CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

Friday, March 29, 2013

Flat Shoes : Mustard & Grapefruit!!

Assalamualaikum.

My 3rd entry! Fuhhh.......




Hampir setahun tak bershopping sakan. Tadi singgah Alamanda. Macam biasa la, kasut dan Nursaila memang tak dapat dipisahkan :P Sampai dua aku amek dari Vincci. Vincci memang sedap pun :) Tak pernah satu pun kasut Vincci yang mengecewakan. Masa kawen haritu beli Primavera, sampai rm200 takde la sedap mana, tak sedap sangat senang cakap. Sedap lagi Vincci walaupun harga tak cecah rm100. Sedap, yummy, macam aiskrim. Malangnya Vincci takde yang sesuai untuk kasut kawen aku haritu. Yang Nose tu tak payah cakap lah apa dia. Cuma terkilan, nak gelang Nose tadi, cantik yang amat. Beriya pakai pastu tengok kat cermin, tapi letak balik. Nanti kena sound dengan Suami. Wu, wu, wuuu!

Ada kasut dekat rumah baru pakai sekali dua, pastu simpan terperuk tak pakai-pakai. Kalau jual second hand item ada orang nak beli ke? Saiz 5. Ada? Ada? Hehehehe. Kalau yang aku suka memang tunggu sampai dah sadis baru simpan, bukan buang tau, simpan. Hahaha. Taktau nak simpan sampai bila. iheeee.

Oh, flat shoes. Selesa. Tu je. Senang dan selesa nak jalan kaki lama-lama (tawaf shopping complex) dan jalan-jalan naik double R Suami. Takkan nak pakai heel, wedges. Boleh la, tapi i dah tua u olls.. Flat sudah la :P

Aku tingtong sikit harini, sampai 3 entri aku taip. Sesambil buat kerja boss mintak dari pagi tadi. Damn!



Love,
Nursaila Norman!

Losyen + Stokin

Assalamualaikum.


Hello semua!

Demi menjaga kecantikan kulit, semua gadis-gadis, para wanita rajin sapu losyen dekat badan kan? kan? Aku pernah terbaca dulu, lama dah tak ingat bila.. Artikel pasal sapu-sapu losyen ni.. Katanya kalau kita sapu losyen pada waktu malam sebelum tidur, sebaiknya pakai stokin lepas siap sapu-sapu losyen. Untuk mengekalkan kelembapan losyen pada kulit sepanjang malam. Macam iklan tak?



curently, ini lah losyen yang aku guna setiap hari. 
haritu tinggalkan dekat ofis, sebab ofis kuat sangat ekon, kulit kering gilos,gilosss.
pastu bawak balik tiap hari sebab nak sapu losyen kat rumah jugak,
sebab losyen J&J tu nak habis.
makanya, losyen berdua ni ikut lah aku travel setiap hari KL-Putrajaya-KL-Putrajaya
naik bus yer sayang? psyko!
bagi aku dua-dua best..tapi paling aku suka Vaseline.
kalau sapu dia tak rasa licin, tapi terus rasa lembut.
macam Nivea best jugak cuma bila sapu dia rasa licin-licin.
bila pegang barang rasa kurang selesa sikit.
tapi mama sayang kamu berduaaaa. psyko lagi T____T



lepas dah sapu-sapu losyen, sila pakai stokin.
ini sebagai contoh.
sila dapatkan stokin yang lebih comel seperti stokin gambar spongebob dan patrik.
kalau nak poyo-poyo sikit sila masuk sox world. ouch!
stokin ni punya la singkat, ngam-ngam buku lali.
kadang-kadang, bukan, mostly.. tercabut sewaktu tidur.
pagi-pagi tinggal sebelah kaki sahaja.
muahahahahaha!
pastu cari-cari, mana stokin sebelah lagiii??

Bila pagi kaki masih lembut kesan losyen, suka sangat sebab rasa macam 'huh, lama pun losyen ada kat kaki aku, dari malam sampai ke pagi' hehehehe! Picha ni picha malam tadi, tetiba teringat nak share dengan para gadis dan wanita seperti kamu-kamu semua. Pukul 1am okeh, tabah la Suami aku tunggu aku berlosyen, bersnap, baru boleh tutup lampu dan tidur. hikhikhik! 

