Assalamualaikum.
Entry ni mungkin panjang, maaflah :(
Dengan lafaz
Aku tau mungkin tajuk dekat atas dah cukup menerangkan segala-galanya atau mungkin masih belum cukup. Tak tau nak mulakan dengan ayat apa. Sebenarnya ada satu draft yang masih belum habis ditaip, memang aku dah agak, aku akan terhenti dan kemudian tak tau nak sambung bila. Masih kekal sebagai draft. Dalam draft tu aku meluahkan segala isi hati aku kenapa aku resign. Tapi aku asyik berfikir, kalau-kalau draft tu menjadi entry, dan kemudian memalukan orang lain. Niat aku cuma mahu meluahkan, tapi mana tahu, tetiba lain pulak yang jadi. Tapi itu lah, aku masih terkesan sampai sekarang. Saat ini.
Kita mulakan dengan harapan lah ya..
Sebelum aku ambil keputusan untuk resign aku dah cukup berbelah bagi. Terlalu berbelah bagi. Terlalu. Hanya Allah sahaja yang tahu, betapa beratnya pilihan yang aku perlu pilih. Teruskan atau tamatkan. Aku dah mula berniat untuk resign sejak bulan Januari. Tapi Suami pujuk supaya bersabar, bertahan, bertabah. Sehingga lah Suami izinkan bila tengok aku dah tak tertahan-tahan menanggung sakit jiwa.
Bila Suami dah izin, aku masih belum kuat untuk buat surat. Aku refer dengan sorang boss perempuan dekat division aku. Actually dia bukan lah boss aku, tapi sebab aku nak berbicara hati ke hati, kenalah jugak tebalkan muka jumpa dia. Sepatutnya aku tak perlu bercerita tentang apa yang telah berlaku (sesuatu yang peribadi) untuk menjaga air muka orang lain. Tapi Mrs.Boss ni memang dah boleh agak dari awal. Tekaan dia buatkan aku tak boleh lari. Aku jadi tergamam, nak elak tapi mata aku tak boleh bohong masa berdepan dengan dia. Lain yang jadi, Mrs.Boss pulak yang bukak cerita. Cerita yang aku sendiri tak tahu.
Lepas jumpa Mrs.Boss, aku jadi lebih yakin. Aku terus buat surat. Dalam pada tu aku mintak jugak pendapat dan nasihat kawan-kawan rapat. Alhamdulillah, diorang menyokong. You know who you are :) Dari awal diorang tahu segala-galanya walaupun diorang takde bersama-sama aku menanggung apa yang aku rasa. Masa nak hantar surat tu memang berdebar-debar. Apa yang paling aku takut bila pilihan aku adalah salah. Tapi jauh disudut hati aku, aku yakin aku buat pilihan yang betul.
Aku kena bagi notis satu bulan. Dalam tempoh tu mungkin ada kerja baru, mungkin takde. Sebaiknya tunggu dapat kerja baru berhenti kan? Tapi company mana nak layan kalau aku request bagi tempoh satu bulan baru boleh mula bekerja. Kebanyakannya nak kemasukan segera. And of course, keputusan aku untuk bagi surat tanpa ada backup kerja sangat, sangat, sangat, sangat menakutkan. Sepanjang tempoh aku dalam dilema, alhamdulillah ada je panggilan temuduga. Dekat situ aku tak la risau sangat, at least bagi aku, aku masih ada peluang.
Cut it short, tempoh notis sebulan dah nak sampai. Sepanjang notis tu aku berharap sangat akan ada pengganti untuk jawatan yang aku akan tinggalkan ni. Tapi macam biasa lah, dugaan takkan datang semudah kacang goreng. Hanya Allah je yang tahu, betapa risaunya hati ni.. Tapi aku rasa, aku lebih rela terima dugaan Allah macam ni daripada sakit jiwa dengan perangai-perangai manusia. Setiap hari pujuk hati sendiri, cakap rezeki Allah yang bagi., kita kena yakin dengan Allah. Walaupun ramai yang cakap rugi berhenti sebab aku kerja dengan government, tapi aku bukan staff tetap pun, kontak je. Ramai jugak yang cakap sayangnya walaupun kontrak, tapi sayangnya division aku bukan lah tempat yang sesuai. Mungkin rezeki orang lain dapat duduk tempat senang, mudah.. 10 tahun kontrak pun takpe.. Tapi aku tak. Makin lama makin mengarut. So aku nekad. Mungkin sini bukan tempat aku :) Bak kata En Big Boss yang dah takde dekat division kami (buat masa ni kami takde Big Boss), rezeki ada di mana-mana. Kesian dia. Itu pun aku tak tahu kenapa, mungkin satu lagi hal mengarut yang aku jumpa dalam division aku. Mungkin.
Ah! Division aku macam puzzle. Bila dicantum jumpa bom.
