CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

Friday, May 4, 2012

Pasal baju!

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua





Malam tadi macam biasa aktiviti melepak kami. Ingatkan nak lepak dekat kedai mamak je. Aku pun belasah jela pakai baju untuk pergi mamak. Ada ke kod pakaian macam ni?

Baju babyT hitam dengan three-quater pants merah. Flipflop hitam. Okay, tak payah bayangkan eh..

Dengan harapan melepak dekat mamak sahaja.

Tapi En Gaban ntah apa kes dia pergi pakai cantik-cantik. T-shirt berkolar bukan masalahnya. Tapi menjadi masalah bila aku pakai macam nak pergi tido dekat mamak tapi dia macam nak pergi acara separa rasmi. Alasan? Baju tu dia tak suka sebab mcm-mcm kekurangan ada dekat t-shirt tu. Aku tengok elok je. Ceh.

Disebabkan dia dah pakai macam tu aku pun request nak makan Lamb Chop dekat Kg.Bharu. Takde tempat lain sesedap Lamb Chop situ. Aku tak kira walaupun aku pakai kod pakaian mamak tapi tetap nak Lamb Chop Kg.Bharu.

Aku pulak tak habis-habis mengomel pasal baju dia. Gila tak puas hati dia pakai elok-elok, aku pakai macam nak tido. Siap cakap apasal tak bagitahu nak pakai elok-elok. Apakah? Bila dah separuh jalan melayan Lamb Chop baru aku sedar betapa sadisnya aku.

Aku  : Mesti diorang kat sini cakap 'kesian mamat tu. pakai smart2 tp gf dia..' (buat muka sedih)
Dia  : A'ah. Mesti diorang cakap gf dia mcm sampah.
Aku : (terkedu okeh! muka dia selamber badak gila)
Aku : Sampah?? Huhuhuhuhu!
Dia : Yelah, bi tau apa dalam hati diorg. Sebelum diorg cakap, biar bi cakap dulu. Hahahaha!!
Aku : Gila kejam.. Jujur betol.
Dia : Hahahahaha!

Sampah dia cakap aku? Mungkin dia nak sebut selekeh kot. Ke memang dia berniat nak sebut perkataan sampah? Ish. Jujur betul mamat ni tau. Nasib baik aku tak sentap. Sebab aku memang tau dia gurau je tu. (sedapkan hati sendiri). kehkehkeh.




thanks korang!




Love,
Tata!




5 comments:

  1. haha..laki kadg2 gurau memang menyentap sanubari, takpe kalo dah lame kenal mesti dah cool da kan. name pun gurau je..:)

    ReplyDelete
  2. hihihi. kalay saya kan...tersentap sekejap sebelum lamb chop sampai..haha...

    ReplyDelete
  3. haha nsb baik tak sentap trus merajuk..

    ReplyDelete
  4. alahai...sy selalu hadapi situasi mcm ni..tng sy tu stylo ckit...sy ni je tak pandai bgaya langsung...ahak3 nasib badan

    ReplyDelete
  5. Linda : hehehe.. diorg tu tak reti tapis.. hehe

    Dyg : wpn sentap lamb chop wajib habis.. hehehe

    zoey : tau dh dia tu suka ngusik saya.. :D

    Munna : asalkan dia terima kita seadanya bkn kerana rupa, tu yg penting :))

    ReplyDelete

mmuah! mmuah!