Selamat mencuba!



Love,
Nursaila Norman!

A Wife and A Wife To Be :)

Assalamualaikum.


Lama tak bercerita hal peribadi dekat sini kan. Segan. Huhuhuhuhu.. Okay, harini tak segan sangat hehehe! boleh la nak mengarut sikit :P

Malam tadi ajak Suami pergi JJ beli barang dapur sikit, takde la barang dapur mana pun, barang peti ais sebenarnya. Hehehehe! Pastu Suami suruh ajak adik aku Leha, ada ke patut Suami cakap boleh suruh Leha jadi bibik tolak troli. Hampeh. Pastu aku sms la Leha, tanya dia nak ikut tak. Tapi aku tak bagitau la dia akan jadi bibik kami. Muahahahaha.. Rupanya dia masih dekat ofis dengan Ifah. Apakah korang gigih bekerja sampai malam? Kitorang pun pergi la jemput Leha dengan Ifah lepas tu straight pergi JJ. Yayyyy!

Aku tak bagitau Leha pun supaya jadi bibik aku, kesian. Cuma aku suruh dia snap picha aku. Okay lah kan?  Hehehehehe!



aku tak paham apa motif diorang bergambar macam ni tanpa aku.
rupanya diorang tak perasan Suami aku enterframe.
bila dah snap bengang beriya-iya diorang tengok Suami aku ada sekali.
padan muka, sape suruh camwhoring diri sendiri. dah la guna henfon aku lak tu.
grrrrrrrr!!




ihehehehehe, ini lah isteri dan bakal isteri.
ihehehehehehe, sukaaaa sangat shopping posing berdua-duaan :P
actually aku suruh Leha snap picha kami berdua, tapi ntah apa punca stoberi tersebut jadi perhatian.
dah tu buat-buat la macam nak beli stroberi. kalau korang boleh dengar, ada skrip okeh masa snap picha ni. panjang okeh skrip Ifah. hampeh sungguh. hehehehe!




yang baju hitam itu bukan Suami den.
kemain lagi mak jemah pergi pasar.
huh!




yang baju kelabu tu baru Suami i.
ce tengok gaya dia memikir biskut apa yang dia nak.
Leha pun nak posing macam mak-mak pergi pasar, tak padan dengan balik kerja.




masa ni aku tak ready lagi, si Leha tu laju je snap. tak bersabaq sungguh.
untuk bersikap positif, aku anggap la aku tengah happy gila dapat bershopping barang dapur bersama Ifah.
okay kan? happy okeh, dulu zaman belajar jer kitorang shopping sama-sama kat C-Mart Changlun.
sape tahu? sape tahu?




takde satu pun bahan masakan!
semuanya fast food.
masuk peti ais, bila lapar keluarkan dan nikmati bersama Suami.
masa ni half way, ada lagi. tapi tak perlu lah anda tahu.
kerana sememangnya fast food semata.
ada nampak telur ayam? sawi? bayam?
tiada.
T_____T




last but not least, me the owner of this belog!
harus nak jugak menempek kan sekeping picha. lalalalalala.
masa dalam kereta baru aku tengok sekeping demi sekeping picha yang Leha snap.
macam tak percaya. siap zoom, zoom dan zoom. pastu komplen.
masa tengok picha ni aku cakap kat Suami meh la tengok picha saya.
tapi lepas tu tak jadi bagi Suami tengok, sebab dia tengah drive. takut accident pulak.
muahahahahahaha T____T
banyak sangat komplennya pun.. nape muka bulat, kena nampak macam demok, kenapa hidung macam tenggelam, nape tangan macam besar, kenapa, kenapa, kenapa.

pastu Ifah cakap 'sebab kau zoom, memang la nampak macam tu'
kalau aku tak zoom pun hakikat tetap begitu kan? Ifah cuba sedapkan hati aku. terima kasih sabahat.

