CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

Wednesday, September 14, 2016

homeSUITEhome : The Thruth

Assalamualaikum.





Sejak aku create label 'homeSUITEhome' dekat Blog ni, aku teringin nak cerita pasal rumah yang kami beli. Aku pernah cerita kat entry Rumah Kita Dah Tak Macam Dulu pasal kejadian yang berlaku dekat rumah sewa, dan di perenggan yang last tu aku ada sebut :

"Tapi dalam aku marah kat pencuri tak guna tu, aku patut bersyukur sebab semua yang berlaku ada hikmah. Allah dah atur baik dan sempurna. 

Apa hikmah tu? Sambung next homeSWEEThome k!"


Tapi sampai harini aku tak cerita pun. Janji tinggal janji. Hehehehehe! Pertamanya sebab malu. Malu la nak cerita proses beli rumah ke, kronologi beli rumah ke. Taktau la kenapa.. Huhuhu! So i just keep to myself jelah. Hehe!

Tapi tadi masa ternampak memori 2 tahun lepas ni, aku secara tiba-tiba ringan je tangan ni menaip. Aku memang bersyukur dengan apa yang dah berlaku 2 tahun lepas. Kalau bukan sebab kes kecurian tu maybe kami belum berjumpa dengan rumah sendiri. Bila dah 2x rumah masuk pencuri, stress lah jugak. Suami cakap pindah rumah je. Then i refused taknak la pindah kalau setakat pindah rumah sewa jugak, letih tau pindah randah ni. Aku cakap macam tu bukan la sebab paksa Suami beli rumah, sumpah tak. Sebenarnya aku taknak pindah sebab malas nak mengemas pindah keluar lepas tu pindah masuk. Tak lama tu Suami cakap dia dah jumpa beberapa buah rumah untuk dijual. Suami pergi tengok rumah dengan agent. Tapi Suami tak berkenan sebab tau dah aku jenis macam mana. Masa tu aku tak ikut sebab masih dalam pantang.

Aku ingat lagi, Melissa berusia 45 hari. Suami ajak aku tengok rumah. Kebetulan ngam-ngam habis berpantang, aku ikut. Rumah tu Blok A (rumah yang kami beli Blok B), lepas tengok rumah aku cakap dekat Suami aku taknak. Esoknya ke lusanya tak ingat, Suami pergi tengok rumah Blok B pulak. Harga murah Rm10 ribu dari Blok A! Aku cakap mesti  lagi teruk sebab harga lagi murah. Cissss. Suami balik je dari tengok rumah tu Suami cakap dia dah bayar Rm500 (tak ingat) dekat agent - duit deposit. Aku terkejut la, kenapa terus bayar? Rumah tu okay tak? Suami cakap okay,okayyy siap tunjuk gambar. Bersih. Tapi aku masih tak yakin. So esok/lusa (tak ingat lagi) Suami bawak aku tengok rumah tu. Kali ni Suami nak bayar berapa ntah dekat agent (pun lupa), aku memang risau sangat sebab dah melibatkan duit. Haihhhh. Masuk je rumah, aku blur kejap. Rumah baru ke rumah second ni? Dah belek-belek rumah aku tersengih-sengih. Okay, jadi!

Dan berlaku lah proses membeli rumah yang semuanya diuruskan Suami. Sebab tu Isteri semua benda tak ingattttt. Hikhikhik.

Aku tak pernah war-war kan pun dekat mana-mana IG ke, FB ke yang aku dah beli rumah. Aku maluuuuuu sangat nak cakap directly yang aku dah beli rumah. Satu sebab dah ramai kot orang beli rumah, malah lebih cantik lebih besar. Kedua aku takut kawan-kawan yang masih berharap untuk ada rumah terasa ke, apa ke kan. Cuma update apa yang berlaku tu ada lah, macam mengecat tu. Tapi secara terus memang takde pun. Dah setahun pun kitorang duduk situ, takyah bagitahu lahh. Hehe!

Tapi kelakar tau, dah 2 kali kitorang buat birthday Melissa dekat rumah tu dan 2 kali jugak orang bertanya 'buat birthday dekat mana'. Huwaaaaaaa. Masa birthday pertama tu orang yang bertanya tu takde la bagitahu kenapa dia tanya buat kat mana. Tapi birthday yang kedua ni kawan Suami tanya buat kat mana, bila Suami cakap buat kat rumah je. Orang tu cakap ingat dekat resort.

Baik, faham.. Aku cakap kat Suami, nampak sangat rumah kita ni kosong kering kontang. Sebab tu orang ingat kita buat kat luar macam sewa dewan ke. Hahahaha!

