CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

Wednesday, July 29, 2015

Bukan Mudah Berdiam Diri Sebenarnya. Serius, Tak Mudah.

Assalamualaikum.




Pernah tak kita mengalami situasi di mana orang tak suka kita tanpa sebab?

Tanpa sebab ni sampai tahap kita tak pernah berkenalan pun dengan orang tu. Tapi orang tu tak suka kita tiba-tiba. Ajaib kan?

Kalau kita pernah berkawan, atau berkenalan dengan orang tu kita faham. Mungkin kita ada tersakitkan hati dia ke, terkecilkan hati dia ke, logik lah orang tu boleh simpan perasaan tak puas hati, dendam, benci dekat kita.

Ni takde angin takde ribut, tetiba dah la tak suka kita. Lepas tu jaja pulak cerita kita kat orang lain.

Tak pernah? Alhamdulillah. Doa-doa lah dijauhkan dengan orang macam ni. 

Kalau pernah, rilex dan coooooollllll je. Jangan menggelabah. Sebab orang macam tu sanggup buat apa saje untuk burukkan kita. Jadi kalau kita menggelabah, lebih senang dia nak highlight kan keburukan kita kat orang lain.

Aku pernah lah sekali sepanjang aku hidup ni aku terpaksa berhadapan, melalui, bersabar habis-habisan dengan orang macam tu.

Aku rasa lebih senang kalau kita rename orang itu dengan "y" kan? Senang nak faham dan senang aku nak explain.

Been there, done that.

Mula-mula berhadapan dengan situasi tu memang susah untuk aku terima. Tak malu untuk aku mengaku yang aku agak tertekan masa tu. Tapi sebab aku susah nak tunjuk perasaan sedih, takde sorang pun tahu aku berperang dengan perasaan sendiri time tu. Aku tak pernah lalui situasi macam tu sebelum ni. Tapi siapa sangka, Allah nak uji kita bila-bila Dia mahu. Nak tak nak kita kena terima jugak.

Pada awalnya aku agak goyah dan kelam-kabut memikirkan perbuatan y. Pada awalnya aku cuba berterus terang bila ditanya (untuk kepastian) tapi keadaan tak berubah, tiada apa-apa fungsi pun. Malah berbalas kenyataan hanya memburukkan lagi keadaan. Aku berani cakap mungkin aku tidak 100% innocent. Tapi aku tak pernah kenal dengan y dan aku rasa sangat pelik untuk dia benci aku sampai tahap menjaja cerita aku ke sana sini. *tak pernah kenal yang aku maksudkan ialah "tak sempat nak berkenalan huhu"

Selepas beberapa ketika aku tarik diri. Tarik diri dari mempertahankan diri sendiri (macam buat keja bodoh huhu). Masa tu dah tak penting untuk explain sape yang berada dipihak yang benar. Just let it be. 

Aku belajar sesuatu di situ. Aku belajar sabar, dan redha. Aku tak kisah sejauh mana, sebanyak mana y nak jaja cerita aku. Sumpah, demi Allah aku tak kisah. Aku tak boleh nak tutup mulut seluas tempayan. Aku takde kuasa. Aku takde hak nak halang orang lain bercakap. Kan? Biarkan je.

Selepas beberapa tahun, y masih tak berputus asa. Kisah aku dijaja ke sana ke mari akhirnya sampai ke telinga aku. Dunia ni kecik. Pi mai pi mai, tang tu jugak. Walaupun apa yang dijaja tu sampai ke telinga aku, aku diamkan aje. Sepanjang beberapa tahun tu aku didik diri untuk terima apa saja kemungkinan, belajar telan benda pahit. Sebab aku tau, y takkan berhenti macam tu je. Dan betul. Jadi, aku tak rasa apa-apa pun bila orang sampaikan apa yang y cerita tentang aku. Hati, jiwa dengan telinga aku macam dah tuli.

