CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

Thursday, October 22, 2015

GMBM 1st ANNIVERSARY GIVEAWAY

Assalamualaikum



GMBM 1st ANNIVERSARRY GIVEAWAY



JOM MERIAHKAN SEGMEN 
KLIK BANNER SEGMEN UNTUK INFO LANJUT

DETAIL SEGMEN

** 19 PEMENANG DI CARI
** MULA : 21 OKTOBER 2015
** TAMAT : 31 OKTOBER 2015


GMBM 1st ANNIVERSARRY GIVEAWAY ini di taja sepenuhnya oleh Kathy, Mamaniza, Sofu, Suria, Sally,  Hani, Eyra, Fuza, Adna, Ayumie, Yong, Zie, Eda, Hana, Yana Yani, Ida, Fiza, Ida Bits & Aida.

*****************************************************************************

Memandangkan aku ni ahli GMBM, sebolehnya aku akan join GA yang dibuat oleh Group! Macam aku cakap kat previous post, susah sikit nak update entry sekarang ni. Tapi, Group punya pasal, aku usahakan jugak untuk join dan update! Yay.

19 pemenang dicari. Tak menang pun takpe, janji penyertaan sebagai tanda sokongan. Kan? Apa yang aku harapkan dari Group ni ialah semoga Group akan terus kekal dan erat sesama ahli.

Aku selesa berada di Group ni sebab walaupun ahli Group diambil berdasarkan kriteria seorang Ibu, Blogger & warganegara Malaysia, tapi Ibu-ibu kat sini cool je. Cool yang kewlllll. Haha!

Cool sebab diorang takde lah 24jam nak cerita pasal anak semata-mata, sharing knowledge pun pasal anak semata-mata. Bukan aku anti-anak. No! Tapi aku rasa macam there are so many things outside there or in my life yang kita boleh cakap dan sharekan. Sometimes, pasal anak ni just let me and my spouse know. Sorry, it just my two cents. Sorry!

I am too emotional sebab aku baru je left satu group ni. Katanya group pasal ilmu keibubapaan. Bila duduk dalam tu untuk 24jam, 1000++ notify cerita pasal anak sendiri sesama kawan diorang je?! What? Bila ada orang left, diorang kat dalam tu perli-perli cakap 'tak tahan jangan ber'group' wassap' 'tak tahan takde sape suruh join' What??! I pun tak tahan. So I left. Duh.

I really wish, ada 1 group wassap keibubapaan yang seriously talking about knowledge. Bukannya cerita pasal anak sendiri, lepas tu dijadikan kayu pengukur untuk anak-anak lain. Of couse lain anak lain cara. Lagi pulak, orang yang galak sangat guide kita secara rigid tu anak baru sorang, umur anak pun baru nak masuk 2 tahun. Hehehehe. Bukan lah nak menidakkan niat diorang nak berkongsi. Tapi cara perkongsian tu tak kena. Banyak group-group kat FB tu bila berkongsi dah jadi 1 trend kita wajib ikut cara si pengkongsi tu. Kalau kita macam berlainan arah sikit je, tetiba kena kondem kaw-kaw. Senang cakap tak boleh berbeza pendapat langsung. You Just Follow What I Said/Do In This Group. If Not, Please Left. <--- sila letak amaran ni siap-siap. Hehehe!

Teruskan 'cool' tu okay mommies!



Love,
Nursaila Norman!

Wednesday, October 21, 2015

GMBMians List

Assalamualaikum



Ada masa sikit ni laju-laju repair layout Blog. Huhuhu. Alhamdulillah dapat jugak akhirnya aku buat list baru. List GMBMians! Hello mommies!

Aku terjumpa Group ni dekat Facebook. Dengan niat nak tambah bloggers yang aktif. Lepas requested, admin GMBM pm dekat Facebook buat sedikit soal siasat. Bagus jugak buat macam tu, memang alasan yang bernas untuk diterima. Well done GMBM!

Harap GMBMians sekalian boleh feed back kalau blog anda takde dalam list ya.


