CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

Thursday, August 18, 2016

Ibu Cuba Yang Terbaik Sayang!

Assalamualaikum



1 tahun 11 bulan.
23 bulan.

Ya, dah 23 bulan Melissa stay dengan kami. Macam baru sangat dia muncul dalam hidup kami, but for sure masih jauh lagi perjalanan dia dengan kami.

Memandangkan dalam hidup aku sekarang hanya tentang Suami, anak, kerja dan rumah. What do you expect from me to write in this blog? Hehehehehe! 

So I just do some quick update jelah ye. Sebab everything bercampur aduk jadi taktau nak cerita apa. Huhu!


GADGET
Dulu sebelum Lissa lahir, one lady said to me 'gadget ni penting tau Saila, kalau tak susah kau nak buat kerja nanti.' And I just ignored her. Sehingga lah Melissa mengalami sedikit tantrum dalam 2-3 minggu (masa tu Melissa 16 month). Aku mula save lagu-lagu Didi & Friends dalam hand phone. Bila dia meragam je aku cepat-cepat pasangkan lagu Didi untuk dia. Dan dia terus okay. Lama-lama dia dah pandai mintak/cakap 'didi' 'bukak' dan ambil hand phone aku.

At the same time, aku mula kumpul video-video dia dalam hand phone. Dia jadi obses dengan video sendiri. Duh! Jadi dia kerap ambil hand phone aku dan mintak 'didi' dan 'diyo' (video). Aku tak ambil masa lama, aku download segala lagu Didi dalam pendrive lepas tu cucuk ke TV. So, no more Didi in my hand phone. TV pulak bukan 24 hours dia boleh hadap Didi je. Selalunya dalam 30minit cukup lah. Atau 1 round playlist cukup. Lepas tu Suami akan tukar ke channel TV pulak. Mula-mula dia macam tak puas hati kenapa lagu2 Didi dia hilang. Kami explain 'now its time for Abah's channel okay'. Selepas 2,3 kali dia akan faham dan dia okay saja.


KEMAS
Dulu sebelum ada anak, orang nampak keadaan rumah sewa aku tu kemas teratur orang cakap 'belum ada anak boleh la, nanti dah ada anak kecik tak boleh nak berhias-hias macam ni'. I smiled back. Aku buktikan walaupun dah ada anak, ada anak kecik, rumah tetap mampu nampak kemas dan teratur. Atas kabinet TV ada je hiasan simple (dulu aku susun buku Conan), atas coffee table aku letak lilin dan pasu kaca. It is not about my daughter. It is about us. Ya us!

Kenapa aku cakap kita. Sebab didikan itu datangnya dari kita. Masa Melissa 9 bulan kami masuk rumah baru, atas kabinet TV aku susun buku Conan. Awalnya dia nak usik, time tu pulak dia tengah ligat berpapah dari sofa ke kabinet, dari kabinet ke sofa. Bila nampak buku Conan warna-warni tu dia nak capai. Aku larang. Sekali dua aku larang lepas tu dia tak buat dah tanda-tanda nak mencapai tu. Slowly aku tambah hiasan rumah. Semakin dia membesar semakin dia faham, bahawa segala benda yang bukan mainan dia (which is milik Ibu dia), dia tak boleh usik.

Bab mainan pun sama. Aku ajar dia kemas setiap kali dia dah taknak bermain. Melissa pulak jenis taknak main dalam bilik dia. Dia akan bawak mainan ke ruang tamu, main sebelah kami. Jadi setiap kali Lissa dah habis main, aku suruh dia simpan balik mainan dia dalam bilik. Walaupun dia tak masukkan dalam bekas/bakul mainan, at least dia masukkan balik dalam bilik. Jadi ruang tamu akan kemas. Hehehehe. Bila aku start ajar dia kemas mainan sendiri? Sejak dia faham apa kami cakap dan boleh berjalan. Masa tu umur dia dalam 1 tahun 4 bulan macam tu.


PANGGIL
Sekarang ni Melissa dah pandai panggil Abah dia dengan panggilan 'Ayang'. Haha! Semuanya sebab aku suka sangat panggil Suami dari jauh. Masa tu first time Lissa tiru aku panggil Ayang. Memang kami takkan lupa, dan everytime teringat kejadian masa tu kami akan gelak sama-sama. Masa tu aku dengan Melissa dalam bilik air. Dah siap mandi semua aku panggil Suami 'ayang, ayang'. Melissa diam je sambil tengok aku. Kali ketiga keempat aku panggil 'ayang' tiba-tiba Melissa jerit 'ayyangggg'. Kebetulan masa tu jugak Suami sampai. Apa lagi berdekah-dekah lah kami gelak. Satu sebab unbelievable, keduanya comel, ketiganya 'habis laaaaaaaa'. Hahaha.

