CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

Thursday, May 17, 2012

Bodoh Sombong

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua




Sebelum aku mulakan apa-apa, aku nak remind diri sendiri dan anda semua bahawa entry ni bukan untuk memalukan atau apa tapi sekadar peringatan untuk diri sendiri supaya jangan Bodoh Sombong.


Perasaan marah memang aku taktau nak letak mana. Aku taktau nak buang mana. Akhirnya aku simpan dalam hati. Lama-lama sure jadi busuk. Tapi aku taknak dan tak suka ajar diri sendiri menjadi busuk hati. Doa-doalah kita bukan tergolongan dalam kelompok itu.


Okay, sekarang aku nak start cerita kenapa aku cakap bodoh sombong.

Kenapa masih ada manusia bila kita tak dapat nak tolong dia, dia mesti sakit hati? Okay, tipu la kalau kita cakap kita tolong orang ikhlas. Ke memang ikhlas? Apa salahnya kalau kita ikhlas? Apa salahnya kalau kita tolong orang tanpa mengharap balasan? Salah ke? Perlu ke tiap kali kita tolong orang lepas tu wajib mengharap orang akan tolong kita lepas tu?

Aku rasa benda2 macam tu wujud sebab adat kita yang kononnya bersopan santun. Yes. Tak salah pun. Tapi mana lebih utama? Tolong secara ikhlas atau tolong dengan mengharap balasan sebab adat la macam tu baru namanya beradab. Mana?

Hanya kerana tak dapat nak tolong, orang tu nak emosi lebih-lebih. Apa hak dia? Dia nak ke aku bagitahu apasal kami taknak tolong? Nak? Kami taknak tolong sebab kami tak suka bercampur dengan golongan kaya raya yang belagak macam kamu. Nah. Puas hati? Cukup la kami tengok segala permainan kamu terhadap golongan miskin macam kami ni. Untuk apa kamu golongan kaya raya mintak tolong dari kami golongan miskin? Untuk dijadikan hamba suruhan kah? Ohhh.. Itulah agenda kamu kan.. Makanan kamu hanyalah menghina kami-kami golongan miskin. Bila perlu tenaga untuk dikerah kamu cari kami. Begitu kan?

Kalau tidak, kenapaa nak marah, nak emosi bila kami kata kami tak dapat tolong? Sebab kamu takde tenaga miskin untuk dikerahkan? Lepas tu boleh pulak ungkit apa pertolongan kamu terhadap kami. Tak ikhlas! Kalau nak ikutkan kami pun ada tolong kamu. Bukan sekali. Berkali-kali. Malah sampai aku naik hangin lak bila sampai tahap melampau-lampau. Tapi kami malas nak ingat, malas nak cakap, malas nak ungkit. Anggap jela pertolongan ikhlas.

So hati aku jadi sangat panas bila dia ungkit soal tolong menolong ni. Nak emosi sebab kami tak dapat tolong menyempurnakan majlis dia takpe la. Ni siap nak ungkit hal dia tolong tolong. Tolongggg lah.

Kami memang tak boleh hadir sebab Ara nak kawen. Kawan baik aku kat pejabat ni. Dia lebih penting dari kamu. Ara bukan golongan kaya raya yang berlagak. Jadi kami rasa selesa kalau berada di majlis dia. Majlis kamu hebat. Majlis kamu mewah. Majlis kamu untuk orang-orang kaya. Kami tak selesa berada dalam majlis kamu.

Sudah? Puas hati dengan penerangan ni? Nak sentap? Nak emosi? Dipersilakan. Aku bukan jenis diam tunggu orang pijak kepala aku lepas tu pijak lagi, pijak lagi, pijak, pijak macam aku takde nilai. Ya, aku marah. Aku tak dapat nak marah kamu depan-depan. Jadi aku guna medium ini untuk membuang perasaan marah aku. Sebab aku taknak simpan dalam hati lepas tu jadi busuk.

