CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

Wednesday, May 29, 2013

Nursaila Norman Items #1

Assalamualaikum.


Hello beauties! Nursaila Norman ada beberapa halfmoon shawl untuk dijual, boleh check dan order ya!


1 helai RM29.00
4 helai RM100.00
Tidak Termasuk Postage

Cara tempahan
Email / SMS Jenis dan Kod Item kepada
saila.shahir@gmail.com
012-6774528 (maxis)
011-15657713 (Celcom)

Bayaran dibuat kepada
1625 0811 5421 (Maybank - Nur Saila)
122 300 700 39524 (CIMB - Ahmad Shahir)

L I M I T E D   S T O C K
hurry up!!



Jenis : Abstract Halfmoon Shawl

Kod Item : PGHS001



Kod Item : PGHS002



Kod Item : PGHS003



Kod Item : PGHS004



Kod Item : PGHS005



 Kod Item : PGHS006



Kod Item : PGHS007



Kod Item : PGHS008



 Kod Item : PGHS009



Kod Item : PGHS010




1 helai RM29.00
4 helai RM100.00
Tidak Termasuk Postage

Cara tempahan
Email / SMS Jenis dan Kod Item kepada
saila.shahir@gmail.com
012-6774528 (maxis)
011-15657713 (Celcom)

Bayaran dibuat kepada
1625 0811 5421 (Maybank - Nur Saila)
122 300 700 39524 (CIMB - Ahmad Shahir)


L I M I T E D   S T O C K
hurry up!!




Love,
Nursaila Norman!

Tuesday, May 28, 2013

Ibu dengan Mak

Assalamualaikum.



Nak cakap pasal Ibu dengan Mak.. Dulu sebelum kawen aku pernah cakap dengan si dia, aku nak sangat Ibu aku dengan Mak dia jadi kawan baik....

Jumaat baru ni kami bawak Ibu dengan Miza balik Kelantan.. Ibu dengan Mak habiskan masa berborak bagai nak rak.. Sampaikan dah bangun subuh tu aku taktau nak buat apa sebab Ibu dengan Mak sibuk berborak sampai aku rasa tak wujud. Huhuhuhu! Last-last aku sambung tidur dengan Suami. Pukul 8am aku terjaga sebab dengar suara diorang borak macam kenduri. Terkejut okeh. Aku tak tau la apa yang kelakar sangat.. Borak berdua tapi kecoh macam kat pasar. Aku bangun g dapur memang takleh buat apa.. Aku nak join borak macam mak-mak lah pulak.. T_____T

Lepas sarapan Ibu excited pusing keliling rumah Mak sebab rumah Mak lapang gilerr.. Macam-macam pokok Mak dengan Ayah Mad tanam.. Disebabkan Ibu tanam pokok secara kecil-kecilan dalam pasu, haruslah terlebih excited tengok Mak tanam pokok secara besar-besaran atas tanah.. Semua pokok yang Ibu dah lama tak tengok, mana yang boleh bawak balik Ayah Mad potong bagi kat Ibu. Bonet kereta memang penuh takyah cakap.. Sabar jelah. Huhuhu!

Hari Ahad Mak dengan Ayah Mad ikut kitorang gerak balik, kitorang balik lalu Cameron Highlands, maghrib baru turun dari Cameron.. Semua sebab Mak excited bawak Ibu jalan-jalan.. Kebetulan Ibu belum pernah naik Cameron..

Part turun dari Cameron kitorang ikut jalan lama untuk sampai ke Tapah.. Jalan dia dah la dasyat.. Ibu naik kereta Mak, aku agak Ibu mesti pening punya.. Sekali betul.. Ayah Mad benti kereta kat tepi sebab Ibu nak muntah.. Hehehehe.. Mak tolong picit-picit, pastu aku bawak Ibu naik kereta kitorang sebab malu lak nanti jadi pape dalam kereta Mak.. Hadoi, dalam kereta aku memang gelak kan Ibu jela.. Hehe..

Sepanjang perjalanan balik Mak memang risaukan Ibu jelah.. Kejap-kejap tanya Ibu okay ke tak.. Suka sangat tengok diorang.. Huhuhu..






Masa dekat Kelantan Ibu tanya tahun ni raya mana.. Kalau raya Kelantan pun takpe sebab Ibu kesian bagi Mak beraya berdua je dengan Ayah Mad.. Huhuhuhu.. So tahun ni raya Kelantan lah kami.. Hehuuuu!

Errr, ada yang konfius kan.. Mana satu kampung Suami ni.. Kedah ke Kelantan? Kedah sebab family Suami memang asal sana.. Kebanyakkannya memang kat sana.. Kelantan ni sebab Mak stay Kelantan ikut Ayah Mad :)

Okay takyah konfius-konfius eh.. Yang penting aku ada 2 kampung! Hehehehehe..