What's next? Join GA GMBM lah!









Love,
Nursaila Norman!



Kitar Semula Dapat RM2.50!

Assalamualaikum


Instead of writing a story about my partner, my daughter, apa kata kita cerita pasal sampah. Wink! Wink!

Okay, actually aku bukan la nak cerita pasal sampah yang kotor tu. Tapi aku nak cerita pasal sampah yang kita boleh selamatkan sebelum dia menjadi kotor. Hmmm.. Kitar semula fikir dahulu sebelum buang! Ta-raaaa~

Aku start kitar semula barang masa aku sekolah menengah. Masa tu Malaysia melancarkan Program Kitar Semula Kebangsaan pada 2 Disember 2000. Benda yang aku kitar masa tu buku-buku sekolah dengan kertas-kertas A4 yang tinggi macam busut. Haha. Sampai lah dah habis U baru aku stop kitar kertas. Masa tu aku rasa happy sangat dapat bantu ringankan beban bumi walaupun tugas aku cuma kumpul kertas-kertas yang aku dah taknak, ikat lepas tu masuk dalam tong kitar semula yang Kerajaan dah sediakan dekat kawasan rumah aku pada masa tu.

Sejarah, tujuan, kesan dari Program Kitar Semula Kebangsaan ni korang boleh GOOGLE je. Aku bukan nak tulis bab Pengenalan Program tu kat sini. It’s too late too tell you now. Dari tahun 2000 sampai lah tahun 2015, dah 15 tahun Program tu berlangsung, sorry to say mat-mat Bangla yang rebut peluang berbakti untuk bumi. Sorry again.

Baru-baru ni Malaysia secara lebih tegas mengarahkan isi rumah di sekitar Putrajaya, Kuala Lumpur, Pahang, Melaka, Negeri Sembilan, Perlis, Kedah dan Johor untuk mengasingkan sampah-sampah mereka. Melalui kempen kali ini, Malaysia minta isi rumah untuk asingkan barangan kitar semula menggunakan bag plastik lepas tu letak dekat tepi tong sampah di luar rumah.

Mungkin selama 15 tahun kempen kitar semula ni kurang berjaya sebab orang susah nak pergi buang dekat tong-tong (coklat, oren, biru) tu kot. Yelah, tong-tong tu bukannya ada di setiap rumah. Selalunya cuma ada 1 set tong di satu-satu kawasan. Tak ramai orang rajin nak bawak sampah jauh-jauh. Demi selamatkan bumi. Huhu.

Kempen kitar semula yang terbaru tu bermula 1 September 2015.







































Sebelum kempen terbaru tu lagi aku dah buat macam tu. Aku kumpul lepas tu letak dekat tong sampah luar rumah. Sebabnya aku takde masa nak bawak barang-barang tu pergi ke tong yang disediakan. See, aku pun agak malas nak bawak sampah jauh-jauh. Tapi semangat nak selamatkan bumi masih ada, jadi aku letak letak dekat tong sampah luar elok-elok. Sebab aku tau, nanti akan ada orang Bangladesh datang kutip barang-barang tu. See? Nampaknya Kerajaan dah boleh baca punca kempen tahun 2000 tu kurang menggalakkan.

Orang Bangla tu akan jual. Dari sampah itu lah diorang buat duit untuk terus kekal dekat Malaysia, dan hantar duit sikit ke Bangladesh. Kalau Bangla boleh buat, kenapa aku tak boleh?

Sekarang, tugas kita senang je. Kumpul plastik, tin, kaca, kertas, dalam bag macam dalam gambar kat atas tu, lepas tu letak dekat tong sampah luar rumah. Tak payah nak bawak jauh-jauh dah. Senang je kan!


Gambar barangan kitar semula tu aku kumpul selama 3 bulan. Ewwww, 3 bulan kau simpan sampah dalam rumah? Kotornya!

Well, sebelum aku nak kumpul segala barangan yang boleh dikitar semula, aku basuh bersih-bersih lepas tu keringkan. Dah kering aku masuk dalam bag plastic besar dalam kabinet dapur. Sampai masa (kabinet dapur dah penuh) aku buang! Hehe.