Esok aku last. Notis satu bulan dah nak habis.
Semalam aku masih meneruskan misi mencari kerja, tapi memang kelakar la semalam. Aku apply dengan kadar malas yang sangat maksimum, senang kata tak ikhlas sungguh apply kerja. Haha. Pilihan aku memang swasta lah kan. SPA aku tu dah 2 tahun tak renew. Merasa lah jugak joined exam PTD tahun 2010, muda remaja lagi time tu. Pastu dah malas. So semalam masa apply-apply kerja tetiba dapat call. Itulah kot, kalau kita yakin dengan Allah, jangan was-was dengan Allah, in shaa Allah, Allah tolong. Semalam boss dia sendiri yang call. Gila tak terkejut? Huhuhu.. Alhamdulillah lepas perbualan yang agak panjang dalam fon, dia setuju untuk set appointment dengan aku. Harap adalah rezeki kali ni. Doakan ya :) Plus, dapat email dari company lain suruh datang interview jugak. Ya Allah, lega sikit hati :)
Mungkin ramai yang tak bersetuju dengan keputusan aku, tapi aku mohon, hormatilah pilihan aku. Kita mungkin berbeza, sudah pasti langkah aku tak sama dengan langkahmu. Pilihan kita juga jauh sangat bezanya. Mohon ya kawan-kawan, janganlah pertikaikan lagi keputusan aku ni. Bukan mudah sebenarnya, tapi dalam sukar itu aku yakin segala-gala yang dah berlaku, terjadi semuanya dengan izin Allah swt semata-mata.
mungkin Adele tak biasa dengan perkataan 'hikmah'
tapi aku sangat yakin, ianya sama maksud dengan hikmah :)
Sesuatu, sesuatu yang aku tak pernah share, yelah aku kan bukan Mommy to Be pun, takkan nak share.. Uhukhukhuk.. Sejak bulan pertama aku kawen, aku buat saving 20% daripada gaji aku sebab nak backup kalau-kalau aku cuti bersalin since aku kan pekerja kontrak je.. Kalau aku apply cuti untuk 3 bulan langsung takde gaji, nak taknak aku kena la buat saving dari awal. Sekarang dah 5 bulan aku saving, bayangkan another 9 months kalau sampai rezeki aku untuk jadi M2B bayangkan ada berapa. Kalau lah aku ada gaji masa cuti bersalin macam orang lain, sure aku buat saving kekal untuk unexpected case. Kan? Bukan mudah sebenarnya.. Mungkin bagi orang lain semuanya mudah, tapi bukan aku. Banyak benda kita perlu ambil tahu dan get ready.. Huhuhu. Dengan harapan menggunung dalam hati ni, adalah rezeki untuk dapat kerja tetap walaupun swasta. At least, cuti bersalin aku bergaji. Huhuhuhuhu.
Pasal draft aku tu ntah lah.. Risau sebenarnya.. Tengoklah. Dengan izin Allah nanti. Harini halfday, nak cari sesuatu untuk esok. Esok kan last day aku kat sini, ingat nak buat sesuatu untuk diorang-diorang. Walaupun bukan semuannya indah, tapi yang perit itu jugak lah ubat kan? Takpe lah, ikhlas nak bagi sesuatu esok. Doakan :)
Dalam banyak-banyak barang yang aku kemas, taktau la kenapa blazer ni jugak yang menyentuh hati aku. Masa ambil dari almari rasa nak nangis. Terfikir untuk snap, aku tau, last kot aku pakai nametag tu. Picha ni kenangan lah kan. Yang pahit, yang manis semua ada tiap kali aku sarung blazer ni. Takpe lah, semua pun indah sebenarnya :) Rindu tugas aku handle lawatan antarabangsa. Kebetulan, last aku handle, dapat pulak sesuatu dari Nepal. Macam tau-tau je aku last. Huhuhu.
Jangan dipertikaikan lagi apa-apa, sesungguhnya aku ketemu dengan banyak jawapan selepas aku bagi surat resign. Dan kemudian aku bersyukur aku resign.
Yakin Allah ada, Allah ada, Allah ada.
Love,
Nursaila Norman!
Sayunya i baca saila. Tapi i nak tau sgt knp u benti keje. Mind to share? Pm i kat love_kazaa@yahoo.com boleh?
ReplyDeleteInsyaallah u. Rezeki ada di mane mane. Tak kisahla keje kerajaan ke swasta ke kan. Dr u keje tp terus terseksa buat apa.
I doakan semoga rezeki u murah and dapat keje secepat mungkin. Amin :)
ReplyDeletejgn sedih2 ye..its ok,rezeki ada d merata2..mybe dah ada dpn mata..tp kita xpernah nmpk..huhuhu...take ur time..rest byk2 smpi otak dah ready utk idup baru..
