CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

Wednesday, July 31, 2013

Veil : Bride 2 Be Zai

Assalamualaikum.


Alhamdulillah, dapat jugak siapkan veil bakal pengantin (b2b) yang sorang ni. Dalam takde mood beberapa hari kebelakangan ni, paksa diri jugak siapkan tempahan. Fuhh, macam tak percaya aku berjaya, haha!

Harap awak suka Zai :)







Sengaja lebihkan pearls dekat sisi veil (area bahu), sebab atas kepala dah bling-bling.. So taknak nampak berat sangat atas kepala.

Veil bulan puasa nih! Alhamdulillah.




Love,
Nursaila Norman!

Tuesday, July 30, 2013

Saya Sedang Ketagihan Tudung Bawal

Assalamualaikum.


Hello! 

Sejak kebelakangan ni aku rajin sangat bertudung bawal. Mungkin senang iron kot. Tak besar sangat. Agaknya lah. Ntah, aku pun tak berapa pasti dengan perasaan sendiri. Haha. Murah pun murah.. Pastu aku suka buat style suka-suki hati sendiri. Termasuklah hari ni, bertudung bawal jugak. iheeee..









Yang bestnya minggu lepas bila dah takde kerja, godek sana godek sini tetiba terjumpa Page Aidijuma Online Store. Harga untuk plain bawal rm7 sahaja! Plus postage rm6. Total rm13. Sahaja.. Murah sangat dengan kualiti dan label Norjuma Habib. Fuhhh.. Payment hari rabu, hari khamis ke jumaat ntah dah sampai.. Hehehe.. Cepat kan? Ini lah first time membeli melalui online.. Sebab dekat ofis lama dulu sorang staff pernah beli and tunjuk dekat aku. Tu yang yakin tu.. Hehe.





Time-time macam ni kalau ikutkan hati malassssss je nak pakai elok-elok, cantik-cantik.. Tapi kena lawan jugak. Tak boleh ikutkan sangat hati dan perasaan ni. Huhuhu.. So gigih la aku amek masa untuk bersiap asalkan tak selekeh teruk ya rabbi. Takde cantik macam Norjuma kann, tapi takde la serupa perempuan gila kat bus stop. Wu! Wuu! Wuuuu!

Apa menu berbuka petang ni? Subway okay tak? ihiks..
Selamat berbuka semua.




Love,
Nursaila Norman!

DIY : Shawl Raya

Assalamualaikum.


Harini baru ada mood, sejak semalam asyik takde mood je.. Dah la tu, cepat saaaanggaattt terasa. Suami cakap lain sikit je dah nak menitik air mata. Suami tegur suara lain sikit je pedih-pedih hidung tahan air mata. Sabtu baru ni takde benda pun nak terasa jugak. Dah la dekat Aeon Keramat saje jalan-jalan cuci mata, boleh dekat situ jugak nak menangis. Pitam T____T Tu tak kira lagi pagi semalam bangun bersahur pun tacing-tacing. Errghhh.. Lepas subuh sambung tidur, masih terasa lagi , tapi ajak tido lagi syok dari menangis, so tak jadi nangis. See?

Cukup lah tu intro emosi sejak-sejak kebelakangan ni. sobsobsob! Mari kita teruskan dengan misi diy di bulan Ramadhan ni.. Previous entry cakap pasal baju raya yang aku tampal lace sendiri, letak detailing sikit-sikit, kan? Kali ni shawl untuk baju tersebut lah pulak. Wink! Wink!









Contoh pemakaian takde, korang bayangkan jelah lace tu dekat bahagian atas kepala tapi yang lapisan ke dua. Faham tak? Faham tak? Takpe lah, nanti ada rezeki aku share. Tapi kena tunggu raya lah eh. ihehehehe.

Settle satu persalinan untuk raya. Dalam-dalam nak raya ni, banyak tempahan nak disiapkan untuk pengantin Ogos. Doakan aku rajin, rajin, rajin, rajin. Amin. Jangan la ikutkan malas ni.. Huhuhu! Bergaduh dengan masa, nak buat baju raya sendiri dengan tempahan pengantin. Kena capai win-win situation. Haha! Kejinya.

Salam Ramadhan ke-21 muslimin muslimat semua. Semoga semuanya di bawah rahmat Allah swt. Amin.