Okay, let me tell you secara terperinci eh.

Kadang-kadang kita beli air dalam botol plastik, kerap kali kita beli susu pekat dalam tin, susu anak, botol kicap, botol sos tomato, botol pencuci pinggan, botol minyak masak, you name it. Semuanya hasil dari penggunaan kita seharian. Hasil dari barang makanan kita kan?

Bila isi-isi dalam bekas tu dah habis, aku akan basuh bersih-bersih. Dah basuh aku keringkan (aku susun dekat para luar tingkap), dah kering aku masuk dalam bag plastik, aku susun elok-elok dalam kabinet dapur bawah sink aku. Trust me, kalau kita basuh, keringkan, susun elok-elok, insyaallah takkan timbul masalah kotor.

Tapi kali ni aku tak letak dekat tong sampah luar. Wink! Wink!

Aku nak rasa macam mana rasanya menjual barang-barang tu macam orang Bangla buat. Masa tu aku tak kisah berapa dia nak bagi. Aku target mesti dapat 50sen je nanti. Suami yang tolong bawakkan pergi ke tauke tempat tu. Timbang lepas tu tauke tu bagi duit. Dari dalam kereta aku nampak duit Rm1. Oh, up la sikit dari 50sen. Hahahaha. Bila Suami masuk dalam kereta dia bagi duit tu kat aku. Rm2.50 rupanya! Not bad.

RM2.50 jeeeee.. Tolak tepi nilai duit tu. Fikirkan nilai kebersihan dan bumi. 

Sekarang ni sesi kedua pulak. Tengah mengumpul barang-barang untuk di jual lagi. Nampak macam hadap sangat duit seringgit dua tu kan? Sampai sanggup kumpul lepas tu pergi jual. Nampak sadis sangat kan?

Anyway, sebab tempat jual beli barang kitar semula tu satu jalan setiap kali kami nak keluar ke mana-mana. Just bagi signal kiri lepas tu berhenti. Lepas tu teruskan perjalanan. Hehe. Boleh je nak letak kat luar rumah, nanti Bangla datang. Tapi sejak duduk dekat rumah baru ni, Bangla tak boleh masuk untuk kutip sampah. Pak guard tak bagi masuk. Huhuhu.

Aku harap sangat, lebih ramai yang akan kitar semula barangan harian kita. Aku harap sangat, kalau taknak bawak jauh-jauh, asingkan baik-baik lepas tu letak je dekat tong sampah luar. Aku harap sangat, usaha kecil kita tu membawa makna yang besar kepada bumi. Please :)

Apa yang aku cuba sampaikan dalam entry ni simple sangat. Kita boleh pilih untuk kumpul dan letak di luar rumah, atau kumpul dan jual. Pilih je salah satu. Yang penting aku harap ramai yang baca entry ni, ramai jugak yang akan kitar semula barang/sampah.

If you are not doing this for money, just do it for our world. Please :)

KITAR SEMULA, FIKIR DULU SEBELUM BUANG!



Love,
Nursaila Norman!



Thursday, October 15, 2015

ALASAN : Kenapa Entry Blog Ini Semakin Susut

Assalamualaikum





Sejak kebelakangan ni aku kurang melekat dekat blog. Ada banyak punca jugak aku dah kurang berblog. Tapi bukan bermaksud aku nak resign dari buat entry. Never! Huhu. Trust me, one fine day I will be back like before. Tulis entry dengan kerap at least satu hari satu entry. Atau dua hari satu entry. Bukan macam sekarang, satu bulan satu atau dua entry je. Sadis betul. Tapi itu lah, ada beberapa sebab kenapa aku dah kurang login blog. Antaranya :

