CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

Monday, March 28, 2016

Cash Out Nuffnang!

Assalamualaikum



A very quick entry, serious! I almost forgot how to login into my own blog. Hahaha. Macam teragak-agak nak masukkan alamat email dan password. Sorry for my so many social media accounts that i need to handle. Eh?

Actually aku memang takde masa langsung untuk update entry. Tapi kali ni aku nekad habis untuk ketepikan segala perkara penting supaya aku dapat jugak update an entry, dedicate for my Nuffnang account. Hehehehe!

Sebenarnya aku belum bersedia sepenuhnya untuk Cash Out. Tapi atas sebab-sebab tertentu, aku nekad untuk Cash Out jugak sebab aku rasa dah tiba masanya untuk aku beli 'itu'. Drama gila nak Cash Out kan duit Nuffnang je kot. HAHA! Seminggu sebelum tarikh hari ini, aku googled dan baca pengalaman bloggers yang pernah Cash Out. Nampak macam mudah dan senang je aku pun berani lah Cash Out kan duit Nuffnang. Dengan harapan, sampai lah cheque ke rumah, amin.

Siapa yang taktau prosedur Nuffnang nak bagi kita duit yang kita Cash Out tu, macam ni proses dia.


Ini reminder aku. Kalau jenis banyak benda nak kena fikir ni, ini lah solusinya.
Hehehehe!

Itu pun hampir terlupa jugak. Nasib baik sempat jeling-jeling keliling bilik tengok notes yang bertampal. Jumpa lah notes keramat ni. So target aku by 12 Mei 2016 ni cheque akan sampai ke rumah.

Nak Cash Out senang sangat-sangat. Step dia tadi sekejap gila tau-tau dah settle, dapat notification aku akan receive payment in 30days. Rugi pulak tak sempat screenshot page tu tadi. Huhuhuhu. Step dia macam kat bawah ni je.,





















Step 1 : Klik butang 'Cash Out'






















Step 2 : Pastikan nama penuh as per IC dan alamat rumah yang betul
Klik butang 'Confirm'


























 Step 3 : Dah Cash Out, duit dah jadi Rm0!



Aku pernah target nak Cash Out pertengahan tahun, ada dalam entry S I N I. Tapi Allah bagi rezeki lebih pulak dekat kami Suami Isteri, jadi niat nak membeli 'itu' dapat lah diawalkan dari jangkaan. So duit Nuffnang ni dapat buat tambahan. Hehehehe.

Okay, bye!









Love,
Nursaila Norman!



Thursday, March 3, 2016

Pengalaman Kerja

Assalamualaikum



Tiba-tiba teringat pulak dengan tempat kerja lama.

Selalu guna atau tulis perkataan 'Pengalaman Kerja' dalam resume je kan? Hehehehe. Dulu masa mula-mula masuk ke alam pekerjaan, taktau nak tulis apa. Sebab takde pengalaman kerja lagi kan. Nak tulis pengalaman di Uni pun kita bukannya jenis rajin sangat. Heeeeee..

Tapi slow-slow, nanti banyaklah pengalaman kerja tu.

So far alhamdulillah, dalam resume aku dah ada 4 buah company/organisasi termasuk tempat aku bekerja sekarang ni.

Zaman dulu-duluuuuu bertukar-tukar kerja itu sesuatu yang tidak patut berlaku. Dulu ingat lagi zaman aku sekolah rendah, dengar cakap-cakap orang, bertukar-tukar kerja tu nampak macam ni kita bermasalah. Tapi di tahun 2000-an ni bertukar tempat kerja itu perlu untuk mendapatkan pengalaman dan gaji yang lebih. Tak mustahil juga kenaikan jawatan.

Okay cukup bahasa skema.

Nak kongsi sikit pengalaman kerja aku. Sebab terpakai baju biru, teringat pulak dekat previous company. Hehehehe! Biru memang sinonim dengan tempat kerja lama.