Leha cakap 'bukan ke hidung kau memang tenggalam?' rasa nak tumbuk je muka dia masa tu.
tak reti cover line sungguh. nasib aku tak suruh dia turun time tu. huh!!

tiba-tiba Suami menyampuk 'orang berbadan dua memang la macam tu' lagiiiiiiiii tak boleh pakai, kuasam dia cakap macam tu. sentap okeh! i tak berbadan dua lagi laaaa! ni yang marah ni.
T______T menangis dalam diam u olls. Wu! Wuu! Wuuu!




Love,
Nursaila Norman!

Monday, March 25, 2013

Pearl, Pearl, Pearlssss

Assalamualaikum.


Dengan harapan ia akan bertukar menjadi sangatttttt gojes! amin.


navy blue + champange





turqoise + lavender


B2B sekarang bukan main pandai pilih warna, jeles i.. sobsobsob! Ada lagi 1 theme.. Tapi stok pearl belum sampai, kena la tunggu. Harap warna yang B2B tu nak ada la, amin.


Love,
Nursaila Norman!

Thursday, March 21, 2013

Conversation #6

Assalamualaikum.


Malam tadi duduk depan dressing table, bersiap-siap nak keluar. Suami jenis suka menunggu aku bersiap dalam bilik. Tengok apa aku buat. Paling boring dia akan duduk dekat birai katil tunggu sambil main game kat henfon. Untung sangat kalau dia tak perhatikan aku bersiap. Kalau dia perhati, fokus 100% ada je mulut dia nak bercakap. Huh!

Sambil tangan setting shawl baik-baik atas kepala, tiba-tiba Suami bersuara sambil gelak kecik..

"Nape ayang tak pakai selimut je.."
"Susah sangat berbelit-belit.." hikhikhik.

Sentap okeh!! Ada patut dia cakap shawl tu patut terus pakai selimut je??

Hello, shawl okeh, shawl.. Haruslah berbelit-belit.

Sampai rumah Ibu masa tengah makan malam dia ulang lagi dekat adik aku Leha. Dia cakap better aku pakai selimut je.

Damn!

Kang aku pakai selimut betul-betul baru dia tau. Dia drive, aku tido kat sebelah, padan muka. Hehehehe!!




Love,
Nursaila Norman!

Wednesday, March 20, 2013

Dapat Kaki

Assalamualaikum.

Phewww! Ambil masa sebenarnya nak meng'update' blog sejak kebelakangan ni. Susah benar nak berfoya-foya dekat sini, tak macam dulu-dulu. Hehehe!

Kali ni nak cerita-cerita pasal kehidupan seharian, sejak dari bulan Februari aktiviti weekend kami full dengan kelas memandu. Kalau ada yang perasan, aku ada mention yang kami berdua dalam proses dapatkan lesen memandu.

Alhamdulillah, Isnin baru ni kitorang berdua dapat lesen kereta secara berjemaah. Hahaha.. Sebelum buat JPJ test kitorang praktis dengan kereta sendiri (kantoi sudah kitorang memandu dengan lesen L kehkehkeh). Kebetulan kereta kami tu dapat masa hari nikah (time tengah nikah, salesman call cakap kereta dah ready), sejak itu kami memandu secara haram-jadah. Takde lesen. Selamber :P

Bila dah dapat lesen ni baru la konfiden nak drive. Kalau tak, perasaan orang bersalah tu tau tak macam mana?? Gelabah gila *abi. Tadi sebelum pergi kerja request dekat Suami nak reverse kan kereta. Tu jela. kehkehkehkeh. Lepas tu dia la drive. Haritu malam lulus JPJ kitorang keluar jalan-jalan masuk KL, dah masuk kawasan perumahan sendiri request dekat Suami nak drive. Well, orang baru dapat kaki.. Macam ni la.. ihehehehehe!

Lagi satu semangat tengah membara, boleh la berebut-rebut nak drive. Besok dah loya tengok stereng masa tu berebut-rebut nak duduk seat co-pilot. Tapi sebab dia Suami, haruslah dia jadi pilot lebih dari aku. kehkehkeh.

