CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

Thursday, April 14, 2016

Cuba Menabung Sebanyak Yang Boleh

Assalamualaikum





Hi! Lamanya tak dapat mood berblog. Nak menaip ni kena ada mood. Kalau sambil taip sambil buat kerja ofis memang misi mustahil. End up tersimpan dalam draft. Berapa banyak draft aku dah delete. Konon nak sambung selepas beberapa hari, tapi lepas tu feel takde. Delete jelah. Hahahaha.

Aku harap sangat entry ni tak jadi draft yang akhirnya kena delete. Sebab aku menaip time tengah free sekejap ni. Mana tau kejap lagi dapat task, dah tergendala entry ni. Harap berjaya publish. Amin. Eh? Hahahaha.

Saje je nak cerita pengalaman aku menabung. Aku panggil menabung lah ye sebab bagi aku menyimpan duit dengan menabung ni lain sikit. Sebab menyimpan duit ni macam matang, so cara menyimpan pun lebih matang macam simpan dalam ASB, simpan dalam bank etc. Kalau menabung ni lebih kepada cara budak-budak. Hehehehe. Macam ada 20 sen simpan 20 sen. Ada 50 sen simpan 50 sen. Gituuuuu..

Tapi aku tak boleh kalau takde perancangan, takde pemantauan, takde spesifikasi ni. Ceeewaaahhh. Nampak sangat tak boleh diharap kan? Kehkehkeh. Kebetulan bila entah aku terjumpa entry Imah sorry tak ingat bila (macam tahun 2014, hmmmmm) jadi tak dapat lah aku nak korek balik entry tu. Entry Imah time tu bagitahu yang dia menabung duit Rm5. Kaler hijau. Tiba-tiba aku rasa macam cantik dan menarikkkkk sangat. Hijau-hijau je duit. 

Masa tahun 2012-2014 aku simpan duit 50 sen lama tu. Kan saiz dia besar, aku suka. Aku simpan sejak dari MOF bawak ke CELCOM. Total ada dalam Rm100. Tak banyak kan? Tapi bila kita tengok 50 sen tu sebelum jadi duit kertas Rm100 kita rasa bangga gila okehhh. Bangga sebab kita mampu menabung sebenarnya. Hehe. Jadi kali ni ada rezeki lebih, apa kata kita menabung lebih kan?

Dulu zaman sekolah kita menabung 20 sen ikut kemampuan. Masuk sekolah menengah aku simpan Rm2 setiap hari (sebab tak belanja kat kantin langsung - kantin tak sedap!). Zaman belajar aku simpan Rm1 sehari. Eh, sikit pulak banding zaman sekolah menengah. Hehehehe! Yelah, time belajar dah ada komitmen sikit (untuk kehidupan di kampus). Bila dah kerja kat MOF aku sangat kuat membazir. Sampai tahap aku ni boleh berkawan dengan syaitan. Huhuhuhu! Dah hujung-hujung tu baru aku tersedar, so menabung lah 50 sen. See? Makin teruk okehhh. Keji tauuuu..

Sambung ke CELCOM, pun keji simpan 50 sen dengan Rm1 je. Well, masa tu ada komitmen kereta, pregnant lagi. Eh? Alasan pulak.. Hehehehehe. Lepas tu aku convert duit 50 sen dan masuk ASB. Tutup lah cerita.

Setahun duduk rumah mana ada pendapatan kan. So diam-diam jelah. sosb!

Dah dapat kerja baru ni, aku lambat jugak menabung. Memboros dulu kaw-kaw. Lepas tu bulan Mac baru tersedar. Sudah, sudah lah jadi kawan syaiton. Huhuhu. Suami dah dapat kerja baru ni laaaaaaggii kena menabung kuat-kuat. Sebab kita ni bila ada rezeki lebih je sukaaaaa sangat memboros. Kita? Eh, aku je. Heeeeeeeee.. Sebelum menyesal ke apa ke, aku ajar diri siap-siap supaya beringat - gaji banyak mana pun kalau tak pandai guna tetap tak cukup. Betul tak?

Alhamdulillah sejak bulan Mac lepas aku start menabung. Macam biasa, aku suka menabung duit yang aku suka atau yang aku tak suka. Wink! Wink!

