Assalamualaikum.
Salam Syawal, salam kemeriahan semua! Selamat pengantin baru in advance kepada yang akan melangsungkan perkahwinan di bulan Syawal ni, barakallah!
Harini tergerak hati nak share pasal drama nak dekat-dekat raya haritu, huhuhu! Sebabnya bila terbaca atau bertanya siapa-siapa, ramai yang ada pengalaman bleeding. Even macam takde benda bagi sesetengah orang (especially yang dah senior macam mak-mak kita) tapi tetapppp risau bila jadi kat diri sendiri kannn. Huhuhu.
Entry ni agak panjang, sebab nak share info selagi boleh dengan pembaca. Harap bertabah ya :)
Puncanya malam Ramadhan ke-16 tu pergi ke Jalan TAR mencari baju melayu Suami dan mencari Inner Neck. Memang puas hati la malam tu dapat baju melayu Suami versi Aaron Aziz walaupun takde la teringin or terniat pun nak baju Aaron tu, tapi dah semua tak best, memang Jakel lah jawabnya kan.. Jauh jugak berjalan, parking takde, yang parking lot pun taknak mengalah.. Rm15 per entry, Rm10 per entry itu pun full. Last-last kitorang parking kat Jalan Doraisamy Rm5 per entry. Takde la jauh sangat dengan Jakel, lagi-lagi dah pukul 11 malam mana nak terasa kalau jalan kaki pun kan.. Dalam berjalan tu ada jugak rasa cramp dekat perut, pastu relax kejap.. Hilang cramp jalan lagi.. Sammmpaii la settle membeli baju melayu dengan inner.
Harini tergerak hati nak share pasal drama nak dekat-dekat raya haritu, huhuhu! Sebabnya bila terbaca atau bertanya siapa-siapa, ramai yang ada pengalaman bleeding. Even macam takde benda bagi sesetengah orang (especially yang dah senior macam mak-mak kita) tapi tetapppp risau bila jadi kat diri sendiri kannn. Huhuhu.
Entry ni agak panjang, sebab nak share info selagi boleh dengan pembaca. Harap bertabah ya :)
Puncanya malam Ramadhan ke-16 tu pergi ke Jalan TAR mencari baju melayu Suami dan mencari Inner Neck. Memang puas hati la malam tu dapat baju melayu Suami versi Aaron Aziz walaupun takde la teringin or terniat pun nak baju Aaron tu, tapi dah semua tak best, memang Jakel lah jawabnya kan.. Jauh jugak berjalan, parking takde, yang parking lot pun taknak mengalah.. Rm15 per entry, Rm10 per entry itu pun full. Last-last kitorang parking kat Jalan Doraisamy Rm5 per entry. Takde la jauh sangat dengan Jakel, lagi-lagi dah pukul 11 malam mana nak terasa kalau jalan kaki pun kan.. Dalam berjalan tu ada jugak rasa cramp dekat perut, pastu relax kejap.. Hilang cramp jalan lagi.. Sammmpaii la settle membeli baju melayu dengan inner.
pukul 12 malam macam kat param*!
Dah settle membeli haruslah haus dan lapar kann.. On the way nak ke kereta tu mesti la lalu kawasan sup Doraisamy, aku memang suka gilerr sup dia, so menyinggah la kejap kami-kami punn. Tak padan dengan esok kerja! Masa tengah makan sup daging tu baru teringat yang diri ni pregnant. See, boleh lupa kan! Tapi masa tu pun dah nak habis sup dah. Alang-alang tu aku habiskan je la. Sup tu pulak memang kaw giler dia punya rempah. Masa tu macam was-was sikit.. Takpe ke ni? Dalam hati jela, tapi habiskan jugak sup tu. Bengong.
Esoknya Jumaat masa kat ofis dah dekat pukul 12 tengahari pergi toilet terkejut tengok warna air dalam bowl tandas warna lain, tengok dekat underwear ada spotting. Masa tu dah errrrrr.. Perlu risau ke tak? Perlu ke tak? Masuk ofis bagitahu officemate, dia suruh cepat-cepat pergi klinik. Masa ni confirm la risau kan.. Dah suruh g klinik pulak.. Cepat-cepat amek medical card pastu teringat baik g klinik panel Suami, dah buat check up kat situ dua hari lepas better refer situ je kan.
Cut it short, doctor tak boleh nak trace spotting sebab apa. Sebab kandungan baru sangat, 5 weeks masa tu memang tak boleh nampak apa. Doctor check air kencing nak tengok okay ke tak. Result okay takde jangkitan. So doctor suruh balik berehat sahaja. Kalau banyak darah dan sakit perut yang kuat doctor suruh pergi hospital terus. Since spotting not bleeding, hati macam okay sikit. Dengan harapan tidak menjadi lebih worst.