Sejak itu Melissa konfius sikit. Aku tau dia konfius sama ada nak panggil Abah atau Ayang. Most of the time dia panggil Abah. Kadang-kadang tu terlajak panggil Ayang. Tapi aku bagitahu Suami it's okay. Dia dalam proses pembelajaran. Dia taktau apa yang dia sebut. Yang dia tau apa yang dia sebut itu refer kepada seseorang/perkara yang dia dah familiar. I won't change the way I call my husband just because of my daughter. Dulu-dulu orang terus tukar daripada panggil 'Abang' kepada 'Papa' hanya sebab taknak anak tiru. Tapi aku rasa takde apa lah, sementara dia dalam proses belajar dan membesar ni akhirnya dia akan tahu juga apa dia patut panggil.


MINTA vs DAPAT
Yang ini aku tengah amalkan, tengah istiqamah. Tak semua yang dia minta dia akan dapat. Kadang tu memang kami plan nak belikan dia sesuatu, tapi kami akan beli masa dia tak minta. Kalau lalu depan kedai, dia sebut-sebut 'kimoush' (Mickey Mouse) kitorang buat taktau je sekadar megiyakan apa yang dia nak bagitahu. Kami takkan sesekali beli semasa dia minta. Kami taknak biasakan dia dengan kebiasaan apa yang dia minta dia akan dapat. Baru-baru ni dia minta air kotak dalam peti ais dekat kedai mamak, biar dia menangis (mak pandai-pandai la cover supaya tak mengganggu orang keliling) aku takkan bagi dia air kotak tu sebab nanti jadi kebiasaan. Yang ini agak mencabar jugak. Haha! Tapi pilihan kat tangan sendiri, anak menangis atau kita menangis. Hikhikhik.


BERKAWAN
Melissa pandai masukkan diri dia dalam kumpulan kanak-kanak. Of course dia sangat tertarik dengan sekumpulan kanak-kanak. Dia akan tinggalkan aku dah terusss masuk dalam kumpulan. Walaupun kumpulan tu buat taktau je dengan kehadiran dia, dia akan gelak terkekek-kekek taktau apa yang kelakar sangat dengan kumpulan tu. Haha. Baru-baru ni kitorang makan McD, dalam tu ada lah playground.. Dia terus masuk dan standby untuk terjun (metafora) dalam kumpulan kanak-kanak riang tu. And I was very happy bila budak-budak tu pandai bermain, dan Melissa pun pandai bawak diri. Takde adengan rebut merebut, adengan saing bersaing.

Aku boleh nampak dia terlalu gembira kalau jumpa sekumpulan kanak-kanak. Cuma aku risau, kot ada jenis mak bapak yang tak suka anak-anak dia bergaul dengan budak lain. Biasanya aku akan biar budak-budak datang dekat Lissa, kalau mak bapak dia okay je aku pun biar jelah diorang main-main. Kalau mak bapak budak tu main tarik-tarik anak dia dengan muka serius je, faham lah tu.. Maybe dia ingat anak aku tak vaksin kot. Hiks!



Secara kesimpulannya aku memang garang dengan Lissa. Ada perkara aku berlembut, ada perkara aku tegas. Yang penting tak semua yang dia nak dia akan dapat. Kalau aku suruh kemas memang dia kena kemas, kalau tak siap. Memang dia masih kecik, tapi dari kecik ni lah aku nak ajar. Nanti dah besar tak terlambat. Esok dah besar, dah ada adik pandai kemas apa yang patut. Sebab Ibu dia paling pantang rumah bersepah. Heeee..

Well, jauh lagi perjalanan antara aku dengan dia. Apa yang aku boleh usahakan aku cuba buat yang terbaik. Benda paling penting bagi aku adalah pembentukan sikap dia. Aku taknak dia sekadar bijak IQ. Aku nak EQ dia pun bijak jugak. IQ kita ajar guna buku, tapi EQ memang kena usaha lebih dari diri sendiri dan Suami.

Till then..





Love,
Nursaila Norman!


