Hai.
Assalamualaikum.
Dah masuk entry yang ke-7 rupanya tentang preparation aku. Maybe tak sempat masuk entry ke-10 aku dah pun jadi isteri. Takpe lah kan. Mana yang sempat je eh.
Semalam dapat berita tak best dari Yani, dia cakap En Big Boss dengan En Boss nak suruh kami (Yani dgn aku) buat training untuk satu Pelan P ni. Haiyoooo. Baru settle Pelan R, Pelan S dgn Pelan I nak kena buat Pelan P pulak. Bosan la. Boleh tak bagi aku buat kerja yang melibatkan aktiviti sosial.. Aku tak ngam la dengan paperwork ni. Huhuhu! Sebab tu Yani jadi mangsa buat paperwork aku. Sayang Yani lebih. Hehehe! Okay, back to the story, Pelan P tu kena buat pada 5 hingga 9 November. Best kan? 9 November tu kan majlis akad nikah aku. Kalau aku takde tak sah la kannnn. Huhuhu. Tapi tarikh dah pun muktamad. Aku wajib ada dekat dua2 majlis. Macam mana tu?
Masalah di sini, kami bukan sebagai peserta. Kami sebagai sekretariat. Tu la masalahnyaaa.. Kalau aku jadi peserta boleh la curik2 tulang. Ni sekretariat, nak curik2 macam mana. Huhuhu!!
Nampaknya aku hanya boleh bercuti pada khamis dan jumaat jelah. Baru berangan nak cuti start dari hari rabu. Apa boleh buat, demi tugas. Ceewahhh. Menangis lah kau.
Disebabkan minggu tu minggu hari bersejarah aku, dengan itu training takleh jauh-jauh walaupun aku gatal pulak request nak buat dekat Pahang. Hahaha. Bukit Fraser. Boleh? Gatal ye dok? Pastu cancel, nanti buatnya aku terrrpaksa balik rumah macam mana? So tempat muktamad ialah Hotel Quality Shah Alam sahaja. Sobsobsob!!
Kalau korang sanggup tak? Sanggup tak bekerja jauh dari rumah (stay dekat hotel demi kerja.takleh balik) pada minggu wedding korang. Sedih kan. Kepala otak dah ting tong je ni. Tengah fikir cara untuk siapkan semuanya dalam masa sebulan ni. Haihhhhh.
Okay lah, dah habis merungut. Heeee..
Malam tadi Ayah tunjuk kad kawen kami. Ayah design sendiri, Ayah cetak sendiri, adjust kaler blablabla.. Aku tau dah siap je. Huhu. So malam tadi yang semi final punya. Kebetulan malam tadi jumpa En Gaban pasal Dokumen Nikah, aku pun tunjuk la dekat dia kad kawen kami tu.. Dia excited gila-gila tengok nama dia dekat kad kawen. Dia belek-belek dah macam orang tak pernah tengok kad pun ada. Haha.
Aku pelik apa la yang dia dok belek lama sangat pastu excited terlampau-lampau.. Rupanya dia excited tengok nama dia dekat kad tu. Aku lak takde perasaan. Hampeh kan. Pastu aku tak puas hati, apasal En Gaban excited gila, aku takde rasa pape.. Huhuhu. Maybe aku dah selalu tengok nama sendiri dekat name card, surat, cop, pintu bilik agaknya. Sedihnyaaaa! Damn.
Kad kami biasa-biasa je. Tak grand tak gempak. Design pun takde la canggih sangat, cuma fokus pada jemputan sahaja. Warna berpandukan pada tema majlis resepsi iaitu biru dan coffee latte (baju resepsi kami berdua).
tak payah besar sangat lah picha kad ni eh. malu-malu kucing lagi nak tunjuk
Benda yang berkaitan dengan kad yang aku nak cakap tapi belum tercakap-cakap lagi ialah tentang jemputan tetamu kami. Since majlis kami pun dalam tempoh sebulan lagi, dan kad pun dah hampir siap (tinggal nak laminate je), mungkin dah sampai masa kot aku nak bercakap tentang jemputan. Jemputan majlis aku sangat terhad, jemputan tetamu lebih fokus kepada saudara mara dan sahabat handai Ibu dan Ayah aku. Jemputan aku dengan En Gaban masing-masing hanya ada kuota 100 hingga 130orang sahaja. Kami terpaksa utamakan jemputan saudara mara dan sahabat handai orang tua aku sebab diorang ada ramai kawan2 yang selalu dan sentiasa menyokong diorang. Lebih baik aku mengutamakan Ibu dengan Ayah dan kawan-kawan mereka berbanding diri sendiri kan. Dengan itu aku dengan En Gaban hanya jemput rakan-rakan terdekat sahaja. Mungkin ada yang akan berkecil hati atau apa saja, tapi aku dengan En Gaban sentiasa ready dengan apa saja kemungkinan sebab kami tak mampu nak puaskan hati semua orang. Apa yang penting bagi kami ialah family kami berdua, sebab tanpa diorang majlis kami tak kan jadi kenyataan. Huhuhu.
Harap sangat jangan ada yang tersinggung dan terkecil hati ya.
Nanti sambung lagi eh :)
thanks korang!
Love,
Nursaila Norman!
memang family first!! sebab diorang yang banyak tolong lancarkan majlis kan..:)
ReplyDeletedoak yg terbaik & moga dipermudahkan ye
ReplyDeletehsiyoo.kalo linda jd saila pun pening, mane nk pk kawin, nk pk keje lagi.huhu. bestnye dear kad kawin da siap..cantikla, ayah linda pundah pesan kad kawin xyah nk grand2 , sbb nnti org buang jugak..
ReplyDeleteBagus betul ayah awak..buatkan..comel jer..
ReplyDeletewah...bestnye kad dh siap.
ReplyDeletebtul2x...family no 1..tanpa dyorg semua tak jadi...bek gembirakan mereka dr diri sendiri.suke la wane kad..nmpk comellll..hihihi..semoga tugas dpt dilaksanakan dgn jaya ye yer...jgn tak dtg akad nikah sb kpenatan sudah..tak sah nnt :p
ReplyDeletekalau sy jadi saila mesti sy stress..heh3
ReplyDeletesbb sy orgnya sangatttttlah mudah stres
but no worries, Allah akn sentiasa mempermudahkan jalan utk perkahwinan kita :)
p/s: err..saila ada dpt email x?nk tnya ttg hb pearl saila lah.. (siti_noorhaniza@yahoo.com)
saila, ni ke emel saila?
ReplyDeletemsyunnsein@yahoo.com.my
kalau salah, salah blh tak emel kat ct semula :)
siti_noorhaniza@yahoo.com
thnx saila :)
im happy for you dear :)
ReplyDeleteagree !!
ReplyDeletefamily come first no matter what ..
Hye , saya iera B2B jgak ..
http://snasirah88.blogspot.sg/
seronoknya, ayah buat kan kad kawin. sangat meaningful right?
ReplyDeletekad kawin sy pon biasa je
ReplyDelete