CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

Friday, December 9, 2011

Kasut Kahwin Saya

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua


Pagi tadi aku sempat baca blog orang lain.. Baca pasal preparation orang buat majlis kawen. Sibuk je hal orang.. Hal sendiri terkontang kanting.. Hikhikhik! Oleh sebab itu perlunya bantuan dari blog-blog orang lain yang lebih maju kedepan berbanding diri sendiri.. Hoho. Tapi aku sangat suka bila baca entry kat blog sini, pasal kasut kawen dia. Terbaik okehh.. Tak pernah dibuat orang.. Tapi rasa2nya aku bakal jadi pengikut setia kot.. Takpe kan?

Kasut hubby dia crocs tipu rm10 je katanya.. Ala, macam yang En Gaban pakai sekarang tu la.. Hehehehe. So, boleh la pakai crocs murah tu time kawen kita nanti kan sayang? Muahaha.. Jimat itu pentingggg.. Lepas kawen takkan nak tengok dinding rumah je. Huhuhu!





Kasut flipper ni okay kan? kan? kan?



Suruh En Gaban simpan dulu flipper tu. Time kawen nanti baru kita pakai. Hehehehe.. Oh ya, cakap pasal kasut kawen, lepas aku dapat idea kat blog cik lijah ni, terus rasa lega hati. Sebab? Awak-awak semua nak tahu takkk.. Saya selaku pemegang nama Cik Saila ni tak boleh tengok kasut. Mengalahkan lipan. Kaki ada dua, tapi nak beli kasut macam kaki lipan. Boleh tak haritu pergi beli kasut untuk hantaran, aku siap beli sepasang untuk diri sendiri buat lasahan. Buat muka sedih kat En Gaban.. Konon2 mintak simpati.. Tapi dia memang sangat2 memahami. Hehehehe.. Dapat la sepasang lagi kasut back up. Back up la sangatttt.. Actually En Gaban pun risau.. Dia risau aku takleh tahan tengok kasut untuk hantaran tu.. Hahaha. Tengok, betapa memahaminya dia dengan belahan jiwa dia yang berkaki lipan ni..

Lepas tu masuk lagi kedai kasut seminggu kemudian.. Amek lagi. Alasan? Kasut time nikah nanti belum ada lagi.. Betul jugak tu kan.. Tapi bila dah bawak balik, aku feeling2 nak jadikan kasut tu kasut hantaran pulak. Okay, apa kata 7 dulang nanti semua En Gaban isi kasut. Boleh? Keji.

Tapi kan, bila aku dah tengok ada orang selamber je pakai selipar jepun dan crocs murah masa wedding dia.. Aku dengan gediknya teruja jugak nak pakai flipper kuning kat atas tu.. Mesti En Gaban setuju sangat2. Kan, kan, kan? Kita tengok jelah nanti.. Kalau aku pakai heel pun sure sekejap je. Sebabnya takde majlis bersanding pun. Just layan tetamu yang dihormati yang sudi hadir nanti je. Yang pasti idea nak sediakan flipper tetap wajib okay.. Kaler flipper harus in dengan baju kami nanti. Poyoooo!

p/s : picha kasut(s) hantaran aku? takyah lah.. nanti ada orang tak suka aku cerita semua benda kat sini. eh, tapi dah cerita dah pun.. erk!!



thanks korang!



Love,
Tata!

No comments:

Post a Comment

mmuah! mmuah!