Hai!
Assalamualaikum.
Entry ditaip sikit demi sedikit, sambil buat kerja ofis.
Sejak kebelakangan ni hati asyik risau. Risau dengan tanggungjawab yang akan dipikul nanti. Mampu ke aku. Ke kena tambah huruf 's' selepas perkataan mampu tu. Serba salah.
Aku bukannya rajin masak. Kalau aku lapar gila-gila aku sanggup pergi kedai beli. Tengok. Betapa malasnya aku. Aku tak tau la aku ni kategori boleh memasak ke tidak. Boleh kot. Sebab sekali sekala aku masak, habis je family aku makan. Itu pun boleh dijadikan kayu pengukur sama ada masakan aku sedap ke tidak kan? Yelah. Kalau tak sedap tak kan la habis. kehkeh!
Aku pernah la jugak (selalu sebenarnya) memasak untuk En Gaban. Habis je. Sedap la tu kan? Ke lapar? Ntah lah. Alang-alang dia tak memilih bab makan, belasah jelah. Janji habis. Boleh ke macam tu? Tak boleh la kan. Kena la upgrade. Takkan hari-hari lauk so-so je. Boleh ke aku?
Aku memang tak suka basuh baju/pakaian. Walaupun mesin basuh fully auto tapi masih malas. Malas mungkin sebab ibu ada dekat rumah. Tengok! Tapi masa duduk dekat U dulu boleh je basuh baju 2 hari sekali. Sidai macam mak-mak. Dah kering angkat. Malam-malam lipat atas katil. Boleh je. Apasal bila kat rumah malas? Dah kawen nanti aku kena la feeling-feeling macam duduk kat U kan. Supaya semangat membasuh baju tu ada. Tapi sememangnya aku malas membasuh. Rasa nak hantar dobi je. Takmau2. Baik En Gaban kawen dengan akak dobi tu je. Adoi! Boleh ke aku?
Aku benci menggosok. Gosok baju. Sangat la pemalas. Yang ni memang champion. Malas yang amat. Nak iron baju kerja amek mood berjam-jam. Gila lah. Aku siap simpan cita-cita nak beli steamer iron (iron stim). Bulan puasa tahun lepas dia ada buat promosi dekat JJ Keramat. Nekad okeh. Siap menabung. 50 sen seketul. Dengan harapan nak beli bila duit dah cukup. Haha! Habis semua duit 50 sen aku masuk dalam tabung. En Gaban penyokong setia. Dengan dia,dia sekali menabung sebab bakal isteri dia pemalas menggosok. Sangat supportive. Sayang lebih! Bila nak penuh tabung ni ntah. Iron biasa memang aku tengokkkk jela nanti. Dengan harapan baju kerja kami boleh licin dengan sendirinya. Boleh ke aku?
Bila dah makin dekat ni memang risau sangat-sangat. Risau nanti aku cuma boleh buat kadang-kadang. Atau sekali sekala. Atau ikut suka. Aku ni lebih banyak malas dari rajin. Bila rajin, rajin bukan main. Haihhh. Boleh ke aku ni. Lagi-lagi bila tempat kerja jauh. Keluar selepas subuh, balik dekat maghrib. Hep! Itu bukan alasan. Huhuhuhu!
Kena la motivasi diri dari sekarang. Kena cakap dekat diri sendiri, kena rajin lepas ni. Kena rajin memasak, kena bersemangat membasuh, kena suka menggosok, kena alert dengan rumah.
Kena sentiasa cakap boleh lepas ni. Malaysia Boleh!
thanks korang!
Love,
Tata!
saila..chaiyok2. Mesti boleh punye, dah kawin automatik jd rajin
ReplyDeletemanusia perlu berubah..tp tu la hakikatnye..huhuhu..
ReplyDeletesekarang,blk keje, masak jap,then mkn or mandi2...lps tu lipat kain...bese seminggu dlm 2x je lipat kain..sebab basuh baju 2x je..
klu wiken tiade d kl utk berjln2,ari kames da sibuk kemas brg...mane yg nk pki utk monday nnt.supaye tak kelamkabut.blk kl je da penat kan...so, prepare siap2..supaye may tak ngamok kepenatan pepagi bute nak bgun awl..hoho.....baju husband?sume kene iron..sbb die keje pki baju corporate..eh..corporate ek?baju keje la..haha...senang ckp...tp,basuh n jemur baju,mintak husband buatkan..penat tu mmg penat..teringat mak2 kite dl kan..
eh..tgk tak mlm td semanis kurma?mmg kene la tajuk tu..raja suami tajuknye..
oh my! may,pjgn nya komen awk.. hehe! tp xpe,thx ya! bgs may ada plan nak bt apa,bila semua tu :))
ReplyDeletemlm td ada tgk semanis kurma..tn hj hushim tu mmg terbaik,best tajuk mlm td :)