CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

Thursday, June 13, 2013

Dah ada isi belum?

Assalamualaikum.



I know, this must be so sensitive. Tapi nak cakap jugak. Tak kira. Kalau ada yang sentap sila kan.

I always ready and get ready with that question. Sejak sebelum kawen aku dah ready. Supaya aku tak kaku, kekok, down dan sebagainya. Tiba-tiba aku rasa semua orang yang belum berkahwen kena bersedia dengan soala-soalan macam tu. Walaupun kamu sangat, sangat, sangatlah berniat untuk bunting pelamin or what so ever. At least, bersedia.

First time aku annoyed dengan soalan 'dah ada isi?' ialah cukupppppp sebulan aku kawen. Cukup sebulan dah tanya.. Kebetulan je kot masa dia terjumpa aku tu memang cukup-cukup sebulan. Tak kan dia kira kot kan? Sedeh. Dekat ofis pun sama, cukup sebulan dah tanya 'dah ada isi ke?'. Apa selama ni diorang melihat aku sebagai sehelai kertas yang takde isi apa-apa ke?

Sejak sebelum aku kawen lagi dah banyak peringatan-peringatan untuk kita-kita supaya jangan terlalu sibuk bertanya soal mengandung dekat orang lain. Dekat blog, FB. Tapi mungkin jugak la orang yang bertanya dekat aku tu takde blog dan FB. Sebelum kawen jugak aku dah biasa tengok kawan-kawan yang dah berkahwen kena soal dengan soalan yang macam tu. Bagi yang belum ada berita baik mesti la rasa kurang senang. Masa tu je aku dah bagitahu diri sendiri supaya sentiasa ready dengan soalan-soalan macam tu.

Itu pun, walaupun aku ready, kadang-kadang bengang jugak. Itu aku ready tu. Kalau aku tak ready? Agak-agak hangin tak satu badan? Huhuhuhu. Memula kena soal aku nak tergelak.. Baru sebulan dah tanya, dah kenapa? Korang nak campak duit kat aku untuk bil hospital ke? Then aku amek tak kisah. Rupanya bukan aku je, Suami pun kena soal jugak. Suami macam biasa, buat lawak badut je dengan kawan-kawan dia. Sampai satu tahap Suami dah pandai sikit, dia cakap 'baru lagi..hahahaha'. Konon kelakar di situ.

Masa dekat tempat lama Mrs Boss pernah advice, dia suruh aku jangan stress nanti effect sambil tengok perut aku. Belum lagi aku cakap. Pastu dia suruh aku jangan, jangan, jangan stress. Tapi aku memang stress kat sana. Tak boleh nak tipu, tak boleh nak buat-buat senang hati. Tak boleh. Lagi-lagi kang perangai anak aku terkenan lak dengan perangai hampeh perempuan kat sana tu. Tak kuasa aku!

Banyak jugak yang advise, key word dia tetap la 'jangan stress'. Diorang cakap kalau stress susah nak lekat. So please take note kepada yang bakal berkahwen ya :) 

Lagi satu nak bagi orang tutup mulut supaya jangan nak jadi kaset, asyik dok ulang soalan sama 'dah ada isi belum?' 'dah ada isi belum?' senang je.. Jawab 'Rilex duluuuu..' pastu buat muka annoying.

Confirm tak tanya dah lepas tu. Ni tips aku la. Sentap la kalau tanya sepuluh kali sebulan. Gila apa. Awal-awal kawen aku dah jawab macam tu. Tak kuasa aku nak layan soalan sama ulang2. Ingat aku cikgu ke nak jawab banyak kali.

Sape tanya aku memang itu la jawapan aku. Kang aku jawab 'takde lagi..' sambil muka senyum simpul, for sure ada je ayat sambungan kat belakang 'haaaa..meh belajar dengan aku meh' 'salah skill tu'. Abah kau. Kang aku jawab 'belum ada rezeki lagi' sambil buat muka sopan santun, for sure belakang aku ngata. 'Belum ada rezeki lagi..kesiannn' sambil buat muka cebik-cebik.

Eh, kalau ada pun kenapa? Kalau takde pun kenapa? Busy body.

So please la kalau yang belum termengandung lagi tu.. Jangan stress, jangan layan sangat soalan-soalan diorang tu. Kadang-kadang kan aku jadi sangat extremist dengan orang yang bertanya. Bagi aku diorang semuanya sama. Suka menyibuk. Walaupun aku tau, ada jugak yang bertanya sebab nak share kegembiraan berita baik kita. Tapi kalau orang yang sama je tanya, nak je aku lempang muka dia.