Eh! Masa kat Kelantan bukan main berani lagi aku drive kereta.. Siap drive g Rantau Panjang okehhhh.. Pandai pulak tu potong kereta orang.. Kemain lagi.. Masa dah sampai Kelantan pun aku sambung drive g Ketereh sebab Suami dah ngantuk drive dari KL.. Masa ni pun pandai potong kereta orang, itu pun sebab dia bagi chance.. Lama dia ke tepi suruh aku potong tapi tak berani.. Bila dah berani ketagih pulak. Damn! Cuba kat KL.. tak laaaaaaaaaaaaaaa!



Love,
Nursaila Norman!

Pearl Handbouquets : Bride 2 Be From Rawang & Sg.Besi

Assalamualaikum.


Edisi meng'update' Pearl Handbouquet secara berjemaah, hikhik!



Pearl Handbouquet untuk B2B dari Serendah, Rawang












Pearl Handbouquet untuk B2B dari Sg.Besi






Alhamdulillah, semua selamat sampai ke tangan mereka.





Love,
Nursaila Norman!

Friday, May 10, 2013

Entri Terlebih Gambar : Bajet Muda T____T

Assalamualaikum.


Hello peeps!! Hello beauties :D

Rasa macam dah lama giler aku tak update blog, padahal bila check tadi takde la lama mana pun kan.. Baru berapa hari.. Muahahaha.. Tapi memang sejak kebelakangan ni entry-entry aku sangatttt sikit. Sangat slow. Phewww! Banyak benda nak share sebenarnya tapi rasa macam takde la penting sangat cerita-cerita aku tu.. Kang buat korang rasa menyesal lak klik entry aku kehkehkehkeh!

Disebabkan aku tetiba je nak menaip, nak merapu mengarut ntah apa-apa, bagi chance aku tulis benda mengarut kali ni eh. Serius, memang takde point.. Ni edisi belasah tau, jangan menyesal scroll sampai habis tau!

Memula nak mengarut pasal first time balik Kedah, kampung Suami. As well orang takde kampung macam aku, haruslah menggelabah lebih bila dapat masuk kampung orang.. Hikhikhik! Suami dah janji macam-macam sejak belum kawen, dia cakap nak bawak aku jalan-jalan keliling kampung, nak bagi aku minum air kelapa fresh, nak bawak aku naik gerek.. Betul-betul dia buat aku macam pelancong okehhh.. Habis keliling kampung dia bawak aku jalan..


















Masukkan picha sikit sudah.. Kang lebam pulak korang nak tengok picha kami yang tak berkesudahan.

Memang best dapat balik kampung ada sawah padi ni.. Hijauuuuuu je bijik mata.. Rasa nak lari-lari atas sawah tapi itu mustahil. Jap lagi orang kampung ingat ada pengambaran filem pulak. Muahahahaha!

Lain aktiviti takde, semuanya aktiviti bersama Suami. Huhuhu! Semuanya aktiviti merayap semata.. Tapi bengang gak.. Orang ingat aku girlfriend dia.. Banyakkkkk laaa.. Sentap okeh.. Huhuhu! Terbaru malam tadi, aku ikut dia jumpa customer dia.. Boleh pulak customer dia ingat dia bawak girlfriend.. Bukan la, orang rumah saya. Ceh!!



yang ini edisi berkempen, jangan marah!




yang ini edisi pergi birthday party versi sopan santun sebab ada doa selamat, tapi kami pergi masa doa selamat dah habis. hikhikhikhik!




yang ini edisi menuntut hak. pernah dengar Linguaphone? pernah kena tipu? err, sebenarnya takde la kena tipu, tapi kena paksa beli. pernah? pastu letak kos 100% dekat customer tanpa explanation? kesian kawan aku, aku konon-konon je buat samseng.. tapi still tak berjaya menuntut hak. huhuhuhu!!




yang ini edisi Suami dengki dengan Isteri nak ber'camwhoring' grrrr!




ini edisi Suami ambil hati Isteri, bawak Isteri makan sempena birthday. bolayan.




yang ini aku adik beradik. yang mamat belakang tu kawan kitorang. dia bukan adik beradik aku tau. adik beradik aku semua perempuan. aku paling tua tapi orang semua ingat aku paling muda.
serius ni tak tipu. aku simpati gila dekat adik-adik aku.
muahahahaha!




aku naik benda alah ni, tapi lepas tu menyesal gila b*bi. aku suka benda extrem, tapi aku taktau kenapa benda ni buat aku rasa malam tu malam last aku. serius weh! sebelum ni pernah je naik, tapi mugkin benda ni tak best. ada yang longgar tu. hmmmmm.. huhuhuhuhu!




korang jangan gelak tau, tapi kalau nak gelak gak, gelak sikitttt je..
Suami aku main ni je kauuu.. Ni je dia berani main.. Muahahahaha!!!
Dalam hati dia nak dapatkan teddy bear paling besar, lebih besar dari aku.. Tapi.....
T____T




yang ini edisi kelaparan, tengah tunggu tomyam Faramah :)
sedapppppp :))



yang ini edisi menunggu customer Suami, minum dan perasan muda dulu hikhikhik!
masa ni tanya kat Suami 'kelakar tak gigi kita rabbit gilerrr'
Suami cakap tak. Tapi masa dia bagi jawapan tu macam takde perasaan sangat.
huwaaaaaaaaaaaaa!!!!!!