Company pertama aku selepas habis Uni ialah Syarikat Insurans (Takaful Malaysia). Jadi kerani biasa je. Tak boleh memilih time tu sebab aku nak isi resume dengan pengalaman kerja. Tak kisah lah jawatan kerani sekali pun janji dalam resume dekat ruangan 'Pengalaman Kerja' aku boleh tulis sesuatu. Sesambil tu aku gigih apply kerja lain. Tak kan aku nak stay situ selama-lamanya. Gaji permulaan pun dia bagi kecik sebab aku takde pengalaman kerja. Itu pasti. Kalau kita takde pengalaman kerja memang company taknak bagi gaji banyak-banyak. Sebab tu perlunya aku mencari kerja lain dengan resume yang dah bertambah sikit dekat ruangan 'Pengalaman Kerja' :)

Sekali tu aku dapat dekat Maju Holdings Sdn Bhd tapi aku tolak sebab dia nak allocate aku dekat Seri Kembangan. Masa tu takde kereta, jauh tu nak travel pergi kerja. Pernah jugak aku dapat dekat company HR Recruitment tapi dia nak allocate aku dekat Petaling Jaya. Huwaaaaa! Cancel jugak. Masa tu jarak perjalanan memainkan peranan.

Sebelum tu aku dapat panggilan exam PTD dan KPLI tapi sukar untuk melepasi saringan babe. Huhu. Entah macam mana aku saje-saje hantar resume ke MOF, tak lama tu dapat panggilan temuduga. Selepas 2 minggu selepas tarikh temuduga aku berjaya masuk MOF. Walaupun sebagai staff kontrak kementerian je, like I said just now kita tak boleh memilih. At least aku dah boleh tambah lagi 'Pengalaman Kerja' dekat resume.

At that time aku ingat nak settle down dekat MOF je. Tak kisah lah walaupun sekadar staff kontrak kementerian, elaun takde, nak apply kuaters pun tak boleh. Takpe sebab gaji dah sedap. Tapi department yang aku duduk tu tak berapa best environment dia. Nak tukar department tak boleh sebab aku staff kontrak. Selepas berfikir panjang dan masak-masak aku resign.

Sebelum resign aku dah hantar beberapa resume dekat company swasta (nak cepat kerja), dalam tempoh berfikir tu aku dapat jugak beberapa panggilan interview. Tapi gaji yang ditawarkan agak rendah berbanding gaji yang aku pegang dekat MOF. Banyak yang terpaksa aku tolak. Dah biasa gaji selesa, susah lah nak turunkan tangga gaji kan. Huhu! My bad.

Tiba-tiba masa aku tengah berkira-kira nak resign tu, aku dapat tahun CELCOM nak pakai staff. Aku terus bagi resume dekat CELCOM dan resign dari MOF. Cerita aku resign dari MOF aku pernah tulis dalam blog. Aku tak pernah baca semula tulisan aku tu. Tapi harini aku cari balik entry tu dan letak link dekat SINI. Punca aku resign pun aku ada tulis tapi tak payah lah aku bawak semula kisah tu. Benda dah berlalu, malah aku patut berterima kasih kepada dia, sebab dia aku dapat tambah 'Pengalaman Kerja' aku dan erti perhubungan sesama manusia.

Jawatan dekat CELCOM pun tak lah sehebat di MOF. Gaji pun kurang Rm1000 daripada gaji di MOF. Agak terkesan disitu, tapi selepas buat kira-kira aku tak perlu lagi menghabiskan duit di atas transportation dan masa (5.30am - 9pm). Aku terima jugak jawatan di CELCOM sebab company tu besar dan establish. Paling penting environment dia sangat tiptop. Air dan minyak boleh bercampur. Harap faham maksud tersirat tu. Hehehehe!

Dan sekarang aku di tempat baru pulak setelah kontrak di CELCOM tamat. Agak lama jugak aku memilih kerja memandangkan aku dah ada anak. Banyak perkara perlu dipertimbangkan. Kalau aku perlu bekerja lebih masa, gaji pun kena sesuai dengan masa yang aku korbankan. Dah takde lah nak jadi hamba company mintak kita kerja macam hamba, tapi nak bayar ciput kannnn. Company yang macam tu memang aku reject je. Don't be surprise, ada lagi company macam tu tau.

Pagi ni aku pakai baju kurung yang memang aku beli khas untuk pergi kerja di MOF. Masa tu aku planned nak pakai baju warna hitam dan biru (tema MOF) sahaja. Dapat la dalam 7 helai macam tu. Lepas tu sambung pulak ke CELCOM, tema pun biru. Tapi masa tu tudung warna hitam. Harini upgrade warna tudung. HAHA!

Terus teringat MOF dan CELCOM. Rindu.. Rasanya dah boleh tambah senarai 'Pengalaman Kerja' dekat resume nih. Niat nak settle down sini, tapi yelah siapa tahu masa akan datang. But for now, aku tak putus-putus doa supaya di sini adalah yang terbaik untuk selama-lamanya.

Sebab sini memang sumpah BEST!





Love,
Nursaila Norman!