Aku housewife sepenuh masa. Aku silap besar menilai pekerjaan housewife. I thought my mom is happy being a housewife when she was pregnant (me). But then I know it is not. Sorry Ibu. Huhuhu! Banyaknya kerja jadi housewife. Lagi-lagi aku menghidap attitude sama macam Ibu. OCD Husband cakap. HUHU! Selagi Melissa tak tidur, selagi itu rumah bersepah dengan aktiviti dia. So every time dia take a nap, aku kena kemas cepat-cepat sebelum dia bangun semula. Time dia bermain aku tak boleh pegang handphone atau laptop. Aku kena layan + perhatikan keselamatan dia. You know, nak buat entry ni kena focus. Huhu. Nak make sure lantai bersih, perabot bersih, bilik air bersih, dapur bersih kena buat hari-hari. Ada anak kecik kan. Malam? Malam masa untuk Suami pulak. Mostly Suami akan bawak aku dengan anak makan luar atau spending time together dekat luar sebab Suami tahu kami seharian dekat rumah – bosan. Heeeee. Usually kalau betul-betul ada benda aku nak tulis, aku akan tulis setakat mana mampu time Melissa tidur petang, dah siap selepas beberapa hari baru aku publish.

Kerja pejabat betul-betul berbeza dengan housewife. Kerja pejabat of course laptop/PC depan mata 9 to 5. Takde anak nak ikut menaip sama. This always happened to me! Huhu. Takde anak untuk diawasi. Tiba-tiba anak nak tidur, makan, panggil kita mintak start kan enjin motor, etc! Haha. But I know, ada yang mampu tulis blog walaupun beranak kecik. I don’t know how they manage, but for me, aku lebih suka menulis dalam keadaan tenang. :)

Selain being a happy housewife, aku rasa Instagram pun memainkan peranan besar. Kan? Siapa setuju? Mudah dan cepat. Hehehehe. Sejak ada anak ni cerita pasal anak jelah yang bermain kat minda setiap hari. Tapi aku tak pilih FB dan Blog memandangkan situ ramai orang. Aku pilih Instagram sebab situ privacy sikit. Hehe. Instagram jadi blog no 2 bila share pasal anak. I mean, kadang-kadang aku rekod segala maklumat tentang Melissa macam bila dia start merangkak, bila dia start tumbuh gigi, bila 1st time dia demam. Benda-benda penting untuk direkod macam tu selalunya aku tulis panjang berjela dalam Instagram. Nampak macam aku dah meng’anak’ tirikan blog kan? Actually, Instagram yang membunuh blog. Eh?! Hehehehehe.

Point yang ni for sure aku tak boleh nak elak. And I know, it will happen one day. And it is happen right now, right here. Huhu. Life aku bukan macam dulu lagi. Zaman bercinta aku banyak meluah perasaan, harapan. Yelah, masa tu nak kawen kan.. Banyak harapan yang aku ciptakan. Bila nak kawen cerita pasal perancangan nak kawen pulak. Segala aktiviti DIY aku share dalam ni. Bila dah kawen aku start slow. Masih mencuba menulis secara bebas (aktiviti hidup), tapi aku dah start control cerita. When I mention ‘En Gaban’, it is not refer to my boyfriend anymore. But my husband. Kalau aku melawak dulu mungkin takpe, tapi bila nak melawak kan Suami takut termalukan Suami pulak. Erk. Bila dah start berhati-hati banyak cerita yang aku tapis. Aku pilih cerita apa nak ditulis, bukan macam dulu boleh tulis apa sahaja. Hehehehe. Bila aku pregnant aku sendiri set dalam minda untuk kurang bercerita pasal pregnancy. Segala maklumat pasal pregnancy dah ramai sangat yang share. Kalau aku share, it is like ketinggalan zaman. Haha! Dah ada anak aku set jugak taknak terlalu bercerita pasal anak dalam ni. Biar lah blog ni bercerita pasal Ibu dia je. Dia tak perlu terlibat dalam blog puterigaban ni. Huhuhuhu.

