CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

Monday, August 6, 2012

Rumah Kecil Kami

Hai!


Assalamualaikum.


Maaf ya kalau ada yang tak suka. Kepada yang sedang membaca entry di blog ini dan terutama sekali entry ini, takde niat pun nak menunjuk-nunjuk atau apa. Niat dihati just nak share dengan b2b yang sama-sama sedang berusaha meningkat setapak ke hadapan dalam membina hidup yang lebih happy dan bahagia. Aku pun sama macam b2b yang lain.. Struggle untuk melengkapkan fasa hidup baru. Apa yang aku buat untuk wedding day,sama je dengan b2b lain. Kita share sama-sama kan? :)

Cuma, separuh dari perancangan kami lebih tertumpu dekat "rumah kita". Ops, maybe lebih dari separuh. Huhuhu! Alhamdulillah, satu per satu kami cuba usaha dan selesaikan.

Niat takde la nak menunjuk rumah kecil kami.. Cuma aku dan dia terlalu gembira bila rumah sewa yang kami dapat akhir berubah menjadi seperti apa yang kami impikan. Macam aku, aku nak "rumah kita" nampak creamy.. Dan akhirnya its creamy yummy! Usaha kami berdua mengecat rumah akhirnya berbaloi dengan warna dinding yang lebih tenang. Dan, sabtu baru ni kami pasang tikar getah pulak. Well, "rumah kita" tu takde jubin. Rumah sewa kan.. Kalau rumah sendiri nanti baru boleh nak all out semua. Amin,insyaallah.

Dugaan pasang tikar dengan cat rumah lain sangat. Masa cat rumah, ibu dengan ayah aku siap hantar makanan tengahari okeh. Bapak lah manja gila kitorang nih. Hahahaha! Masa pasang tikar mintak ampun sikit nak makan tengahari. Puasa okeh. Sambil pasang tikar getah sambil tengok Olimpik. Tengok air atlet tu minum pun aku nak. Hahaha.

Lepas dah pasang tikar getah, baru la boleh bawak masuk perabot kecil. Ya, kecil-kecil sahaja. Takde la almari kabinet berpintu-pintu. Huhuhu! Matlamat kami ialah hidup berdua. Part yang besar2 nanti-nanti dulu eh. Hehehe!

Kalau refer entry mengecat rumah dari merah bertukar creamy! tu, kiranya entry ini adalah sambungan dari entry tu okay.



ini lah ruang tamu kecil kami!


Kain yang bercorak zebra tu ialah sofa kecil kami. Saje aku beli cover, nak style orang putih katanya. Hehehe! Sofa kecil tu aku letak kat tengah-tengah ruang tamu. So that, ruang tamu tu aku telah divide kepada dua bahagian. Bahagian lagi satu tu aku letak single arm chair. Nanti-nanti lah aku tunjuk yang full punya eh. Sebab susunan yang ini pun untuk sementara je. Chop! Nampak tak soket tu? Niat dihati nak tampal dengan sticker yang tengah in sekarang ni. Ala sticker yang orang dok tampal kat kereta tu. Ada yang kaler-kaler, ada yang hitam putih kan? Aku nak tampal yang hitam putih. Nanti dah siap aku tunjuk eh!

Semalam (ahad) aku pergi IKEA dengan Ara dan Leha.. Haruslah menggila kan? Menggila lagi lah kannn.. Aku memang target nak jadikan dapur macam ni. Macam gambar kat bawah ni.




Target utama ialah yang dalam bulatan merah tu. Drainer. Tapi yang dalam picha ni yang simple punya Rm19.90. Tapi aku ambil yang teguh sikit Rm49.00. Confident nak sangkut kat dinding. Dah beli drainer,gatal pulak nak pinggan. Hehehehe. Jumpa pinggan warna beige!! Rm2.90/pc. Memang pinggan ni selalu ada harga promosi. Ambil 6 keping. Mangkuk kecil Rm1.90/pc, aku ambil 4 buah. Sekarang ni tinggal shelf (para) je belum beli. Yang aku beli untuk ibu aku kat dapur dia tu dah takde pulak. Nanti lah, kot-kot bulan-bulan depan ada balik. Jimat ruang kan kalau susun macam ni. Rumah kecik haruslah pening kepala sikit nak decorate. Hehehe.

Lagi pun rezeki kami baik sangat di bulan Ramadhan ni. Alah, sama la macam you all kan.. Dapat bonus. Hehe! Cuma tak sangka En Gaban pun dapat bonus bulan ni. So boleh la beli apa-apa yang patut untuk "rumah kita". Cuma bonus En Gaban lebih banyak dari aku, tu yang sedih tu. Bonus sendiri ciput je, pastu tengah berkira-kira nak beli kebaya nyonya ke tak ni eh? Beli jelah! Dah janji kan, nak kumpul kebaya nyonya banyak2!

pssst : lagi satu rezeki nak kawen ni murahkan? En Gaban cakap kalau tau, dulu lagi dah kawen. Hahaha.





selamat berpuasa sayangs!





Love,
Nursaila Norman!

10 comments:

  1. takpe dear, slow2..baru2 kawen ni, umah kecik mcmana pun, tetap hepi..asalkan en hubby ada depan mata..we all masa rumah blum siap, menumpang kt umah member tau..masa tu bilik kecik and tido atas tilam single jek..bila kenang2 blik, rasa nk gelak jek..tak sangka kitorg kena go through sume tu..gara2 bank lmbt release payment..

    ReplyDelete
  2. teruskan sharing dear, nora suka bab deko2 umah ni :) xkisah kecil atau besar yang penting kita suka :)

    ReplyDelete
  3. Saila, bukn senang nk kawin kn.so,teruskn dgn usaha. Slow2 kumpul brg,lme2 lengkapla umah tu..heee,happy tgok org da nk kawin ni. ;-)

    ReplyDelete
  4. ok la...bagus jgk ade benda2 nie. blh jd inspirasi.

    ReplyDelete
  5. Fainie : terima kasih atas kata2 semangat awk :)) tp pengalaman awk tu kenangan paling indah tau..saya pun ada lalui benda2 mcm tu,cuma cerita je lain :)

    Nora aira : thx syg! kita terus sharing sm2 k :)

    Linda : yup,bkn senang nak kawen linda..huhu..usaha tangga kejayaan :)

    Miz Sharmia : idea saya terhad,harap kita boleh share lebih lagi ya :))

    ReplyDelete
  6. nak wet raye dr both of u blh?ayut takde bonus ponnnn.wuarrgghhh...umah dh smakin terisi.good2x..jap lg ckup dh basic2 ye :)

    ReplyDelete
  7. ayut : duit raya kena jd bdk kecik la bru dpt..hehehe!

    ReplyDelete
  8. bestnya decorate rumah sendiri..:) rumah kecik bila decorate cantik-cantik, tetap nampak cantik..:)

    ReplyDelete
  9. selamt mendeko2 yek!

    ReplyDelete
  10. sewa kat mane tu?
    slow2 tkpe..tp ok la tu kan..sblm kawen da beli sikit..kami hari tu..hoho...1 hari hbs dekat rm5000 beli brg umh...pfft...sekarang just topup sikit2 je..tp mmg takde la beli perabt sgt..umh tgkt 4.nnt plan nak pindah jugak..lps dpt umh yg lg ok..tp tak tau bile..;(

    ReplyDelete

mmuah! mmuah!