CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, December 11, 2012

Review #6 : Majlis Resepsi

Hai!


Assalamualaikum.


Ada banyak benda nak share, dengan bengkel yang men'stress'kan diri, dengan balik kerja lewatnya, dengan meeting hari ahad, dengan cincin nikah hilang batu. lalalalalalalalala.

Tapi tak penting semua tu. Sebab bengkel 5 hari dah habis, tapi stress tetap tak habis selagi Pelan tak release. Balik kerja lewat pukul 12pm dah berlalu, nasib baik Suami teman dekat pejabat teman kitorang siapkan folder meeting. Meeting hari ahad pun dah berakhir. Cincin nikah pun dah repair, dah ganti semula batu yang hilang. So, masa untuk ber'happy-happy'.

Dah sebulan dua hari baru dapat nak review majlis resepsi. Malam tadi, baru ada masa dan peluang untuk upload picha dekat FB. Itu pun serba salah. Kawan-kawan rapat mintak upload picha, tapi kalau ikutkan taknak upload sebab malu nanti orang cakap nak menunjuk pulak. Huhuhu. Sebolehnya taknak upload. Konfius. So aku upload ikut majlis. Majlis nikah satu album, majlis resepsi satu album, outdoor satu album. Itu pun aku upload kan picha mana yang perlu je. Tak semua. Huhuhuhu. Segan la. Dekat FB tu ada macam-macam orang yang kita taktau dia suka ke tidak dengan aktiviti kita. Takut nanti niat baik kita disalah erti kan.

Sebab tu hal-hal wedding aku banyak share dekat blog. Bagi aku blog ni tempat aku menulis, merakam segala memori.

Cut it short, hari bersejarah saya dan suami termeterai pada 9 November 2012 dan 10 November 2012. Perasaan? Waktu berjalan begitu pantas sehingga kan terasa terlalu laju hari berlalu. Sekarang, dah pun genap sebulan.

Dekat album Reception Day (Facebook), aku tulis 'a day with family and friends'. Memang pun.. Takde pelamin, takde hiasan cantik-cantik, takde nyanyian etc, tapi aku happy sangat bila sedara mara berkumpul, kawan-kawan sudi datang jumpa kami yang baru jadi suami isteri. 

Hasil gambar? Bride & Groom bergambar di mana-mana yang sempat bila sedara mara/kawan-kawan ajak bergambar. Agak tak cantik, sebab dewan pun tak berhias macam taman. Tapi takpe lah, dah selesai pun. Taknak 'rumah siap, pahat berbunyi'. I just say alhamdulillah sebab walaupun majlis agak simple dan 'kosong' tapi kami sangat enjoy dengan life selepas kawen. Alhamdulillah.

Untuk teman-teman bloggers yang saya tak dapat nak jemput hadir ke majlis resepsi, saya share sedikit gambar-gambar yang saya dah pilih (tak boleh la nak masuk semua, nanti muntah pulak haha) untuk di share, dan sebagai kenangan saya juga di dunia blog.














































gambar tak ready khas untuk semua yang ada dalam picha. hikhikhik!



Di akhir majlis baru kitorang naik atas pentas bergambar dekat backdrop. Huhuhu! Mulanya backdrop nak dijadikan tempat pengantin bergambar suka ria dengan tetamu, tapi backdrop atas pentas, jauh dan lambat pulak nak spend masa untuk bergambar. Sebab tu mana sempat je terus snap. Agak kurang cantik kan gambar. Huhuhu. Takpe lah, janji semua yang datang kenyang dan happy.

Tetamu semua dah balik, tinggal sedara mara je yang ada baru lah Ayah paksa semua pergi dekat backdrop bergambar di situ. Sedara mara ramai yang dah balik, tinggal orang kuat je. Huhu. Itu pun tak boleh lama-lama sebab dewan nak closing. Cis! Nasib baik semua orang dah penat, kalau tak memang aku bergambar je dekat swimming pool tepi dewan tu. Haha.

Esoknya, 11 November 2012 baru buat Outdoor (Wedding Photoshoot). Entry Outdoor lepas ni eh. Hiks :)

Overall aku happy dan sangat happy dengan majlis simple kami. Yang penting makanan cukup, doorgift walaupun jars (dah ramai yang guna) tapi cukup malah berlebih sebab mak usu aku tiba-tiba sponsor doorgift untuk budak-budak. Masalahnya bag jerut yang mak usu aku guna untuk isi gula-gula tu mak usu beli dekat SSF, mak budak yang nak. Dah, macam mana? Haihhh.. Hehe. Takpe lah, janji semua happy!