Kalau di layan confirm korang down kan? Yelah, sorang tanya sepuluh kali.. Sebulan sepuluh orang bertanya. Korang mesti rasa macam dah sepuluh tahun kawen tapi belum ada isi lagi sedangkan korang baru je dua bulan kawen. Apa tu? So jangan stress okeh. Tak guna stress sebab soalan orang lain, bukan diorang nak campak duit buat bil hospital ke, stroller ke, baby cot ke. So?

Kitorang Suami Isteri boleh bergurau hal-hal macam ni sebab kitorang tahu apa kitorang nak. Tak payah nak sedu sedan sangat kat bahu Suami. Suami pun tak payah nak kerut-kerut dahi sangat memikir skill terbaru. Just enjoy your marriage life, masa ni la nak tengok wayang midnight Fast and Furios 6 berdua, sejuk peluk-peluk lengan Suami, suap-suap popcorn. Takkan nak buat masa belum kawen kot! 

Banyak jugak aku dengar orang advise, kalau belum ada rezeki tu maknanya Allah nak bagi peluang kita berdua-duaan Suami Isteri. So think positive banyak-banyak yer. Tak guna buat muka sememeh tiap hari g kerja. Lagi la orang tau masalah kita. Lagi orang suka. Tepuk tangan tengok kita. Sila buat muka bahagia giler. Biar orang naik pelik. Lantak la. Kisah pulak diorang tu. Emo sangat aku kan.

Well, ini lah bebelan dari orang yang dah kawen, dapat pulak soalan annoying cenggitu. Walaupun aku sentiasa bersedia sejak sebelum kawen lagi, kadang-kadang bengang jugak (ni kes orang yg sama tanya, tak pun mimik muka macam mintak penampar). So guys,lets make them annoying back. Hahaha! Sila jawab dengan berhemah okeh.

pssst : kita tak nak la bersikap kurang ajar dengan orang lain, tapi kalau orang lain tak perrrnaahhhh fikir perasaan kita, sampai bila boleh/mampu bersabar eh? mulut ni jahat jugak kadang-kadang. hati ni berkata jugak. haihhhh.

Suami : genap 7 bulan kita kawen kan?
Isteri : a'ah laaaa..xperasan pun. ayang ingat eh? bagusnya lahh..
Suami : kalau pregnant ni mesti dah 6 bulan..ngehngehngeh..
Isteri : Damn you.

Enjoy your husband and wife life. 



Love,
Nursaila Norman!

28 comments:

  1. Takpe, orang memang tak boleh tutup mulut. kadang2 dia ingat manusia ni kilang biskut ke.Masa namee baru kahwin 2 weeks pun...dah ada yg tanya ...namee dah ada baby ke?' ...wah wah. namee senyum je kata takde. pastu biasa lah tiap bulan mesti tanya jugak soalan sama.

    pedulikan orang kata apa. rezeki Allah yang beri. kakak namee sampai setahun pun masih belum ada isi. tapi now dah ada...bulan 10 ni beranak lah. Rezeki tu ada, Allah akan kasi. jangan peduli orang kata. ok. :) namee doakan kamu.

    ReplyDelete
  2. Awak!!!!!
    Kita pun tengah lalui fasa macam gini. Yang tanya tu dah malas layan. Paling bengang siap bandingkan dengan orang yang baru kahwin. Pulak tu yg tanya tak kahwin lagi. Annoyed gila.

    But betul la kan. Allah nak bg kita chance berdua dua dulu.
    Positif. Enjoy our moment :)

    ReplyDelete
  3. rilex2.. dapat lambat pun kena, dapat cepat pun kena jugak.. manusia ni ada je yang dia nak cari.. sabo eh saila... ALLAH tu lebih tau.. dia akan bagi bila Saila dah bersedia nanti.. pedulikan je mulut2 tu.. :)

    ReplyDelete
  4. haha...ayong pn tgh bersedia ni...x lama lg mesti kena tembak dgn soalan hot ni...cool jela kan...nak g tgk wyg sesame lepas kawin pun x sempat lg ni...hahaha...

    ReplyDelete
  5. rezeki anak bukan kte boleh tetapkan bile..klu DIA xnak bg lagi, ade la sbb2nye..
    so, nikmati dan hargai ms2 berdua ni dulu

    bg N..kte dh boleh bace dan notoce dh org yg suke tny soklan mcm ni,actually xsalah nk tny tp cara bertny tu yg buat kte jadi kisah..lg2 klu yg bertny tu org dh veteren2 gitu..adeeeehhh~

    ReplyDelete
  6. mcm 2 la lumrah manusia ni saila....sebelum kita kawin sibuk tanya bila nak kwin,dah kawin tany sal anak plak,nanti anak dah ada,tanya plak bila nak menambah..amboi bunyi senang ja mcm sehari proses dah siap.kita yang melaluinya 9 bulan taw...bab berduaan dengan hubby 2 ika setuju.Ika sejak pregnant,xsuka keluar.Xsuka berada dlm orang ramai,rimas ,meloyakan.So dah lama xdating ngan hubby sendiri :( rindu nak tgk wayang sama2 taw!!