Suami selalu cakap 'kesian sk (refer motor kesayangan dia si double R Kawasaki tula), lama tak jalan-jalan'. Yelah, yelahh.. Nanti nak layan kona kita cari si sk tu eh. Sekarang bagi dia rehat-rehat.



tunggu Suami dekat ofis dia pagi tadi, sila camwhoring dulu
hiks!


Nak terasa macam budak-budak muda letak muka sendiri yang ber'camwhoring' dekat blog T___T





Love,
Nursaila Norman!

Friday, March 15, 2013

Idea : Easy DIY Wall Art For Your Home

Assalamualaikum.


Hello beauties!

Banyak nak share, tapi nanti lah ye.. Belum masa lagi rasanya. Bila dah sampai masa nanti insyaallah aku nak share satu per satu biar semuanya jelas. Sape yang jelas? Hahaha.. Over kan aku.. Takde lah, setiap dugaan yang Allah bagi, kita terima dengan hati yang lapang ye kawan-kawan :)

Takmau sedih-sedih, meh cuci mata dengan hiasan dinding. Sebenarnya aku yang berkenan lebih.. Masih mencari-cari idea untuk hiasan dinding, kosong sangat aku tengok dinding rumah aku tu. Dah macam dinding sekolah je aku tengok. kehkekeh!  Eh, macam rajin sangat nak diy hiasan dinding kan.......

* * * * * * * (bunyi kengkerik)

Okeh,okeh.. Mari, mari aku tunjukkan wall decoration bak kata omputih.. Ini versi diy yer kawan-kawan!


Why we love it: Between the symmetrical arrangement and elegant champagne-colored frames, this antler gallery creates a big impact in living room in need of a striking centerpiece.

What you need: Computer; printer; printer paper; black ink cartridge; ruler; pencil; scissors; twelve frames of the same size; newspaper; champagne spray paint; eye goggles; mask; measuring tape; carpenter’s level; hammer; and nails.

How to make it: Search for “free antler silhouette” or “free deer silhouette” online. Pick the silhouettes, and print out each on separate paper in black ink. Measure the inner dimension of the frame, and transpose it onto the paper. Cut out the shape. Lay out the newspaper, and spray paint the frames. Once dry, insert a picture into each frame. Measure and mark a 4x3 arrangement onto the wall. Stake out the nails and mount the photos on the wall.

Sumber : LiveLoveDIY

Nursaila Norman says : Better tukar gambar Antler / Deer dengan gambar pemandang atau bangunan, abjad.. Atau apa-apa saja selain gambar haiwan. Asalkan tema masih hitam putih.




 Why we love it: These orange-adorned fabric panels add retro cheer to your kitchen or dining room. Even better? They double as pin boards!

What you need: Measuring tape; two 16”w wood strips; two 22”l wood strips; saw; eye goggles; Loctite adhesive; 16”w x 24”l foam core board; staple gun; 3/8” staples; 16”w x 26”l fruit-patterned fabric; chalk; fabric scissors; measuring tape; carpenter’s level; hammer; and nails.

How to make it: Measure and cut the wood strips, foam board and fabric to size. Turn the fabric face down, and center the foam core on top of it. Position the wooden strips along the foam core’s edges, and secure with the adhesive. Let dry. Wrap the fabric over the frame, securing it down tautly on the back of the frame with the staple gun. Mount the artwork on the wall.

Sumber : Hello My Sweet

Nursaila Norman says : Sesuai kalau hias dinding dapur :) Nak letak dekat ruang tamu macam janggal.. Ruang meja makan pun okay :)




Why we love it: Because confetti isn’t just for weddings and New Year’s! Dress up the walls with this festive fixture you’re always ready for an impromptu party.

What you need: Canvas; 2-inch circle punch; reflective gold cardstock; glitter paper; glue; hammer; and nails.

How to make it: Punch several circles from the metallic gold cardstock and glitter paper. Haphazardly scatter them onto the canvas and secure with glue. Mount on the wall.
Sumber : Mint Love Social Club

Nursaila Norman says : lets try!! simple tapi menyerlah sebab warna gold tu! just glue, glue and glue!





























