Hai!
Assalamualaikum.
Mungkin entry ini akan menyinggung perasaan sesiapa, dan aku percaya entry ini sangat sensitif untuk diperkatakan. Pertama sekali aku memohon maaf kalau ada yang berasa tersinggung dan mungkin ada yang tidak bersependapat. Its okay. Aku memang tak suka menjadi orang lain. Maka dengan itu aku terlalu kuat dengan kata hati dan sangat berpegang kepada prinsip. Maaf kalau di akhir entry nanti ada yang mencebik. Its okay. I am ready untuk dicebik.
Apa-apa pun please be kind to me. Apa yang bakal aku tulis selepas perenggan ini ialah kehendak dari hati sendiri, dan kerana DIA. Demi ALLAH bukan kerana lain. Bismillahirrahmanirrahim…
Aku lupa bila, tapi baru-baru ini juga. Sangat baru.
Aku : saya taknak mas kawen banyak-banyak.
Dia diam
Aku : boleh ke mas kawen lebih rendah dari rate yang dah ditentukan?
Dia, masih diam. Berfikir mungkin.
Aku : nanti sayang pls check dengan Pejabat Agama eh.. Saya taknak banyak-banyak.
Dia angguk perlahan.
Aku : saya nak Rm144 je ya. Sempena birthday saya. (senyum meleret)
Dia pandang wajah aku dan senyum juga.
.................................................
Aku SMS dia tanya sama ada dia dah pergi Pejabat Agama atau belum.
Aku : Yani, mas kawen boleh tak bagi lebih rendah dari kadar yang ditentukan oleh negeri?
Yani : boleh je. sepatutnya boleh la.. Sebab mas kawen benda wajib dari suami, seikhlas suami.. Perlu ada paksaan ke kena bagi berapa?
Aku : ntah.. (kerisauan teramat sebab menunggu dia reply SMS aku)
(SMS masuk dari dia)
Dia : Pejabat Agama kata tak boleh, kena ikut rate yang ditentukan negeri.
Aku? Hampa.
Dia : Sayang nak duit Rm300 tu seringgit2 atau lima ringgit? Nnt nak buat gubahan kan? Saya boleh pergi tukar dekat bank..
Aku : ikutlah.. (Sedih. Takde mood. Mengeluh. Lesu)
........................................................................................................................
"Hatta senaskah Al-Quran, aku terima jika ia datang ikhlas dari hati. Perkahwinan bukan satu drama, ia ikatan janji tanggungjawab antara dua hati. Bukan mas kahwin dan meriahnya acara yang menjadi ukuran. Tapi, keikhlasan dan kejujuran dalam membina 'masjid' yang menjadi sandaran"
Firman Allah swt dalam surah An-Nissa' ayat 4 yang bermaksud "Berikanlah kepada orang-orang perempuan itu mas kahwin mereka". Sabda Rasulullah saw dalam hadis riwayat Bukhari yang bermaksud "Carilah untuk dijadikan mas kahwin walaupun sebentuk cincin yang diperbuat dari besi"
Bukankah Nabi menyebut, sebaik-baik wanita yang dikahwini ialah yang rendah maharnya?
Sedangkan aku bukanlah wanita yang cukup baik dan sempurna, izinkanlah aku memulakan perkahwinan ini dengan kebaikan. Namun aku mungkin, ya mungkin tidak mampu dan tidak kuat untuk mempertahankan niat aku. Dengan itu aku redha dengan apa yang telah ditentukan.
Ini ialah draft. Baru hari ini ada kekuatan untuk di publish. Jangan salah anggap dengan pendirian saya ya.
thanks korang!
Love,
Nursaila Norman!
tak saila, bagus la saila mcm ni. mas kawin tu kalo boleh jgnla kite tetapkan sesuke ati smpai membebankan si lelaki. Tapi memng mas kawin kene ikut dgn kadar yg negeri da ditetapkn..
ReplyDelete*linda sgt respect dgn saila, linda masih lg x sebaik saila..semoga ALLAH memberkati perjalann saila dan si dia..:)
neutral..nuha x tersinggung langsung bila baca entry saila ni. jgn dgr ckp org saila..ikut je yg saila rs baik utk saila n pasangan
ReplyDelete"Sebaik-baiknya laki-laki adalah yang memberikan mahar yang banyak, dan sebaik-baiknya wanita adalah yang tidak meminta mahar yang banyak".
ReplyDelete- dia nak bagi lebih, kita ambil je. :)
dear saila..tak ade salah nyer pun.. pendirian masing-masing kan.. as long as ape yg saila buat tu..terbaik for both of u..shud be no probs la dear...
ReplyDeletealhamdulilah ..dear pasti menjadi isteri yang memahami dan peyabar ..amin2 ..umi suke dengan cara dear yang tidak mahu membebankan bakal suami (^_^)
ReplyDeletemgkn jalan len yg Dia akan permudahkan akak utk buat kebaikan yg len :) mesti ada hikmahnya...ap pon,semoga majlis akak berjalan lancar k..amin.
ReplyDeletep/s:tgh pujuk hacker suh bg password baru...xtau la dapat tak.. :(
pendapat kita sama cik saila..cik mah pun pernah menyuarakan begitu...xsah ke nikah klau mas kawin xikut yg disyaratkan???ade masuk ke hukum????tb2 konfius pulak..huhuhu
ReplyDeletetabik spring...xpahamla..kenapa dorang yang kena tetapkan..kalau bakal isteri redha mas kawen sikit jep, rasenya xde pape masalah pun kat situ..kan?
ReplyDeletesetuju sangat... tak perlu ada penetapan kadar mahar ni...i cakap dengan tunang, kalau boleh bagi quran je pun takpa...tp dia ckp, dia yg akan tentukan jumlah mahar saya nnt..sy redha je dia nk bg brp :P
ReplyDeleteturut simpati...banyakkan bersabar ya...
ReplyDeletebab ni x pandai nk ckp, blh ke x klu x ikut maskawen yg di ttpkan ...
ReplyDeletemungkin ketetapan dibuat mybe ade sbbnya..
maskawen kite, kite x minta lbh pun, tp dia nk bg lebh... iklas dr dia ..
akak..thanks kak..memang dah lama benda ni jadi persoalan saya...akhirnya terjawab juga...tapi still pelik jugak kenapa tak boleh lebih rendah dari yang ditetapkan...
ReplyDeletesaila, murah jugak ye romantika tu jual. tp ntah bile boleh gi nye..hihi
ReplyDelete