CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, February 13, 2017

DIY : Mewarna Balang Terpakai

Assalamualaikum



Hi 2017!

Baru harini ada sedikit masa dan peluang nak menaip dekat Blog. Itu pun guna handphone di petang minggu. Huhuhu!

Cut it short, malam tadi aku buat sedikit aktiviti DIY. Malam minggu kan, takkan nak tidur awal. Hehehehe! Plan nak buat benda ni dah lama dah, sejak tahun lepas. Tapi baru malam tadi dapat buat. Nampak? Busy ke tak busy? Hihihihi. 

Nak buat dia kacang je, janji ada bahan. Korang cuma perlukan balang kaca, acrylic paint, dengan surat khabar lama. Tu je!



Acrylic Paint



















Balang-balang kaca tu adalah bekas Preggo
dengan balang yang dah kehilangan penutup




Picit je acrylic paint dalam balang.
Lepas tu terbalik kan balang macam dalam gambar. Biar kering kaw-kaw. 



Ta-Daaaa! Dah siap. 
Kacang je kan? kan?


Ada beza tau kalau kita warnakan balang dari luar atau dari dalam. Kalau dari luar balang tak nampak berkilat, dia nampak matte. Lepas tu pulak permukaan balang jadi kesat disebabkan acrylic paint tu. Aku alergi sangat dengan benda yang kesat-kesat kapur ni. Huhuhu! So i choose to paint from inside. Balang akan kekal berkilat macam asal. Cantikkkk!

Lepas tu letak la dekat mana-mana yang korang suka sebagai hiasan rumah. Dalam bilik boleh, ruang tamu boleh. Cuma jangan terkena air je, dia tak la mudah luntur, tapi akan luntur. 













Okay lah, itu satu DIY yang aku nak sangat buat dan dah pun berjaya dibuat. Sekali dengan tutorial lagi untuk korang. Satu lagi kerja DIY aku yang dah dibuat tapi belum buat tutorial, aku akan usaha buat jugak dalam minggu ni eh. DIY frame gambar. 

DIY frame gambar ni aku create sebab aku taknak paku frame dekat dinding rumah. Aku pilih untuk tampal guna 'tack it' from Faber Castle. So i really need a super light frame. Itu yang tercetusnya idea untuk DIY frame gambar. Disebabkan haritu aku try and error aku memang tak snap gambar masa DIY. So bahan takde, kena lah beli bahan baru boleh buat tutorial. Hehehe!

See in next entry. Bye! 



Love, 
Nursaila Norman!