Hai!
Assalamualaikum.
Flash back ke hari semalam (khamis, 29nov2012)
Bermula dari pagi mood sangat down. Perasaan kecik hati, terasa, tebawa-bawa sampai menghadap PC. Niat hati nak pandai drive sangat membuak2 sekarang ni. Itu memang pasti. Siapa pun dalam dunia ni cuba untuk menidakkan perasaan aku tu memang cari nahas. Walaupun secara nyata aku memadamkan keinginan hati, tapi niat dengan kehendak aku takde sape boleh larang. Harap faham.
Aku tak boleh bayangkan bila kita dah buat sesuatu kerja tapi last minute ada orang masuk campur, sampai satu tahap kerja aku boleh consider 'batal'. Hello? Kalau batal lepas tu aku boleh senang lenang main game Zombie vs Plant takpe. Aku jugak nak menjawab nanti. Stress dengan kerja aku memang boleh tolak tepi kalau takde orang sakitkan hati aku. Tapi kalau aku TRY slow down kan stress kerja, tapi orang lain tak reti nak jaga hati dan perasaan aku, cakap main sedap mulut je, memang kecik hati lah kan? Memang terbawa-bawa la ke dalam mimpi --> aku drive kereta pergi Putrajaya. sendiri. Tapi tulah, mimpi jewww!
Petang pukul 4.30pm En Big Boss panggil diskas hal kerja. Aku tengok jam dah pukul 4.30pm, sure balik lambat. Okay, noted. Dengan redha aku masuk jugak la meeting dengan En Big Boss, En Boss dan Yani. Rupanya diorang tengah test suara. Boleh takkk? Haha. Ingatkan apa la.. Rupanya giliran aku pulak En Big Boss nak dengar aku baca nota untuk meeting 9hb nanti. Haha. Okay. Dah diskas dalam tu mana sedar dah pukul berapa, perut lapar pun hilang. Huhuhu. Habis meeting pukul 7pm. Fuhh!
Ngok ngek ngok ngek dengan En Boss pulak dah pukul berapa kat situ.. Malas nak tunggu lama aku minta diri nak balik. Cut it short, aku sampai rumah pukul 9.25pm.
Baru sedar perut lapar gila. Oh, pagi makan sandwich, tengahari makan bihun sup. Malam tak makan sebab dah penat sangat sampai takde selera. Rasa nak nangis pun ada.
Lepas mandi baru teringat yang aku tak solat Zohor, Asar, Mahgrib. Hambek kau! Qadar jugaklah walaupun ada orang cakap tak sah solat qadar kalau sengaja tinggalkan. Tawakal jelah malam tadi. Huhuhuhu! Bukan sengaja tinggalkan, tapi memang tinggalkan sebab kerja. Tetap tak boleh kan. Huhuhuhuhuhu. Solat jugak la Isyak, Zohor, Asar dgn Maghrib. Lepas solat rasa nak tidur dekat sejadah je. Okay, over. Time tu menggigil sebab lapar dengan penat. Masa ni aku menangis sebab penat sangat, sangat, sangat dan lapar.
Lepas solat terus tidur. Pukul 10.30pm.
Pukul 12 lebih aku terjaga sebab terkejut. Tak pernah aku terkejut sampai macam tu sekali malam tadi. Ntah macam mana aku boleh tersedar dan terkejut ntah.
Pukul 2.58am aku terkejut sekali lagi. Kali ni aku mimpi ngeri pulak. Serius ngeri. Macam jadi depan mata, suara orang ramai menjerit teruk-teruk aku dengar dekat sangat dengan telinga. Aku terjaga sampai hilang mengantuk. Ambil henfon tengok jam baru pukul 2.58am. Nak tidur dah tak boleh sebab takut sangat. Mimpi tu tak hilang. Aku masih nampak apa dalam mimpi aku tu dengan jelas. Nak pejam mata rasa takut. Pusing badan ngadap sebelah kanan....takpe lah............. Tutup mata pastu paksa bayangkan Alice in Wonderland. Yeah!
Pagi ni baru dapat kenyangkan perut. Sarapan dekat ofis akak ofis buat laksam dengan soto.
Lepas ni rutin aku akan bersambung macam cerita semalam, sebab minggu depan full 5 hari aku buat training.
boleh ke???
Penat kerja takpe kalau ada yang cuba faham betapa aku cuba slow down, tahan, control, segala bebanan kerja dan stress kerenah orang yang ada kaitan dengan kerja aku. Tapi aku jadi terkilan yang amat sangat bila ada orang buat-buat tak faham. Bila aku senyum orang ingat aku mampu senyum untuk 24jam. Sedangkan senyuman aku tu tak mampu pun bertahan lebih dari seminit. Tapi siapa yang faham. Bila kata-kata tak sesuai dengan perasaan, memang runtuh lah kesabaran.
Nak faham atau tak tak kisah lah. Hak ditangan anda. Tahniah lah.
kadang-kadang aku rasa yang kita ni banyak penat dengan perjalanan rumah ke pejabat, pejabat ke rumah. Kan? sape setuju? angkat keyboard!
thanks korang!
Love,
Nursaila Norman!
yup ..
ReplyDeleteiera angkat tangan ..
penat nk g kerja n blk keje..
bukan office nye penat ...haihhh...
hmm.. sabar ye.
ReplyDeletesetuju!
ReplyDeleteYup. Penat atas jalan je. Buang masa betul dengan jalan jem lagi. Haih!
ReplyDeletebila kerja mmg tu la..penat ye blh tbawak2x..tensen ye pon tbawak skali...adehhh..pasni bt alarm je kak.waktu solat jgn kaco.ad keje pon pejam kan aje..crik ketenangan dulu..ayut pon klu fikir keje smpi ke sudah tak abis..dislike tau..mmmm
ReplyDeletehuhuhu..tumpang simpati dgn awak sbb rumah awk mmg jauh..
ReplyDeleteciannye awk....
ReplyDeletesabarlah banyak2... itu dugaan buat diri kita, insyaAllah akan ada jalan penyelesaiannya :)
ReplyDeletebetul tu saila. penat keja satu hal..penat kerenah orang lagi penat dan stress! sabar okeh.. ganbatte~
ReplyDeletehaihhh sabar banyak2 tauuu. muah muahhh
ReplyDeletesetuju..tqah sampai umah kul9 gak smlm.. huhu
ReplyDeletesetuju juga...masa habis atas jalan je..p opis mcm p jalan2 je..smpai opis xde keje..huhuhu...bosannyer...
ReplyDeletekadang2 orang nampak luaran kita happy, tp kita banyak berselindung sebab x nak orang nampak diri kita stess dengan segala kerja & karenah orang lain kat tmpt keje..
ReplyDeletesabarlah dear..
umah saila bkn kt putrjaya ke? setuju jg kite ni buang masa di jalan raya je.
ReplyDeletekita serupa..huhu..
ReplyDeleteeh..mr gaban mane?
Saila...kte setuju sgt.kalo jalan jem lg la stress + penat.Saba je la.Huhuh.
ReplyDelete