Friday, July 26, 2013

DIY : Baju Raya Merah Macam Mak Ngah

Assalamualaikum.


Ya allah, baaarruuuu ada kesempatan nak menulis beserta bahan. Sebelum ni taktau nak tulis apa, sebab takde motif dan bahan. Cerita biasa-biasa suami isteri ada la. Pastu? Muntah la semua yang membaca? Huwaaaa.. Alasan utama aku jarang giler berblog sebab aku enjoy dengan kerja-kerja baru aku dekat sini. Leka. Sampaikan pernah aku tak login blog. Sedar-sedar dah petang. Tiap kali ada idea nak share dekat sini terus lupa, sebab seharian melayan kerja semata. Dengan itu tak produktif lah aku berblog. Huhuhuhu.

Harini dah 17 ramadhan kan, alhamdulillah.. Masih ada 12 hari lagi untuk berdoa banyak-banyak masa berbuka :) Kejapnya lah kan.. Tau-tau dah 17 hari berpuasa.. So aku pun all out la menyiapkan baju raya malam tadi.. Kesian Suami tengok tv sorang-sorang sebab aku fokus giler-giler menjahit. Haha. Dan alhamdulillah, akhirnya siap jugak baju raya aku yaayyyy!

At first nak suruh Suami beli baju melayu warna hitam, tapi dia taknak. Dia cakap macam nak pergi konvo. Errrrr.. Betul jugak. Dia nak beli baju melayu warna merah sama macam baju aku. Of course cannot. Tak kuasa aku nak merah-merah laki bini. Huhuhuhu. Nampaknya kena tukar plan lain.. Tak jadi pakai baju merah ni masa raya pertama. Hmmmm.. Malam tadi jugak dapat idea baru, sooo? Tunggu jelah. hewhewhew.

Nampaknya baju yang aku diy ni kena pakai masa rumah terbuka sedara mara atau kawan-kawan lah okay..






Actually baju ni aku dah pakai sekali pergi ofis. Sebab tu aku diy untuk bagi nampak lain, at first aku taknak buat apa-apa dekat baju ni sebab kain dia aku buat jenis flowy/payung. Sama macam kain baju resepsi aku. Sukaa! Gila tak baju raya kain pun nak flowy. Sekarang ni baju raya dah macam baju kawen, baju kawen? Huhuhuhu. Pastu aku pun berjangkit jugak.. Ampun maaf dipinta T______T

Bahan yang aku guna untuk detailing cuma :
   1. Lace
   2. Swarovski Crystal Beads
   3. Pearls
   4. 3D Flowers saiz paling kecik

Untuk bahagian bawah baju aku just letak lace sahaja, taknak letak crystals, pearls dengan 3D flowers sebab taknak sarat sangat. Dah la kain jenis flowy, kang ada pulak kata aku hover (over)! Huhu. So aku letak bahan-bahan lain dekat hujung lengan je. Letak sikit-sikit sekadar ada hiasan, baju raya kannn.. Bukan baju kawen. Tak payah nak hooooverrrrrr..


close up the detailing :)

Malam ni insyaallah aku nak siapkan terus shawl untuk baju merah ni. Hampir siap sebenarnya tapi malam tadi dah lewat kang tak bangun sahur pulak aku. Over tak over lah siap ada shawl, itu pun diy jugak.. heeeeeee T___T jangan pitam eh. sobsob.

Ada lagi sehelai baju kerja yang aku nak diy supaya jadi baju raya. Nanti aku update yer. Doakan :)




Love,
Nursaila Norman!

Friday, July 19, 2013

Misi Mencari

Assalamualaikum.


Raya is coming! Hello, hello.. Aku tak prepare apa-apa pun untuk raya. Serius. Huhuhuhu.. Masa Year End Sale (YES) haritu (tahun 2012) aku shopping kain giler-giler dekat Jakel. Berhelai-helai untuk kerja, sehelai je untuk raya. Damn. Menyesal tak menyesal lah jugak, sebab aku prefer beli baju siap. Lagi-lagi ofis aku sekarang dekat giler dengan Ampang Park, situ banyak baju siap cantik-cantik. Hikhik! Cuma menyesal tak beli kain untuk raya dengan lebih menggila masa tu. Padahal.. Padahal, kain orang bagi hadiah kawen, hadiah benti kerja dulu tak berjahit pun. Cantik pulak tu, sabarrrr jelah. Kenapa lah, kenapa lah, kenapa lah Nursaila tak pandai jahit baju? 

