Hai!
Assalamualaikum.
Firstly aku nak minta maaf sangat-sangat sebab tak dapat nak reply komen korang. Aku akan singgah blog korang bila betul2 free nanti eh. Nak spend masa, nak baca entry korang tanpa gangguan baru syok. Stress sungguh kalau baru baca sikit dah kena ganggu. Huhu.
Hari ni hari first aku dengan Suami bekerja selepas seminggu bermalas-malasan di rumah. Takde apa yang lain sangat, sebab memang kami bukan satu pejabat. Cuma tak sabar-sabar nak balik rumah je. Heeeee!
Life aku sekarang ni sangat kelakar. Apa yang aku fikir (base pada kisah orang lain dan jugak kebiasaan) selama ni macam tak sama sangat. Sebelum kawen aku fikir segala benda aku kena buat sorang. Suami (sebab lelaki kan) just duduk goyang kaki. Isteri wajib masak. Tapi rupanya aku sangat enjoy dengan life sekarang sebab semuanya buat bersama. Tak timbul isu aku penat sorang-sorang. Alhamdulillah. Huhuhu!
Bab membasuh bagi dekat En Gaban. Rajin sungguh dia mengutip segala baju pastu on mesin basuh. Macam banyak je baju kannnn. Kalau aku sibuk mengemas, dia rajin sangat menyapu lantai. Aku plan lepas mengemas nak menyapu, tapi bila aku intai ke ruang tamu eh? dia dah siap menyapu dah, nak menyapu dapur pulak dah. Rasa bersalah sangat-sangat, tapi dah siap menyapu dah pun kan.. Huhuhu.
En Gaban yang dulu lain sangat-sangat sekarang ni. Sangat protective. 6 tahun kenal dia, tak pernah sekali pun dia bersifat protective dekat aku. Tapi sejak dah kawen memang lain. Aku tak pernah bukak pintu kedai/restaurant/bank etc sendiri. Semua Suami yang bukak kan. Mula-mula aku kekok. Gila apa bukak kan pintu untuk aku. Dia cakap ladies first. Okay, aku senyum se'happy-happy'nya. Pintu kereta pun dia bukak kan. Maaf sangat-sangat, bukan nak berbangga, tapi nak bagi semangat dekat sesiapa yang belum berkahwin bahawa perkahwinan adalah sangat indah. Percayalah. Kalau dah ada pasangan tu cepat-cepat lah ya :)
Kalau ikutkan majlis resepsi aku sangat simple. Takde red carpet, takde pelamin, takde kek pengantin, takde kumpulan kompang, takde karaoke, takde hiasan bunga-bunga, meja makan beradap pun takde hiasan. Just alas meja dengan makanan pengantin. See? Betapa simple nak mati. Sebab aku nekad nak fokus dekat makanan sahaja. Yang penting tetamu, aku takpe tak penting. Yang penting tetamu datang happy, balik kenyang. Huhuhu.
Hikmahnya? Alhamdulillah, sebelum kawen kami takde masalah duit, lepas kawen pun sama. Kitorang berjaya manage duit sebaik-baiknya malah boleh berjimba-jimba lepas majlis (walaupun belum honeymoon jauh-jauh lagi). Memang aku tak menyesal majlis aku simple. Sebab hikmahnya kami boleh enjoy beriya-iya tanpa fikir masalah kekurangan duit.
Kalau mampu memang boleh buat beriya-iya. Tepuk dada tanya selera.
Takde apa yang nak dimalukan dengan majlis simple. Yang penting kehidupan selepas majlis. Nak pergi mana cakap je, nak makan apa cakap je, nak beli apa cakap je. Lepas kawen lah boleh jalan pegang tangan, lentok-lentok kepala dekat bahu, makan suap-suap, cubit-cubit manja. So, tak perlu bersekat-sekat kan? Suami asyik tanya 'dah boleh pegang tangan kan?' Iyaaaaaaa :)
Malam tadi paksa Suami tidur awal sebab esoknya nak kerja. Boleh tak paksa Suami tidur jangan tengok TV dah. Hahahaha. Padahal taknak tidur sorang dalam bilik punya pasal.. Mengada!
Maaf lah, entry ni takde picha. Hidup kelam kabut kan, macam mana tak kelam kabut, enjoy sangat sampai lupa nak atur hidup sendiri. Kabel henfon pun tertinggal dalam laci. See? Kelam kabut punya pasal. Alamatnya aku tak boleh lah nak transfer picha(s) dari henfon ke PC. Kalau nak share pasal wedding tak best la kalau takde gambar kan?
