CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

Wednesday, March 30, 2011

Dugaan Datang Untuk Menguji Kekuatan Kami. Kami Tak Gentar!

Wahhh.. Semangat dengan tetiba..

Minggu lepas berkampung jap kat Permaisuri Resort, PD. Teruja melampau nak pulang ke KL sebab mahu berjumpa dengan En Gaban. Tapi tak sangka lak dapat telegram ( sms saja ) dari En Gaban. Berita buruk katanya. Lagi. Ye. Berita buruk lagi. Ohhh.. ( sambil letak belakang tangan atas dahi ). Okay, we are ready. A'ah. We always ready untuk apa saja berita buruk lagi.

Sampai-sampai KL terus buat appointment dengan En Gaban. Blablablablablabla ( En Gaban start gtau apakah permasalahan yang berlaku ). Aku terkedu. Erk! Macam tercekik biawak hidup kat kerongkong. Lepas tu kitorang diam lama. Game persahabatan Malaysia dengan apa ntah ( jersi kaler biru ) tak masuk dalam otak kitorang. Permasalahan bermula lagi sekali di situ.

Hari ahad mood g kenduri kahwin rosak binasa sebab En Gaban dapat tahu pasal claim insurans dia tidak seperti yang sepatutnya. Double serabut. Ohhh..  ( sambil letak belakang tangan atas dahi ). That time kitorang dah takleh nak manage stress. Syaitan dah bergayut kat pangkal hati. Syaiton sungguh. Aku stress. En Gaban nak cecah tahap burnout. Kalau tak manage dengan baik, dua-dua bakal burnout.

Agak tegang jugak di petang ahad itu. Kitorang balik dengan suasana stress melampau. Sampai kat rumah cool kan dengan main game Zombie dulu. Pastu call En Gaban gtau aku nak teman dia g jumpa En Abg Azam. Serabut, stress tolak tepi dulu. G kenduri kawen tadi dah rosak dengan stress, jumpa petang ni taknak bawak permasalahan besar tersebut, taknak stress2 lagi.

Nasib baik ada teman-teman ( sila nyanyi lagu Teman Sejati - Brothers ). Syaitan yang bergayut kat pangkal hati dah berjaya dihalau. Lega sikit. En Gaban start bermonolog dengan diri sendiri. Aku tak suka. Tugas aku sekarang kena happy kan dia. Aku taknak dia sedih2, susah hati walaupun aku tau bukan senang nak happy kan dia time2 mcm ni. Tapi sekurang2nya dia akan rasa ada aku disisi dia.

Kengkawan terus bagi semangat. Bantu mana yang boleh.
Aku orang paling dekat dengan En Gaban. Aku yang tengok keadaan diri dia. Hampir nak burnout. Please dont burnout. Aku sendiri stress mcm mana aku nak tolong En Gaban. Tetiba aku mcm lost. Tak tau nak luahkan dekat sape kecelaruan yang aku hadapi. Cik mek molek busy. En Gaban cuba settle kan apa yang patut. Hati aku dah start rapuh. Lastly.. Aku nangis jugak ( sila lah ketawa huhuhu ). Aku call En Gaban. Tapi tahan takmo dia dengar aku nangis ( dasar cengeng ).
Last-last aku call seseorang ( terpaksa dirahsiakan huhuhu ). Nak dengar suara dia, nak legakan hati aku yang bercelaru. Jiwa dah tak kuat. Dalam tangis aku luahkan jugak apa yang terbuku.
Mujur dia beri kata-kata semangat.
Aku lega. Semangat datang semula.
Dengan sokongan yang dia beri aku nekad nak tabahkan hati.
Bersyukur dia ada. Bersyukur dia kuat. Bersyukur dia sentiasa dengan kami.

Dalam susah payah yang kami lalui beberapa hari ni, macam-macam perancangan kami buat.
Semata-mata nak bangun semula.
Siapa sangka kan, kekuatan yang kami bina dipijak.
Memang runtuh. Tapi bukan selamanya.
Dalam beberapa hari saja kami mampu tenang dalam proses bina balik kekuatan yang hilang.
Perancangan demi perancangan kami atur supaya kami terus tabah.
Sokongan dari yang terutama jadikan kami lebih kuat.
Yang Maha Esa sentiasa ada dengan hambaNya. Apa nak takut.
Kawan-kawan. Diorang sentiasa standby. Lagi2 En Abg Azam.

Macam tak percaya, beberapa hari lepas kami hampir burnout.
Tapi alhamdulillah, kami mampu bangun semula.
Pasti perpisahan kami memang di tunggu-tunggu.
Tapi selagi Allah tak kata ' berpisahlah kamu ' jangan ingat kami akan mengalah dengan keinginan orang lain. Green light sudah ada. Boleh ke Red light muncul dengan tiba-tiba? Pemberi Green light lebih ber'autority'. Yang demokrasi tak seberapa tu jangan bermimpi.

Perpisahan Dalam Kebahagiaan?
........................................................... ( sunyi. bunyi cengkerik )




Tata!

5 comments:

  1. me taching wit de story!!! hope u hepi2 don sedih2 yaa.. don wori bout org yg nk runtuhkan uols itu, TUHAN akan bayar dorang COD or by credit!!!

    ReplyDelete
  2. thank you.. aku tgh tggu gak ni bila la diorg nak dpt cash dr TUHAN. tp takpe.. kita xbuat slh btpe nak goyang kan.. :)

    ReplyDelete
  3. gua pown ade kena cm ni gk. last2 diorg dpt cash from TUHAN. padan muka. cik tata tggu jela. org cm diorg bkn leh lari jauh mana. dunia ni kecik je der. diorg bt kita,TUHAN bg diorg blik. mmg ade kot manusia haprak cm ni kat bumi moden ni. gua tacing sbab gua pnah kena. slm knl :D

    ReplyDelete
  4. en.shitsuke, tq eh.. :D
    thx 4 da support.. hidup ni kan roda.. sy xrisau sgt, cuma kesian je dgn orang2 cenggitu.. hehe :)
    salam perkenalan jugak :))

    ReplyDelete
  5. hey, they are F*%&. Ahahahaha!
    good job cik tata, i know u can handle them.
    small pieces jekan?
    they are just like habuk. u tiup je. lesap terus.

    ReplyDelete

mmuah! mmuah!