Baju raya sehelai sahaja, siap ditempah pada bulan Feb. Giler awal kannnn.. Pastu dengan selamber pakai baju tu g ofis. Ngok tak ngok lah jugak aku ni. Sebab geram. Hahaha! Tak penyabar sungguh. So penyelesaiannya aku kena buat sesuatu supaya baju tu nampak baru konon-konon. Walaupun dah pakai sekali, tapi kalau dah namanya perempuan.. Faham-faham jelah. hikhikhik.

Semoga idea untuk jadikan baju tu macam baru menjadi, amin. Bila ingat-ingat balik memang la baru puasa yang ke-10, tapi weekend tinggal berapa kali je? Plus dengan tempahan last minute.. Huwaaaaa.. So malam semalam paksa Suami bawak aku pergi kedai beli lace. Bila nak mula? Itu belum tahu. Hahaha.

Sempat jugak membeli kain chiffon untuk dibuat shawl. Taknak beli shawl siap, nak buat sendiri, konon nak puas hati. Harap menjadi, amin. Suami punya baju melayu pun tak cari lagi. Baju melayu beli siap senang kot. Huhuhu! First time nak membeli baju melayu nih. Haha. Cuak pulak.

Boleh pulak teringat pasal inner. Kalau nak kemas kena pakai inner sebelum pakai shawl.. Bila ternampak iklan Sugarscarf terus jatuh hati. Sebab inner neck yang aku ada rm10 je, itu lah yang paling aku suka giler.


yang ini ha..


Aku beli 2 helai, tapi sehelai ni je yang best.. lagi sehelai out! Pakai sekali pastu taknak dah. Padahal beli dekat tempat yang sama. So i am looking for a new inner neck. Takde idea nak beli dekat mana selain jalan TAR. Please lah, aku tak kuasa nak pergi sana time puasa ni. Huhuhuhu.. Aku ter admire dengan inner neck Sugarscarf ni, just nak tanya ada sesiapa yang pernah beli thru online tak dengan Sugarscarf? Macam mana service? Sebab aku tak pernah membeli apa-apa barang melalui online. Tak minat. Huhuhu. tapi bila tengok waktu business hour dia cuma dari 9am-6pm. Butik Wangsa Maju dah dekat dengan rumah tapi time office hour.. Takkan sempat punya. Huhuhu!






Inner Neck Innara dari Sugarscarf






Inner Neck Elsa dari radiusite


Cantik-cantik kan?! Tapi aku prefer beli di butik, rasa macam puas hati boleh belek-belek sebelum beli. Tapi itu lah, bilanya nak ke sana. Nama je dekat.. Huhuhuhuhu.. Doakan aku rajin, kalau tak memang tak raya lah.. Memang kena beli baju siap lah nampaknyaaaa.. Weeee, suka.. Tapi yang tak sukanya mesti la Suami aku, membazir katanya. Huhuhu! 

Malam tadi masa dua-dua tengah mamai nak tertido - sambil pejam-pejam mata dah memasing, boleh aku cakap 'sayang dapat gaji nanti saya nak beli kebaya boleh tak' pastu Suami balas 'okayyyyyy'. Pastu off dua-dua.

Haha, tu maknanya bakal dapat baju kebaya nyonya sehelai tak lama lagi. hikhikhikhik.




Love,
Nursaila Norman!

Wednesday, July 17, 2013

Short Update : Juadah Berbuka

Assalamualaikum.


Sejak tahun 2013 ni memang tak banyak benda yang aku share dekat sini kan.. Makin lama makin bosan pulak blog aku ni haha! Keji blog sendiri takpe kan? kan? kan? Life as husband and wife susah nak dikongsikan dekat sini kan? Kadang-kadang nak tulis dekat sini, tapi takut orang salah anggap. Niat nak berlawak, kang ada pulak ingat kita saje nak menunjuk-nunjuk. So baik tak payah. Kan?

Banyak nya 'kan' !

