CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

Monday, January 21, 2013

Memasak

Assalamualaikum.


Menaip masa lunch. Sedih.

Selepas 2 bulan lebih berkahwin, baru semalam memasak. Takde lagi menggoreng nuget macam selalu. Bila lapar je pastu malas nak keluar, goreng nuget. Takde lain, nuget jela kerjanya.

Masa memula kawen, minggu pertama kawen aku dengan Suami galak la membeli segala mak nenek bahan masakkan. Boleh dikatakan hampir lengkap la dapur aku tu. Tapi yang ado. Tak masak jugak. Kentang dengan bawang yang aku letak dalam bekas Tupperware kaler purple cantik-cantik akhirnya rosak dan busuk. Tak guna. Ke tong sampah akhirnya. Cili merah, cili api dalam peti ais pun rosak. Buang. Sayur-sayuran aku beli bajet macam kedai makan pun rosak, buang. Apa lagi.. Banyak okeh aku buang sebab dah busuk. Hahaha. Masaknya tidak.

Last-last nuget jugak yang aku goreng. Tabah la Suami aku makan nuget siap letak sos, mayonis, garfu bagai semata-mata nak nampak class. Takde la sadis sangat bagi Suami makan nuget. Hahaha.

Tapi sejak aku kerap bawak balik kerja ofis ke rumah, makin kerap la aku lapar. Takkan asyik nak makan luar je kan. Tambahan pulak Suami demam beberapa hari, dengan batuk teruknya, lagi la tak logik nak makan luar. Tu yang spaghetti tak sudah-sudah. Nak masakkan bubur, Suami tak makan bubur. Aku pulak yang teringin.. Bubur, ikan bilis goreng garing, lobak asin goreng, kicap taruk cili api. Sedap apa makan panas-panas. Tapi Suami taknak. Aku dah lebih-lebih nak dah.. Huhuhu!

Akhirnya malam semalam kitorang beli bahan untuk masak, ganti segala bahan yang dah rosak. Suami siap remind aku jangan beli banyak-banyak. Bajet untuk makan berdua je. Hehehe, hari tu aku feeling2 macam nak buat kenduri kesyukuran. Biasa beli barang dapur dengan Ibu, beli untuk makan berlima, stok sebulan. Kali ni makan berdua, belum tentu masak hari-hari selama sebulan. Huhuhu. Oleh itu sangat sukar aku nak mengagak kuantiti yang perlu diambil.

Semalam beli bawang besar, ambil beberapa biji.. Bila pergi timbang, diorang tampal stiker rm0.53. Bawang merah (aku taktau apa beza bawang merah dengan bawang besar, ada beza rasa ke?) harga rm0.42 kot tak ingat. Cili kering rm1.02. Halia berapa sen tak ingat, serai rm1.50 dekat 10 batang. Banyak nak mati. Beli kat supermarket boleh la bayar sen-sen.

Malam tu lepas solat maghrib start masak. The funniest thing! Time-time tu la bukak segala hadiah yang dapat masa kawen haritu. Pembalut hadiah memang dah bukak lama, tapi tak keluar pun dari kotak masing-masing. Haritu masa nak masak spaghetti, habis semua periuk yang aku dapat aku keluarkan. Nak berlaku adil, aku guna macam-macam bentuk ikut kesesuaian. Seronok okeh guna periuk baru, pastu ikut suka aku nak guna yang mana (ikut design yang aku suka haha). Dulu dengan Ibu jangan harap, satu periuk untuk satu kegunaan. Kadang-kadang aku gerammmm je nak guna periuk baru. Tapi Ibu tak bagi. Huhuhu! Kali ni bukak blender. Hohohoho! Baru nak mesin cili kering. hikhik! Situ la nak masak, situ la nak mesin cili kering. Mesin cili guna blender orang bagi hadiah kawen. Hehehe. Fresh dari kotak gitu.

Suami tak pandai masak (ececehhhh, macam aku pandai masak je nak kata orang), so aku mintak tolong dia amek itu, amek ini. Hehehe! Mintak tolong Suami masak nasi. Nasib baik pandai. Aku sink sebelah siang ayam, dia sink sebelah basuh beras. Tetiba macam romantik lak dua-dua kat dapur sama-sama masak. Haa, muntah cepat. Husband korang mesti lagi dasyat kan, kan, kan. Mesti punya. :D

Kebetulan, announcement.. Kebetulan Suami aku makan satu lauk je. Sebab tu berjaya. Kalau Suami aku makan 2, 3 jenis lauk mau pukul 10.00mlm baru makan gamaknya. Huhuhu. Ayah aku lagi best, lauk telur dadar pukul dengan ikan bilis, bawang, cili api (tumbuk bersama) lepas tu goreng hari-hari pun takpe. Lagi sonang. Nasib la Suami aku tak makan telur dadar sangat. Kalau tak memang itu aku masak. 




Ini lah hasilnya setelah berhempas pulas memasak di dapur. Satu lauk je pun, tapi nak guna gak perkataan 'berhempas pulas'. Ayam masak sambal kering. Aku tambah perkataan kering sebab sambal tak basah/lembab. Huhuhu! Finishing yang tak seberapa, dengan serai sebatang nak jugak masuk dalam pinggan. Konon efek seni ada disitu.

