CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

Tuesday, September 11, 2012

Idea Oh Idea. Rajin Oh Rajin. Tolonglah Datang Kepadaku.

Hai.


Assalamualaikum.



Perkara yang perlu aku buat dalam tempoh kurang dua bulan ni
ialah :


1.   Centerpieces
Dalam proses mencari idea. Bahan dah ada. Bahan utama ialah tin.



ya, tin susu F&N.



botol pun boleh. tapi susah jugak nak collect bottles.



tetiba nak tukar idea dari doily paper kepada fan flower pun okay kan?




2.   Gubahan Hantaran
Juga dalam proses mencari idea. Idea macam dah ada, bahan je belum beli. Fuh!!





suka yang bulat-bulat tu. noted!!



suka bunga-bungaan tu. letak dekat sudut je.
suka jugak dengan riben!



suka combination warna dia. dah tunjuk dekat En Gaban, dia setuju dengan combination warna ni. yayyy!



3.   Baju Nikah (Perempuan - aku lah tu)
Bila la nak rajin ni. Haihhhhhh. Janji hari tu nak siapkan dalam bulan Ramadhan. Tipu sangat!


4.   Bunga Manggar
Ayah nak buat guna crepe paper/tissue paper. Sempat ke? Kena mula dari sekarang. Tapi sekarang tu bila eh? Kalau tak sempat, beli je yang dah siap tu. Kan?


5.   Burung
Dah siap 75 ekor. Perlu lagi 125ekor. Atau 150 ekor? Phewwww. Bila nak melipat lagi ni? Last melipat masa raya ke-3. Apakah?


6.   Juntaian Riben
Belum decide lagi nak guna riben jenis apa. Laju-laju sikit decide tu boleh tak?


7.   Backdrop Photobooth
Ayah tengah design. Aku request macam dekat red carpet tu. Macam dekat Grammy Award tu. Konon. Aku request supaya Ayah tulis SailaShahir. Tapi taktau la Ayah design macam mana. 





8.   Fan Flower
Belum beli lagi kertas berwarna untuk dilipat menjadi fan flower. Banyak nak kena lipat ni tau takkkk?






super gojes! akan dipertimbangkan. hiks!



9.   Props
Dah ada, belum print dan laminate lagi. Senang je kan? Tak leceh kan? Habis tu ingat boleh lengah-lengah lah ya?







10. Signage
Tak tau lagi nak buat ke tak. Mungkin tak. Tapi mana lah tau tiba-tiba terbuat dan sesuai pulak dengan keadaan.. Siapa tahu..











11. Sarung Bantal
Maybe beli sarung siap. Nak jahit macam tak sempat. Tapi kalau boleh nak jahit sendiri. Boleh pilih warna yang kita suka. Tapi sememangnya tidak sempat. Setakat ni baru beli dua helai sarung bantal. Teruskan mencari. Untuk bilik tidur (bilik pengantin) je pun. Hikhik :)



12. Bunga Rampai
Ini benda wajib untuk majlis kahwin. Dulu masa zaman makcik-makcik aku kawen, rumah pengantin wajib berbau bunga rampai. Plus bau telur rebus. Baru la rumah pengantin. Zaman sekarang taktau la masih buat atau tak bunga rampai. Baru-baru ni aku request bunga rampai dekat Ibu aku, sebab dia pakar buat bunga rampai halus sehalus halusnya. Tetiba Ayah suruh jadikan bunga rampai sebagai bahan tambahan dekat dulang hantaran. Orite Ayah! Ibu tanya nak bunga rampai letak dekat mana. Seluruh rumah. Dua-dua ruang tamu aku nak ada bunga rampai. Bilik juga. Majlis nikah nanti aku nak seluruh rumah aku berbau bunga rampai! Aku sanggup ricih (tau kan ricih tu apa?) sama-sama dengan Ibu walaupun tak halus. Lantak. Janji banyak.



13. Ring Pillow
Insyaallah, mohon supaya cita-cita aku untuk buat Ring Pillow tercapai. Amin. Ya, cincin nikah akan disarungkan oleh En Gaban untuk pertama kali dalam seumur hidup aku dan dia. Macam mana ya nanti? Tengah practise hulurkan tangan kanan nih. Hahahaha!



14. Kad Kawen
In progress. Hari ni Ayah buat test print. Nak tengok warna sama ke tidak. Kalau okay, dah boleh print terus untuk buat jemputan. Kad jemputan aku tak tahu menahu langsung. Semua Ayah yang design. Aku cuma disuruh check apa yang patut je. Tapi jawapan aku tetap sama 'ikut ayah lah. Yun tak kisah'. Anak yan baik sangat kan? Hahahahaha. Sila muntah sekarang.


Okay, settle update entry sejak dari pagi tadi. Lama kan? Sambil taip entry, sambil buat keja. Hihihihi. Lepas ni kena refer entry ni selalu. Sebab aku selalu lupa.. 'apa lagi eh?' 'takde idea la'. So lepas ni takleh buang-buang masa lagi dah. Kena proceed terus. Jangan banyak main.

psssst : maaf lah, terpanjang pulak entry ni.

sumber : google dan majalah (snap sendiri)


thanks korang!



Love,
Nursaila Norman!

9 comments:

  1. Waaaa...banyak nyer benda nak buat...

    ReplyDelete
  2. KA : sy bt belum tentu cantik mcm dlm gambar..hehe!!

    Firuz SR : tu laaaa..dh la ada ms 2 bulan je..huhuhu!

    ReplyDelete
  3. btol2 bnyak ni list nk kn wat n follow ek cik saila...gud luck ye...cik mah pun guna tin juga untuk centerpiece...hehehhe

    ReplyDelete
  4. Salam kenal. Shila. awak sgt kreatif dan semuanya amat menarik...

    ReplyDelete
  5. saila..banyak lagi tu tak setel lagi. Fuhhh..tarik napas panjang2 n setelkan satu2. jangan serabut. Eh,linda pun nak wat ring pillow tu.cantikkk

    ReplyDelete
  6. Salam Perkenalan. Wah banyak nye nak buat. But still, Gambatte! InsyaALLAH sampai masa idea sampai :) Btw, If last minute ade rase nak set up photobooth corner. check this out http://www.facebook.com/ProjectD1011
    Good luck with wedding preps :)

    ReplyDelete
  7. Ganbatte saila. Tambah speed nnt x sempat semua benda buat jd x kemas. Gudluck dear ;)

    ReplyDelete
  8. Cik Mah : sama lah kita ya? yayyy..recycle itu bgs..hehe

    Mak Wardah : salam kenal kak, terima kasih byk2 :)

    Linda : tau xpe..huhuhu! nnt kita bt sama2 eh..

    Project d1011 : slm perkenalan :) insyaallah, terima kasih byk2 :D

    Nuha : arigato!! btl tu..okay,saila tmbh speed :D

    ReplyDelete

mmuah! mmuah!