Allah Maha Mengetahui. Kenapa perlu takut dengan manusia-manusia berhati busuk sedangkan kita tahu, satu hari nanti kebenaran akan terpampang jua.

Manusia berhati busuk, manusia yang takut dengan bayang-bayang sendiri memang menakutkan. Mereka merasakan seolah-olah kelebihan kita akan menghapuskan mereka. Dengan itu mereka berusaha untuk menghapuskan kita dahulu. Macam-macam andaian buruk terhadap kita mereka keluarkan. Mereka akan menghasut orang-orang disekeliling mereka supaya membenci kita. Tapi dia lupa, orang-orang sekeliling sudah pun tahu siapa dia. Orang-orang sekeliling mentertawakan mereka yang berhati busuk kerana menjaja, menghasut, memburuk-burukkan seperti sedang mempromosi barang berharga. Memalukan.

Masih wujud orang seperti mereka. Mereka tiada apa-apa. Mereka tiada kelebihan. Mereka kosong. Dengan itu kewujudan anda membuatkan mereka ketakutan. Mereka takut dengan segala kelebihan yang anda ada akan lebih menunjukkan betapa kosongnya mereka. Orang-orang seperti ini terlalu banyak kekurangan, tiada kebaikan, dan malu untuk merendah diri dengan kekurangan-kekurangan itu.

Ah, lebih memalukan bila mereka miskin tapi berlagak kaya. Mereka malu mengaku asal usul dari sawah dan pokok getah. Mereka yakin mereka diva tercantik di dunia. Mereka berangan mereka jutawan segera. Haihhh. Dan lebih sedih mereka cuba pula menghapuskan anda. Takut. Takut anda lebih menonjol. Anda lebih disukai. Kita tak minta pun. Tapi terharu juga rupa-rupanya kelebihan diri sendiri mampu menggerunkan mereka yang berhati dengki.

Tapi bersabarlah wahai hati, suatu hari nanti keadilan pasti kita miliki. Kenapa perlu takut dengan hati yang busuk, lidah yang bercabang sedangkan kita tahu mereka itu dalam ketakutan. Cuba lihat, kehidupan mereka kini semakin menyedihkan dan semakin membosankan. Mereka semakin kosong. Mereka semakin kehilangan semua yang mereka bangga kan. Kesian.

Berkat doa dan kesabaran anda, anda semakin bahagia. Anda semakin dekat dengan kejayaan. Mereka? Mereka akan lebih terseksa dan merana melihat kebahagiaan anda dan ya, kita semua juga.




thanks korang!



Love,
Tata!








5 comments:

P#eoniX said...

sabar je lah...tuh je yang mampu dibuat...ehhhhe...

Cik Saila said...

P#eonix : ya..tu je yg termampu..sabar jelahhh..hehe

cIk JanNah said...

terjadi dalam family jannah sampaikan melibatkan kematian. tak apa Allah knows best. Dia Maha mengetahui. kita doakan orang yg berhati busuk tu menerima hidayah Allah

btw, jannah singgah sini. salam kenal :)

Cik Saila said...

cik Jannah : kena teruskan bersabar ya :))

CIK MAY said...

phew..hehe..

eh..baju tu takde beads pun..just lace je..lace tu tersngat mahal..pheww...lagi mahal dari hrge kain..