Why we love it: Part fan, part magazine, this graphic décor piece takes center stage on any wall.

What you need: Styrofoam discs; magazines; scissors; hot glue gun; glue sticks; hammer; and nails.

How to make it: Cut pages from old magazines. Fold the pages to form a tight accordion. Cinch on one end to turn it into a fan. Glue the fan to the disc with the cinched part at the center. Continue until the disc is completely covered; repeat as desired. Secure to the wall, hammering a nail through the center of the disc.

Sumber : Meet Me In Paradise

Nursaila Norman says : Sama macam pelamin nikah aku, kan? Kalau nak buat dekat rumah nampak sangat macam mengenang2 pelamin nikah. hikhikhik! Anyway, memang mudah dan cantik apa! Guna pages magazines, nanati boleh dapat kipas yang berwarna-warni macam dalam picha :)





























Why we love it: Because it brings a dose of color into a kitchen and totally stays on theme!

What you need: Spoons; an assortment of colorful plaint; masking tape; paintbrushes; water bowl; canvas; hot glue gun; glue sticks; measuring tape; carpenter’s level; hammer; and nails.

How to make it: Mark off half of the cup-part of each spoon. Paint the upper tip, and let dry. Repeat until there’s a pleasing assortment of colorful tipped spoons. Lay them out on the canvas, and secure with hot glue. Measure and mark the canvas dimensions on the wall, and mount.

Sumber : Papery And Cakery

Nursaila Norman says : Colorfull!! Sesuai sangat kalau yang suka nampak meriah dalam rumah, tapi jangan meriah sangat, takut nampak serabut pulak. Tapi memang cantik!




Maaf ye semua, yang ini cuma sebahagian dari banyak-banyak wall decoration yang aku tengok. Ini antara yang aku suka. Kalau nak lebih lagi sila klik -> easy diy wall art your home. Siapa yang tinggal di rumah sendiri mesti seronok kan, boleh hias ikut suka. Macam aku ni sebab menyewa, bila nak hias je Suami akan cakap 'tunggu rumah sendiri nanti eh..' uhuhuhu.. Baiklah sayang. Tapi nak hias jugak! Haha ;p

Okay lah, nanti jumpa lagi kalau aku free ya. Lately aku kurang ber'blog' walaupun ada je benda nak share dengan kamu semua. Doakan semua hajat dan harapan aku dimakbul Allah ya. Berdebar-debar mengharap berita gembira sebelum hujung bulan Mac ni. Amin :)





Love,
Nursaila Norman!

Wednesday, March 13, 2013

REMINDER

Assalamualaikum.



Just a reminder, kalau nak tinggalkan komen tak perlu lah guna 'Anonymous'.
Tak salah pun guna link sebenar, nama atau apa saja supaya aku/saya boleh keep in touch dengan anda.
Boleh berkenalan. Kan?

Ada jugak yang guna 'Anonymous' tapi so far dia tinggalkan alamat email untuk di 'contact'.
Senang.
Kalau sebagai 'Anonymous' sahaja, susah nak berkenal-kenalan.

Kalau apa yang anda mahu sampaikan itu baik, tak perlu guna 'Anonymous' ya..
Just let me know :)

Tak adil la kamu lihat aku/saya.
Tapi aku/saya tak dapat melihat siapa kamu.

anyway 'Anonymous', terima kasih banyak-banyak.
noted :)







Love,
Nursaila Norman!

Tuesday, March 12, 2013

Tips : Pen Ajaib

Assalamualaikum.


Haii, hello!