Sekarang bulan puasa, baru puasa ketiga aku dah demam. Demam tiba-tiba yang tak best. Duduk dalam ofis dengan ekon sejuk nak mati bila keluar panas-panas redup. Itu kot penyebab aku demam. Baru hari ni sihat walafiat. Macam biasa lah, Suami akan jaga hikhik.. Sahur pun bersuap sebab aku malas gilerrr nak sahur untuk makan ubat. iheeeee.. Hari ahad gigih nak puasa, pastu teringin nak makan bubur nasi campur lobak masih goreng dengan ikan bilis goreng. Damn! Teringin terus.


Bubur versi Nursaila Norman (edisi pemalas tahan En Gaban)
-Bubur 
-Lobak masin (digoreng)
-Ikan bilis (digoreng garing)
-Bawang (digoreng)
-Kicap pedas (hand made by Ibu)

Motip letak resepi bengong-bengong??

Orang demam tapi makan sampai 2 mangkuk. Tapi mangkuk kecik laaa.. Hehehe! Malam tu tapau bawak balik rumah, pastu sambung makan lagi. Muahaha. Suami pulak request kuih buah melaka / onde-onde. Aku dengan sangat rajinnya setuju je nak buatkan kuih tu untuk dia. Tetiba.. Motip aku rajin buat kuih-muih ni? 


Sebelum aku start buat, Suami cakap dia taknak besar-besarrrr macam yang orang lain buat. Ntah sape yang buat ntah. Pastu aku bantai buat kecik nak mati. Hahahahaha. Kecik gila wehhh. Pastu Suami tanya nape warna dia tak hijau macam kat kedai.. Aku cakap la sebab aku buat guna daun pandan, tak guna pewarna. Risauuuuu je aku.. Banyak pulak persoalan dia.. Tapi nasib baik dia makan banyak giler onde-onde kecik cinonet aku tu. kehkehkeh!!

Okay lah, Suami dah tunggu.. Nak balik. Aku saje update time-time begini, supaya aku tak membuatkan tekak dan perut kamu dan juga aku teringin-ingin hehehehe!

Bazaar mana nak singgah jap lagi eh? 




Love,
Nursaila Norman!

Wednesday, July 10, 2013

Ramadhan Pertama Kami : Milo Nestum versi Nursaila Norman

Assalamualaikum.


Ya Allah, Ramadhan sekali lagi. Alhamdulillah, besar rahmat Allah untuk kita hari ni sebab dapat berpuasa, dapat jumpa Ramadhan sekali lagi. Alhamdulillah.

Tahun ni lebih seronok sebab berpuasa untuk pertama kali dengan Suami. Wink! Wink! Sebelum ni 6 tahun berpuasa jauh tapi dekat. Sahur pun dalam sms je, berbuka pun dalam sms. Beberapa kali je berbuka sama itu pun kalau kawan-kawan ajak berbuka sama. 

Alhamdulillah sekali lagi, perasaan tak tau nak gambarkan macam mana. Macam takde perasaan pun ada. Haha. Macam blur-blur je.. Malam tadi lepas solat isyak Suami cakap 'tahun ni kita sahur sama'. Masa tu tak rasa apa-apa.. Rasa seronok jela sebab bersahur satu rumah, dah tak sahur dalam sms macam dulu. Hehehe! Malam tadi ajak Suami pergi beli Mushroom Soup nak buat sahur. Tapi akhirnya membeli milo sachet dengan nestum sebab milo cereal habis. Wahhh, ramai rupanya buat milo cereal untuk sahur.

Untuk pengetahun (haha!), aku malas bangun sahur sebenarnya.. Aku akan makan sahur pukul 12 malam macam tu pastu tak bangun dah. Dulu ibu bising jugak, sebab tak dapat pahala kan.. Pastu aku gagahkan jugak la bangun untuk 3 biji kurma dan air masak segelas. Oh, aku tak boleh sahur nasi atau sahur benda berat-berat, nanti aku cepat lapar (cepat pedih ulu hati). Bangun sahur pun ibu kejutkan. Errrrr.. Takpe kan?