Wednesday, August 17, 2016

Nuffnang Pertama : NORDMYRA

Assalamualaikum



Edisi 'Entry Tertinggal'

Ini pun sebab aku saje nak check akaun Nuffnang. Tiba-tiba teringat macam belum update lagi cheque yang dapat haritu. Bila check label 'Nuffnang' sah takde. Rasanya benda kecik je pun kan.. Takyah nak update pun takpe. Biarlah tertinggal pun.. Tapi memandangkan entry blog ni drained sangat, kita update jugak supaya entry blog ni bergerak sikit. HAHA.

Okay, kita flash back entry pasal Nuffnang bulan March! Cash Out Nuffnang. Dalam entry tu aku cerita saat-saat mendebarkan aku nak cash out Nuffnang. Serius kau tak debar, buatnya cheque tak sampai? Atau ada mana-mana step yang aku tak clear menyebabkan cheque sangkut.. Menitis air mata okehhh. Macam aku tulis kat entry lepas, aku tak ready sebenarnya nak cash out, tapi sebab nak beli 'itu' aku cash out jugak lah. Apa 'itu' itu? Hahaha.. Tunggu la sampai habis entry eh, ehh, ehhh..

Sementara aku menunggu cheque sampai ke rumah, aku sempat la lupa sekejap sebab busy dengan kerja. Kejap ingat, kejap lupa. Last-last lupa terussss. Haha. Tiba-tiba ada satu malam tu Suami bagi kat aku surat dengan happy nya dia cakap 'Nuffnang sayang dah sampai!'. Suami aku memang omellll angattt sebab dia pun sibuk excited pasal Nuffnang jugak. Haha. Aku apa lagi buat-buat cool.. Buat-buat cool okehhh. Bukak surat, tengok cheque.. Hmmm.. Tenang.. Tenang.. Dalam hati sikit lagi nak melompat. kehkehkeh.

So here is my first cheque from Nuffnang!

























Macam biasa, Blog adalah tempat terakhir untuk kita ceritakan. Hikhik! 19 May kot aku update dekat FB dan IG. Baru harini August aku update dekat Blog. Blog, kalau kau boleh merajuk aku relakan kau merajuk. Aku memang jahat. Jahat sekali. 

Sejak aku dapat akaun Nuffnang, aku tengok amount naik sikit-sikit macam anak siput babi bergerak, aku tabahhhhh, aku tungguuuu. Awal-awal aku dah aim nak meja makan warna putih. Nak 6 seater. Aku plan guna duit Nuffnang lah beli meja makan. Kalau tak cukup aku tambah la.

Who knows, Allah jadikan impian aku kenyataan. Walaupun bukan meja makan mahal-mahal cecah Rm2-3 ribu. At least jenis dan style yang aku nak. Putih dan lain sikit dari design kebiasaan meja makan.

As for now, aku tak ambil gambar meja makan sangat. Sebab takde reason kan, takkan tetiba nak amek gambar meja makan semata. Tunggu lah bila dining area aku dah siap (ntah berapa puluh tahun pulak ni) aku amek la gambar meja makan banyak-banyak sampai kenyang. Haha.

Dekat entry homesuitehome : Misi Mengecat Accomplished aku ada jugak janji next entry nak tunjuk lah apa ada dalam kotak ni kan.. Yang hado, tak update jugakkk.. Hmmm







































Ta-Daaaaa~ 

Meja makan simple, selesa, putih suci murni yang paling aku sukaaa! Kalau tengok gambar dekat katalog Ikea memang kurang confident dengan meja makan tu. I was thinking, kukuh ke tak kukuh ke tak. Kerusi pulak aku memang aim Nordmyra, tapi tak mengharap sangat sebab tengok review cakap kerap sold out. So taknak letak harapan tinggi sangat aku aim Adde je mula-mula. Bila sampai kat Ikea, tengok stok Nordmyra ada terus tukar pikiran. Hikhikhik.

Dining area? Belum set up lagi. Hari-hari sibuk pasal kerja. Bertabah.





Love,
Nursaila Norman!


Friday, August 12, 2016

Simple Preparation For #melissaturns2

Assalamualaikum



Harini (11.08.2016) genap Melissa 23 bulan! Maknanya apa? It's birthday time!!

Macam biasa, Ibu excited lebih nak celebrate birthday anak. Eh, bukan Ibu selalu excited waima birthday Suami dan birthday sendiri ke? Hikhikhik.

