Assalamualaikum.
Nampaknya Ramadhan tahun ni
(2015) menjadi Ramadhan yang paaaaaaling best, paaaaaaling bermakna. Berbanding
tahun-tahun lepas, tahun ni memang jauh beza. Bukan sebab ada anak tau. Wink! Wink!
Tahun ni sama jugak macam
tahun-tahun lepas, kurang pergi bazaar. Nanti aku explain apa kebaikan yang aku
dapat bila kurang pergi bazaar. Cuma tahun ni aku buat beberapa benda yang aku
tak buat masa Ramadhan lepas-lepas. Kurang pergi bazaar tu memang amalan aku
sejak dari duduk U (kat dalam U takde bazaar, kalau nak kena pergi Changlun –
20km dari pintu masuk U) lepas tu terbawak-bawak bermula dari tahun 2009 lagi.
Kenapa aku cakap tahun ni
Ramadhan aku best, bermakna? Sebab, tahun ni walaupun dah berbuka aku masih
segar. Tak macam tahun-tahun lepas, lepas berbuka je lemau. Mana tak lemau,
makan macam-macam masa berbuka. Huhuhuhu! Plus sekarang ni dah ada anak, tenaga
kena lebih untuk jaga dia waktu siang. Macam-macam yang aku risaukan, boleh ke
aku jaga Melissa masa puasa nanti? Larat ke? Melissa tu boleh tahan aktif,
banyak akal. Kena lebih pengawasan bila biar dia main. Huhu! Tapi Alhamdulillah,
dah 13 Ramadhan semuanya berjalan lancar. Tak berlaku kejadian Ibu Melissa
pengsan kehabisan tenaga. Hahaha!
Tips yang aku dapat dari Ramadhan
2015 ni ialah :
1.Kurangkan makan sebulan dua
sebelum tibanya Ramadhan
Biasanya umat Islam akan berpuasa
sunat Rejab dan Syaaban kan.. Aku tak cukup hebat lagi nak berpuasa sunat
(Insyaallah siapa taknak buat kan?) tapi aku amek pendekatan untuk kurangkan
makan. Macam aku yang hw ni, 24jam boleh makan tak payah tunggu time rehat.
Tapi aku elak breakfast. Tips kesihatan kata tak elok skip breakfast kan? Nanti
gemuk eh? Takpe, ini untuk kebaikan di bulan Ramadhan nanti. Lunch pun aku amek
lewat, selalunya pukul 3/4pm baru aku lunch. Jadi bila bulan puasa ni, aku tak
terasa sangat la lapar tu. Sebab dah biasa kurang makan.
2.Kurang pergi bazaar Ramadhan
Kurang pergi bazaar tu maksudnya
bukan lah pergi setiap hari. Kalau Sabtu Ahad kitorang cuba elakkan pergi
bazaar. Kalau malam tu lapar kitorang akan masak snack ke, lepak mamak ke. Ikut
kesesuaian Melissa.
3.Kurang berbelanja di bazaar
Ramadhan
Yang ini aku praktikkan sejak
kawen. Sebab Suami jenis berbuka dengan kuih muih je. Aku pulak berbuka nasi.
Jadi kalau pergi bazaar just beli kuih muih Suami jelah. Suami pulak jenis
makan sikit-sikit, selalunya Rm4 dah cukup. Kadang-kadang kuih tu ada balance
boleh bawak untuk makan lepas Isyak. Tapi selalunya lepas Isyak kitorang akan lapar
teruk, masa tu kitorang akan makan macam-macam depan TV. Goreng fries, nugget,
sosej, buat Maggie, cicah biskut lemak, makan roti sapu Nutella, makan cikedis
macam-macam lah.. Selagi boleh makan. Haha.
4.Makan sikit masa berbuka
Yang ini aku baru start tahun ni,
itu pun sebab dengan kehadiran Melissa. Thanks Melissa! Dah ada anak ni tak
dapat la nak menikmati makanan lebih-lebih. Dapat makan nasi pun dalam jumlah
secawan je. Takde la sepinggan penuh macam tahun-tahun lepas. Hehehehe! Lepas
makan nasi 5,6 suap tu makan kuih sebiji dua lepas tu dah. Tak boleh makan
lama-lama, nanti ada jugak Melissa join sekali makan lauk pauk atas meja. Hehe.
Walaupun dah bagi dia finger food, tak bertahan lama pun. Paling kuat dia leka
dengar azan lepas tu layan finger food dia sekejap. Tak lama tu dah meronta nak
makan makanan kita pulak. Ngam-ngam la Ibu dia siap makan. Sebab Melissa Ibu dia makan sikit, sebab tu
jugak Ibu dia kekal segar sampai tengah malam. Sunnah Nabi tu memang terbaik.
Simple je apa yang aku buat untuk
Ramadhan tahun ni, tapi effect dia superb! Yelah dah ada anak ni tenaga kena
full 24jam. Kalau ikutkan style berbuka tahun-tahun lepas, lepas Maghrib je dah
lemau. Mana taknya.. Lepas makan nasi makan kuih muih pulak. Wajib ada taufu
fah. Murtabak pun wajib jugak, air minum bergelas-gelas, air panas lagi.
Kannnnn. Raksaksa tak? Nak Maghrib pun rasa berat, sambil-sambil tunggu Isyak
mata macam kena gam. Haha.
Dah tu macam mana nak layan anak
sampai lepas Isyak? Melissa selalunya pukul 8.30mlm dah ajak layan mata atas
katil. Tapi tidonya pukul 9/9.30mlm. Sejam jugak la melayan dia atas katil.
Kalau lemau macam tahun-tahun lepas, confirm Melissa yang tidokan Ibu dia.
Hikhik!
Lepas Melissa tido aku akan masak
lah apa-apa je sebab dah start lapar. Selalunya ada lebihan makanan masa
berbuka (kuih muih) lepas tu tambah la dengan makanan lain. Gagah kot boleh
memasak bagai untuk supper. Bertuahhhhh Suami. Hihihihi.
Aku harap aku akan istiqamah
untuk tahun-tahun akan datang. Banyak kebaikan yang aku dapat rupanya. Dapat
jimat duit, kurang membazirkan makanan (setakat ni masih kekal Sifar
Pembaziran), masih segar sampai malam. Alhamdulillah.
Semua ni sebab Suami yang banyak
ajar aku membeli, makan dengan berpada-pada. Lepas tu Melissa pulak selalu
suruh Ibu dia stop makan masa berbuka. Hehehe.
Till then. *macam biasa, takde picture. picture semua dalam IG. sobs!
Love,
Nursaila Norman!