CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

Wednesday, November 30, 2016

Review : Perabot Pejabat Second Hand

Assalamualaikum



Perabot pejabat terpakai. Second hand office furniture. Perabot office second hand. Perabot pejabat second hand. Perabot office terpakai.

Perabot Second Hand Murah.
Second Hand Furniture Murah.


FLIP CHART WHITEBOARD




MEJA OFFICE



MEJA OFFICE


Ketiga-tiga items hanya RM1,500 sahaja!

PERCUMA 2 items di bawah ni



Kepada yang berminat, boleh terus hubungi :
CONTACT : 011 3219 3393 (whatsapp only)


Perabot Second Hand Murah.
Second Hand Furniture Murah.





Love,
Nursaila Norman!








Monday, November 14, 2016

SUNWAY LAGOON

Assalamualaikum



Pergi Sunway Lagoon pada 22 Oktober. Harini baru dapat update entry. Haihhh. Kenapa tak genapkan aje sebulan? Cepat-cepat taip, sebelum segalanya terlambat macam haritu. Hahaha!

Mula-mula kita warm up dengan gambar website Sunway Lagoon dulu eh. Macam aku haritu, benda first yang aku concern kan of course locker dengan pakaian yang boleh dan tak boleh dipakai. So aku google beberapa website/blog yang aku jumpa, tengok rilexxxxx je acik-acik tu pakai baju pergi pasar. Setakat pakai t-shirt tu lagi lah boleh kan. Haha!







































Disebabkan Melissa ni takut kolam, tempat mandi manda, jadi kami banyak habiskan masa dekat Wildlife Area. Lebih kurang macam dalam zoo, tapi dalam Sunway ni tak kena matahari, takde la panas macam pergi zoo. Sejukkkkk je tengok haiwanssss. Hehehe

























First of all, selfie in a car!























Yeah, AVIARY!







Our first picture on that day! Masa ni berapa kali snap ntah.
Sebab first time pakai monopod. Hahaha!
Dah biasa orang ambilkan gambar, tiba2 kena ambil sendiri.
Awkward! Hehehehe















Dah semakin pandai guna monopod time ni. Haha!





























Awak geram apa tu awakkk?


Rehat kejap.
Penat dah jalan-jalan dalam tu dengan orang ramai lagi.



















































Angsa ke itik entah, HAHA! Comel je dia kejar Suami.
Sekali rupanya Suami takut. Kahkahkah. Kelam kabut tutup pintu besi tu.
Aku kalau dapat itik tu aku peluk kuattttt2 bawak balik. 







































Lissa, apa tu?
Lion! Warghhh..
Okay siap ada sound effect.























Taktau burung apa ni (peacock ke eh?)
Banyakkkk berkeliaran hujung kaki.
Hampeh betul. Sakit betul hati tak dapat peluk.























Ayam pun ada bersepah hujung kaki.
Melissa bukan main gembira tengok haiwan berkeliaran depan mata.
Dengan kolam mandi takut, haiwan ni lari-lari tak takut?
Huhu
























Sepanjang aku tengok diorang ni, tak pernah sesaat pun diorang stop berjalan.
Jadi pak guard depan rumah bagus ni.
Non stop action.




Dah habis dekat Aviary, kitorang sambung dekat haiwan dalam kandang pulak.
























Jiran bergaduh dengan jiran. Kelakar tengok kambing ni sound jiran sebelah.
Yang sekor lagi baru datang dah jadi batu api.
Nasib baik busuk, kalau tak leh sorak 'gaduh, gaduh, gaduh' Hahaha!





















































































Arnab tak pandai kenyang nama dia. Erk!
Kat sini best, dapat pegang arnab lama-lamaaaaa. Lissa pun seronon bagi rabbit mamam.






























Yang sekor ni taktau kenapa terlepas. Part ni Lissa macam takut sikit.
Maybe sebab dia tengok rabbit tak duduk dalam kandang.







































Bila dia rasa confident, terus dia tolak tangan aku.
Dia nak bagi sendiri. Cisssss.
Kalau boleh bela sekor, pastu suruh Lissa amek part bagi makan mesti best ni.
Hahaha







































Yang ini spesis hamster kot. Entah.
Yang pasti kenapa tak sikat rambut niiiiii?




Kesian Lissa kena buli dengan Ibu & Abah.
Yang atas gambar dari hand phone Ibu.
Yang bawah gambar dari hand phone Abah.
Ostrich nak kawan laaaa.. Dia tengok Icha nangis terus dia kona..







































Cubaan untuk ajak Melissa mandi kali kedua.
Kehkehkeh!
Kawasan ni memang cantik! Rasa nak lepak kat tangga lama-lama. Haha!

























Sekali dah naik takkan turun dah.
Macam naik tangga Batu Caves. Tu hujung belum habis tangga lagi tau.





