    ReplyDelete
  7. saila..

    paham sangat perasaaan saila..
    sebab kite pun disoal macam tu..
    Tambahan pulak bila kawin sekali dengan adik..
    BIla adik ipar dah berisi lagi laa orang tanya dan comparekan kami..
    Astarfirullah alazim.. Macam takde iman je sesetengah orang yang tanya tu.. Seolah-olah rezeki anak tu kite yang tentukan..

    Alhamdulillah..suami saya support dan selalu tenangkan i..

    Saila..Semoga kite sama2 dapat rezeki Allah tu kelak. Amin..

    ReplyDelete
  8. Saila,

    Buat relax aje sudah. Nana yang dah preggy awal ni pun kena tanya jugak. Dorg pertikaikan kenapa cepat sangat dpt anak. WTF?? Kenapa cepat sangat?? Dah rezeki nak dpt awal tak kan nak ckp tak nak pulak kan.

    Ingtkan dpt awal org tak bercakap. Ini dapat awal pun org berkata. Kalau tak ada nanti lagi lah mengata. Yang penting sabo and buat relax aje.

    nana doa kan semoga lepas ni rezeki saila pulak utk dapat baby yg comel2.

    Love you! :)

    ReplyDelete
  9. hahaha..ok bab ni bkn yan xnak pikir..tp pasangan yan dah lama pikir..OMG! hahahha...klu cerita kat uols mau uols gelak...kekekke..oh bakal suami ku..hahahah tp betol lah..rezeki tu dtg dari allah..bkn kita kan :)

    ReplyDelete
  10. biasalah manusia.bila preggy awal mengata.xpreggy pon mengata.pelik.

    ReplyDelete
  11. masa rad dlu biasanya rad akan jwb :

    1) mestilah dah ada isi.. kalo xde isi kang lapar pulak.. hahaha

    2) baru je lepas isi perut ni.. kenyang lg.. *kalo jwb gitu siap kena tepek 1 kt bahu.. pang~! sbb jwb main2.. hahaha

    3) cuba awk cakap, cepat2 lah ada baby.. cukup 44kali inshaAllah kita ada isi.. kan lagi mudah dr awk nk tahu jwpn bg soalan 'dah ada isi ke belum?' kan?? kan??

    4) Allah beri kami peluang perbaiki mana yg kurang.. sekurang2 nya bila dah ada baby nnt inshaAllah kami dah bersedia.. *jwb smbl senyum meleret..

    ni antara jwpn yg slalu rad bg.. jwb smbl senyum kdg smbl gelak tapi dlm hati hanya Allah yg tahu..

    mcm skrg ni.. walau pun rad dah pregnant tp rad tetap akan jwb 'korg doakan yg baik2 utk kami suami isteri ya.'

    ReplyDelete
  12. Setuju dengan Saila.. Mulut orang ni tak boleh tutup kan..suka tanya soalan cepumas. Macam I dulu masa tgh berusaha mmg cuba positiv sgt.

    Ada yang mulut xde lesan siap cakap, kalau sorang duduk KL, sorang dok Johor, mmg takkan dapat la. T_T. Ada gak menambah cakap, sbg isteri ko kena ikut suami, kalau x ikut, usaha mcm mana pun x berkat T_T. pandai je jatuhkan hukum.

    Tapi kita kena kuat. Jangan terkejut, kalau dah ada isi nnt, lain pula soalan cepumas nya. Nak buat mcm mana kan...dah gaya org kita mcm tu haha.

    ReplyDelete
  13. same goes with me saila.

    baru 2 minggu kawen dah ada org tnya dh ada isi ke belum. mentang2lahperut kita mmg buncit oledi dan2 tnya mcm2. sobs sobs

    but what to do. mulut manusia kan?

    tp yg plg best kita selalu kp dgn kwn2 kita, tp yg rapat2 jelah bila diorg tnya dh ada isi ke belum. kita akn jwb mcmni "belum lg lah weh. kalau aku dh ada aku bgtau. kalau aku tak bgtau tu, ko jgn tnya2 aku tau." siap warning lg diorg. hahaha. nasib baik diorg faham . hehe

    ReplyDelete
  14. errrrrr.. soalan biasa tu kan..
    walaupon kita belum kawen, di tanya bila nak kawen..
    walaupon kita dah tunang, di tanya bila nak kawen..
    walaupon kita dah kawen, di tanya bila nak ade anak..
    walaupon kita dah ade anak sorang, di tanya bila nak tambah anak..

    lumrah hidup kan..

    manusia tak kan pernah puas bertanya bertanya saila..

    sama2 lah kita kuat dari soklan2 camni.. Heeee :D

    ReplyDelete
  15. Sha pon kena bersedia ngan soalan ni.Tapi tu la kan.Typical org kte.Belom kawen tny bila nak kawen.Da kawen soalan lain plak timbul.Da dapat anak sorang tny plak lg bila nak tambah.And the list go on.Sabo je la.

