Assalamualaikum.
Lagi berapa hari nak raya?! Hohoiiiii.. Excitednya.. Sebenarnya taktau apa yang excited sangat.. Haha. Excited nak pakai baju raya sama-sama dengan Suami sebenarnyaaaa.. Sebelum ni 6 tahun raya asing-asing, tahun ni siap lah! Hahaha.. Sukanyaaaaa!
Kalau cakap pasal raya mesti timbul isu nak balik kampung sape dulu kan? Macam kitorang kebetulan sebelum kawen tahun lepas Suami bagi hint balik raya belah dia. Tak kisahh.. Mana-mana pun boleh.. Tak lama tu ada jugak kawan-kawan lelaki mengusik 'tahun ni raya kampung Gaban padan mukaaa'.
So tahun ni ramai yang tanya 'raya mana tahun ni?'
Tahun ni kami raya KL dengan Kelantan serentak. Hahahaha. Boleh?
At first kitorang plan nak balik Kedah, tapi kitorang tukar plan.. Balik Kelantan lah. Suka-suka je main tukar-tukar kan? Nasib la sape suh banyak sangat kampung. kehkehkeh! Tapi bila fikir-fikir balik, jalan mesti jam teruk-teruk. Hmmmm.. Kitorang plan lain.. Solat raya dengan makan puas-puas dulu sampai kenyang dekat sini pastu baru gerak balik ke Kelantan. Semata nak elak jam.. Setakat perjalanan bergerak perlahan okay lagi, jangan la stuck terus. Huhuhuhu!
Ada jugak yang cakap 'lamaaanyaaaa beraya sebelah mertua'. Takpe lah, Suami pun jarang sangat jumpa mak dia.. Bagi la chance.. Kesian mak dia.. Dah la Suami anak bongsu, mesti diorang rindu-rindu. Aku takpe, anak sulung, jiwa kental. Muahahaha.. Siyes ni, memang kental. Janji hati aku happy je, tak happy siap. Hehehehehehehehehehe.
Kalau takde halangan raya ke-5 balik KL semula.. Jumpa family aku pulak. Pastu beraya la sampai raya ke-29 punnn.. Orang KL memang raya sebulan. Wink! Wink!
Bagi aku isu balik kampung ni jangan lah di besar-besarkan.. Kalau masing-masing kampung halaman jauh-jauh, sorang Perak sorang Kedah memang tak boleh nak buat apa la kan.. Memang la berebut nak balik mana dulu.. Tapi kalau macam aku ni, dekat dengan family sendiri aku okay je beralah dengan Suami.. Tiap-tiap tahun nak raya Kelantan pun takpe.. Sebolehnya taknak la masam-masam muka nak raya-raya ni kann.. Masam muka tak dapat beli handbag raya takpe. Muahahaha!
Tapi lagi satu kalau mertua okay memang tak kisah la balik lama pun rumah mertua kan.. Kalau family mertua macam suam-suam kuku je.. Macam tak berapa nak berseri je.. Memang berat la hati nak beraya belah sana kan.. Huhuhu. Faham.. Rezeki masing-masing, ada yang okay dengan keluarga mertua, ada yang tak.. Yang tu banyak-banyak la berbincang dengan Suami/Isteri. Meeting hari-hari lepas terawih pun takpe.. Janji raya jangan masam-masam muka ye.
Kepada yang bersikap tamak semasa hari raya ni ingat-ingatlah.. Satu hari nanti kalau anak-anak kita tak balik beraya dengan kita sedih ke tak sedih? Seorang mak, dia nak jugak anak dia makan ketupat rendang dengan dia walaupun untuk sejam dua.
Kepada yang pregnant awal-awal macam aku ni, aku sempat tanya beberapa doctor dan refer web pregnancy, diorang cakap okay kalau nak travel di hari raya.. Tapi kena kerap berhenti untuk hilangkan lenguh-lenguh badan kaki, banyak2 minum air masak. Suami dah pesan suruh bawak bantal supaya selesa.. Yer, pastu aku tidur sepanjang perjalanan padan muka. Hewhewhew :)
Love,
Nursaila Norman!
Kan saila bila pregnant kita punya perasaan dah macam mak mak tau. Jadi tak boleh dengki ngan mak mertua kita sebab tau macam mana susahnya masa kita bawak perot ni kan. Dija pun baru nak update pasal balik raya ni singgah dulu blog saila hee selamat hari raya in advance saila seronok kan 1st timw nak raya ngan suami and ada si kecik dalam perot ♥
ReplyDeleteberalah je. hehehe.. first raya as wife ni kita blk kampongku dulu.
ReplyDeletelepas tu baru turn husband. no gaduh-gaduh kena sesama. btw, congrats yahh dah pregnant. jaga pemakanan...
saila! samalaha kita beraya kat rumah mertua je. yang seronoknya beraya kat uma mertua, dorang ni layan bagai puteri, tak bagi buat kerja langsung. hahahaha.
ReplyDeleteayong pun balik klate ptg raya pertama...untuk ke pertama kalinya...haha..semoga semua selamat ye....=)
ReplyDeleteBwk bantal alas pinggang ngn punggung, saila.br selesa jln jauh.btw,tahniah tau saila.jaga diri baik2:-)
ReplyDeleteselamat hari raya..hati2 travel nanti... banyakkan rest jugak utk baby n mak baby tu tau..
ReplyDeleteEh..samela kita. husband org kelantan. hehe..imahpun beraya dekat kelantan dulu. Raya ke-2 baru gerak balik kampung imah dkt kedah. pasl raya ni xkisah raya mana dulu. Asalkan balik dua2 kampung. hehe..imah balik kelantan sabtu lepas. Alhamdulillah..xjammed. maybe sbb balik awal kot. selamat hari raya. take care ya!
ReplyDeleteSaila.. Kelantan tak jem pun raya kali ni.. mgkin sebab ramai yg balik berperingkat kot..
ReplyDelete