Duit yang aku suka 50 sen lama.

Duit yang aku tak suka ialah 20 sen baru, 50 sen baru, Rm1 licin dengan Rm5 licin.

Jadi aku menabung juga duit jenis-jenis seperti di atas. Hikhik.


Duit 50 sen lama dengan 50 sen baru.



Rm1 dengan Rm5




Bila dah kumpul untuk sebulan, aku akan masuk dalam uncang Krabi tu. Untuk bulan Mac dapat la Rm57. Itu pun dah guna Rm6. Ngeeeeeee.. Untuk bulan April so far ada Rm47. Okay lah untuk tabungan suka-suka.

Chop, korang jangan ingat aku nak show off pulak tau. Ini contoh bergambar je. Huhu! Takat menabung dapat Rm50 macam tu tak terbanding dengan orang lain yang lebih banyak. Lagi pun ala Rm5 je bukan Rm50 sehari. Tu memang tak mampu okayyyy. Huhuhuhuhu! Think positive je tauuu :)

Buat masa ni aku taktau lagi nak buat apa dengan duit ni. Perancangan setakat ni simpan dalam ASB je. Maybe ada orang beli sesuatu yang berharga dengan duit tabungan. Ala macam zaman sekolah dulu, cukup 2-3 minggu dah dapat Rm20-Rm30. Lepas tu beli seluar jeans. Hehehehehe!

Serius aku suka cara tabungan aku sekarang ni, menyebabkan aku berjimat cermat untuk lunch. Yelah, tiap kali ada duit kaler hijau je aku masuk laci. Mana tak cepat susut duit. Bila duit susut baru pandai berjimat. Kannnnn.. Kalau tak.............







Love,
Nursaila Norman!


Monday, April 11, 2016

19 Bulan : 1 Tahun 7 Bulan

Assalamualaikum.



19 months old!


Kerja ofis masih bertimbun cuma ada sikit susut sebab minggu lepas dah all out. So harini aku nak usaha update 1 entry tentang Melissa. Sebab aku rasa masa berlalu terlalu pantas sehinggakan penglihatan mata dan sel-sel otak aku tak mampu nak rakam semua kenangan Melissa membesar. Kalau lah segala yang aku tengok depan mata ni sedang dirakam dan boleh di ulang tayang pada bila-bila masa.. Sudah pasti aku tak perlu gusah tentang memori. Semuanya terakam kemas. Tapi semua itu tidak. Jadi aku kena usaha lebih untuk merakam segalanya melalui tulisan, di sini.

Anyway, hari ni Melissa genap 19 bulan! I am bit excited sebab bulan ni kan bulan kelahiran Ibu dengan Abah dia. Bulan ni memang super special bagi kami compare to bulan-bulan lain. Sebab? It is Aprilicious! Hi April, thank you for being nice to us. Alhamdulillah Suami dapat kerja baru yang lebih, lebihh, lebihhh baik. Dulu masa Melissa baru lahir Suami dapat kerja dekat Sapura Kenchana Petroleum Berhad, sekarang Allah bagi lagi rezeki yang lebih baik. Rezeki Allah bagi melalui anak, kami usahakan untuk anak jua. Alhamdulillah. Lebah Madu (Melissa) kami tu memang pembawa rezeki sangat-sangat. Huhuhuhu.

Dulu aku ingat lagi orang sibuk tanya 'belum meniarap lagi?' 'belum merangkak lagi? lambat eh..' 'belum berjalan lagi? budak tu umur 9 bulan dah berjalan'. Sabar jelah. Dalam hidup ni memang penuh dengan perbandingan. Tapi aku dah niat, dah tanam dalam hati. Untuk jadi Ibu dan Abah yang baik, kami takkan sesekali membandingkan anak-anak dengan anak orang lain waima antara anak-anak sendiri. Nope. I've been there, sakitnya bila dibanding-bandingkan. Well orang dulu-dulu kan kurang sikit ilmu-ilmu ni,jadi tugas aku adalah untuk tidak mengulangi kesilapan yang sama. Aku kena berubah supaya esok anak-anak aku akan jadi anak-anak yang positif untuk keturunan aku yang seterusnya pulak, amin.

