CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, October 9, 2012

Hantaran dan Pilihan Barang Hantaran Cara Saya.

Hai!


Assalamualaikum.


Cakap pasal hantaran terus serabut kepala sebab nak kena gubah dulang-dulang hantaran. Kalau letak je macam gitu tak boleh ke eh? Heeee lepas tu kena lempang dengan Ibu.

Aku just nak share pasal barang-barang hantaran mengikut cara aku, kenapa cara aku? Sebab rasanya aku je kot yang beli barang-barang hantaran tak se'grand' orang lain. Yup, takde DSLR, takde Samsung Tab, takde IPhone5, takde Rolex, takde Carlo Rino, takde LV, takde kunci kereta BMW. Takde, takde, takde. Huhuhu! Sedih kan. Takpe. Pedulik. Haha.

Kalau cakap pasal barang hantaran ni bahaya sikit, sebab ianya melibatkan isu harga dan sensiviti lain. Tapi setiap orang ada cara dan pendirian masing-masing kan.. So tak salah rasanya kalau aku share cara dan pendapat aku dekat sini kan?

Bismillahirahmanirrahim.

Kalau tanya aku apa senarai barang-barang hantaran aku, semuanya benda-benda yang praktikal, benda-benda yang aku akan guna lepas majlis (sekarang ni pun dah berkobar-kobar nak pakai haha). Kami tak bagi handphone antara satu sama lain sebab kami dah ada handphone walaupun bukan Samsung Note. Lantak. Si dia tak bagi DSLR sebab Ayah punya pun aku dah boring guna. Aku lebih suka guna handphone Sony untuk snap picha, masuk blog gedabak jugak picha nya kan? Hehehe! Plus, tak kuasa aku nak angkut DSLR ke hulu ke hilir, berat kot. Huhu.

Barang-barang hantaran kami kitorang beli ikut suka masing-masing. Takde style aku beli untuk dia, dia beli untuk aku. So terpulang barang apa pun, yang penting praktikal.

Senarai barang hantaran aku punya :
1. Telekung + Sejadah
2. Kasut + Clutch
3. Set barangan Body Shop
4. Cincin
5. Sirih Junjung - request oleh Ibu
6. Kek
7. Buah-buahan

Kalau tengok dekat senarai tu cuma lima items je yang aku boleh guna. Kan? Telekung dengan sejadah for sure nak telekung dan sejadah baru untuk guna solat berjemaah dengan Suami nanti. Kasut dan clutch boleh guna untuk wedding kawan-kawan/ sedara mara atau dinner suami isteri. Hiks! Set Body Shop for sure barangan facial aku sekarang ni dari Body Shop (alhamdulillah berkesan sangat2. Happy!!!), plus mandian, mesh bath sponge (nak jugak Body Shop punya tak kira) dan perfume. Complete kan. Settle masalah.

Kalau ikutkan barang praktikal aku biasanya boxer, dah takkan aku nak letak boxer atas cermin hantaran aku. Gila? Huhuhu. Eventho boxer Padini feveret aku tu, takkan la kot.. Tak masuk akal. Ish3. Aku taknak handbag sebab handbag dah banyak, aku teringin nak clucth bling-bling. Heeee!

Senarai barang hantaran En Gaban pulak :
1. Sejadah + Kain pelikat
2. Kemeja santai + Kemeja Kerja
3. Perfume Hugo Boss + Mandian Body Shop
4. Jam tangan
5. Purse + Tali Pinggang
6. Kek
7. Buah-buahan
8. Jars
9. Coklat kegemaran En Gaban

Sejadah dengan kain pelikat perlu kan untuk solat berjemaah nanti, kemeja aku suruh dia beli dia jenis yang berbeza. Sehelai untuk santai-santai, sehelai lagi untuk dia bawa pergi kerja. Perfume dengan mandian standard la kan, mandian Body Shop tu aku yang suruh jugak (banyaknya aku suruh). Jam tangan sahaja yang takde motif. Dia tak pakai jam tangan. Tapi dah taktau nak letak apa, belasah jelah.. Mana tau bila benda dah ada, kot-kot dia tergerak hati nak pakai. Kan. Purse for sure lah, tali pinggang pun. So? Semuanya praktikal. Dan tak grand, tak gempak, tak mahal. Janji pakai sedap di mata sedap di badan sendiri.

Benda paling similar dengan dulang hantaran selain harga ialah brand. Betul? Ramai orang pentingkan brand, sebab tetamu boleh nampak jenama apa atas dulang hantaran kita kan. Well, ukur poket sendiri lebih baik dari nak jaga mata dan mulut orang. Aku awal-awal bagitahu Ibu pasal barang-barang hantaran aku.. Memang takde jenama gempak-gempak, semuanya jenama yang kami pakai. Taknak hipokrit. Biarlah orang nak cakap 'jenama ni jew?' Ya, jenama Lux je noks. Dah tu?