Amek mood nak main dengan air yang sangat banyak.
Compare air dalam bilik air. Hahahaha!
Sejak lahir Lissa memang jenis suka air. Nak bagi dia happy ajak je mandi.
Tapi sebab aku tak ajar dia mandi kolam, of course dia terkejut tengok air banyak macam ni.
Hehehehe. Sorry Lissa, it's okay Lissa take your time sayang.





















Of course Abah is our HERO!!
Abah datang pujuk-pujuk terus nak.
Dapat la basahkan baju. Takde la rugi bawak swim suit tu.
Hahahaha!

Settle mandi kejap tu kitorang balik ke check point asal. Makan-makan kejap, layan Lissa kejap pastu balik. Masuk je kereta bagi susu terus ZzzzzzZzz. Penat, kenyang dan mengantuk. Hihihi. Overall okay lah. Kalau ada anak kecik ni kena bagi chance anak happy. Esok-esok anak dah besar baru boleh main yang adventure tu. Nak jugakkkkk.. Haha!



Last but not least, penutup entry aku letak gambar aku selfie ye.
hikhikhik!





Love,
Nursaila Norman!


Thursday, November 10, 2016

4th Anniversary : 9 November 2016

Assalamualaikum



Sukar macam mana pun nak update blog sekarang, tapi ulang tahun perkahwinan punya pasal, aku gigihkan jugak update. Kejap taip kejap stop. I am trying my best to update as quick as i can. Apa yang terlintas aku taip. Asalkan aku tak miss entry anniversary untuk tahun 2016. sobs!

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Its been 4 years already.

Nampak macam eleh, baru lagi. Eleh, baru empat tahun. Orang lain dah 40 tahun. Rilex je.

4 tahun hari ni tak sama dengan 4 tahun dulu. Dalam masa 4 tahun ni macam-macam benda boleh berlaku dalam sekelip mata. Kejujuran, ketahanan, kesetiaan semuanya serapuh skrin handphone. Sekali jatuh boleh retak. Calar.

Aku ada lagi setahun nak melepasi fasa pertama perkahwinan. Kalau ikutkan artikel 4 Fasa Perkahwinan tu, fasa pertama ni paling banyak dugaan. Seram okeh masa mula-mula baca dulu, masa tu baru nak kahwin pulak. Hahaha. Dugaan sikap pasangan, kewangan, mertua, anak kecil bla bla bla bla. Tapi untuk aku pulak fasa pertama ni okay lah, semuanya berjalan dengan lancar. Masalah sikap tu hilang bila dah kahwin. Sebab dah puas bergaduh masa 6 tahun bercinta okeh. Last-last dah pandai nak manage perasaan. Biasa bergaduh tu berpunca dari emosi lah kannnn. Hehehehe. Kewangan pun takde sebab nak kena fikir hutang kereta je. Mertua alhamdulillah dapat family in law yang saaaaaaangaattttt lah baik. Tapi aku takut fasa ketiga. Katanya dalam fasa ni pasangan dah mula bosan. Erk! Aku harap aku tak membosankan Suami. Aku harap Suami tetap nak jalan peluk pinggang macam harini, Suami tetap nak pegang tangan macam harini, Suami tetap nak ajak kita teman dia pergi mana-mana sekali pun ke bengkel motor. Amin. Hehehehe!



Tahun lepas kami ke Mexico. Tahun ni kami ke Jepun pulak. Hahahaha! Sila jangan mudah percaya. Tahun lepas aku masak burrito dengan nachos. Tahun ni takleh nak masak sebab hari bekerja, jadi kita lunch luar jelah yeeee. Ofis aku dengan ofis Suami dekat sesangat. Nak jalan kaki pun boleh, tapi basah ketiak sikit la. Kami memang selalu lunch sama, dah kata my best friend is my husband. Harus lah lunch sama. Tapi sempena anniversary kitorang makan bento je sebab taktau nak makan apa. Hehehehehe.

Tahun ni aku tak tanya pun dekat Suami 'lusa hari apa?' 'esok hari apa?'. Saje je nak tengok dia ingat ke buat-buat tak ingat. Malam tu Suami cakap 'esok anniversary kitaaa.' Something like that la. Aku lupa sebab masa dia cakap tu aku tengah tengok phone. Hehehehe! Esoknya masa on the way pergi kerja, dia wish anniversary. Okay lah, dapat wish pun dah okay. At least he is still remember our anniversary. And again, alhamdulillah for this man in my life.

Taktau nak tulis apa. Nak tulis perjalanan rumah tangga macam awkward pulak. Hmmmm.. Nak cerita tips, macam poyo pulak. Nak cerita yang manis-manis kang ramai yang kena kencing manis pulak. So takyah lah nak tulis apa-apa, takde orang nak tau punnn. Haha. Cukup lah entry ni menjadi bukti awak berjaya bertahan dengan saya. Kehkehkeh!






Love,
Nursaila Norman!