Suami tahu hal ni, dia sahabat paling baik aku pernah ada. Memang dengan dia aku luahkan untuk ringankan beban dalam hati ni. Pernah baru-baru ni Suami ucapkan sesuatu yang buat aku betul-betul terharu. Suami kesian dengan aku sebab terpaksa lalui semua tu. Aku rasa nak nangis, bukan sebab aku sedih mengenangkan apa yang y buat kat aku. Tapi aku sedih rupanya Suami simpati dan kesiankan aku. Walaupun hakikatnya aku selalu tunjuk kuat depan Suami. sobs!

Apa yang penting sekarang, berkat aku sabar, sabar, sabarrr.. Aku paksa diri aku sabar sebenarnya. Huhuhu. Sabar jelah, tahan jelah, telan jelah. Berkat aku paksa diri aku tu aku boleh tersenyum sekarang.

Segala jenis najis yang y palit kat nama aku, dia sendiri tolong bersihkan.

Dulu orang sampaikan apa yang y cakap pasal aku. Tapi sekarang orang bercakap buruk pulak pasal y depan aku. Orang-orang tu semua adalah orang-orang yang y cuba tagih simpati dulu. Y nak orang nampak dia baik, di pihak yang benar, cantik, elok. Sekarang, nah.

Dulu aku tak bijak. Aku risau kalau-kalau orang ikut sama benci aku hasil jajaan cerita y. Tapi bila aku redha kalau orang benci aku, kalau orang tak suka aku, rupanya ada hikmah. Adalah lebih baik aku bertenang je dulu kan? Takyah nak bazir-bazir masa risau benda yang tak pasti. Huhuhu!

Tak payah aku nak habiskan air liur membetulkan statement y. Tak payah aku nak habiskan tenaga ke sana sini jumpa orang untuk bercerita buruk tentang y. Tak payah. Y dah buat semua tu untuk aku.

Kalau korang pun sedang berada dalam situasi macam aku, amalkan sikap berdiam diri dan bersabar. Dua tu je kuncinya. Berdiam adalah lebih baik. Tutup aib orang. Sabar bila Allah uji. Doa orang teraniaya ni makbul. Doa lah banyak-banyak mintak dapat Suami baik ke, mintak dapat rumah ke, mintak kebahagiaan ke, mintak lah apa pun. Berkat y buat aku macam ni, Allah bagi macam-macam kebahagiaan kat aku sekeluarga. 

Tapi jangan sesekali doakan keburukan untuk orang. Sia-sia je doa mintak keburukan orang, Allah tak makbulkan pun. Tapi aku terkejut bila sorang hamba Allah ni cakap depan aku "nak kata mewah, tak nampak pun". Padahal y layak hidup senang hasil tangkapan beliau. Tapi nak buat macam mana, Allah Maha Berkuasa.

Dulu, beberapa tahun lepas aku terpaksa biarkan y burukkan aku.

Sekarang, aku terpaksa buat-buat tak dengar bila orang burukkan y depan aku.

Sampai satu tahap sorang lagi hamba Allah ni kutuk fizikal y depan orang lain. Aku pun ada jugak masa tu. Nauzubillah.. Sampai macam tu sekali orang lain bercakap tentang y. Y pernah kutuk fizikal aku.. Takpe lah, y lupa mungkin yang aku tak mampu nak cipta fizikal sendiri. Huhuhuhu.

Walau sebenar mana pun kamu, diam jelah. Allah ada. Aku akui, seksanya aku memaksa diri berdiam dan bersabar selama ni. Rupanya Allah tahu. Allah Maha Mengetahui kan? 

Jadi? Jangan lah sibuk jaja buruk orang. Kalau betul orang tu bersalah sekali pun diam jelah. Allah akan bagi balasan yang setimpal.

Aku tak pernah harap Allah balas apa-apa kat y. Aku pun tak sangka Allah beri balasan yang setimpal secepat ini. Aku ingatkan dalam TV je anatogis dapat balasan dalam masa sejam dua. Realiti pun ada rupanya. Betul lah kot orang-orang cakap "Allah bayar cash sekarang ni".

