Hai!
Assalamualaikum.
Insyaallah..
Merancang perjalanan majlis bukan mudah. Lagi-lagi majlis kahwin. Jemputan cecah ribuan. Banyak yang nak disusun supaya teratur dan sempurna. Tapi bagi aku sederhana lebih baik. Bersederhana pun tetap perlukan perancangan yang baik kan.
Kalau bercakap pasal preparation atau aku lebih suka menganggap 'persiapan simple' mengikut cara aku ni, aku takde vendor. Vendor cuma pada katering dan MUA. Ops, bukan MUA. Make up pengantin je. Tak mampu you all nak hire MUA. Sobsobsob. Lain-lain aku buat sendiri. Insyaallah, harap-harap semuanya baik-baik saja.
Benda paling simple tapi leceh bagi aku ialah pakaian, attire. Aku tak sewa baju nikah dan resepsi kami di butik. Kami buat sendiri. Oh, tak. Aku buat sendiri. En Gaban tempah dekat tok dia di kampung. Settle masalah. Tapi ianya menjadi leceh bagi aku bila kena cari songkok, sampin (ke samping?), kasut (kasut lelaki la leceh, aku rilex je, janji cun dihati aku dah la).
Sampin (aku prefer guna perkataan sampin ya) untuk nikah dah ada. Warna kuning air/cream. Belasah jelah walaupun baju nikah kami off white. kehkeh! Gigih aku meng'cream'kan baju nikah aku supaya match dengan sampin. Tapi macam kureng menjadi je. Ah, lantak lah. Janji kawen. Hohoho!
Masalah terjadi bila mencari sampin untuk resepsi. Tentu-tentu la sampin untuk resepsi kena warna sama dengan lace aku. (aqua!). Masalahnya bukan senang nak cari warna tu rupanya. Hampeh! Kami pergi ke Jakel (masa puasa ke-26), ada la sampin warna aqua, cantik.. Rm220. Tak perlu lah nak beli sampin dengan harga macam tu. En Gaban bukan jenis berbaju melayu dan bersampin. Cancel.
Raya ke-4 aku dengan Ifah pergi Jln TAR, saja jalan-jalan. Anak KL macam kami ni mana ada kampung. Sedih kan hidup. Cis! Terjumpa la sampin warna aqua. Masa tu aku siap bawa veil resepsi supaya warna match. Match!! Harga Rm59. Tapi aku bayar dengan harga Rm40. Hasil usaha Ifah tawar menawar. Terbaik! Corak songket tak la penuh, tapi yang penting warna harus match. Settle.
Songkok pulak aku dengan En Gaban cari jugak masa puasa ke-26 tu. Tapi takde yang kena dengan muka apek dia tu. Dah macam cina jual sayur aku tengok. Takmau. Takmau. Dah la mahal, tak kena dengan muka pulak. Rugi. Rugi. Jenis kain bukan cantik pun, nampak sangat jenis kain biasa-biasa, itu pun sampai Rm79. 31 Ogos kami usaha mencari lagi. Jumpa dekat Wisma Melayu, dekat dengan Masjid Jalan India. Cantik, jahitan kemas, bentuk pun elok je takde la macam tak sudi. Kain pun bersih je, warna serata.. Bahagian dalam songkok dilapik dengan kain corak songket. Harga Rm30. Terbeliak bijik mata aku tengok mamat india muslim tu. Rasa nak cium-cium je sebab murah. Hahahaha! Pastu aku saje test skill tawar menawar aku yang kekok tu.. Dia bagi Rm28. Boleh sesangat abanggggg.. Haha. Beli berus untuk bersihkan songkok Rm6.
See?
Jika kita punya niat yang baik.. Allah selalu berikan jalan.
Segala barang-barang persiapan aku takde satu pun yang mahal. Semuanya murah-murah je. Boleh je dapat sesuatu yang cantik dan selesa dengan harga yang berpatutan dan murah (ikut nasib jugak huhuhu).
Inner (beli yang jenis inner turtle neck) untuk nikah aku pun aku dapat dengan harga Rm15 sahaja. Kain jenis cotton tebal. Aku ingat Rm25 atau lebih. Maybe dah rezeki. Alhamdulillah.
Insyaallah, En Boss pesan 'nak dekat dah majlis awak, banyak-banyak buat solat hajat'. Pesanan En Boss aku belum buat. Pemalas lah tu kan. Tapi tiap kali lepas solat jangan lupa doa banyak-banyak. Kita merancang serapi-rapinya, tapi Allah lebih berhak menentukan segala-galanya. Dalam sibuk membuat persiapan, jangan lupa dekat DIA. DIA yang akan membantu kita disetiap saat. Okay, sedih.