Maaf sekali lagi kalau ada yang tak selesa dengan entry aku yang ini, bukan nak belagak, tapi aku dah lalui benda yang paling aku risau (majlis kahwin), dan aku sedang lalui kehidupan yang aku fikirkan susah pada awalnya, tapi hakikatnya kalau kita nak kehidupan yang selesa dikemudian hari, kita kena abaikan segala nafsu yang memaksa kita berhabis-habis untuk benda yang tak perlu. Memang majlis kawen sekali seumur hidup, tapi jangan perdagangkan kehidupan yang masih panjang di depan kita. Tak salah dan tak malu pun majlis kecil-kecilan, tapi malu kalau lepas kawen makan pun bersekat, poket kering sebab banyak habis dekat majlis. Ukur baju dibadan sendiri. Enjoy your marriage life, settle kenduri settle masalah. Jangan sampai picit kepala lepas kawen. Perkahwinan adalah kehidupan yang sangat awesome. Mulakan perkahwinan dengan keberkatan dan kesederhanaan.
Amin.
thanks korang!
Love,
Nursaila Norman!
auwwww... suka entry ni. tak sabar rasanya nak tahun depan. cepatlah bulan empat. HAHA. *gedik!
ReplyDeletesaila..setuju sangat. betul.. berjimat cermat.. tqah pon xde hiasan gah2.. simple je.. yang penting kite enjoyt g merata bersama2 pas kawen.. i luv dis entry sebab mr lebah pon suke menyapu..tqah mmg xsuke menyapu..hihi
ReplyDeletewahhhhhhhhhhhhh...ala..ada update npe tak nmpk..hohoho.alhamdulillah..happy for you kak saila! :)
ReplyDeletesukanya....hepy je saila sekarang..makin2 hepy...tahniah....cntik saila..ade tgok kat seorang b2b review majlis saila...
ReplyDeletealhamdulillah..setel dah part saila kan..hope ana pun leh setelkan dgn mudah..mcm saila..happy ever after ye dear..
ReplyDeleteheeee.. tak sabar nak waweennnnn :)
ReplyDeletetak sabarrr nak kaweeennnnn...hik3:)))
ReplyDeleteAlhamdulillah, bahagianye bile dah kawin kan, tak sabar pulak nak lalui pas ni hehe semoge bahagia hingga ke syurga mesti rase disayangi selalu kan :)
ReplyDeleteNak kawin gak lah ahaaaks! niway, i'm happy for you ^-^ weeeee~
ReplyDeleteyou are right!!!! mak Arissa suka sangat2! :D
ReplyDeletebace entry saila ni membuatkan linda berfikir pnjg mengenai mjlis kawin linda nnti. Memang xsggup nk abiskan duit utk mjlis yg sehari je. Memng kawin sekali seumur idup kan, tp lepas kawin lg penting. Semoga perkahwinan saila n husband berkekalan ke akhir hayat :)
ReplyDeletesalute pd kamu..serius..kamu sgt memikirkn jgnke ms pjg..sy pun pkir pkare sme, tp bile mngenangkn mlut2 sedara mara kn, rse mcm xbole nk wt tlalu simple..tp xjugak grand..mybe sederhana, tp nmpk meriah...btw, sy mmg salute kamu..pe yg pnting, life after marriage, hope bhgia di smping suami tcnta, dkurniakan zuriat yg soleh & solehah & bhgia till Jannah..Amin
ReplyDeleteauchhh..sngt untung awak....tu bahagian awak...masing2 yer bahagian ada la..kn...suka dgr
ReplyDeleteselamt menjalani hidup baru ye!
ReplyDeletenak komen jugak..koh3...hanimoon di kg kami mau???jauh tu...
ReplyDeletekak oooo kak...hari ni tak tinggal kabel kan?hahahhaa :p
ReplyDeleteSiyes suke sangat entry ni.Lebih berkobar2 nak buat persiapan kawen yang simple dan sederhana.Sangat2 setuju dengan saila, yes buatlah ikut kemampuan.Memang kalau ikut nafsu sume nak yg cantik2 je.Hehe.Semoga bahagia selalu dear. :)
ReplyDeleteumi tumpang gembira buat dear ..seronok apabila sudah bersatu ..hari2 dapat tengok muka n gelagat masing2 ..
ReplyDeleteumi doakan agar dear n suami bahgia hingga anak cucu dan dimurahkan rezeki ..amin2 ..muahhhhhhhh
betul2..makanan mmg sedap aritu
ReplyDeletexpe..biar simple jnji kte puas hati:)
seronok tengok akak happy..:) nak kahwin jugak..huhu...
ReplyDelete