Memang aku bolayan je dengan cakap-cakap orang. Sebab tu aku kurang update pasal Melissa dekat FB dan Blog. Sebab aku dah terkena dulu. Ramai sangat yang nak menunjuk kehebatan anak masing-masing. Sampai aku konfius diorang ni nak advice ke nak show off. Duh!

Bagi aku kepandaian Melissa dah sampai tahap mana biarlah aku dengan Suami je yang tahu. Kami rakam mana yang kami sempat rakam. Ambil gambar banyak-banyak lepas tu kami cuci, dan frame kan. Takpe lah orang lain tak tahu pun kepandaian Melissa. Takpe lah orang tak tau pun perkembangan Melissa. Biarlah orang ingat anak kami biasa-biasa je, takde apa yang menarik yang boleh dipamerkan. Sebab aku memilih untuk simpan semua tu untuk kami je. Eh, emosi pulak. Eh? HAHA!

Okay, okay. Dekat sini aku update mana-mana yang sempat. Lepas tu aku akan bagi link blog ni dekat Melissa dan adik dia. Supaya diorang tahu Ibu dia cuba merakam segala kenangan anak-anak dia tapi Ibu dia malu-malu kucing nak update. Sebab takut orang cakap-cakap atau perli-perli 'macam lah dia sorang je ada anak'. Eh? Hehehe. Tak, tak. Ibu dia malu sebab takut orang menyampah je nak baca. Hal anak pun nak kecoh. Hehehe.

Harini Melissa sangat dah besar. Ibu tengok Lissa ni dah macam budak besar. Bila Melissa bercakap tu, hadoi kenapa macam orang besar? Huhuhu. See, banyaknya perkataan besar. Kehkehkeh. Saiz badan Melissa takde lah besar sangat. Bila ibu check graf pertumbuhan untuk kanak-kanak perempuan dalam buku merah, Melissa kategori on par. Tak lebih tak kurang. Then Ibu legaaaaaa. Bukan apa, sebelum orang kondem saiz Lissa kecik lah, tak berisi lah, tak gemuk lah, biar Ibu prepare dengan fakta siap-siap. Senang Ibu nak jawab balik berat badan Lissa untuk 19 bulan adalah on par. Itu pun kalau dia faham lah apa itu on par. Hikhikhik.

Sebulan dua ni Melissa dalam proses menambah perbendaharaan kata. Ibu dengan Abah sebut apa je semua Lissa repeat. Kadang-kadang tu Melissa menghafal sorang-sorang. Tiba-tiba je 'Abah, Atok, Nenek, Onah, Kakak, Acu, Ibu'. Comelllll. Tapi semalam Ibu panggil Abah 'ayangg, ayanggg..' Zassss terus Lissa pun panggil 'ayangggg, ayangggg, ayangggg'. Tergelak-gelak Ibu dengan Abah dengar. Suara tu dah la comel, mimik muka lagi, lenggok sebutan macam awek siam. Mana tak tergelak? Huhuhuhu. Tapi bila dah nampak muka Abah tu Lissa boleh pulak panggil Abah macam biasa. Lissa, Lissa.. Haihh. Cepatnya masa berlalu. Ibu ingat lambat lagi Lissa nak tiru panggilan manja tu. Ibu ingat masa umur Lissa 2 tahun ke. 2 tahun lebih ke. Huhuhu!

Yang paling Ibu kagum sekarang Melissa dah pandai teka baju tu baju siapa. Bila Ibu lipat pakaian, Lissa akan cakap 'Abah' masa Ibu lipat baju Abah. Lissa akan cakap 'Ibu' masa Ibu tengah lipat baju Ibu. Lepas tu Lissa nampak baju nenek bergantung dalam bilik, Lissa cakap 'Nenek' sambil tunjuk baju. Serius Ibu impress. Sebab Maksu dulu pandai teka baju siapa pun masa umur dia 2,3 tahun jugak lah. Hehehe.