Apa-apa pun aku simpati jugak dengan y. Hidup dia susah sekarang ni. Dulu masa dia hidup senang, dia hina-hina je aku. Terasa betul time tu. Taktau kat mana silapnya, hidup y makin lama makin susah. Aku tau pun, orang lain yang sampaikan siap dengan bukti lagi. Adoi.

Tapi y tak selesai lagi dengan kerja dia. Aku tau, lepas ni ada lagi. Tapi takpe lah, aku tetap akan berdiam diri je. Tak perlu cakap apa-apa. Satu per satu dia tunjuk siapa diri dia. Buat apa aku nak bercakap lagi kan? Biar dia buat kerja dia.

Jauhkan lah aku dari orang-orang macam ni. Cukup lah sorang tu. Aku taknak dijumpakan lagi dengan yang lain, amin.

*takde niat nak memalukan y, pengajaran je kita ambil. bersabar lah dengan setiap ujian Allah, pasti ada hikmah.








Love,
Nursaila Norman!


Friday, July 10, 2015

DIY : Jubah Raya Ibu

Assalamualaikum.



Alhamdulillah, alhamdulillah.. Bulan puasa kali ni dapat banyak diy baju raya. Diri sendiri punya dapat 2 helai. Kawan sekolah sehelai, kawan uni sehelai, baju ibu 2 helai, baju adik sehelai. Baju Melissa je aku tak diy lagi. Seba baju kurung dia Tok kat kampung jahitkan. Sehari sebelum raya je time yang aku ada untuk tampal bunga sikit kat baju Melissa. Harap2 Allah perkenankan.

Baju kurung ibu aku tak dapat nak snap picha. Aku dapat share jubah raya Ibu je. Benda paling best bila Ibu happy tengok jubah dia. Aku cakap la design ni style baru, tengah in kat online shop. Jenis strips. Hehehe. Tapi Ibu jenis tak kisah.





Picha nombor 2 tu harap maaf ye, kalau boleh rotate, rotate lah. Kalau tengok guna PC jangan la rotate pulak. Hehehehehe! Lace yang sama dengan lace kat baju kurung kedah aku (see previous post).

I am a happy dotter, happy mother as well!




Love,
Nursaila Norman!




DIY : Bunga Teratai

Assalamualaikum.



Al-kisahnya kawan baik satu Uni dulu nak sangat, sangat, sangat aku cantikkan baju raya dia. Dah nama pun kawan satu Uni, dulu makan sama-sama, gelak sama-sama, nangis pun sama-sama, jadi macam mana susah pun aku cuba usahakan jugak untuk dia. Asalkan dia happy. Alamak, rindu pulak kenangan berbuka puasa kat dalam bilik dulu. Huhuhuhuhu.

Tunggu punya tunggu, baju raya kawan satu sekolah dah settle. Tapi baju kawan kat Uni tak sampai-sampai jugak. You know who you are, serious sayang sangat aku tak snap pic baju kau babe. Next baju sila pilih kain sendiri pastu aku touch up sikit bagi kau nampak macam Kak Mah eh. Harga insyaallah tak sampai Rm24juta. Insyaallah aku janji. *angkat tangan kiri*

Actually aku dah lupa macam mana nak buat.. Hehehehehehehehehehe! Memula tu salah, cancel semua 25pcs. Buat semula kot. Marah kat diri sendiri lah masa tu.. Padan muka sape suruh refer blog. Hehehe. Pastu recall balik, refresh balik.. Ting! Baru jadi.



Dulu masa aku buat bunga ni untuk baju resepai, aku panggil bunga ni bunga 3D (3D flowers). Tapi bila buat kaler pink ni, dengan melengkung2nya, nampak macam bunga teratai lah pulak. Hehe. Jadi aku bagi nama kat bunga ni Bunga Teratai.

Cantik kan? Eh, terpuji pulak. Hehehe. Kena puji, sebab bunga ni nak tampal kat baju kawan. For sure baju raya dia jadi cantik nanti. Kan? Hehehe. Amin.

Wa, Sela harap Wa happy. Wa mesti boleh punya jahit bunga ni kat baju. Mesti boleh!