See, banyak betul benda yang aku rasa macam tak perlu diceritakan, menyebabkan entry aku makin susut day by day. Ada kawan-kawan cakap lantak lah, blog kita, suka hati kita lah nak cerita apa. Tapi susah aku nak paksa diri aku persetankan apa orang kata. Aku takut aku tersakitkan hati orang atau terbuat orang rasa meluat dengan apa yang aku cerita (tentang kehidupan kami bertiga). Sorry.

Disebabkan aku tak tulis pasal aktiviti Suami Isteri, tak tulis pasal anak, tak tulis aktiviti harian (hari raya 2015 ni pun aku tak tulis lagi, pfffttt!). Aku pilih untuk tulis hal lain. Macam hal rumah. Home organizing? Insyaallah doakan. Hal lain maybe akan muncul slowly.


Tengok jelah jumlah entry setiap tahun. Paling banyak tahun 2011. Masa tu blog aku tempat bercerita macam-macam hal, aku rasa satu hari lebih dari satu entry. Merapu entah apa-apa. Haha. Tahun 2012 not bad, masa tu takde cerita lain. Cerita DIY semata-mata. Huhu. Tahun 2013 aku dah jadi Isteri orang, tahun honeymoon, pun cerita merapu pasangan halal buat hal. Haha! Tahun 2014 dah start mengecewakan, masa ni aku pregnant. Memang taknak bercerita sangat. Tahun 2015 tak jadi apa, tak cecah 50 entry pun! Padahal dah nak masuk tahun baru kotttt..

I'm not sure dengan readers. Dulu ramai readers and comments sebab ramai yang berblog. Sekarang ni bloggers yang aktif bersama-sama dulu tu ramai yang dah sunyi. Tinggal beberapa je. Huhuhu. Makin sunyi home blog aku. Hehe! So far jumlah seen dekat entry-entry blog aku makin meningkat, alhamdulillah. Cuma sunyi sikit. But its okay! Bagi aku nak tulis blog ni kena ada niat yang betul.

Sama ada nak ada followers yang ramai ;
Nak jana income ;
Nak menunjuk-nunjuk ;
Nak bergaduh ;

Terletak pada niat masing-masing. Kalau berblog sebab hobi dia suka menulis, it will stay longer. Yay! Thank you kepada followers baru. Yang baru je follow seminggu dua ni. Thank you soooo much! Tak banyak yang kamu dapat dalam blog ni, tapi insyaallah takde yang negative dalam ni, amin :)

Till then!






Love,
Nursaila Norman!




Tuesday, October 6, 2015

Fabric Hand Bouquet Murah!

Assalamualaikum







































































Hanya Rm25 (exc postage)
Clearance Stock!

wassap 0192290413 to grab


Handbouquet murah
Hand bouquet murah
Hand bouquet nikah murah
Hand bouquet bertunang murah



Love,
Nursaila Norman!



Monday, October 5, 2015

DIY : Simple Candy Buffet

Assalamualaikum







Lama sungguh tak update blog banyak-banyak macam ni. Nak update blog ni kena ada mood. Baru boleh susun ayat elok sikittt. Kalau tak asal tulis pastu publish, dah. So sekarang tengah ada mood, dapat la buat 2,3 entry cuma tak dapat nak publish serentak jelah. Huhu.

Okay! Mula-mula turn on your DIY MOOD!

Tapi nak diingatkan awal-awal, candy buffet aku ni serius simple. Bukan macam yang orang buat bisnes deco tau. Takde bajet, tapi nak jugak candy buffet. Nanti aku bagitau kenapa nakkk jugak candy buffet. But, who knows.. Aku dapat satu lagi skill - decorated candy buffet. Hiks!

Kenapa aku nak jugak candy buffet? Pertamanya sebab aku mintak adik aku Leha buatkan cupcakes. Adik aku Miza buatkan kek batik. Kengkonon nak buat apam polkadot. Kengkonon nak order any sweets dari kakak sepupu yang pakar dengan chocolate. Tapi yang kengkonon tu tak semua jadi. Tapi! kakak sepupu bawak buah tangan - chocorice! Tuan rumah sempat selamatkan 3 cups je. sobs! Thank you Kak Ina.