Tapi tahun ni, pagi tadi.. Semuanya jadi lain. Lain sangat, sangat. Sepatutnya bangun pukul 4.30am (tak tau kenapa decided nak bangun time tu). Tapi Suami bangunkan aku pukul 4.45am. Itu pun sebab aku tak bangun-bangun. Errrrr.. Melompat turun dari katil sebab dah lewat 15 minit, dah la kena siapkan apa yang patut. Dulu ibu buat semua. Teruk kan! Itu lah. Huhuhu.

Pagi tadi aku bancuh milo nestum versi Nursaila Norman. Haha! Siapa suruh milo cereal habis kan? Guna milo sachet pastu letak nestum 2 sudu besar. Lepas isi air panas masih rasa manis, so tambah air dan lagi satu sudu besar nestum. Masih manis, tambah lagi air dan sedikit nestum. Aku buat untuk 2 mug. Satu untuk aku, satu untuk Suami. Ta daaaaa.. Kenyang! Sebab mug tak besar tapi lebar sikit, ruang dalam besar rupanya. Tiap kali buat air panas takleh buat penuh 1 mug, buat separuh pun dah kenyang. Tapi pagi tadi kitorang dapat 1 mug milo nestum. Haha. Suami pulak wajib sahur nasi.. Ibu dah pesan bulan puasa tapau nasi dekat rumah dia. hikhik.

Malam tadi lepas makan malam dekat rumah ibu, aku tapau nasi dengan rendang ayam untuk Suami. So pagi tadi keluarkan dari bekas letak dalam pinggan. Ta daaaa.. Suami dapat sahur nasi dan rendang ayam pagi tadi. Rupanya aku ambil nasi banyak, tak sedar sebab bekas kaca tu kecik, aku lak g mampat2 kan nasi tu. Erk! T___T Pitam Suami nak habiskan. Errr..

Tak buat pun mushroom Soup, sebab malas. Lagi pun dah kenyang sangat minum milo nestum versi sendiri. 

Sahur pagi tadi rasa janggal sebab Suami berlegar-legar dalam rumah tak tau dia buat apa, aku pulak keep asking him supaya makan cepat, makan cepat. Aku pun tak tau apahal aku suruh dia makan cepat. Haha. Pastu aku bancuh air panas untuk 2 orang. Pastu aku tunggu Suami makan, milo aku dah habis dah, Suami baru nak minum milo nestum dia. Aku dah super mengantuk, aku suruh dia minum laju-laju.. Haha hadoilah aku ni.. Kesian dia. Last-last aku cakap aku tido dulu boleh? Haha. Dalam 3 minit macam tu Suami masuk. Subuh lambat lagi so nak lelap-lelap kejap. Tapi Suami tak boleh lelap-lelap sebab kenyang sangat. Salah aku lah tu kan.. Huhuhuhu.

Ohhhh memang super malas and super puteri beradu giler aku ni. Huhuhuhuhu....

Esok nak tukar time sahur.. Supaya solat subuh terus lepas tu.

Kalau ada orang baca entry ni dia mesti cakap 'rugi kawen dengan dia'. Yelah, tak masak sahur, bangun sahur pun Suami kejutkan.. sobsobsob. Kannn.. This is me.. Tak pandai la nak tipu aku bangun pagi masak rendang ayam sedangkan aku tapau je kat rumah ibu malam tadi.. Haha.. Dan aku memang manja giler (teruk ah! malu nak mengaku), dulu-dulu bangun sahur ibu dah siapkan semua, ibu kejutkan supaya sahur.. See betapa over nya aku. Tapi aku kan dah kawen, first time berpuasa dengan Suami, kena la rajin bangun, kalau tak sahur nasi pun kena la teman Suami sahur.. Dah alang-alang teman takkan tengok je dia makan kan.. Makanya aku akan belajar lah buat air panas ke, mushroom soup ke, makan kurma (wajib).. Tapi kalau Suami kejutkan Isteri bangun sahur itu sweet kan? hiks.

Macam mana pengalaman ister-isteri yang baru first time berpuasa dengan suami hari ni? Seronok kan..

p/s : picha milo nestum tak boleh di upload. itu akan membuatkan diri sendiri tak sabar-sabar nak maghrib.


Love,
Nursaila Norman!

Tuesday, July 2, 2013

Kittens AND Rezeki

Assalamualaikum.


Harini nak cerita pasal kucing lak eh,eh,eh..