Well, kami dapat kunci 29 May 2015, kami start duduk 1 Jun 2015 macam tu. Aku dapat kerja baru November 2015. So setelah 5 bulan duduk baru aku bekerja. Sebelum aku bekerja aku tak dapat la nak menghias rumah sangat, bajet takde. Takkan nak paksa Suami bagi duit, takkan nak buat loan. Sabarrrrr. Bila dah dapat kerja masa bulan November, aku dapat gaji Januari 2016. Sabarrrrr lagi. Haha! Total up dah 8 bulan rumah macam gitu jugak tak berubah. April 2016 aku nak start buat sesuatu dekat rumah tu. Konon nak buat perubahan secara terus. Maknanya buat sekali gus. Duit baru nak start menabung. Mana cukup kan. Kitorang try nak buat loan (HAHA!). Kitorang pergi Bank Rakyat sebab dah ada rekod pembayaran yang cantik dengan Bank Rakyat (loan kereta) hikhik! Bank Rakyat review okay cantik, siap nak bagi lebih lagi. Amboiiiii. Dah isi borang apa semua, nak proceed je tiba-tiba dalam sistem tak lepas. Sebab ada loan PTPTN. Kahkahkah! Bayar ikut suka, cenggitu lahhh. Rasakan. Hahahaha. Bank Rakyat suruh aku pergi PTPTN amek dokumen yang diperlukan nanti Bank Rakyat bagi loan untuk bayar jumlah PTPTN yang dinyatakan (macam tunggakan la) sekali dengan loan yang aku nak tu. So loan akan naik sikit dari target awal. Hmmmm.. Aku cakap dengan bank takpe aku nak fikir-fikirkan dulu.

So aku agak down sikit. Niat nak renovate rumah dah menjauh. Tapi aku rilex je dulu. Balik kerja cakap kat Suami aku yakin mesti ada reason kenapa tak boleh buat loan. Suami cakap boleh je asalkan settlekan PTPTN tu. Tapi aku taknak bayar hutang dengan hutang. Biar lah lambat pun, janji bukan korek lubang tutup lubang. Sampai rumah Ibu petang tu aku cakap dekat Ibu pasal plan nak buat loan untuk renovate sikit rumah tapi tak lepas sebab ada balance PTPTN yang aku kena settlekan dulu. Then Ibu tanya kenapa sampai nak buat loan. Aku cakap la sebab nak renovate rumah sikit, nak tukar lampu kipas, nak buat plaster ceiling, dengan beli perabot sikit (meja makan & sofa). Dah nak dekat setahun duduk rumah tu tapi tak buat apa-apa lagi. Lepas aku mengadu macam tu Ibu aku pun cakap 'biasa lah, korang baru nak hidup. okay lah dah beli rumah, memang slow-slow la nak menghias tu. kau (refer kat aku) pun baru je dapat kerja baru. slow-slow lah..tak semua orang dapat buat sekali gus. takkan sampai nak buat loan'.

Pap! Aku terus tersedar dari pemikiran kelam kabut aku. Betul lah. Aku baru dapat kerja, baru nak bernafas semula, apa yang kelam kabut sangat ni.

May 2016 kami mulakan perubahan rumah tu dengan mengecat! Bulan Julai 2016 aku berjaya masukkan meja makan. Lepas tu September 2016 kitorang start buat wiring. Tukar lampu dan kipas. Plan nak buat plaster ceiling tak jadi. Sebab aku malas nak kemas. Hahahaha! Lagi pulak ceiling rumah kami tu tak tinggi sangat. Kalau tambah plaster ceiling nanti rendah sikit dari yang asal macam tak best lah. So we just proceed with the LED lamp! Tak payah buat plaster ceiling. Yang penting LED. Yeah! Ngam-ngam buat wiring celebrate birthday Melissa. Settle birthday Melissa buat cornice ceiling pulak, Ni sekarang tengah buat cornice. Lepas cornice stop kejap, menabung dulu cukup duit nak buat skirting board pulak. Settle skirting board baru boleh loading barang. Weeeeeee!

Ingat tak aku pernah cakap dekat Suami 'aku yakin mesti ada reason kenapa tak boleh buat loan'. This is the reason! Lucky I told Ibu padahal aku bukan jenis mudah bercerita dekat Ibu kalau ada masalah sekali pun. Entah kenapa. Allah yang buat aku termengadu. Dengan itu aku ikut pendapat Ibu. Ya, why so rush? But still, in 5 months process nak mengubah rumah tu almost complete. You imagine kalau lah PTPTN aku takde tunggakan? Kalau aku berjaya buat loan? Pheww!

