Assalamualaikum.
Hello semua!
Demi menjaga kecantikan kulit, semua gadis-gadis, para wanita rajin sapu losyen dekat badan kan? kan? Aku pernah terbaca dulu, lama dah tak ingat bila.. Artikel pasal sapu-sapu losyen ni.. Katanya kalau kita sapu losyen pada waktu malam sebelum tidur, sebaiknya pakai stokin lepas siap sapu-sapu losyen. Untuk mengekalkan kelembapan losyen pada kulit sepanjang malam. Macam iklan tak?
curently, ini lah losyen yang aku guna setiap hari.
haritu tinggalkan dekat ofis, sebab ofis kuat sangat ekon, kulit kering gilos,gilosss.
pastu bawak balik tiap hari sebab nak sapu losyen kat rumah jugak,
sebab losyen J&J tu nak habis.
makanya, losyen berdua ni ikut lah aku travel setiap hari KL-Putrajaya-KL-Putrajaya
naik bus yer sayang? psyko!
bagi aku dua-dua best..tapi paling aku suka Vaseline.
kalau sapu dia tak rasa licin, tapi terus rasa lembut.
macam Nivea best jugak cuma bila sapu dia rasa licin-licin.
bila pegang barang rasa kurang selesa sikit.
tapi mama sayang kamu berduaaaa. psyko lagi T____T
lepas dah sapu-sapu losyen, sila pakai stokin.
ini sebagai contoh.
sila dapatkan stokin yang lebih comel seperti stokin gambar spongebob dan patrik.
kalau nak poyo-poyo sikit sila masuk sox world. ouch!
stokin ni punya la singkat, ngam-ngam buku lali.
kadang-kadang, bukan, mostly.. tercabut sewaktu tidur.
pagi-pagi tinggal sebelah kaki sahaja.
muahahahahaha!
pastu cari-cari, mana stokin sebelah lagiii??
Bila pagi kaki masih lembut kesan losyen, suka sangat sebab rasa macam 'huh, lama pun losyen ada kat kaki aku, dari malam sampai ke pagi' hehehehe! Picha ni picha malam tadi, tetiba teringat nak share dengan para gadis dan wanita seperti kamu-kamu semua. Pukul 1am okeh, tabah la Suami aku tunggu aku berlosyen, bersnap, baru boleh tutup lampu dan tidur. hikhikhik!
Selamat mencuba!
Love,
Nursaila Norman!
saya memang jenis yang wajib pakai stokin :P pakai lotion bagus untuk kulit tapi masa nak mandi tu kena sental berabis sebab bila dah lama2 tu sisa2 lotion tu akan jd daki :P
ReplyDeleteOhhhh... linda xpnah tau psal pkai stokin lpas sapu losyen ...selalu sapu losyen,pastu trus tdoooo
ReplyDeletedija rimas tido pakai stokin haha pakai selimut pun jarang lagi cuaca panas sekarang ni kan.. tapi sekarang rajin kan diri sapu losyen gak, kadang tak wat jugak, dija ni tak konssten..hee
ReplyDeleteKemain biru kuning macam baju g JJ je. Hahaha. Rajin mak jemah sapu losyen ye. :D
ReplyDeletehehehe.. nice!
ReplyDeletemalam ni jugak nk cuba..
pakai losyen + pakai stokin :D
selalu pakai lotion kat office. kulit cepat kering. klu mlm jarang pakai stokin. nnt nk bangun masuk toilet lupa nak bukak habis basah. huehuehue.
ReplyDeletehuhu i tak pakai losyen pun u. tak suka rasa mcm tangan lembap je huhu -__-
ReplyDeletehaha comel je carik stokin time bgn tido
aha, mmg betul tu Saila. Amy dah amalkan nya dekat 5 tahun, tumit kaki x merekah langsung
ReplyDeletesuke sapu petroleum jelly vaseline kt tgn n kaki pastu pkai legging stokin n sarung tgn yg org alim ske pkay tu n glove hasilnye mmg terrrrrrrbaiiikkkkkkkkkk dr umo 12 th amalkn skg da 24 th....kulit lmbut ke moisstttt...
ReplyDeletehehehehhh..pmbetulan sket..slap ejaan statement kt atas tu..KULIT LEMBUT JE MOISTTTTTT...siyess mmg lmbut..try la bt..tp mse mandi kne sental la plan2 gune span mandian net mandian ke?? mandian pn sjak awal kmunculan dove sy gune sjak umur sy 12 th jgak kot??? mmg awesome la produk dove ni!!!!! bgbg n vaseline MALATOPPPSS!!!
ReplyDelete