CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

Tuesday, February 14, 2012

Saya sayang awak bukan sebab 14 Febuari

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua




Aku jarang tengok tarikh. Kecuali nak tanda aktiviti kerja. Itu pun tak fokus pada tarikh. Catat je. Lepas tu set dalam kepala otak 'rabu ni ada tu, minggu depan ada tu, besok ada tu'.

Tapi hari ni tak tahu la kenapa 14 Febuari macam satu tarikh sweet nak mati. Asyik nak tengokkkk je. Apa ke gila. Tarikh birthday sendiri pun takde la sampai tahap nak tengokkkkk je.

Tapi aku dgn En Gaban tak pernah sambut V-day. Pernah la jugak, masa memula kitorang mula berkawan rapat sambil ada perasaan rindu-rindu, sayang-sayang.. En Gaban tanya kot-kot aku nak sambut V-day tak. Tak perlu kan semua tu. Aku bukan jenis romantik pun. Sepanjang 5 tahun bersama, sekelopak bunga mawar langsung takde. Hahahaha.. Aku okay je. Tipu la kalau cakap aku xsuka bunga dan taknak bunga. Nak. Tapi tu bukan benda wajib untuk aku. Kalau ada, ada la. Kalau takde nak buat macam mana.

Takat ni kitorang celebrate tarikh kitorang mula bercinta (19 Januari), tarikh kitorang mula berkawan (Jun), birthday kitorang (13 & 14 April). Lepas ni tarikh nikah pulakkkkk.. Wahhh, celebtare tarikh nikah haruslah grand-grand. Hahaha. Hadiah pun haruslah bunga ros berjambak-jambak. Hahaha.. Time tu nak mintak rose ke, kekwa ke, bunga kertas ke, mintak lah ya. Aritu kitorang ada plan nak nikah pada 15 April 2011 tapi xsempat pulak. Pastu nak buat 15 April 2012 tapi lama sangat la pulak. Gedik! Saje nak ambil 13,14 dan 15 April straight. Hambek kau. Tapi takde rezeki. Its okay.. Hari apa pun semuanya sama. Cuma cara kita celebrate tu je yang beza. Setahun sekali baru dapat jumpa dengan tarikh-tarikh bermakna tu semua, jadi tak salah nak celebrate dengan cara elok dan sopan ya.

Tak sabar nak celebrate tarikh tu semua selepas bergelar isteri. Eheee. Sebab saya tak sabar nak jadi isteri dia. Hik!










pernah tgk video kartun ni? tiap kali aku tgk aku takleh tahan-tahan air mata aku.
saya tak mahu tinggalkan dia.
tapi saya tak mahu dia tinggalkan saya.



thanks korang!




Love,
Tata!





3 comments:

  1. sama..x pnh sambut gak hehe..

    ReplyDelete
  2. Salam.

    Hye dear, masih berminat untuk tempah header? Kalau berminat, kite boleh discuss di fb yek :)


    https://www.facebook.com/myravea

    myravea@yahoo.com

    ReplyDelete
  3. zoey : yeah,bagus2..hehehe

    myravea : okayyy :D tenkiuuu!

    ReplyDelete

mmuah! mmuah!