    ReplyDelete
  16. mcm saya dpt soalan.. bila nak kahwin? sebab adik dah nak kahwin.. mmg annoying those question...

    ReplyDelete
  17. ye betul tu saila. nuha pon nyampah gile dgn soalan tu walaupun yg tnye tu nenek sendiri. ciyes. siap plak dok cite org len yg da muntah2 sickness. peduli hape aku??

    #emo mak buyong emo#

    ReplyDelete
  18. same la dgn Aiza.. br kawen 25th Mei ari tu.. da sbk org tny. br 2 weeks kot!

    tp buat xtau je.. lg 1 sgt tak suka dgn makcik2 yg tny pstu bila jwb xde lagi dorg akan wat assumption kte plan. start la buat ayat tak elok planning2. grr!

    tak percaya ke anak tu rezeki Allah kan. tak faham dgn org2 yg mcm ni.

    ReplyDelete
  19. sama lah kita..annoying sgt..sy lps kawen 10 bulan baru lekat..mmg skt ati..tp mujur asben paham..dia la duk pujuk ckp dah xdak rzki xkan nak salahkan Allah pulak..sbr jela ngn prangai manusia ni..

    ReplyDelete
  20. good sharing u guys! komen2 korang boleh add dekat entry saila tu..sbb byk nk ckp tp xterluah..korang dh tlg tuliskan utk saila..hehehe

    pape pun bg yg blm termengandung tu keep being positive,sabar,kuat jgn sedih2 k..bg yg dh mengandung tu tahniah sgt..setiap rezeki yg allah bg tu ada hikmah..hikmah dr allah xde yg xbgs kan..semuanya indah & baik2 belaka.. :)

    ReplyDelete
  21. huhu inilah apa yg rasa i skrg. mula mula i tak kisah sgt tapi lama lama jadi makin annoyingla plak. bila selalu sgt tany pastu sampai pegang perut kita la apa padahal rapat pun tidak. haish sabarlah wahai hati. Allah has better plan for us :)

    ReplyDelete
  22. Sabar ya saila, doa banyak2 in sha Allah ada la rezeki tu cuma kita tam tau lambat ke cepat je kan. Tapi manusia memamg camtu bila mengandung cepat ni orang cakap cepatnya tak tau nak jawab apa ketawa jela :) tak sakit hati kan

    ReplyDelete
  23. sebagai orang bujang yang dah nak masuk 30-an....ko rasa apa soalan yang aku perlu hadap?????puihhhhhhh

    ReplyDelete
  24. saye..dua minggu selepas kawen orang dah tanyeee..mau tak emo hati ni..alahai...

    dorang ingt senang ke ...
    main pastu dapat....
    grrrrr...

    ReplyDelete
  25. kalo bujang tanya soalan bila nak kawen..dah kawen tanya bila nak mengandung..dah mengandung tanya bila nak bersalin..dah tu tanya lak bila nak tmbh bb lg..pasni bila nak bermenantu..bercucu...liku2 kehidupan yng dikelilingi manusia..sabar jer la :)

    ReplyDelete
  26. mulut org mcm tu kan, kalau br kawin tnye dh de isi belum, dah anak 1 tnye plak bila nak num 2 mmg x bis conversation.

    nnt lyn kawen pn kne prepareee jgk la mcm saila, jawab relax dluuuuu hahaha sambil jeling2 sikit kan. comel la saila ni hehehe

    ReplyDelete
  27. btul tu..annoying sgt..
    for me, soalan bile nk pregnant mmg lg sensitif dr soalan bila nak kawen..

    klu kawen ni kita boleh nak rncang nak kawen bila..
    tp, pregnant ni semua kerja Tuhan..

    hope saila cepat2 ada isi!;)

    ReplyDelete
  28. biar la org nk kate ape saila...
    sabar tu yg pntg..
    time ni la kite nk rs btl2 nikmat berdua sblm ade anak..
    org mesti x sangka kite dh kawen..

    yg pntg xmo sedih2.. tunjukkan ygh kite sbnrnya bahagia dgn care kite sendiri... hehhee...

    pape pn, pntg pntg think more positif, sabar & trs berusaha..
    setiap hambaNYA, rezki lain2..
    insyaallah

    ReplyDelete

mmuah! mmuah!