Bila Lissa dah pandai bercakap ni memang Ibu rasa Lissa dah besarrrr sangat. Dengan gayanya. Hadoi, kadang tu macam joyah pun ada tau. Huhuhuhu. Dah pandai bagi remote kat Ibu atau Abah lepas tu cakap 'Didi'. Dulu Ibu save lagu-lagi Didi dalam handphone. Lepas tu Lissa dah pandai bagi handphone pastu sebut 'Didi'. Masa tu Lissa baru je genap setahun. Cepat-cepat Ibu masukkan lagu-lagu Didi dalam pendrive lepas tu cucuk dekat TV. Takpe lah Ibu dengan Abah tak tengok TV pun, janji Ibu dengan Abah boleh buat kerja rumah sementara Lissa tengah leka menari. HEHE. Tapi Lissa bukan nak tengok lama-lama pun. Dalam 30 minit macam tu lepas tu kalau Ibu atau Abah tukar channel Lissa tak kisah dah. Ibu sehabis usaha cuba avoid gadget dari Lissa.

Ibu nampak Lissa suka sangat dengan mainan lelaki. Macam basikal, motorsikal, bola. Hmmmm.. Ibu tunjuk-tunjuk anak patung Lissa buat tak heran je. Legaaaaa.. Hahaha. Sejak 3 bulan lalu Ibu belikan drawing block dengan pencil color untuk Lissa. Biar Lissa menconteng. Biar Lissa lembutkan tangan. Mana lah tahu nanti bila dah tiba masanya Lissa nak menulis, kot lah mudah untuk Lissa tulis ABC 123. Maybe. Hehehehe. Ibu plan nak belikan Lissa ball. Tapi asyik busy je. Insyaallah hujung minggu ni kita beli eh. Abah suruh beli 2 balls. Satu untuk dalam rumah (beli IKEA punya. Ball dia  berat, sebab kitorang tengok Lissa ni suka yang challenging), satu lagi beli yang untuk luar rumah. Sebab IKEA punya jenis fabric.




Gambar edisi malas edit. Hehehe!
Sebahagian dari gambar-gambar Lissa yang terlebih excited main ball.
Taknak yang kecik. Nak yang besar terus.
Nampak ball ni sampai lupa sebut ball.
Sebut 'baaaaa!'
Hahahahaha.
18 months old.

Semalam borak dengan Suami, cakap dekat Suami lajunya masa berlalu. Banyak benda yang kami tak mampu nak capture. Aku nak rakam video Lissa banyak-banyak, supaya dia dah besar nanti dia boleh tengok gelagat dia masa kecik. Tapi aku takde lah nak pegang handphone je 24jam kan. Rasanya macam kena buat je. Biar lagi banyak benda boleh capture. Kan? Hehehe. Lepas tu aku pening nak simpan kat mana pulak video-video tu nanti. Yang ada sekarang ni pun aku dah susah hati, takat simpan dalam handphone ni bukan boleh percaya sangat. Huhuhu. Simpan dalam pendrive pun sama. Buatnya corrupt? Hilang? Dah lah saiz pendrive sekarang ni makin mengecil. Urghh.

Tengah Isteri pening-pening kepala fikir nak simpan dekat mana, Suami pun cakap 'simpan dalam email sayang.' Sebab aku cakap tempat paling selamat adalah akaun media sosial. Tapi takkan la nak upload gambar anak tiap masa kan. Huhuhu. But at last aku tau jugak nak save dekat mana. Memang aku plan nak create email untuk Melissa, tapi entah bila nak buat pun taktau lah. Akan aku usahakan secepat mungkin. Hiyargggh. 

Okay lah Lissa, Ibu nak sambung buat kerja ofis. Dekat separuh hari update slow-slow entry ni. Kejap taip kejap buat kerja. Apa Ibu taip Ibu pun taktau lah. Macam rojak pun ada. Huhuhu. Nanti Ibu free Ibu update lagi ya. Oh ya, bila Ibu dengan Abah dekat ofis, kitorang suka ajuk percakapan Lissa. Contohnya 'Mmmmm..dappppp'. Hehehehehehehehehe.

Melissa, Ibu and Abah love you soooo much.




Love,
Nursaila Norman!




Berangan Dahulu, Belinya Kemudian

Assalamualaikum





Benda yang masih free dalam hidup ini cuma lah angan-angan. So, let's dreaming! Hehehehehe. Dulu antara perkara yang aku angan-angankan ialah kitchen cabinet (kc), set meja makan dengan three-seater sofa. Yang kecil-kecil tu banyak lagi, tapi kita abaikan dulu. Tapi alhamdulillah kc dah tak payah fikir sebab dah siap pasang masa beli rumah tu. Legaaaaaa sangat. Walaupun tidak lah secantik mana tapi okay lah daripada nak kena sediakan duit almost Rm4k. Ke mahal lagi?