Sejak kebelakangan ni hujung minggu aku sangat full, sampaikan tak sempat nak cari bahan untuk share dekat blog :( Insyaallah, weekend ni weekend last kami Suami Isteri busy, lepas tu boleh lah aku review apa-apa yang patut untuk share dengan korang kat sini.. weeeeee! Banyak sebenarnya aku nak share, tapi masa tak mengizinkan :(

Harini nak share pasal 'Pen Ajaib'. Suka panggil pen ni ajaib sebab senang giler nak hilangkan dakwat pen dari kain. Rasanya semua pun tahu kan kita mesti buat lakaran dulu atas kain sebelum kita gunting, patch lace atau pun jahit manik, kan? Kalau tak lakar atau lukis dulu, agak susah kita nak dapatkan bentuk yang betul atau design yang kita nak.. Kecuali memang dah pakar.. Kalau macam aku yang baru je menjahit satu dua veil ni, memang aku tak confident nak gunting terus atau design terus tanpa melukis dulu.. Huhuhu..

Sebelum-sebelum ni aku tak pernah cuba apa-apa jenis pensil atau pen menjahit yang lain, aku mula nak buat veil kawen haritu, terus beli pen ajaib ni. Setahu aku, kalau pensil atau apa benda yang macam bentuk 'love' tu eh? Macam kapur ke apa tu, setahu aku benda tu pun kena basuh sikit baru hilang kan? Ke aku salah? Tapi kalau dengan pen ajaib ni (meluat lak aku nak mention banyak kali nama pen ni, padahal bukan ajaib pun!), senang giler! Paling malas aku just renjis je air kat bekas dakwat yang aku dah conteng-conteng atas kain tu. Tak payah nak lebih-lebih sangat.. Itu kalau malas la.. Kalau rajin sila lah basuh kain anda :)




Macam magic pen zaman kita sekolah rendah dulu, kan? Water Erasable Pens. Takat salah lakar pastu nak lakar banyak kali pun takpe, confirm hilang macam tak buat apa-apa..Hehe!





Dengan tak bersalah aku conteng-conteng je dekat veil customer ihehehehe! Nampak? Tak risau sebab tau mesti hilang bersih macam baru beli kain.. Hehehehehehe!

Pen ni ada je jual dekat kedai-kedai bunga, aku pun beli dekat kedai bunga depan rumah je :) Dah dua batang pen aku guna, sebab best sangat senang nak buat aktiviti menjahit :) Tak payah guna pensil 2B lagi ya. Happy sewing!



Love,
Nursaila Norman!

Tuesday, March 5, 2013

DIY : Paper Flower Arch

Assalamualaikum.


Hello beauties! Hello!

Maaf lah ye, sangat tak sempat nak meng'update' blog, kalau ada benda nak di kecoh-kecoh kan pun macam nak kena fikir dua tiga kali sebelum tulis. Biasa la, citer pasal diri sendiri.. Kang ada pulak yang kena keji, asyik citer pasal aku je kan. Hehehe.

Bukak-bukak blog 'Ya Allah, dah ada 300+ followers rupanya?'. Terkedu, terharu jugak. Sebab rasanya blog aku ni banyak mengarut je kan. Sabar jelah followers ye kalau sakit hati tengok aku update ntah apa-apa. Sobs!

Sempena hadiah untuk followers yang suka benda-benda diy ni, walaupun ahkak dah kawen, jangan risau adik-adik.. Ahkak tetap suka benda-benda diy. Tak buat pun takpe, dapat tengok pun jadi lahhh. Ahkak dulu pun takde la buat semua diy, tapi study, buat research pasal diy kemain lagi.. Banyak berangan nak buat dari buat betul-betul. Tak salah pun, orang kata cuci mata. Kan?

Nah, untuk followers yang nak kawen, yang tengah men'diy' segala macam, untuk followers yang dah kawen boleh lah cuci mata pastu sentap macam aku gak 'kenapa la aku tak buat macam ni dulu. haihhh', untuk yang takde sebab pun boleh.. Mari mencuci mata yer!



















































































Hoii, hoiii.. Main stapler-stapler jeeee.. Nampak macam senang kan? Kos pun murah je.. Beli tissue paper atau crepe paper dengan paper cup. Cantik! Sila mencuba siapa-siapa yang rasa berminat yer :) Thank you Ruffled blog. I adore your work! 

Sharing is Caring? Just for my lovely followers and silent readers!!
XOXO




Love,
Nursaila Norman!