Assalamualikum.
Baca tajuk pun dah boleh agak kan. Isu duit memang takkan habis sampai bila-bila. Huhu. Kita akan start dengan bismillahirahmanirahim. Pendapat mungkin berbeza tapi matlamat kita pasti sama 'duit untuk kelansungan hidup'. Harap boleh share info, idea, pandangan ye bloggers sekalian :)
Bulan ini adalah bulan kedua aku atau maksud yang lebih luasnya 'kami' berkahwin. Rezeki berkahwin ni pasti ada, Allah dah janjikan. Nak tau sesuatu tak? Sesuatu yang aku belum pernah sebut di mana-mana sebelum ni.. Aku pernah beli sebuah buku pasal perkahwinan, cover buku tu warna purple, tajuk tak ingat, beli dekat lorong-lorong buruk di sekitar KL. Dalam buku tu aku sempat baca berulang-ulang kali satu ayat.. Ayatnya lebih kurang bermaksud yang Allah dah janji akan ada rezeki untuk mereka2 yang berkahwin. Ayat dalam buku tu sangat kuat penyampaiannya cuba menjelaskan bahawa selepas kawen PASTI akan ada rezeki. Allah akan beri.
Lepas aku baca ayat tu, aku terus bagitahu Suami (En Gaban pada masa tu) yang aku tak risau pasal duit untuk kawen dan lepas kawen. So aku nekad yang kitorang kena decide tarikh kawen dan mulakan persiapan. Bermula dengan niat nak berkahwen tu, rezeki terus jadi murah. Baru nak kawen, belum kawen. Betapa Allah dah janji kan.
And yes, sebulan lebih kami berkahwin rezeki kami tak penah putus. Sampai satu hari tu Suami bersuara yang dia agak terkejut sebab rezeki sentiasa ada. Sebelum kawen memang la rezeki tu ada, tapi agak tercungap gak la bila sehari dua nak dapat gaji baru. Memang sangat baru tempoh 'sebulan lebih' kami ni, tapi aku percaya dengan satu hal : kalau yang kali pertama berjaya, untuk kali yang seterusnya seharusnya akan lebih lagi berjaya.
Untuk bulan pertama ni semua urusan duit, perbelanjaan, blabla (segala mak nenek berkaitan dengan kewangan) kitorang mampu uruskan dengan baik mengikut bajet yang kitorang dah susun. Alhamdulilah. Takde isu duit terkurang, terhabis ke tempat yang tak dirancang, atau ter ter yang lain.
Aku pernah terfikir, lepas aku kawen boleh ke bagi duit lagi dekat Ibu, Ayah, Miza macam aku bujang. So bajet pertama aku mula-mula kawen aku susun baik-baik. Alhamdulillah, aku still mampu bagi diorang macam biasa tanpa ada pengurangan jumlah. Walaupun masa aku bagi diorang haritu diorang berat nak ambil, lagi-lagi Ayah (sebab diorang risau aku tak cukup duit) tapi aku yakinkan diorang yang memang aku mampu dan akan terus bagi selagi aku bekerja. Diorang fikir orang baru kawen banyak nak pakai duit, banyak habis duit. Tapi alhamdulillah, kami okay dan sangat okay.
Aku pulak baru ada kereta (kereta keluar masa hari nikah), maknanya komitmen aku bertambah, aku sebolehnya taknak bebankan Suami. Kereta tu atas nama aku, so biar aku je yang bayar. Insyaallah, lagi 2 tahun Suami habis bayar Ninja dia tu, baru aku serahkan dekat Suami untuk bayar kereta aku. So sementara 2 tahun ni, tabahlah aku tengok payslip aku nanti kena tolak siap-siap bayar hutang kereta. Haha.
Kalau dengan aku memang aku akan ambil masa yang lama untuk decide bajet. Buku, sampul surat/sampul duit, kalkulator wajib ada. Sebelum aku decide apa-apa peruntukan, aku akan kira dari banyak sudut dulu, tengok mana yang lebih berbaloi, mana yang lebih selamat baru aku muktamadkan. Nampak macam complicated kan? Tapi takpe, complicated sikit asalkan kita berada di win-win situation.
