CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

Tuesday, October 30, 2012

DIY : Mini Jars

Hai!


Assalamualaikum.


Malam tadi sambil feeling-feeling layan bunga lavender, aku merajinkan diri hias jars aku. Masa dah suntuk kan, mana sempat je aku capai. Dah macam ayam dah aku, buat sini sikit, sana sikit. Huhuhu!

Jars ni aku dapat idea dari Kak Zainor (akak kat ofis aku), dia mintak doily paper aku sikit, pastu dia bagi idea suruh guna jars :) Thx kak!

Kebetulan, last week aku teman Ibu pergi tengok2 barang, nampak jars yang aku berkenan terus aku amek. Jenis malas fikir panjang. Huhuhu.





Saiz jars ni agak gedabak, Rm4.90. Boleh agak tak gedabak mana? Selalunya jars yang comel-comel tu Rm1 - Rm1.50 je kan. Tu sebab dia comel. Yang ini memang besar. Boleh sangat la nak isi garam, kunyit dengan asam keping untuk hidup berdua nanti. Ah, kau Saila, semua nak recycle guna kat 'rumah kita'!








Macam pak arab pulak aku tengok balang-balang aku ni. Hehehehe! Kain kotak-kotak tu aku beli semeter Rm5 dekat Kamdar KL. Memula ada kain kotak-kotak warna soft siap ada strawberry comel je, tapi semeter Rm10 lah pulak. Cancel lah, xyah nak membazir sangat. Huhuhu :(

Macam balang madu pun ada. Hehehe!

Ada empat jars, insyaallah aku akan isi dengan kurma, kismis, gula-gula beli dekat Famos Amos sebab gula-gula dia comel nak mati. Aku lak yang over, satu lagi balang tak tau nak isi gula-gula atau coklat atau marshmellow. Tengok lah nanti.

**************************

Settle citer pasal jars gedabak aku.

Psssttt, bilik pengantin dah siap. Tetiba macam geli lak guna word 'bilik pengantin'. Bilik beradu jelah eh.. Bunga orkid putih dah letak kat atas side table, cadar dah pasang, langsir dah pasang, bantal dah cun aku susun. Pastu tetiba rasa 'boleh pulak aku rajin buat keja mak-mak ni kan' Haha.

Pewangi Lovely Lace pun ada dah beli untuk bilik beradu, aku amek Teddy Dream. Weee!

Kalau terrrrrajin maybe aku buat hiasan tambahan untuk dinding bilik beradu. Kalau rajin lah. Kalau tak, dinding kosong pun lena tidur gak kan? Hehehe.


 


En Gaban dengan set bilik beradu kami. Yang ni masa kat kedai lagi. Sila bayangkan set kaler putih. Tu bukan sofa tau, tu kepala katil. Huhuhuhu! Almari? Sekali takde laci. Budget lapang-lapang, aku lak tak perasan. Aku apa je yang perasan? Tau beli je. Last-last ni tengah fikir nak ajak En Gaban pergi IKEA lepas kawen nanti beli something supaya kemas, tak bersepah. Alahai.

Motip picha En Gaban??





thanks korang!





Love,
Nursaila Norman!

12 comments:

  1. Mini jar ni Saila beli untuk apa? Doorgift ke? Berapa bijik Saila beli?

    ReplyDelete
  2. adeh kak...mcm ayam pulak dh...hahaha..pastu isi asam keping pulak dh jars yer..adehhh..lawak la kak saila ni..ap pon bt bg abis...kang sikit2x smua tak jd lg payah... ^___^

    ReplyDelete
  3. a ahlah saila..mini jars tu saila nak letak utk apa ye..*sibuk je nk tau* hihi

    ReplyDelete
  4. Hehehehe ...
    Iera suke teddy dream tuh ...
    wangi n makin lena plak tdow bila bau dia ...

    Jars tu untuk candy buffet yew ??

    ReplyDelete
  5. jars tu utk doorgift ke saila? syoknye dah siap blik pengantin dia ;)

    ReplyDelete
  6. saila lupa nak bgtau eh..huhuhu..balang2 tu saila nak letak atas dulang hantaran utk pihak lelaki..thats why letak kurma,kismis..hehe..

    satu balang rm4.90 tp saila byr dgn harga rm4 shj! :) saila beli 4 jars je :))

    ReplyDelete
  7. wah..berat sket La hantaran nnti sbb pkai jar kan..hehe

    tp cantek! rajin La kamu nih.

    dLm pic jar 2nampak kecik.maybe kene Letak teLor ayam kt sebeLah br Leh nmpk besar ke x.hehehe

    ReplyDelete
  8. wah kreatif sungguh lah, terbaik ni

    ReplyDelete
  9. orked, siap bg cadangan telur ayam..hehehehe..idea yg bgs,nnt saila bt kalau ada masa lain eh.. hehe!

    KA : terima kasih KA :))

    ReplyDelete
  10. Sis... jar empatsegi tu boleh di beli kat mana yer.. tq

    ReplyDelete
  11. Sis... jar empatsegi tu boleh di beli kat mana yer.. tq

    ReplyDelete

mmuah! mmuah!