Hmmmmm.. Tetiba aku rasa macam pelik lak entri aku kali ni.. Macam entri bajet muda je kan.. Hmm.. Picha semua macam tengah bercouple konon tengah hangat bercinta. Hikhikhik! Lepas kahwen patut kena lebih dari sebelum berkahwen kan? Amalkan untuk kebaikan bersama tau.. Hehehehe.. Tapi serius memang best lepas kahwen, boleh ngada-ngada lebih takde orang marah.. Tapi ada mata tengok semacam lak bila aku lentok kepala kat bahu Suami konon ngada-ngada la khannnn.. Hahahahaha.. Takyah nak semacam sangat tengok aku, bahu laki aku okehhh.. Hehehehehe! 

Maaf lah, sangat takde idea.. Merapu je entri ni kan.. Huhuhuhuhu! Nanti kalau ada idea bernas aku update lagi.. Sekian untuk entri kurang bernas dari Nursaila Norman.

Chiawww!




Love,
Nursaila Norman!


Saturday, May 4, 2013

Pearl Handbouquet : Bride 2 Be From Selangor

Assalamualaikum.


Hello! Ini ialah pearl hb Nursaila Norman yang ke-3, alhamdulillah. Terima kasih atas kepercayaan korang! Tema yang diminta ialah Turqoise + Lavender, super sweet :)















Bagi aku bukan mudah nak buat jadi bentuk bulat pearls tu semua, huhuhu! dan bukan senang nak buat holder dia.. Silap bentuk boleh jadi lain. sobsobsobsob!

Tapi kelakar bila Suami ingat hb ni pearl hb resepsi aku. Hehehe, ingat pulak dia.. Selalunya orang lelaki ni mana la ingat benda-benda remeh macam tu kan.. Huhuhu. Ada beza sikit, cuma collar dengan holder dia memang warna yang sama la kan.. Hikhik. Tapi yang b2b ni punya lebih cantik. Well, untuk orang punya kena lah lebih cantik dari sendiri punya kan.. :)

Apa-apa pun alhamdulillah, dah siap :) Nak tempah memang dialu-alukan, hiks!


UPDATE!!




Love,
Nursaila Norman!

Friday, May 3, 2013

Baju E-day : Crumble - First Try

Assalamualaikum.


Jangan lupa order abstract halfmoon shawl dekat Nursaila Norman Items #1 tau!

Nak share pengalaman menjahit manik versi crumble, huhuhu! Customer tak sebut nak style macam mana, harap customer suka. Dah submit dah pun beserta handbouquet nya. 

Entry ni sambungan daripada entry wordless wednesday : loading 27% haritu. Akhirnya siap memandangkan customer mintak awal sebulan dari due date. Huhuhu! 

Ini lah hasil beaded versi crumble Nursaila Norman :)











Customer nak aku jadikan baju ni kelihatan emerald, mula-mula dapat baju ni terkejut jugak.. Sebab baju ni warna turqoise kan, macam mana nak emerald kan dia? Huhuhu. Takde la emerald sangat kan, tak boleh nak beaded lebih-lebih, baju jenis chiffon nanti londeh ke bawah :( Dah la tak pandai sangat nak beading kan baju orang T____T Ini jelah yang mampu.

Kalau ikutkan ini lah cubaan pertama aku jahit crumble! Gila berdebar-debar nak try jahit crumble. Huhuhu. Alhamdulillah siap. Customer, suka tak?




Love,
Nursaila Norman!

Wednesday, May 1, 2013

Pearl Handbouquet for E-Day

Assalamualaikum.



Hai semua! Alhamdulillah, dah selamat sampai ke tangan owner :) Warna pilihan Yellow Mustard + Emerald Green + Cream. Phewwww! Pandai customer ni pilih warna kan? Hasilnya cantik gilerrr bila dah combined.







versi outdoor, thanks Ayah hikhikhik!

Nak tempah? Email je eh!

Baju tunang beliau next entry pulak :)

Jangan lupa view Nursaila Norman Items #1 untuk abstract halfmoon shawl cantik-cantik tau.



Love,
Nursaila Norman!