Lepas Suami hantar aku kat rumah, aku terus tido sampai pukul 6 lebih itu pun sebab Suami kejutkan ajak pergi rumah Ibu untuk berbuka. Masa tengah berbuka tu la perut aku cramp gila-gila macam nak period. 2x contraction. Pergi bilik air macam period. Huhuhuhuhu tak bestnyaaa. Lepas solat maghrib kitorang terus pergi Hospital KL.
Sampai kat klinik pesakit luar diorang suruh refer Pregnancy Assessment Center (PAC) Hospital Bersalin terus. Dekat situ daftar apa semua, baru naik tingkat 1 refer dengan Early Pregnancy Assessment Unit (EPAU) untuk scan lebih lanjut. Ingatkan scan bengong-bengong je..... Tidak rupanyaaaaa..
Nak dipendekkan cerita, nurse bagi kain suruh ditukar dengan seluar jeans yang aku pakai tu. Ada katil dan katil adalah sama paras dengan tingkap! Kalau lah ada orang di blok lain yang sama tingkat dengan aku mesti free freeeeee je dapat tengok kannnn. Benda first yang doctor buat ialah memasukkan Speculum. Aku pun baru tau dia buat Pap Smear rupanya. Tau kan apa itu Pap Smear?
A Pap smear is a microscopic examination of cells scraped from the opening of the cervix. The cervix is the lower part of the uterus (womb) that opens at the top of the vagina.
It is a screening test for cervical cancer.
Nak tahu rupa Speculum tu? Sila google. Malas nak attach dekat sini, macam ngeri je. Haha. Tips semasa prosedur Pap Smear jangan angkat punggung. Jangan okeh! Masa tu siapa pun taktau kan, bila speculum tu dibuka mesti la rasa lain, rasa sesuatu yang ganjil di situ, memula aku terkejut dan terangkat sedikit punggung, cepat-cepat nurse larang, dia cakap nanti terasa sakit. Oh yeke, aku pun slowly relax kan badan, paksa relax okeh.. Kalau tak relax memang terasa sesuatu. Hati takyah cakap la, dok tengok je muka doctor dengan nurse, dalam hati tanya 'bila nak habis babe?' huhuhu. Aku dah malu gilerrrr tengok muka diorang berdua. Kalau ada bantal nak je tutup muka. Lepas doctor tengok-tengok, intai-intai aku dengar doctor tu cakap dengan nurse 'okay je'. Pastu dia cuci-cuci sikit, dia dah puas hati bersihkan apa yang rasa dia nak bersihkan tu baru dia keluarkan Speculum yang mengerikan ittue. Gulp!
Lepas tu doctor macam tak puas hati sikit, dia suruh aku tahan nafas. Serentak itu juga dia check dengan jari pulaksssss. Tips lagi satu, kalau doctor suruh tu buat je terus. Jangan ha? ha? Sebab bila dia suruh tu, dan dan tu jugak dia nak buat sesuatu. Masa dia suruh tahan nafas tu tak tunggu sesaat terus aku tahan nafas, nasib baik.. Dia terus masuk saje jari dia. Tak tunggu 0.5 saat pun u ollss. Huhuhu. Dah settle tu dia suruh buang air kecil sebab nak tengok air kencing okay ke tak. Again? Pagi tadi dah kencing kat klinik dah.. Malas okeh nak tadah-tadah air kecil nihhh. Masa kat tandas tu la aku tergelak geli hati memikirkan proses yang aku baruuu je lalui. Kelakar sebab macam tak percaya doctor masuk Speculum masuk jari. Wuwuwuuuuu!
Dah sudah tu tunggu kejap kat ruang menunggu, Suami tanya doctor buat apa tadi. Aku malas nak cerita.. Kang pengsan pulak. Tapi pastu aku cerita lah jugak.. Pucat muka Suami aku. Hahaha! Tu la nak tau sangat.. hikhikhikhik. Tak lama lepas tu nurse panggil masuk lagi kat bilik kecik tu. Lahaaaiiiii menyampahnya.
Kali ni nak scan pulak. Tapi bukan atas perut. Di bawah itu lagi. Vagina. Damn. Kali ni doctor annoying giler macam tengah bergaduh dengan boyfriend. Dia masukkan alat yang serupa macam lelaki punya alat kelamin, tapi serius tak best sebab doctor tu cam hahahampeh. Doctor dengan nurse tadi baikkk sangat, lembutttt je. Yang dia ni masyaallah.. Ko dah kenapaaa? Dia check macam orang malas, dia sebut apa yang dia nampak dalam skrin pun macam orang berbuka dengan air je. Malas. Dah settle tu dia cakap semua okay, memang pregnant tapi tak boleh nak nampak apa-apa sebab baru sangat.