Selalu tak dengar orang cakap macam ni "kucing ni pembawa rezeki ke dalam rumah kita". Rezeki datang dari Allah, Allah menghantar kucing kepada kita untuk menguji sanggupkah kita berkongsi rezeki dengan makhluk lain selain manusia? Makhluk yang tidak mendatangkan keuntungan, tidak membantu kita dalam banyak hal.. Tapi mereka mampu jadi penghibur hati kita di kala duka. Kan?

Dekat rumah kitorang ni kitorang ada la bela 3 ekor kucing dewasa, kucing jalanan je. Yang sekor tu betina, nama dia Bobby, baru-baru ni dia pregnant. Aku nekad nak bela anak-anak dia, Suami pun. Kebetulan Suami biasa bela kucing betina, so dia tau la apa kucing pregnant nak. Aku memang tak pernah bela kucing pregnant. Eh, takpe kan aku guna 'pregnant' untuk kucing? Hewhewhew. Bila Suami aku pandai lebih hal2 kucing pregnant ni haruslah aku excited lebih, tergedik-gedik.

Haritu 6/6/2013 kitorang pun dapat la kittens! Ada 4 ekor semuanya. Hari-hari belek diorang. Suami sampai pening kepala nak larang aku jangan asyik belek babies 4 ekor tu. Hehehehe. Geram. Sikit-sikit angkat belek-belek pastu letak. Mak dia bengangggggg je dengan aku. Haha.

Bila hari-hari belek mesti la aku rasa apasal lambat sangat budak-budak ni nak besar. Suami cakap tggu telinga diorang besar sikit, bukak mata, kuku x keluar.. Lambatnyaaaaa! Tiap kali aku belek budak2 tu mak dia mesti buat muka tension tengok aku. Aku paling suka masa mak dia takde.. Hahaha! Seronok aku belek perut dia, ekor dia.. Masa tu diorang belum bukak mata lagi. Bila mak dia balik je mak dia cepat-cepat lompat masuk dalam kotak impit anak-anak dia. Mak dia stress kalau nampak aku. Hohohoho.











Masa ni diorang baru seminggu, belum bukak mata lagi. Baikkkk je semua.













Masa  ni dah 3 minggu. Dah pandai bergerak gigil-gigil macam orang tua.
Hehehehe.


So tiap kali balik kerja kitorang akan masuk bilik cari diorang dulu. Lagi-lagi kalau mak dia takde, kitorang akan buli diorang teruk-teruk sampai mak dia balik. Bila mak dia balik nampak je aku tengah buli anak-anak dia, laju je mak dia lompat masuk dalam bakul. Masa awal-awal dulu diorang duduk dalam kotak, pastu aku saje alihkan anak-anak dia main dalam bakul, sampai sekarang dioarang suka pulak bakul tu. Now, diorang stay dalam bakul merah. Sekarang dah pandai jengah kepala tengok kitorang masuk bilik. Bilik tu bilik pakaian kitorang, khas untuk pakaian semata. Budak-budak tu dah pandai usha aku pakai baju. Haha. Kalau aku masuk bilik je diorang mesti jengah kepala kat tepi bakul pastu tengokkkkk je aku. Comellll sangat time tu.

Semalam Suami dapat berita gembira, Suami cakap kucing kat rumah doakan rezeki dia. Sebab kita jaga dia, Allah pun murahkan rezeki kami suami isteri. Alhamdulillah.

Haritu pun masa duduk rumah tggu dapat kerja, kitorang tolong sekor ibu kucing ni. Dia menyusukan 7 ekor anak. Lepas bawak g klinik doktor suggested aku tolong susukan anak-anak dia guna botol susu. Diorang amek masa nak pandai isap susu guna botol, beberapa hari lepas tu diorang dah start pandai. Banyak diorang minum. Seronok sangat masa tu. Tapi tiba-tiba sekor-sekor mati. Sampai la tinggal sekor je. Aku bawak balik rumah nak jaga, tapi selamat dua hari je. Kebetulan hari dia mati aku dapat keja. Ibu diorang pun mati jugak at last. Suami cakap rezeki kita tolong kucing jalanan pastu aku terus dapat kerja. Alhamdulillah.