Attire? Huhuhu.. Alhamdulillah, baju yang aku try and error tu rupanya menjadi. Ramai yang puji, lagi-lagi bila diorang tahu aku buat sendiri. Ntah, kebetulan kot menjadi. Kalau ikutkan kain semeter rm5 je. Lace pun rm40 je. Sampai ke hari ini pun masih ada yang memuji dan  bertanya. Tak sangkanya. Serius tak terfikir akan membuat orang lain teruja. Harap benda ni jadi semangat dekat B2B lain yang mencari alternatif untuk berjimat cermat atau menyimpan niat untuk bersederhana. Aku percaya yang niat aku untuk bersederhana (dengan men'diy' segala mak nenek sebab nak jimat duit, sebab duit nak guna utk berjimba-jimba lepas kawen) membuahkan hasil bila ramai yang memuji. Alhamdulillah.


thanks korang!


Love,
Nursaila Norman!

17 comments:

baby lydia said...

tahnnias dear..moga kekal hingga ke akhir masa..update pic lebih skit..dya nk tgk ... ^^

khadijah said...

tak pe sederhana asalkan puas hati.. tapi memang cantik la baju, combnation colour yg sgt menarik :)

orked violet said...

whoaaaa...comeL!!! semua cantek =)

Iera'ra Nordin said...

heee ...
cantik taw...
sokong sgt2 cara saila ..
duit lagi bnyk nk guna bila da kahwin t ...
overall , mmg cantik taw esp baju saila tuh ..

Mira Adzlia said...

suweet la..hehe..saya suka..sy suka...eh..eh...cincin sudah ilang batu?ganas btol..hoho

EIKA said...

ur HB so cute la saila ^_^ sederhana pon xpa...yg penting kenangan yg tercipta kan :)

Nora Kerel said...

xpe sederhana asal kita suka. majlis kita kan. btw baju tu awak buat sendirila kiranya ek. woooow mmg cantik :)

Shizan Syafik said...

saila, i really love ur attire... sangat2... especially the color.. takpe kecik2 pun, yang keluarkan duit kita.. sy masa bertandang pun takde pelamin..mcm saila juga. bergambar ikut sempat je kat mana pun.. hehe

Nursaila Norman said...

Khadijah : terima kasih dijah <3! selamat pengantin baru dijah, barakallah, till jannah :))

orked : cumel,cumel..hehehehe! thank u!!

Iera : yup,duit nk pakai byk lps kawen..huhu.. thank u iera :))

Mira : haha..tu la, sy mmg pengganas pun..hehehe!

Eika : pearl hb..hehe! btl2, kenangan tercipta sgt :D

Nora : a'ah,baju bt sendiri..huhu..terima kasih byk2 :)

Shizan : oh,oh..hehe..janji snap picha..haha.. :D

Fainie said...

cantek combination color tu..mmg naik la..what-eber pun, less is more (",)

missGogreen said...

sni pun ada?(pengsan kejap)hahahhaha...

fatehamohamed said...

rase cam baru je saila kawen..dah sebulan ek..weeeeee....teha pon ssama, x berapa nak share pasal hal kawen kat fb sbb takut org tak suke..heeee..simple pon takpe saila..tu sume tak penting..janji kite dapat meraikan sesama kawan3 n family kan..heeeee:D

D Yatie said...

bila baca review wedding Saila memang buat saya rasa macam nak kahwin semula. hahahha. nak DIY wpun tahu tangan kaku macam kayu. wakakakaka.

cik mah said...

backdrop tu cntik.....bila ramai2 bergmbar lagi cntik...

ayut said...

Alhamdulillah...selesai dah..happy dah..bila family support kita everything will be fine...lapar ea kak saila..mkn tak tgk kamera dh :p nk outdoor punye..hihihi

Zana Adieyza said...

simple but sangat2 sweet!! itu yg lebih penting drpd berhabis duit tp lepas kahwin terasa banyaknya pembaziran..

baju tu memang cantik! kombinasi warna pun cantik!!

cik hani said...

blog yang menjadi inspirasi kepada saya..especially manik2 di baju tu