Dah nak raya, ada sehelai lagi baju nak diy. Baju raya adik tercinta. Dah siap kita share, okay nak start menjahit, BYE!

Salam Ramadhan, 23Ramadhan



Love,
Nursaila Norman!



Wednesday, July 8, 2015

DIY : Baju Raya Kurung Kedah & Peplum

Assalamualaikum.




Dah 21 Ramadhan kan? MasyaAllah sekejap nya masa berlalu. Takut pun ada. Huhuhu. Rasanya baru je Ramadhan sambil bawak Melissa dalam perut. Huhu! Oh, cakap pasal Melissa dalam perut, memang tak berbaju raya lah kannnn.. Baju raya jenis apa yang sesuai? Hehehe.. Aku pakai jubah harian je kot. Selebihnya pakai dress. Tak sedih sangat lah sebab faham orang pregnant kena lah banyak berkorban lagi-lagi bab baju raya ni. Hihi. Tapi aku dah berazam, tahun akan datang aku nak pakai baju raya. Pakai sama-sama dengan Melissa pulak tu. Awwww.. Macam besttttt je kan, kan, kan. Hikhik.

Aku tak plan pun nak buat design canggih-canggih. Asalkan ada baju raya cukup dah. Alhamdulillah, Allah makbulkan cita-cita aku nak ada baju raya. Dua pasang pulak tu. Jadi sepasang tu aku buat jenis kurung kedah sebab aku akan beraya belah mertua tahun ni kat Kedah, jadi kita pakai kurung kedah k. Haha. Lagi sepasang tu aku buat jenis peplum. Fefeeling nak flowy-flowy. Hikhikhik. 

Dua-dua pasang baju aku tu plain je. Jadi aku letak detailing sikit supaya ada lah sesuatu kat baju tu. Heeeee. Diy orang kata. 

Tahun pertama raya aku diy jugak baju raya. Kalau nak tengok balik entry tu klik sini. Tahun kedua tak buat, masa tu dah nak masuk 8 bulan pregnant. Tahun ni tahun ketiga, jadi nak meriah sikitttttt je sebab tahun ni ada Melissa. iheeeeeee.

Okay lah, nak share sikit gambar. Tapi teaser jelah ye. Yang fulk version kena lah tggu raya nanti. Hehehehe.




Baju warna kuning tu baju kurung kedah, kain dia aku beli dalam instagram. Jenis kain thai silk. Tapi bukan la thai silk yang ori mori pun. Kain dia pulak jenis songket. Bila dah siap sepasang aku tak puas hati tengok kain songket dia. Kejung semacam je. So aku beli skirt Rm20 buat ganti kain songket tu. Puas hati. Hehehehe. Lace kat baju kurung kedah tu aku beli kat instagram jugak. Manik-manik dia aku mix and match je dengan manik-manik yang sedia ada kat rumah. Detailing buat kat hujung lengan je. Less is more.

Baju warna purple tu baju peplum. Kain chiffon beli kat Kamdar je. Hehe. Asalnya tak plan pun nak buat baju raya sampai dua pasang, tapi sebab Maksu aku belikan kain cotton untuk Melissa, terpaksa la aku beli jugak kain untuk matchy-matchy dengan dia. Disebabkan aku taknak keluar duit banyak sangat, aku tak letak lace kat peplum. Aku buat design crumble je, bunga fabric tu lebihan kain dari headband Melissa. Kat bahagian lengan aku tak letak pape detailing, sebab takut Melissa tarik-tarik. Hehehehe. Oh, first time buat crumble masa tu untuk customer. Nasib baikkkkk jadi. Tapi bila buat untuk diri sendiri susah pulak. Erk! Entry aku diy untuk baju customer tu ada kat sini, klik lah kalau nak tengok balik hehehe.

Boleh lah, nak merasa raya dengan Melissa tahun ni. Orang baru tu.. Hehehe. Taktau lagi outcome dia macam mana. Harap-harap cantiklah hendaknya. Wink! Wink!

Selamat berpuasa semua!





Love,
Nursaila Norman!