ReplyDeleteSailaaaaa , nak merambu air mate kita yang membaca ni. Actually kita sama macam Kak Cha. Nak sangat tau kenapa. Nanti kita email ok. Tak pon kita wassep eh.
ReplyDeleteInshaAllah rezeki Saila ada dekat luar tu. Huggsss. Y______Y
Alaaa lupa mak jemah takde wassep. Ok nanti msg. Byeee. ^_^
ReplyDeletesamalah kita saila...punyalah tahan nk berhenti..tp last2 berhenti juga...xpe..rezeki ade kat mana2...sama2 kita berusaha ye...
ReplyDeletestay strong,dear..rezeki Allah tu ada dimana-mana.. in shaa Allah :) Masa baca entry tu, kte dah tbayang quotes from Adele yg aritu,tak sangka ad jugak dlm entry ni. hihi..be brave, coz you're doing it for a reason ;)
ReplyDeletehu...pinjam bahu nak nanges..berat keputusan tp nekad.. gud luck saila..rezeki Allah masih luas.. hope dpt keje cpt2.. btw thanks add kt fb.. xsempat nk bertegur sbb fb kt ofis da kene block.. malas nk on lptop stalker kt tab pon malas.. hihi
ReplyDeletesalam saila,
ReplyDeletebila akak baca entry terasa sgt bebanan yg saila ingin luahkan..
apepun saila adalah saila..ape keputusan yg saila buat adalah untuk diri saila dan yg penting mendapat keizinan suami...
percayalah pada Allah..sesungguhnya Allah sentiasa bersama kita..mohon dan mengadulah padaNYA..insyaallah dia maha mendengar..ada rezeki untuk saila..kita tak tahu apa akan berlaku pada masa akan datang..mungkin yang akan berlaku adalah lebih baik untuk kita..akak doakan semoga saila dimurahkan rezeki dan dipermudahkan Allah..amin
In Shaa Allah akan ada yng terbaik untuk u dear. Sentiasa support apa saje keputusan yang dibuat . Be strong yer & all the best !
ReplyDeletetakpe, blazer tu still bleh pakai kalau keja kat swasta heheheh... be strong sis! :)
ReplyDeleteish..terkejut lak bace entry saila kali ni...
ReplyDeletecoz ana pun same je situasi cam saila..
n still ter'hang' lam draf...
p sebenarnye..x cukup kuat nak luah everything..n ana dah resign akhir bulan lpas..huhu...
baca komen korang semua lebih sedih dari apa yg saila taip..
ReplyDeletethanks ALLAH sebab dlm alam maya mcm ni pun masih ramai yg mendoakan aku dan bg kata2 semangat. ALLAH saja dpt bls segala doa dan kata2 korang.
kalau saila down,saila baca komen korang2 ni eh..
thanks again. pasal draft tu, in syaa Allah, one fine day :)
hugssssss and kissesssss xoxo!
rezeki Allah itu kan luas... InsyaALLAH, ada untuk Saila nanti... Tk cr dear.. Jgn sedih2 k...
ReplyDeletesaila kuat yeahh mesti ada ganti yang lebih baik kan, setiap yang berlaku bersebab dan ada hikmah yg manis yg tersembunyi :) dija doakan saila cepat dapat kerje baru, tempat yang best, kawan best persekitaran best dan gaji yg lebih besar boleh saving lg tuk future baby ya.. doa dan teros usaha ya saila
ReplyDeletelinda penah rase ape yg saila rase. Is ok dear, kuatkan hati. linda doakan saila akan cepat dpt kerja, n happy dengan environment baru nnti. sekali sekala kena wat anjakan paradigma :)
ReplyDeleteinsyaAllah..smg rezeki korg sentiasa murah dan sgl urusan berjln lancar..
ReplyDeletechayookkkk!!
anyway, N dh bwk hanger tu 1set pink kan..nnti N past kt Gaban..Hihih..
singgah dtg nk ucap take care ye dear !
ReplyDeleteDear Saila,
ReplyDeletelepas ni mungkin x ada kesempatan nak jumpa Saila lagi kan.. hope terus maju jaya walau apa juga yg Saila lakukan..
maybe ada yg kata rugi.. tapi hanya Saila yg tau betapa "untung"nya keputusan Saila ni..
take care dear..
Saila..
ReplyDeletesaya paham apa yang awak rasa..
bila tak boleh teruskan lagi kerja di situ better leave it..
mungkin ada lagi peluang berharga yang lain..
gunakan kemahiran yang saila ada untuk mencari hobi yang mungkin menjadi kerja dan sumber rezeki saila..
be strong saila
Ada rezeki yg lg baik kat tmpt lain,saila.insya Allah.tp bagus la.awal2 lg dh prepare saving.sekarang,saila still ad side income.blh guna time2 mcm ni.
ReplyDeletesabar ye awak.. kte silent reader awk.. sedih pulak baca, selalu baca pasal b2b je.. huhu
ReplyDelete