Keduanya aku nak ada benda untuk dikunyah-kunyah. Aku tak pilih gula-gula, sebab taknak bagi budak-budak makan gula-gula lagi pulak lebih ramai orang dewasa berbanding kanak-kanak. Jadi aku beli kekacang.



STEP 1 : PERALATAN
Benda pertama yang kita perlukan untuk candy buffet tentu seakali meja! Kalau takde meja kat mana kita nak letak balang-balang kaca tu? Kalau ada console table memang cantiklah candy buffet tu. Yelah, console table ni kurus, panjang, design pun cantik-cantik. Tapi kalau takde console table, tak bermakna kita tak boleh buat candy buffet kan? Selagi meja yang kita nak gunakan tu bersesuaian dengan ruang apa salahnya.

Macam aku, aku guna je kabinet dapur. Selamber je kan? Haha. Tepuk dahi orang yang buat bisnes candy buffet. Kabinet dapur beli kat kedai apek mana ntah pun boleh jadi meja candy buffet. Adoilah! T___T

Peralatan kedua ialah bekas untuk korang isi segala jenis makanan yang korang dah pilih. Kalau dah namanya candy buffet selalunya bekas yang digunakan cantik-cantik belaka. Kan? Sila perhatikan apa bekas yang ada dalam rumah, yang boleh diletakkan di atas meja candy buffet. Takde? Nampaknya kena beli. Kalau kena beli, sila beli bekas yang kedap udara supaya selepas majlis, kita masih boleh guna bekas tu. Takde lah membazir. Kata diy. Diy kena lah jimat! Wink! Wink!

Kalau korang boleh nampak, 4 biji balang kaca tu aku beli dekat IKEA. Trier cake tu aku pinjam dari Ibu. Mangkuk kaca bertutup tu bekas kuih raya, hiks! Ada beberapa bekas kaca yang aku beli sikit-sikit sejak kawen, tapi tak muat untuk letak atas meja dapur tu. Sempit sangat. Huhuhu! Mana yang muat, itu je lah yang aku guna. Takpe, next time ye! Hehehe.

STEP 2 : MAKANAN
Dah nama pun candy buffet, CANDY. Of course pilihan kita ada segala macam candy. Kan? Tapi tak semestinya tau. Untuk mengelakkan kanak-kanak makan gula-gula secara berlebihan (iyalah, takkan tuan rumah nak larang kann), kita boleh tukar dengan kuih muih, buns pun boleh (buat comel-comel), kek, kekacang, kismis! Ikutlah kreativiti masing-masing. Asalkan makanan tu semua berwarna-warni!

STEP 3 : HIASAN
Yang ini terpulang kepada kreativiti masing-masing. Nak buat secantik mana, nak buat sebanyak mana, terpulang. Macam aku sebab semuanya buat sendiri (diy), masa tak cukup. Aku dah plan beberapa benda untuk decoration candy buffet, tapi at the last minute terpaksa cancel. Buat yang termampu je masa tu. Next time kan ada! #melissaturns2 ke. Haha.

Dah! Itu je. Simple tak?

Sape cakap nak buat semuanya kena pakai duit banyak. Kalau nak jimat boleh je. Cuma hasilnya hebat dengan tak jelah. Setakat so-so tu boleh lahhh.. Nak nampak macam majlis orang kaya, belum lagi. Huhu. Sesuai lah untuk golongan marhaen macam kami. iheeeeee.











sebelah kanan tu kosong tetiba kan? patut ada meja IKEA,
ntah sape yang amek guna untuk letak makanan. sobs!

bakul ber'riben' tu?
itu untuk dadih kononnya, tapi dadih tak sampai, yang sampai ialah
chocorice! *tengok kat IG kita how tempting chocorice tu.


Entry/idea DIY aku ni memang tak dapat nak bantu sangat. Tapi idea secara kasar tu dah ada lah kan? Nanti korang adjust ikut kreativiti sendiri ya. Macam aku pun, aku boleh improve untuk next birhday.

Selamat mencuba!





Love,
Nursaila Norman!