Jadi angan-angan aku diteruskan untuk set meja makan dan three-seater sofa. Itu yang belum ada lagi sejak kami berkahwin. It is almost 4 years. Heeeeeee.

Like I said dalam entry-entry lepas, aku ni cerewet sikitttttt bab barang-barang yang nak dibeli untuk jangka masa panjang. Biar lambat asal selamat, alah membeli menang memakai. Kira macam tu lah. Hehehe.

Kalau ikutkan nak sofa Lorenzo. Gulp! Telah ailio banyak-banyak. Tapi kalau sanggup tunggu lagi 3 tahun boleh je. Tapi kalau nak dalam tahun ini rasanya kena cari yang lain. Hehehe. Meja makan aku aim IKEA je. Sebab warna putih. Hiks!

So for now, aku dah come out dengan final decision. Tinggal nak beli je. Doakan ahkak korang ni dapat lah meja makan dengan sofa u allsss.  Lama sangat dah menunggu. Hehehe.

Tapi dalam entry ni takde gambar meja makan. Sebab lupa nak amek. Lepas tu dah malas nak amek. Hahahaha. Kita layan gambar sofa idaman jelah eh.





















































Suami nak L-Shape, aku pulak pentingkan kualiti. So come out dengan idea Lorenzo. Tapi harga dia dua-dua orang nangis. Hahahahaha! Aku rasa kitorang kena lupakan dulu L-Shape ni. Untuk sementara ni aku rasa aku beli je dulu sofa yang murah-murah (tapi masih relevant   di mata). Nanti dah ada banyakkkkkk duit, sampai taktau nak buat apa dengan duit tu baru kita beli Lorenzo eh, ehh, ehhhh? sobs!

Jadi aku kembali ke alam nyata semula.





























Back to IKEA!! Hahahaha.. Where else? Hehehe. Ektorp ni aku jumpa masa bawak Melissa main-main dekat show room IKEA tu. Saje bagi dia have fun kat situ. Sambil-sambil tu Ibu dengan Abah dia berfikir-fikir apa yang patut dibeli. Hikhik. And lucky I found this..


Sorry, malas nak edit bagi terang. Hehehe!

But I am not sure apa beza Ektorp harga RM695 dengan Ektorp RM945. Hmmm.. Beza kaler aku tau lah. Hehe. Takpe, kalau takde beza banyak sangat aku prefer Ektorp RM695 je. Untuk temporary je (dalam usaha nak Lorenzo jugak), kalau tetiba boleh dapat Lorenzo kita open for pre-loved item. Eh? Hehehehehe.

Disebabkan Ektorp ni jenis fabric, maybe aku akan tutup dia dengan cover sofa ke. Supaya mengurangkan kesan yang tidak diingini. Maybe. Erk...

Berangan je duluuu.. Bila nak beli tu tak pasti tapi sebolehnya sebelum bulan puasa lah kan. Kang dah puasa tak larat pulak nak mengemas rumah. Jadi macam tahun lepas, masuk rumah lagi dua minggu nak puasa. Kelam kabut mengemas, mengecat bagai. Huhuhu.

Dah nak setahun dah kitorang duduk rumah tu, tapi aku kurang war-warkan perihal rumah tu kan. Entah, rasa malu lak nak cerita. Heeeeee..

Oh ya, untuk masukkan barangan baru ni, aku nak keluarkan dulu barangan yang ada kat dalam rumah tu. Kabinet TV memang confirm, armchair yang 2 ketul tu tak pasti lagi (sayang!). Rasa-rasa ada yang berminat tak? Hehehehe. Kita jual murah-murah je asal let go je second hand furniture tu. Setakat ini ramai yang wassap. message tanya pasal barang second hand, tapi aku diam je. Sebab takde benda yang nak dijual. Insyaallah, soon.






Love,
Nursaila Norman!



Friday, April 8, 2016

Skytrex Adventure Shah Alam

Assalamualaikum




Tarikh Pergi : 2 April 2016
Tarikh Buat Entry : 5 April 2016
Tarikh Publish Entry : 8 April 2016

Nak bagitahu, betapa tidak produktifnya aku meng'update' sekarang. 

