CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

Thursday, April 12, 2012

Berita gembira

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua




Morning!

Amaran keras : entry ini sangat panjang. sila sediakan makanan ringan. kehkehkeh.

Semalam dapat cuti walaupun sehari tapi sangat-sangat bermakna untuk diri sendiri. Ceh! Ayat tak boleh pergi. Hikhik.

Semalam sepanjang hari meng'settle'kan atau menyelesaikan beberapa perkara. Empat pun dikira sebagai beberapa jugak kan?kan?kan?

1. Bunga Tisu
2. Souvenir
3. Rumah
4. Make up untuk Nikah dan Resepsi

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.

Okay, kita cakap eh! aku cakap pasal bunga tisu dulu eh. Bercakap pasal bunga tisu ni aku dah lama terniat nak buat sesuatu dari bunga tisu atau crepe paper. Puncanya adalah dia murah rm0.60 sekeping dan dia lembut. Jadinya cuti semalam dapat la buat beberapa kuntum bunga hasil dari bunga tisu yang aku beli dari kedai bunga. Tapi maaf, lupa nak snap picha. Esok kan masih ada. Haha. First try perfect! Puas hati bukan kepalang lagi. Terus confirm nak jadikan bunga tisu sebagai hiasan di hantaran dan beberapa tempat lain.

Alasan kenapa bunga tisu? Sebab murah dan tak terkilan kalau dibuang selepas majlis. Kalau guna artificial flowers nanti dan takleh guna lepas buat hiasan dekat dulang hantaran. Nak guna fresh flowers rasanya diri ini tidak begitu komited nak buat last minute hiasan hantaran. Huhu. Yelah, fresh flowers ni kena tabah dan sabar. Cik Saila tak sabar okeh. Sekian. Jadinya bunga tisu menjadi pilihan hati. Yayy. Tak kisah lah orang nak kata apa. Sobs.

Semalam ambil kesempatan pergi beli souvenir untuk family sebelah En Gaban. Ahad lepas pergi survey je. Ingat nak tengok-tengok dulu. Tapi terus jatuh cinta. Wink! Wink! So semalam pergi beli dengan ibu dan Leha. Lepas tu ter'over' shopping. Waduh! Takpe, sekali sekala. Lagi pun untuk kegunaan rumah jugak. Hiks!

















 *sila cuci tahi mata*


Beza-beza harga. Tengok kotak je dah boleh agak kan?kan?kan? Kalau dah kotak bulat kaler merah tu pitam la pulak. Eh, tapi apa salahnya untuk family En Gaban. Bukan selalu. Mereka pun bakal pakcik dan makcik aku jugak kan. Tapi pemilihan semalam bukan di antara yang di atas. Syyyy..rahsiaaa. Geli tak? Tapi paling keji picha yang second last tu aku beli untuk diri sendiri. Kejam tak? Selalu tau macam tu. Beli untuk orang lain tapi harus beli untuk diri sendiri juga. Hikhik.

Rumah? Pencarian telah berakhir. Beberapa hari lepas aku dah apply rumah sewa dekat Percint 11 Putrajaya. Tapi tak sangka, semalam jumpa rumah yang amat-amat kami berpuas hati. Dari aspek dalam dan luar rumah sangat berpuas hati. Alhamdulillah. Itu je kata-kata yang termampu diluahkan. Harap-harap semuanya okay dan akan sentiasa berpuas hati sampai bila-bila. Cerita pasal rumah nanti lah eh, tunggu dah dapat kunci baru cerita. Mood? Bapak teruja nak masuk rumah sendiri. Over, over, over.

Hal make up pulak sabtu ni baru nak tempah. Semalam pergi intai-intai harga. Harga biasa-biasa la, tak mahal sangat dan mustahil nak dapat yang murah-murah kan. Dengan harga yang aku dapat aku rasa okay lah. Aku pun tak berharap boleh bertukar menjadi semanis Lisa Surihani. Cukup orang tak nampak jerawat tegar kat muka ni dah la. Haha. Make up bukan benda penting sangat bagi aku. Bagi aku okeh. Bagi orang lain yup penting. Its okay. Asal cantik, kemas, tutup jerawat okay dah bagi aku. Huhuhu. Semalam tengok contoh dekat album En Gaban dah tegur pasal fake eyelash yang model tu pakai. Kamu tak suka, saya lagi la tak suka. HUHUHU. Dont worry, i won't wear it. Less is more. Sabtu book! Jangan lengah-lengah.

Ada jugak yang bertanya majlisnya bila, bila aku cakap insyaallah on November ramai yang cakap awal gila aku beli itu beli ini buat itu buat ini. Masalahnya kekangan masa yang tak menentu memaksa aku capai/beli/confirm/ambil dan seangkatan dengannya tanpa berlengah. Huhuhuhu. Kalau lengah-lengah nanti buatnya hujung tahun ni kerja aku pack, mati aku nanti. Lagi satu aku ni jenis tak menyabar (sabar). Asal nampak, asal dah berkenan terus beli/book. Dah nak buat macam mana.

Okay lah, nanti kita sambung lagi eh. Kerja dan bertimpa-timpa semula. Settle kerja dulu baru boleh mengarut ya. Muax!





thanks korang!



Love,
Tata!




7 comments:

  1. wah..bestnye dh buat preparation sikit2..nnti xde la nk kelam kabut bile dh tiba masanya

    ReplyDelete
  2. Owh yeah! aku juga turut gembira :D mau tumpang masuk rumah baru hikhikhikk... ;p

    ReplyDelete
  3. bila majlisnya ni dik? hopefully semuanya berjalan lancar. best kalau part DIY tu.rasa excited jer kan?

    ReplyDelete
  4. Saya Disini : best,best..hehehe..harap2 xde la kelam kabut nnt..

    ReplyDelete
  5. part DIY mmg excited lebih..tp malas pun lebih jugak..hikhik :D

    ReplyDelete
  6. waahhh.. kira ok la tu sis.. prepare awal2 tak de la kelam kabut nanti khen ?? hehe

    ReplyDelete

mmuah! mmuah!