Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua
Orang kata bila niat kita nak mendirikan masjid mesti banyak halangan. Yelah, syaitan kan menangis bila lelaki dan perempuan sah menjadi suami isteri. Sebelum nak sah jadi suami isteri, memang banyak la dugaan yang muncul. Hidup ni kalau takde drama tak sedap ya. Syaitan la pengarah drama nya. Ingat dia senang-senang je nak biarkan lelaki dan perempuan yang haram berdua tu bernikah dan menghalalkan segala-galanya? No way man! No way! NO WAY.
Selalunya, maksud aku dari kisah-kisah yang berhampiran dengan aku seperti kisah-kisah sahabat handai selalunya dugaan diorang mesti datang dari pasangan diorang. Pasangan buat hal time-time bertunang. Sebelum bertunang elok je perangai. Tapi bila dah bertunang tetiba gatal pulak nak test market. Haihhh. Ada yang sampai putus pun ada. Dugaan orang kata. Bukan mudah nak menghalalkan hubungan rupanya. Mudah lagi bercinta ' i love, you love me, cepat buktikan kalau tak i bunuh diri'.
Sampai takut nak bertunang. Apa kaitan bertunang dengan dugaan. Ntah, orang kata dugaan masa bertunang lebih hebat. Ntah. Aku pun tak pasti. Takut putus sebelum majlis? Ntah lah.. Memang ada hal-hal begitu. Susah nak cakap. Semua tu dugaan.
Kami alhamdulillah baik-baik sahaja. Malah beberapa bulan sebelum sah jadi suami isteri aku belajar hormat dia seperti lelaki yang bakal menjaga aku sepenuhnya. Tak boleh anggap kawan-kawan rox lagi dah lepas ni. Hiks! Kalau nak hubungan aman damai, aku tak boleh merajuk lama-lama dengan harapan dapat bunga sedozen (mimpi lah kan). Kalau nak tenang-tenang gembira bahagia, aku tak boleh besarkan hal yang kecik dan remeh. Insyaallah. Amin.
Cumanya orang sekeliling menjadi sumber dugaan. Haihhh. Ya, aku faham semua orang nak buat yang terbaik untuk majlis sekali seumur hidup ni. Tapi berpada-pada lah. Semua orang ada impian dan keinginan. Hormatilah perasaan orang lain. Kalau tuan punya badan tak setuju dengan cadangan kita, tak perlu la dipujuk-pujuk, diulang-ulang lagi. Simpan la untuk majlis kita esok. Sabar. Sampai masa majlis kita akan tiba juga. Kenapa nak ribut-ribut sangat ya.. Pelik.
Dan bagi yang merasakan diri sendiri cuba memberikan pertolongan dan bantuan sehabis baik, ya itu bagus dan sangat berterima kasih dengan usaha anda. Tapi perlu ingat jangan sampai memperlekehkan orang lain. Jangan sampai membuat orang lain berkecil hati hanya kerana kata-kata kita yang berasa diri betul. Tolong faham keadaan orang lain dulu baru bercakap. Tolong fikirkan dulu keadaan orang lain sebelum rasa diri tu betul. Ya, mungkin anda betul tapi sebetul mana pun anda, anda perlu fikir keadaan orang lain, mungkin kondisi orang lain tidak mampu sebetul diri anda. Kata-kata kita mungkin kita rasa sopan, tapi kalau sampai mengguriskan hati orang lain fikir-fikirkan lah. Mungkin kata-kata anda terlalu tajam dan sinis sehingga mengundang kebencian orang lain. Dari nak membantu terus memburukkan keadaan. Itu kah yang anda mahukan? Anda bukan membantu. Tapi menyusahkan.
Ya,aku sangat pelik. Aku tak seperti orang lain mengidamkan majlis hebat dan grand. Cukup majlis aku nanti untuk mengwar-war kan supaya tidak timbul fitnah. Tidak lebih dari itu. Aku terlalu memikirkan kehidupan selepas majlis. Itu lebih penting bagi aku. Ya, makan di atas meja makan atau tidak, tilam empuk atau tidak, sofa tempat kami menonton TV sambil bersandar bahu selesa atau tidak.. Itu yang aku fikirkan. Maaf lah, aku memang pelik. Yang penting kepelikan aku tidak membebankan aku dan sesiapa. Done.
thanks korang!
Love,
Tata!
betul.. stress kaw time wedding...
ReplyDeletetapi ingat..
sabar sabar..
jom join contest FC
RM50 UNTUK DIMENANGI -->> klik
org kata banyak dugaan masa bertunang. betol lah kot bila tengok kawan2 sekeliling. jannah alhamdulillah before and after tunang memang banyak beza. masa couple selalu sangat gadoh. tp bila dah tunang jarang sangat2 nak gado.alhamdulillah, harap2 Allah jauhkan kita dari sengketa dan permudahkan jodoh kita.Ameen
ReplyDeletefatin amalina : sabar, sabar :))
ReplyDeleteokay, nnt sy singgah..
cik Jannah : amin :) sepatutnya makin lama makin lebih baik dan bahagia..
ReplyDeletebetol3. banyak dugaan tu kalau nak mendirikan rumah tangga. haiyo. orang tue2 kata tunang tu nanti darah manis. mula la taknak setia, nak dekat orang lain. macam2 la. hihi. papepun, bergantung pada kekuatan hati, kasih sayang dan kesetiaan. hehe. eloklah tu. nakkan kesederhanaan. jarang jumpa orang macam ni. kebnyakan nak majlis grand2. tapi anda bagus. memikirkan kehidupan selepas berumah tangga. hehe. moga dipermudahkan segala urusan. amin :)
ReplyDeleteciksukaberangan : takut la dgr kes-kes skrg..pelik-pelik :(
ReplyDeletesy juga doakan anda dipermudahkan segala urusan :))