Aku tak peduli apa kamu rasa lepas ni. Tapi penting kamu tahu apa kami rasa. Kami bukan taknak berkawan atau sengaja mengelak. Tapi kalau aku hakikatnya berada dekat dengan kamu, aku sendiri tak tahan dengan mulut kamu. Cakap ikut suka, ikut lepas. Tak pernah jaga hati kawan. Dari dekat dengan kamu, lebih baik jauhkan sikit. Kawan macam biasa, tapi lebih dari itu tidak la. Nak tolong kami boleh tolong, tapi tolong takat termampu. Lebih dari itu kami tak mahu. Bukan tak mahu sebab kami menyombong, tapi tak mahu sebab takut dengan mulut kamu dan tak mahu sebab kami golongan miskin tak setaraf dengan golongan kamu.

Apa-apa pun semoga majlis mewah kamu berjalan dengan lancar. Aku taknak terlepas majlis Ara. Dia kawan aku. Kami share banyak benda betapa susahnya nak buat majlis nikah. So aku nak ada dengan dia. Kamu kaya. Banyak duit. Boleh petik jari semua dapat. For sure majlis kamu takde masalah.

Betul cakap Ifah, kalau kita berkawan dengan orang cakap besar nanti kita pun ikut sama cakap besar. Kalau kita kawan dengan orang belagak, kita pun ikut sama belagak. Kawan adalah cerminan bagi diri kita. Pilihlah kawan yang baik luar dan dalam. Berkawanlah dengan orang yang mengajar kita jadi baik. Kita ada pilihan. Biarlah orang nak kata kita memilih kawan. Betul apa. Takkan nak kawan dengan pencuri, nanti kita pun sama ikut mencuri.




..............................................
Awak, saya buat entry ni sebab saya tak suka orang pijak-pijak kepala awak. Saya tak suka orang memperkotak katik kan awak. Kawan, kawan jugak. Tapi kalau melampau kita ada hak untuk pertahankan maruah kita. Entry ni memang kasar. Sebab saya kasar orangnya. Prinsip saya, saya tak suka orang merendah2kan saya, menghina saya tanpa usul periksa, memperbodoh2kan saya, buat saya macam manusia tiada hati dan perasaan. Sebab tu saya tulis. Biarlah mereka nak cakap saya macam-macam. Saya tak kisah. Saya kalau tak suka, saya cakap. Saya tak suka simpan lepas tu mengumpat. Itu bukan saya. Saya tak suka cakap belakang-belakang. Itu bukan saya. Tak suka cakap tak suka. Salah cakap salah.

Lantak la orang nak cakap saya teruk pun. Janji hati saya tak sakit. Itu paling penting.


Maaf, entry ni panjang dan mungkin bunyi sangat kasar. Tapi they are too much. This is last. They have no right untuk pijak kepala kita. Thanks!





thanks korang!




Love,
Tata!




8 comments:

  1. sabar saila..xpe, luahkan je kemarahan tu supaya kite x skit ati.memang kne cari kawn yg blh susah n senang dgn kite, plih kawan yg baik supya peribadi kite pun leh jd baik

    ReplyDelete
  2. huhuhuhu..nk publish entry ni fikir byk kali. sakit hati sgt dgn org jenis mcm ni. mcm dia saja yang ada hati perasaan.

    ReplyDelete
  3. mmg sakit kan babe,i pon pg ni mmg sedih sgt.

    ReplyDelete
  4. sabar je lah...orang camneh suke cakap ikot sedap rase jer...makin kite diam,makin dye pijak pale kite....harap ok lah lepas luahkan sumenye...heheh

    ReplyDelete
  5. P#eoniX : yup..dah okay hehehe! lantak la org nk ckp sy apa pun.. janji saya xsuka duduk diam kalau org lebih2 pijak kepala kita.

    ReplyDelete
  6. sabar...jgn ikut perasaan mrh...*pndai sgt nk nsht org..hihi..

    +cm pun x pandai msk.tp cube jgk utk husband..hihi..nnt malu la nk blk mah mertua x reti msk..hihi..msk pun google resipi.blh?hihi

    ReplyDelete
  7. saya sokong 100%.kawan boleh,baik blh tp jgn sampai dipijak kepala..jgn sampai diambil kesempatan.yg pentg kita sendiri jgn biar org buat camtu kt kita.bila kita biar lg org melampau*nampak tak saya emosi? haha

    ReplyDelete
  8. zoey : ya,ya..saya nampak awk tgk emosi.. grrr! hehehe ;D

    ReplyDelete

mmuah! mmuah!