Semalam gaji, termasuklah bonus separuh gaji (separuh je, tak payah menggelabah sangat huhu). Takut aku nak keluarkan duit. Belum buat bajet lagi, so taknak keluarkan. Nanti terguna. Huhuhuhu! Takut sangat terguna ke arah yang lain sebab sekarang kan dah kawen. Hehe! Matlamat utama sekarang ni aku nak banyakkan duit simpanan. Sebab lepas ni kita taktau apa akan jadi, sihat ke, sakit ke, kereta rosak ke, blablabla. Nasib baik KWSP ada. Potongan tiap-tiap bulan pun boleh tahan semangatnya. Tapi bagus sangat-sangat, nak harap menyimpan sendiri takut jugak tersasar, tapi dengan KWSP dah selamat tiap-tiap bulan. Ada jugak yang tak suka potongan KWSP banyak, tapi bagi aku kalau boleh suku gaji aku masuk ke KWSP pun takpe. Menjamin hari tua. Hehe. Alhamdulillah bulan pertama kawen boleh saving. Hohohoho. Tabahnya aku TAK bershopping. Curik-curik shopping je. Itu pun Suami dah kerut-kerut dahi tengok aku terlebih sawan mencapai baju di shopping complex T_____T
Habis pengenalan pasal duit. Apa? Pengenalan ke kat atas ni? Apakah???
Pointnya di sini aku dah malas nak kerja. Huhuhu! Bukan sebab malas, tak produktif, taknak bekerjaya, tapi tugas-tugas tak menyeronokkan. Tak fun la buat kerja. Sebab tak well planning. Menyampah. Tangan dua tapi macam aku ada tangan 6, otak 3.
Mood nak bekerja macam makin menghilang, bila tengok tanggungjawab baru untuk tahun 2013 aku terus down. Macam tak logik je. Memang takde chance nak rehat dan honeymoon nampaknya. Ntah lah. Terus rasa nak tukar kerja yang lebih spesifik. Tak suka la buat kerja bertindih2 ni. Hasil memang out la kan. Lagi satu, takde pengkhususan langsung. Memang takkan expert la sampai bila-bila. Nak spend masa untuk cari kerja lain as soon as possible. Huhuhu! Nekad. Kalau lah aku isteri yang kejam dan tidak bertimbang rasa, mahu saja aku berhenti kerja.
Nasib baik la isu duit menghantui aku, tak sampai hati nak susahkan Suami sorang-sorang cari nafkah, walaupun cari nafkah memang tugas Suami, tapi zaman millenium ni tak salahkan Isteri bekerja membantu Suami. Plus, aku masih boleh hulur dekat family, nak shopping apa-apa tak perlu bebankan Suami. Kereta lagi. Aiyoooo.
Memang la rezeki Allah bagi, tapi kita masih perlu berusaha kan. Takkan nak mengalah macam tu je. Walaupun rezeki lepas kawen, rezeki anak-anak pasti ada, tapi kena jugak la berusaha. Takkan 'mendengar guruh di langit, air ditempayan dicurahkan' :(
Alahai kerja.. Kerja untuk duit je sekarang ni. Kalau tidak.. Huhuhu.. Berbakti untuk Suami 170% jawabnya :)
peringatanuntukdirisendiri : simpan duit banyak-banyak selagi boleh, sediakan payung sebelum hujan. macam-macam boleh terjadi. buat bajet baik-baik. jangan boros. jangan ikut nafsu. selagi boleh bantu suami, bantulah.
bloggers, ada idea atau pandangan tak? how do you manage your money?
thanks korang!
Love,
Nursaila Norman!
sy bkn sorg yg pndi mnage duit...serius...mmg boros...hoho...agk tkut jugak ngn sikap sndri....tu la kne kawen la cmni...mrh lg rezki..ley soping lg..eh...eh..mcm lari topik pule..hihi
ReplyDeleteim not a good planner..
ReplyDeletesampai rasa mcm malas nk keje sbb tau bila ada duit sendiri mmg laju je tgn nk berbelanja..
tp kita kena yakin kan saila..
rezeki lepas kahwin tu mesti ada..
cuma kita taktau dia akn dtg dlm bentuk apa :)
Suka baca entry Saila yang ini.
ReplyDeleteDuit.
Kawin ke tak ke semua akan terhimpit dengan masalah duit. Kadang2 boleh stress dengan masalah ni. Tapi skrg ni dah kahwin, kena lebih berhati2 dengan penggunaan duit. Kena lebih bijak untuk menguruskan.
Saila bukan keje gomen ke? kan syg kalau benti keje gomen. tapi faktor persekitaran yang buatkan kita stress kan?