Niat kena betul. Niat kena baik. Jangan ada sekelumit pun niat kita terpesong. Tetapkan hati supaya niat kita ikhlas, ikhlas, ikhlas. Biar majlis kita kecil, sederhana, yang penting ikhlas ya teman-teman.
Pak usu saya ada pesan : buat kecil-kecilan je cukup, yang penting sedara mara, kawan-kawan berkumpul gembira sama-sama.
Apasal sedih pulak ni? Aiyooooo.
Veil nikah dah siap. Nak touch up sikit lagi dekat bahagian tepi kiri kanan veil. Macam dah malas nak all out. Apakah? Macam kureng manik je.. Tapi dah malas nak beading dah. Huhuhuhu. Nanti dah siap 100% aku update ya.
less is more
kan? huhuhu!
thanks korang!
Love,
Nursaila Norman!
tengs cik saila krn berkongsi info. sebak pulak rasa mbaca entry ini. insyaAllah majlis kte nanti bejalan dengan lancar dgn keredhaanNya.
ReplyDeleteInsyaAllah... niat yang baik disulami dgn doa akan termakbur...
ReplyDeletesmg persiapan dpt dilaksanakan dgn baik...
cik saila... ni veil masa naikah ke?
ReplyDeletewahh.. tak sabar nak tngok gambar cik saila masa wedding nanti :))
cik saila... ni veil masa naikah ke?
ReplyDeletewahh.. tak sabar nak tngok gambar cik saila masa wedding nanti :))
betul sangt
ReplyDeleteok suke...smoga mudah sgalanya ye kak.bt pelan2..doa byk2..hrap bjalan lancar semua ye..terasa cuak ada..sdih ada.akak punye entry ni campur2 perasaan la..hihihi.ntah2 akak g jalan TAR lalu agknya sebelah ayut kan :p
ReplyDeleteMiz Sharmia & Pn Sheila : terharu sy baca komen anda berdua..insyaallah, sama2 kita mendoakan kesejahtera kita bersama ya :)) terima kasih byk2.. :)
ReplyDeleteBie : insyaallah will be veil nikah saya.. :) harap2 takde la mslh nnt.. huhuhu
Saya Disini : hehehehe :)
Ayut : akak menaip pun tetiba sebak. apakahhh? hehehe..
ReplyDeleteyeke ayut? kalau nmpk akak tegur la..akak ni jenis tak perasan org..huhuhu!
salam.selalu jadi silent reader je..tapi hari ni tergerak nak komen..awk sumber inspirasi sy untuk buat majlis simple dan menjimatkan tapi meriah :) tahniah in advance ya.
ReplyDeletesama la kita
ReplyDeleteless is more ;)
kalau nampak beria pun sebab buat sendiri bukan beli..haha :p
ciknurul : wkslm :) terima kasih tak terhingga nurul.. sharing is caring kan..
ReplyDeleteciksusu : haha..sama la..buat yg termampu je..kalau nmpk okay tu,nasib la kot..hehehe
rjinnyer...cntiklah...bia simple jnji kita puas hati...tu la kan...nk prepare bj ni susah..padahal bj je pun..hahaha....kn bnyak2 p survey n jalan2...
ReplyDeletebeli samping murah tu kat mane...???? lembut ke keras kain die ye?
ReplyDeletesuka dgn quote tu!
ReplyDeletecik mah : tau xpe..baju je pun..tp serabut kepala mcm la nk beli rmh.. :D
ReplyDeleteoshinz : saya beli sampin tu dekat jln TAR.. kedai First Impression..
KA : saya pun suka!! :)
bestttt nya ada skill jahit menjahit ni... if cha ler.. kelauttttt.. so kene jugak hired tailor...
ReplyDeletesantek la veil.. nanti review tau!
berjimat cermat memang penting..:) mesti lagi bermakna kan bila banyak yang buat sendiri...
ReplyDeleteCik Cha : insyaallah nnt sy review :))
ReplyDeleteanis : harap2 begitu lah..hehe :)
Insyaallah Allah akn permudahkan jalan utk kite wat perkara baik nk mendirikan rumah tangga, simple itu memang bgus. Linda n tunang sukekan simple, tapi both of our family xnk simple sangat, makanye agak meriah le majlis nanti. Arap2 x berlaku pembaziran..
ReplyDelete