Tahun lepas aku duduk rumah kannn, jadi banyak la masa aku men'DIY' segala mak nenek masa Melissa tidur. Tahun ni nampaknya Ibu men'DIY' sambil membuat kerja ofis lah ye. Sementara aku free ni, aku cari idea dulu lepas tu plan nak buat apa.

So here is my checklist!

1. Birthday cake
2. Birthday garland
3. Birthday banner
4. Balloons
5. Foods
6. Pictures
7. Baju
8. Props

More simple than last year. Sebab apa? Sebab Ibu takde masa, huwaaaaa! Okay, takpe-takpe. Cool. Lagi pun birthday Lissa kali ni jatuh pada malam raya. Kau rasa siapa yang nak datang. Hahahaha! Plan asal memang nak buat untuk close family sahaja. Dalam 6-8 orang. Kebetulan esoknya Raya Aidiladha, ngam lah tu buat kecil-kecilan je.

Birthday Cake
Suami order dengan kawan ofis. Nasib baik kakak tu sanggup buat kek walaupun Ahad tu nak raya. Katanya Jumaat dah boleh collect kek. Okay lah kot kan. Sebab nak design cartoon kegemaran Lissa. Kalau tak, belasah je kek Secret Recipe. Hikhik!

Birthday Garland
On the way. Tinggal nak print dan gunting je.

Birthday Banner
On the way, Tinggal nak print dan gunting jugak.

Balloons
Just nak order dengan IG shop yang sama.

Foods
Belum putuskan nak makan apa.

Pictures
Nak print gambar-gambar Melissa - kena plan nak pergi cuci bila. At least seminggu sebelum.

Baju
Plan nak Melissa pakai baju yang ada print cartoon favorite dia tu. Dah jumpa yang aku suka, tapi style sweater pulak. Hmmmm.. Macam tak sesuai dengan majlis. Tengok lah, kena repeat pergi H&M balik, check balik baju yang ada cartoon favorite dia tu. Kebanyakkannya jenis dress. Aku taktau lah kenapa aku selalu dress up dia dengan boyish style. Errrrrr.. Maybe Ibu dia pun dah memang jenis suka style gitu. Ngeeeee..

Props
Beli bahan lepas tu DIY. Dah.

So, early September aku share apa yang aku dah buat eh. Last year punya preparation aku tak share kat sini kan. Just share kat IG je. So, macam biasa lah, kalau nak cepat sila refer IG. Ngeeeee..

Oh, last year takde cartoon favorite. This year dah pandai kan, dah ada cartoon favorite. So Ibu kena peka dengan favorite anak. You guess what?

Didi?
Upin & Ipin?
Robocar Poli?
Thomas & Friends?
Elsa?
Snow White?
Mickey Mouse?
Donald Duck?
Doraemon?





Love,
Nursaila Norman!


Thursday, August 11, 2016

Raya 2016 : Syawal, Kami Bertiga!

Assalamualaikum.



Raya 2014 : Takde entry.

Raya 2015 : Pun takde entry.

Blog semakin dianaktirikan. Haha!

Raya 2013 terus lompat Raya 2016. Okay sadis.


Selamat Hari Raya Aidilfitri 2016!
































Actually tahun 2014 aku tengah pregnantkan Melissa almost 8 month. Aku memang tak bergambar sangat sebab aku takde baju raya. Hahaha. Ada la sekeping dua gambar, itu pun aku upload dekat IG. Heeeeee.

Untuk gambar Raya 2015 pulak korang klik je entry ni. Semakin keji cara penulisan aku kan? Main suruh orang klik klik je. Takde dah nak buat entry elok-elok. HAHA! Maaf, edisi jimat masa. Heeeeeee!

Untuk Raya 2016 pulak, baru harini nak update. Kenapa tak update hujung tahun je Jemah? Well, raya ke-6 aku dah start kerja, dan all out untuk sentimen LPT2 and at the same time prepare untuk training pulak. Habis segala mood raya tahun ni. Tapi aku tetap enjoy melayan segala macam kerja, sebab aku rasa bestttttt sangat bekerja macam sotong di bulan Syawal. <----- ayat ikhlas tau!

Memandangkan Raya 2016 dah ada Melissa, Ibu bagi chance entry kali ni update gambar Lissa lah ye. Sebab Ibu pun taktau mana perginya gambar-gambar Ibu?? Hahahaha.




















Till We Meet Again Syawal!





Love,
Nursaila Norman!