Assalamualaikum
Hai!
Salam Ramadhan awak-awak semua :) Kejap je dah 3 Ramadhan kan. Cepatnya masa berlalu..
Semalam pergi Houz Depot, Jln TAR. Kebetulan je. Biasa la sejak dua menjak ni, tempat2 macam tu pulak yang menarik perhatian kami. Hiks :)
Benda wajib yang kami tengah survey supaya sebelum raya ni dah ada ialah peti ais dan mesin basuh. Tak kisah harga janji puas hati. Kalau aku, mesin basuh wajib fully auto. Sebab aku kan tak suka membasuh. Theee!
Tapi bila dengan En Gaban, banyak pulak spesifikasi dia. Mesin basuh kena yang boleh nampak isi dalam. Maknanya masa membasuh kita boleh nampak kain baju kita tengah berpusing-pusing. Grrrr! Cermin mesin basuh mesti yang anti stretch. Sebab?
Katanya : "yelah,nanti anak kita main-main terkena mesin basuh takde la calar"
Erk!
Bila part peti ais pulak, dia suruh beli yang dua pintu. Satu pintu cukup la.. Huhuhu. Aku satu family ada lima orang rilex je satu pintu. Kadang-kadang over limit jugak. Tapi takde la sampai tahap melimpah ruah. Huhu.
Katanya : "satu pintu tak cukup la sayang, nanti anak-anak kita ramai dah tak muat makanan"
Errrrkkk!!!!!
Ramai mana? En Gaban ni kannnnnnn. Eeeei, geramnya.
Kebetulan harga peti ais satu pintu dengan dua pintu beza Rm90 sahaja. (sebab ada promosi) Lagi la dia nak ambil yang dua pintu. Alasan dia melampau kan?
Di akhir perbualan yang membuatkan aku terkedu dan tertawa sebab alasan kelakar dia tu :
"sayang, kalau anak kita ramai pun takkan nak bagi makan mcm raksaksa kot.. berpada-pada la. taknak la ajar anak-anak jenis asal letak je makanan terus habis."
Huhuhuhuhu!
selamat berpuasa sayangs!
Love,
Nursaila Norman!
hahaha..en Gaban tak sabar nak ad baby la kak. ^^ smga semua ye dipermudahkn ye kak.moga umah ye terisi dan barakah.amin :)
ReplyDeletehoho.. sweetla korang.. mr lebah lak.. i nak beli yg besar die ckp nnt ade rezeki beli la yg besar.. i ckpla..nnt nk bf baby,..kene simpan stok.. die ckp tu pk lain nnt.. hoho
ReplyDeleteAyut : tenkiu2!! amin. huhu.. En Gaban mmg over okay..huhu
ReplyDeleteCik Tqah : oh,terbalik pulak eh..hehehe..suka yg kecik2 sbb rmh pun kecik je..
slmt berpose..
ReplyDeletemeh juin contest
http://sepetgurl.blogspot.com/2012/07/contest-sempena-anniversary-couple.html
Hehe...en.gaban pk jauh smpai da pk ank2. Bgus la mcm tu tp linda x suke besar2. Yg kecik2 x makan ruang besar sgt.
ReplyDeletewahh mesin basuh baju baru la...
ReplyDeletebestkn bila yg lelaki lebih excited.siap dah berangn masa depan.moga lebih bahagia ye lepas ni.
ReplyDeleteSuria : okay,insyaallah :))
ReplyDeleteLinda : saila pun suka yg kecik2 jgk..sbb rmh kecik..hehe
Afasz : kena beli baru sbb belum ada mesin basuh lagi..huhu
Sarah : insyaallah,amin..thank you sarah. sama2 lah kita eh :)
hihihi besarnya beli peti ais pintu dua...
ReplyDeleteaku suke part asal letak habis muah ha ha ha
ReplyDeleteChe Rosliza : hihihi..berangan je tu..satu pintu cukup dh :))
ReplyDeleteZhul : ko perasan part tu eh? hikhikhik