Alhamdulillah, kami masih berjaya free from loan! Kecuali kereta dengan rumah minta ampun la nak bayar cash u all. Hahaha.

Till then!








Love,
Nursaila Norman!


Happy 2nd Birthday Melissa #melissaturns2

Assalamualaikum



Melissa genap 2 tahun, weeeee!

Aku berjaya jugak buat birthday dia walaupun aku sibuk sana sini, dengan nak Raya Qurban - belon helium takde. Haha. Tapi aku buat jugak sampai jadi. Thank you Suami, tolong Isteri hias-hias untuk birthday Lissa. Love you so mmmuah.

Tahun lepas aku memang boleh buat lebih sikitttttt sebab aku duduk rumah. Sebulan awal aku dah start DIY. Lepas tu 2 kali percubaan ke 3 kali tak ingat, buat backdrop birthday Melissa tu. Kali ni aku buat 2 jam je. Hahaha. Sesuai la dengan bahan-bahan yang ciput tu. Ciput sebab tak sempat nak fikir sangat dan tak sempat nak berDIY. sobs!

Tapi birthday kali ni hanya 9 orang je tetamu. Kebetulan esoknya Raya Qurban, sedara mara semua balik kampung beraya. By hook or by crook aku tetap nak buat birthday Lissa 11 September. Tahun lepas buat 13 September kot. Tamau delayyyyy. #emakyangover So proceed jelah walaupun orang keliling takde nak join. Hehehehehe!

Aku masih tak percaya yang Melissa dah 2 tahun. Bila masa dia membesar? Aku rasa hari-hari sama je. Menikmati hidup bertiga yang tak pernah bosan. Walaupun kadanggg-kadanggg tu termarah, tergarang. Tapi semua tu aku tak perasan. Sebab banyak yang indah antara kami bertiga.

Kadang-kadang aku lupa dia baru 2 tahun. Sebab attitude dia macam 4 tahun. Kadang-kadang aku lupa dia dah 2 tahun. Sebab aku anggap dia Melissa sama seperti Melissa yang baru lahir.

Okay tamau sedih-sedih sangat lah. Nah gambar birthday Melissa yang kedua - TWODLES!!

































































Gambar semua dari Instagram. Lepas tu masuk ke Facebook. Sekarang masuk ke Blog. Nampak tak susunan tu? Hehehehe. Semua checklist yang aku plan macam kat entry Simple Preparation For #melissaturns2 ada, kecuali props. Tak sempatttttt. Plan nak DIY telinga mickey mouse lepas tu nak semua gegirls pakai. Huhuhu! Gambar Melissa sempat cuci walaupun last minute. Pastu tetap tak sempat nak gantung. Fineeeeee.



Gambar Malam : ngam-ngam lepas aktiviti menampal. masa ni pukul 1.30am!



Gambar Siang : semasa majlis baru nak mula


Alhamdulillah, aku berjaya jugak raikan birthday Melissa untuk kali yang kedua. Takde apa yang hebat pun dengan acara menyambut hari lahir anak. Ada sesetengan orang kata acara ni tak wajib pun. Ada yang kata tak semestinya tak sambut tanda tak sayang. Tapi bagi aku yang ada album birthday sejak umur 1 tahun sampai tadika, masuk sekolah rendah kurang koleksi, masuk sekolah menengah susut koleksi, tapi masih menambah.. Aku rasa apa yang Ibu dengan Ayah buat untuk aku dulu, aku terbawa-bawa untuk Melissa. Berani aku katanya, perbuatan mereka telah membentuk satu perasaan yang aku taktau nak gambarkan macam mana. Aku terlalu menghargai usaha mereka. Apa yang tinggal hanyalah gambar penuh 1 album. Aku rasa kagum setiap kali aku belek album birthday sendiri. Kagum sebab Ibu dan Ayah yang tetap berusaha nak sambut birthday aku walaupun bukan orang senang. Setiap kali aku tengok balik gambar-gambar tu, aku rasa bangga. Walaupun sederhana, tapi ada. Dari kenangan gambar yang ada tu bukti Ibu dengan Ayah berusaha nak aku gembira. Benda tu mewujudkan perasaan menghargai dalam hati aku. Jadi, aku nak ulang benda yang sama dekat anak-anak aku. Supaya diorang ulang perkara yang sama ke anak-anak mereka pula. 

Nanti Melissa bukan je boleh tengok gambar birthday dalam album. Melissa boleh tengok gambar birthday Lissa dalam IG ibu, FB ibu dan Blog ibuuuu! Advance tak? Wink! Wink! Hehehehe.

HAPPY BIRTHDAY YANG KE-2 TAHUN MELISSA AHMAD SHAHIR!






Love,
Nursaila Norman!