Suami makan beriya sampai lupa game Arsenal dia pukul 9.30mlm. Rilek je dia makan dengan kusyuk, Aku lak yang beriya-iya nak cepat. Kitorang dengan senang hati, senang perut pergi mamak tengok Arsenal vs Chealsea. Habis game pukul 11.30mlm, sampai-sampai kat rumah solat dengan iron baju kerja depan tv. Dah settle pukul 12.30mlm macam tu rilek je Suami ambil pinggan, ambil nasi dalam rice cooker, ambil lauk ayam bawak depan tv. Makan lagi!

Aku tak rasa lauk tu sedap sangat, mungkin sedap sikit je sebab ayam kan memang sedap. Aku rasa dia lapar sebab Arsenal kalah 2-1 dengan Chealsea. Sebab tu dia makan lagi. Oh, masa bayar duit kat kaunter mamak tu dengan selamber mamak tu cakap kat kitorang 'sudah kalah..'. Mentang-mentang kitorang pakai baju Arsenal, sedap dia je cakap macam tu. Sentap okay. Agaknya sebab tu Suami makan lagi nasi dengan lauk ayam tu.

Masa Suami tengah makan pukul 12.30mlm tu, aku cakap aku taknak masak lagi dah lepas ni. Yang tu lah last aku masak. Suami pandang aku macam tak puas hati.

'kenapa??'
'malas lah masak, nanti b asyik makan je. nanti gemuk.'

Boleh tak alasan tu supaya aku takyah masak dah lepas ni?



thanks korang!


Love,
Nursaila Norman!

24 comments:

  1. heeee..sedap la tu saila..bestnyee hubby suke makan makanan sailaa..:))

    ReplyDelete
  2. macam sweet je masak sesame kat dapur. :)

    ReplyDelete
  3. hihi..wow..sweet uollss...lme2 mst expert msk :)

    ReplyDelete
  4. nyum2.. sedap nya saila.. Lapor tetiba :D

    ReplyDelete
  5. family i biasa bykkan guna bawang kecik sebab bawang kecik lg manis and sedap. bawang besar sebagai penambah rasa je potong bulat2 hehe keep it up saila :D

    ReplyDelete
  6. heee samalahh.. husband cha pandai masak nasik je.. lauk pauk mmg si isteri le masak.

    ada sekali cha demam, dia masakkan telor goreng tapi tak terbalikkan..
    cover line cakap stail english.. hahahaaaa..

    bila suami jarang ke dapur, sesekali dia buat something.. im impressed! hikhik

    ReplyDelete
  7. sedap yer lauk sambal ayam kering tue!!makan pulak dgn nasi panas2 mmg akan menambah..:)

    ReplyDelete
  8. nmpk cm sdp..da lama xmkn ayam msk sendiri.. sejak preggy ni kureng skit ayam..hihi

    ReplyDelete
  9. sedapla tu saila.. sebabtu makan bertambah.. hehe

    ReplyDelete
  10. nampak cam sedap je lauk tu..hee...jarang2 sekali kena masak jugak tau..bagi dia makan hidangan air tangan kiter...lagi bertambah erat suami isteri... =)

    ReplyDelete
  11. setahu ayut bezxa ye bawang kecik klu ditumis lg cpt garing yer dr bawang besar..xla kena tumis lame2x kan..huhuhu.rasa dia pon len ckit..bwang besar lbh byk diguna utk hiasan jer..takpela kak..gemuk kerana air tgn isteri...wah gitu :D nnt pasni leh exercise sesame plak :p

    ReplyDelete
  12. Saila ..
    Wahhh ...dia da start masak2 ...
    jgn lupa sharing2 resepi ..

    btw , kita mcm jump hubby awak je kat office roche td ...
    dtng kat office nk ambik tender ..
    xtaw la btol @ x ..
    hahahaha ...
    sbb muka dia sm je ng muka hubby saila ...

    ReplyDelete
  13. alamak hehe betol la saye tadi haha..

    ReplyDelete
  14. haha..boleh pulak terjumpa suami saila ekk..btl la tu,dh tuan punya badan pun ngaku ni ha..hehehehehe!!

    ReplyDelete
  15. sedap dah tu.. congrat. Kena jaga perut somi juga dik. One more, tq so much sudi ke blog KA all this while ye, sgt2 KA hargai

    ReplyDelete
  16. hi, kte dtg follow sini sebab baca pasal B2B :D

    salam kenal :)

    ReplyDelete
  17. hihi..comel je saila. Harusla romantik kan, kalo bleh biar selama lamanye romantik ye dear. Seronok memasak gune semua kelengkpan baru kan. Air tangan isteri, suami akn tetap makan byk even pd kita xsdap..tu la specialnye air tagan seorang isteri. Masak dgn penuh kasih syg :)

    ReplyDelete
  18. msk sendiri sedap..cayok2 untuk msk lg byk hihi.

    ReplyDelete
  19. Saila : hihihihih ...iera plak boleh tercam suami saila kan .. selalu blogwalking kt blog saila ...

    ReplyDelete
  20. sedapnyaaaaaaa.. nie dear tetibe jd malas ni mst ada something.. chak.. umi doakn yg terbaik utk dear... msh baru dialam perkahwinan.. dear mst penat kt tmpt kerja n uruskn hal rumah tangga...

    ReplyDelete
  21. Saila...sha berselera je tgk lauk tu.Mesti sedap.Nyum3.Mesti seronok tgk suami makan berselera hasil tgh kte kn.Hehe.Tapi alasan last tu xleh tahan. ;)

    ReplyDelete
  22. Alasan malas nak msk ler tu..hehe..org kata air tangan isteri tu pengikat perut suami..:)

    ReplyDelete

mmuah! mmuah!