CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

Thursday, November 17, 2011

Wedding planner yang fail

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua


Bila banyak sangat campur tangan sure jadi tunggang langgang kan, kan, kannnn.. Haihhh. Semua orang ada impian majlis kahwin sendiri.. Ada yang suka simple, ada yang suka heavy. Cakap pasal tema lagi la complicated.. Macam-macam tema ada dalam kepala otak. Mana boleh sama kan cara kita dengan cara orang lain..

Sepatutnya biarkan jelah tema ke, decoration ke, tentatif ke, cenderahati ke apa-apa jelah tuan punya badan yang decide. For sure dia yang banyak spend duit untuk majlis dia kan.. So let she/he decide.. Bagi yang sumbang air liur semata-mata tu bukan tak boleh nak menolong.. Boleh. Tapi biarlah tolong meringankan beban. Bukan jadi penambah beban.

Maybe ada yang tak pernah alami benda macam ni, atau ada yang suka orang lain uruskan. Kalau dah tuan punya badan yang bagi kebenaran majlis dia ditentukan oleh pihak lain, its okay lah. Takde isu campur tangan sebab dia sendiri suka orang lain aturkan dan tentukan dari A sampai Z.

Tapi kalau kes si tuan punya badan suka yang simple, suka yang mudah.. Tapi pihak si campur tangan ni suka yang grand, nak berlebih-lebihan macam mana pulak.. Tak ke pening, rasa nak muntah je kat bahu orang tu. Kalau dia yang sponsor memang tak payah la cakap.. Semua orang nak benda free, semua orang suka goyang kaki. Siapa tak suka majlis grand macam anak-anak raja kan.. Tipu la kalau ada yang tak suka dia nampak macam permaisuri time majlis dia nanti. Ada. Masih ada yang tak suka. Tahniah kepada anda. Bila dah ada yang nak sponsor supaya kita nampak macam puteri, tadah tangan jela kann.. Tapi kalau sponsor air liur je nak buat apa.. Semua orang ada air liur.

Buat macam tu buat macam ni tamau macam tu tamau macam ni.. Yang buat loan peribadi kita.. Yang gadai harta benda kita.. Yang menyimpan ikat perut sampai jadi kerengga pun kita.. Tup tup bila cadangan dia kita tanak ikut, tarik muka pulak.. Boleh kan macam tu.. Bolehhhhhh.. Bolehhhh sangat-sangatttt.

Entry ni takde apa-apa pun.. Cuma teringatkan apa yang aku dengan Ifah borak-borak malam tadi. Kesian sangat-sangat bila dah buat kenduri kawen beriya-iya sebab takut 'apa orang kata' tak pasal-pasal diri sendiri yang susah. Takde pulak sedara mara tanya 'eh si polan tu ada duit tak eh, yelah dah buat belanja kawen elok2, kot-kot la perlukan bantuan sikit dari kita..'. Takde pulak jiran-jiran tanya 'kau cukup duit bulan ni polan? kalau tak akak boleh sedekahkan beras gula sikit kat kau'.

Kalau duit belambak takpe lah. Duit dalam akaun simpanan tak tau nak buang ke mana takpe lah. Yang jenis menyimpan beriya-iya macam aku ni, tiba-tiba orang lain sedap-sedap je bagi cadangan macam Perdana Menteri tapi tak fikir keadaan orang lain macam mana pulak.. Sorry lah ya.. Aku ada ibu ayah, adik-adik tercinta.. Terima kasih lah kalau ada sape-sape yang nak jadi penderma air liur semata-mata. Tak hingin aku ikut cakap orang-orang yang tak perlu.

Nak sangat macam tu macam ni sila buat kenduri sendiri, kawen lagi sekali.





thanks korang!




Love,
Tata!


3 comments:

  1. hahaha. saya dulu tak fikir pasal orang kata. saya cuma fikir apa yang mak bapa saya nak. cuma tema, pelamin dan pakaian je saya decide sendiri. others, saya ikut kata mak bapak. :))

    ReplyDelete
  2. patutnya mcm tu dyg.. tp biasa la bila ada orang suka-suka hati masuk campur.. kalau bab tarik muka tu yang xboleh tahan tu.. tp xpe, stick dgn prinsip sendiri.. bersederhana sudah :)

    ReplyDelete
  3. hehehe...normal situation bila nak melangkah ke alam rumahtangga...masam2 muka, gaduh2 sayang, tengkar2 manja...it seems normal...n bg bakal pengantin, anggaplah itu sebagai salah satu ujian...u know what, as I grow up n decide to get married...tears is one of my best friend...stick to our own principle, try to make everybody satisfied, n want to do our best for our own wedding...it's such a hard moment that we'll never ever forget...haha...sebaiknya bersederhana...most important is our life after that sweet day.. :)

    ReplyDelete

mmuah! mmuah!