Saila...sha sangat lemah menguruskan duit.Sejak2 keje ni barula terase pentingnya ilmu menguruskan duit.Huhuh.Setuju...memang kerja itu perlu.X boleh harapkan suami je yg cari nafkah.Kalo ikutkan hati memang rase malas je nak keje.Jadi suri rumah sepenuh mase.Huhuh.
ReplyDeletenak uruskan kene tgk bape keperluan,,,mcm sy simpan lam ASB,koperasi mlh insuran,,pastu dah setel sume hutg barulah sy enjoy puas2 dgn duit yg tinggl tu,,heheee
ReplyDeletekorg semua mmg byk idea..thank you,thank you..ckp psl ASB, mmg saila save kat situ..mmg selamat kan..hehe..mcm Diyana ckp, kosongkan akaun gaji,sama mcm saila! saila pun kosongkan akuan gaji, pastu simpan kat ASB..xberani nk ada duit dlm akaun gaji..nnt guna utk hal2 xperlu..
ReplyDeleteckp psl kerja,mmg rasanya saila kena cari kerja lain yg lebih spesifik..kerja skrg kurang ok sbb saila bt kerja core bisnes berbeza2 serentak..serabut kepala.. hasil mmg out :( huhu!
kerja tetap kerja,satu bonus lain kalau kita bekerja ni minda kita berkembang.. :)
saila , sy mmg takut kalau duit banyak kt acc , tangan cepat je nak online shopping . skang sume dh senang click je dh abis duit .
ReplyDeletebaca your entry buat sy rasa nak jadi orang yang lebih bijak menguruskan duit , yelah nak kawen kann. nafsu membeli tu ade je tapi kene beringat sebab mungkin nak guna untuk hal lain lebih penting .
sekarang ni saya buat pinjaman pelaburan asb kak..kira tolak dari bank every month...sekurang-kurangnya, kita akan ada simpanan masa depan..sebab duit tu tak boleh ambik kan selagi belum habis bayar..hehe..tapi dividen boleh keluar..:) bila sedebuk duit dalam asb, so dividennya mesti lah banyak kan kak..tak rugi..untung ada lah..cuma tahun-tahun pertama je rasa tak best sikit sebab dividen sikit kan..hihi..
ReplyDeletehai jalan jalan singgah baca and follow u hee
ReplyDeletetopik yang best ni. sebab i pun dgn suami dulu masa nak kawen i selalu ingatkan dia insyaallah rezeki ada kat mane-mane. mcm i gaji takdela banyak mane tapi dh kawen kita tau mane keperluan mane nafsu so takdela masalah kata boros ke apa kan
salam kenal :D
Duit.
ReplyDeleteKalau cite tak abis..huhu.Pasal ASB tu ayut baru nak pahamkan.Setahun keje baru sbuk nak manage kan.slalu msuk tabung haji je..tu pon tak kuar dh.terperap dalam tu.skrg ni mmg kena lbh efektif manage.huhu.
tang keje tu..kalau tak suke lg pyah nk keje..environment tak best bek carik lain.nnt outcome pon tak best la klu duk lelame situ.
all the best kak Saila!
:)
panjang nye cite saila :D
ReplyDeletealhamdulilah .. dear pandai buat perancangan selepas kahwin ..alhamdulilah ... moga segalanya dipermudahkan ..amin2
ReplyDeletesalam kenal..best bca entry ni..buatkan saya beringat..tq
ReplyDeletesaila bagus la boleh manage duit..
ReplyDeleterina boros la.. ade je mende nak beli :(
kalau boleh mmg isteri disarankan utk merancang kewangan keluarga apatah lagi kewangan diri sendiri..
ReplyDeletelepas kahwin mmg kena banyak buat simpanan.. kena fikir jangka panjang.. kena fikir yg mana kehendak dan keperluan.. lebihkan keperluan drpd kehendak.. if ada kehendak, jangan berhutang.. menyimpan utk dapatkan kehendak tu lebih berbaloi sebenarnya..
bagus entry ni saila. nuha sendiri dah berhenti keja sebab over workload. takut terabai duty as wife. tapi saila bukan keja gomen ke nape nk quit? macam sayang je?
ReplyDeletenuha : ckp psl duty as wife terabai, mmg pun..lagi2 saila bkn jenis rajin..agak konflik dlm jiwa..huhu! benda paling saila benci bila hal-hal kerja bawa blk rmh atau stress kerja terbawa2 blk ke rumah. serius rasa mcm loser gila. takleh terima la hakikat saila masih terfikir2kan kerja walaupun kat rumah :(
ReplyDelete