Sekarang ni Oyen pulak luka teruk kat mulut dia, tapi dah okay dah.. Taktau la kenapa pukul atau apa. Oyen ni pun kucing luar, tapi tak kisah lah.. Janji kucing, mana yang kitorang boleh bagi makan kitorang akan bagi selagi mampu. Sekarang ni melayankan kerenah diorang yang suka sangat minum susu Fernleaf kitorang dengan cheesedale aku. Huhuhuhu. Sibukkkk je kalau aku tengah makan cheese sambil baring-baring, mesti Bobby datang mintak jugak. Haha. Pastu kitorang share. Nyum, nyum, nyummmm.

Okay lah say byebye to Kiki, Gegurl, Jorro and Nell!

Harapan aku untuk hari ini : Berkongsi lah sedikit makanan dengan mereka, walaupun sedikit nanti diorang akan doakan rezeki untuk kita, terima kasih!




Love,
Nursaila Norman!

Monday, July 1, 2013

Felt Button Handbouquet for SALE!

Assalamualaikum.



Nursaila Norman cuba menambah koleksi handbouquet atas permintaan beberapa customers. Wink! Wink! Percubaan pertama ialah Felt Button Handbouquet, sebagai tambahan selain Pearl Handbouquet.




































Untuk pengenalan, Nursaila Norman buatkan satu Felt Button Handbouquet bersaiz S berwarna pink. Sesiapa yang berminat boleh email. Cuma satu ni je. Harga rm40. Harga pengenalan sebab tu bagi special price, i give you 50% discount :)

Kalau nak request warna sendiri boleh email, tapi harga biasa lah yer takde diskaun. 







saiz S sama dengan saiz remote control TV rumah saya :P



BERMINAT?
email me untuk grab :)



Love,
Nursaila Norman!

From Maxis to Celcom

Assalamualaikum.


Dah masuk Julai kan? Suami asyik ulang : kita dah sampai ke pertengahan tahun 2013. Yelah, semalam kan 30 Jun, cukup 6 bulan (separuh tahun). Huhuhu. Kejapnya masa berlalu.

Aku pun dah sebulan dekat tempat baru. Ofis baru, kawan baru, skop kerja baru, cafe baru, tempat makan baru. Hahaha. Tempat makan sangat penting. Hehehe! Haritu Suami bawak aku lunch Mc'D, macam kekok lak. Hadoii. Huhuhu.

Disebabkan tempat baru aku ni susah nak dapat line Maxis, aku terpaksa la convert line Maxis aku kepada Celcom. At first rasa tak nakkkkk.... Tapi nak buat macam mana, nanti aku susah nak call orang dan orang pun macam kekok je nak dail number aku.. Maxis? Hello, this is Celcom territory laaaaa... Macam tu la lebih kurang. Hehehehehe! So Selasa lepas aku pun isi form untuk convert line. Sedih sebenanrnya. sobsobsobsob! Lepas isi borang dia cakap dalam tempoh 5 hari aku akan dapat sms, sms yang ketiga baru aku tukar simcard Maxis kepada simcard Celcom yang diorang bagi. Okay. 

Hari yang kelima iaitu semalam, Ahad aku pun dapat la sms yang ketiga. Lepas tu dapat jugak sms dari Maxis, sms ni lah yang paling sedihhhhh gila. Huhuhuhu!





Gila sedih kan? kan? Cakap kat Suami, pastu dia pergi cakap pulak 'number ni la kita kenal-kenal, calling-calling'. Urgghh.. Lagi la sedih. Huhuhuhu. Takpe-takpe, jangan sedih-sedih. Number tetap sama, cuma line je berbeza. Siapa yang tahu kan? Orang tetap ingat 012 ialah line Maxis kan? kan? Huhuhuhu.

Kepada yang sms atau call please noted line saya ialah line Celcom ye, walaupun anda mendail number 012. Hikhik!



khas untuk manusia yang tak berpuas hati aku komplen pasal dia dekat blog.
dia kata aku tabur cerita pasal dia.
yeke? laaaaa.. yekeee..
ohhhh, yang selama ni orang bercakap pasal dia sokseksoksek tu apa ye..
yang pengkomen no.2 tu staff aku (dulu) dan dia.
see??
Muhasabah lah diri tu.





Love,
Nursaila Norman!