Aku seboleh-bolehnya nak ukur baju dibadan sendiri, kalau sebelum-sebelum ni tak pernah pakai jenama POLO, tetiba sebab nak letak atas dulang hantaran aku gigih jugak beli POLO, aku sendiri lah yang bodoh. Poket rabak, pakai belum tentu kena dengan tempat.

Aku seboleh-bolehnya nak beli barang yang praktikal, jenama yang memang aku dan En Gaban pakai (sebab dah tau sedap ke tidak, kena ke tidak dengan badan). No point kalau aku beli benda mahal tapi simpan sebab 'mahal, sayang nak pakai.' No, no for me. Barang dibeli adalah untuk dipakai. Sebab tu kalau aku beli something, terus pakai bawak ke tido. Hehehe.

Mungkin ada yang tak sependapat dengan aku, its okay.. Aku cuma share apa aku rasa dan cara aku. Sebab ada orang segan dan malu nak bagitahu barang-barang dia berjenama murah dan  tiada jenama. Proud to be yourself, peduli kan apa orang nak kata. Yang penting poket kita selesa. Kalau mampu takpe, mampu untuk merasa apa saja, tapi kalau biasa-biasa macam aku, tak perlu lah memaksa diri.

Kalau ada yang tak suka dan tak selesa dengan entry aku yang ini aku minta maaf, pendapat kita mungkin tak sama, mungkin ada yang akan kata 'sekali seumur hidup, biarlah berhabisan-habisan', tapi bagi aku hidup cuma sekali, masa tak mampu diputar kembali, kalau aku terseksa dikemudian hari tak mungkin aku dapat undur balik dan betulkan mana yang silap. Huhuhu.

Mana-mana yang berkemampuan lebih, beruntung menjadi kamu. Tapi kalau ada yang mencari-cari jalan untuk menyelamatkan poket demi pampers, baby cot, baby stroller tahun depan (wahh,aku tersangat lah excited hahaha) mungkin cara saya boleh membantu anda.

Peace!!




thanks korang!





Love,
Nursaila Norman!

20 comments:

Cik Puan Tqah said...

ala..xkisah jenama la.. brg kitaorg pon simple2 je..ops..xsmpt nk review lagii

Rina Ellisa said...

sy sokong hantaran mcm awak.. nti lepas kawen boleh guna terus kan.. buat ape nk membazir.. :)

anariffin said...

setuju..setuju..n sangat sangat setuju...
dr awal dah plan..ape yg atas dulang tu..bnde yg wajib pakai..
n bukan yg nk letak sepah2..hehe
list hantaran lebih kurang..just ana ade towel..hehe..bile lagi nk beli towel baru..huhu

Amalina Ali said...

ye ye ye. betul tu yunk. beli yang simple2 je ok. org tengok sekali, org bercakap pun sekali. lantak lah. klu ckp banyak sgt, tanya dia ada bagi duit ke? setakat sepuloh hengget jangan banyak ckp. HAHA. emo pulak.

Diyana said...

hantaran kita lebih kurang je... yeay lagi... hehe

zarith said...

Setuju sangat cik saila. Ukur baju dibadan sendiri. Kalau memang mampu and memang gaya hidup macam tu, takpela. Tapi kalau tak berapa mampu, ikut la apa yang ada. Pedulikan orang orang nak mengutuk ke apa.

Unknown said...

yup...stuju...biar simple mjlis...yg pting sumenye slmt & bjln lncr..kte orang simple but nice :)

FIFI said...

x perlu nak bermewah sangat, sebab hantaran ni dianggap mcm hadiah untuk pasangan kita..ekceli, ada buah2an or cookies or chocolate lagi bagus sebab kita boleh share benda2 tu dengan adik beradik kita, so ibarat kita celebrate sekali dgn dieorang..

Puan Rad said...

yg penting semua barang dlm dulang hantaran tu adalah benda yg akan digunakan serta praktikal.. :)

FY said...

lepas kahwin lagi byk nak guna duit dear..takpe..bersederhana =)

ayman fahym said...

like2!!

cikCT said...

setuju :D

Orked said...

OK jek

hantaran yg cik saila list kan tu pon xde La murah pon.haaa... =p

eeee...da dekat da nih kan..weeee...best nye =)

LiNda said...

ok la tu, berjimat selagi buleh. Parent linda pun da pesan, beli brg hantaran yg nak dipakai, bukan utk nk menunjuk. Lgipun yg membeli tu kite, bukan org lain kan. so hantaran linda nnti pon bese2 saje

yolanda diego said...

sepupu saya ltk ats hantaran set penjagaan muka safi. ok je.

ayut said...

betul...setuju!beli apa yang kita pakai.klu beli tak pakai baik tak yah.huhuhu :)

dhiera zainudin said...

asalkan beli brg2 yg kite akan pki pun dh cukup baik dh tu!

Anonymous said...

SANGAT SETUJU-dyanaury

Anonymous said...

Terima kasih infonya gan.
Lumayan buat nambah wawasan.

Gema Parfum
Parfum aroma buah-buahan.

----------

Unknown said...

Thx info nya.
Sangat berguna dan bermanfaat

Parfum Wanita yang disukai Pria