Sebelum aku share pengalaman kitorang join Skytrex Adventure ni, aku share dulu page dan cara pembelian tiket secara online eh.




























http://www.skytrex-adventure.com/
Masuk ke dalam page Skytrex Adventure
Nampak tak e-tickets tu? Klik je!



 Circuit Restrictions not more than 100 kg!





Pilih circuit dulu. Samada :
Big Thrill
Extreme Challenge
Little Adventure



 Kami pilih Extreme. Tarikh yang berwarna hijau adalah available.
Klik je dekat tarikh pilihan, dalam tu baru korang bolah pilih masa yang korang nak.
Contoh, masa yang berwarna hijau adalah yang masih available.


Lepas tu korang ikut je arahan seterusnya sampai lah ke bahagian proceed payment. Nanti tickets ambil di sana. Penama yang buat payment je kena pergi kaunter untuk collect tickets. Oh jap, nak masuk dalam Taman Botani ni kena bayar Rm3 seorang okay.

Sebelum nak join tu boleh lah tengok-tengok dulu gambar dekat Google. Nanti takde la jadi macam aku. Sehari dua sebelum nak pergi baru aku terhegeh-hegeh nak tengok gambar-gambar aktiviti dekat Google. Jumaat tu aku sibuk kerisauan sorang-sorang. Padan muka. Bila boss cakap 'takpe nanti ada chicken exit' aku terus legaaaaaa. Hahaha. Kira takde lah aku paksa diri dalam keadaan ketakutan. Anyway I am Acrophobia. sobs!

Chop! Aku berjaya tak guna chicken exit tau! Hewhewhew. Mula memang takut, baru part pertama dah menggigil-gigil tangan. Lepas dah buat 3,4 part dapat lah kawal gigil. Yang peting boleh bergurau senda kat atas pokok tu. Kehkehkeh! Membahan orang dan segala macam hal lagi semata-mata taknak fokus dekat ketinggian. Ngeeeee..


Masa ni dalam tram, dah beli tiket masuk ke dalam Taman Botani Shah Alam.
Terus naik bus dan selfie! 


Sebelum amek ticket dekat kaunter, kita kena isi borang dulu. Just maklumat diri dan maklumat keluarga yang boleh dihubungi. Macam scary kan? Hehehehe.






Right after dapat glove (dah beli siap-siap sekali dengan ticket),
terus buat posing macam ahli gusti terkenal dunia. Errrr..



Lepas dah isi borang, amek ticket, pakai glove, sewa sarung botol air macam yang kami pakai (selempang tu), simpan barang-barang dalam locker, kitorang terus ke tempat memakai abah-abah atau dalam bahasa international harness.
Masa ni dah start berdebar-debar.




Dah pakai harness!
Yang kitorang pegang tu memang wajib dipegang selagi belum start game.
Sebab benda tu besi berat yang akan menghentam lutut atau kaki kita masa berjalan.
Bila dipegang macam gaya kala jengking kan? Hikhik.



Ini first step, atau first platform.
Rendah je yang ini. Naik tangga 90'darjah lepas tu meniti dekat titian kayu.
Pendek je jarak. Kacang je.. Hihihihi



First Flying Fox!
Amek masa jugak aku nak buang diri sendiri. Urghh! Seksa.
Padahal ini lah flying fox yang paling rendah dan pendek.
Daaaa~




Azlan rilex je selfie. Cisss!



Selesai First Part/ First Platform, bergambar.
Pfffttt.
Jauh lagi perjalanan kot. Kitorang fefeeling macam 3,4 platform je.
Hakikatttt?

















































































































 Masa ni dah settle! Phewwww.
Habis senget-senget tudung aku. Hahahaha














































Done Skytrex Adventure, Shah Alam!
Thank you boss sebab suggest tempat ni dekat kitorang.
Bangun awal gila pagi tu sebab tido tak nyenyak.
Keji. Hehehehe!
Okay, next aktiviti apa pulak korangs?!





Sebagai penutup aktiviti, kita ber ABC Coklat!
Nyum, nyum.








Love,
Nursaila Norman!