Tapi ayat paling sentap bila doctor annoying tu cakap 'kita nak amek darah awak nak tau sama ada awak mengandung dalam rahim atau luar rahim, kalau luar rahim kena buang lah'. Gittueeeee ayat dia. Doctor yang lembut-lembut tadi tengok je muka doctor annoying tu. Dia pun terkebil-kebil. Sebab bleeding ni boleh terjadi sekiranya kehamilan luar rahim. Tapi perlu ke ayat sadis cenggituuuu? Huhuhu.
Dah siap semua sambil nurse ambil darah aku tanya kalau saya pregnant luar rahim macam mana prosedur buang dia? Nurse cakap operation. Aku tanya balik sakit tak? Nurse cakap masuk labor room tak sedar dah. Okay noted. Aku saje prepare mentally. Aku memang macam ni. Get ready yang ngeri-ngeri. At least aku prepare mental dan emosi.
Balik dari hospital Suami jumpa kawan sebab hal bisnes, masa tu kawan dia tanya 'dah ada ke'. Suami pun bukak cerita, akhir perbualan kawan tu suruh refer ubat kampung. Sebab isteri dia pun ada masalah jugak masa pregnant, air ketuban makin berkurang2, tak larat refer hospital diorang buat cara kampung. Settle. Dah bersalin dah pun. Suami apa lagi, remind aku berkali-kali. Esoknya aku sms Ibu tanya mana nak dapat ubat kampung. Pagi Sabtu tu dah banyak darah keluar macam period. Sakit macam nak period, sangatlah tak selesa. Disebabkan aku kalau period takde sakit pelik-pelik, takde symptom pelik-pelik, jadinya aku rasa tak best la. Huhuhuhu.
Nasib baik masih ada bidan klinik kerajaan dulu-dulu, dia buat jugak cara lama.. Ibu bawak aku dengan Suami pergi rumah bidan tu dengan 3 biji kelapa dan air mineral. Bidan tu cakap perut aku panas, ada makan apa-apa yang panas ke? Takde, tapi aku makan sup daging kuah dia panas jugak sebab rempah dia kaw gila. Itu jelah puncanya, plus aku puasa. Bidan tu suruh minum air kelapa tu sebijik sehari dan jangan puasa.
Dipendekkan cerita lagi (tapi pajang jugak aku rasa ni), darah pun berkurangan. Kurang banyak lah jugak. Dari pakai panty liner, terus tak pakai sebab makin sikit, sikit dan sikit. Dalam 7 hari ngam-ngam jugak darah kuar. Paling banyak lewat hari jumaat dan pagi sabtu. Lepas tu berkurangan sampai last day masa raya pertama. Itu lah hari terakhir darah keluar.
sobsobsob.
Disebabkan bleeding tu Suami pun bagitahu Mak dekat Kelantan yang kitorang tak jadi balik sana beraya. Sedih takyah cakap la, dah la plan awal-awal nak balik ke sana beraya tapi last-last tak jadi pulak. Mak pulak sms and call Suami tanya keadaan aku. Siap cakap kalau tak jadi balik bagitahu ye, takde la Mak masak banyak. Sedih bila Mak pesan macam tu. Lepas 3 hari amek darah kat hospital tu kitorang datang semula nak tau result, berdebar-debar takyah cakap la.. Aku takut operation sebenarnya. Haha. Nangis dalam kereta masa on the way, pastu nangis lagi masa tunggu doctor sebab ada dua orang yg bleeding. So prosedur dia sama la macam aku haritu. Tapi kali ni siap ada sound effect dari dalam bilik kecik tu.. Haruslah suami-suami yang menunggu kat luar tu pucat lesi macam nak pengsan termasuk la laki aku. Hahahaha.
Oh, last-last bukan dapat result, dia amek lagi darah. Aku pun pelik, aku tanya la amek untuk tau pregnant dalam atau luar rahim kan? Doctor lelaki tu cakap 'a'ah'. Dah tu darah yang aku sedekah haritu mana? Nape amek lagi? Huhuhu. Malas nak argue aku biar jelah dia amek darah aku lagi. Pastu result dia 3 hari bekerja. Haihhhh.. Bertabah lah kannn. Sebelum balik aku tanya doctor lelaki tu yang aku nak balik beraya kat Kelantan boleh ke tak. Doctor cakap boleh tapi kalau sakit yang teruk kat kiri dan kanan perut beserta darah yang banyak kena pergi hospital terus tak boleh tunggu-tunggu. Aku cakap la aku takde pulak sakit kat kiri dan kanan, aku sakit kat ari-ari macam nak period tu.. Doctor cakap 'ohh, itu cramp rahim mengecut.. ini sakit dekat kiri dan kanan area tiub fallopio'. Okeh faham! Faham sudah.. Balik dengan hati gembira lalalalalalaaaa.
Penat je aku menggelabah ayam, siap nangis-nangis susah hati nak kena operate (over prepare mentally punya pasal) ngehngehngeh. Doctor annoying tak cakap symptom pregnant luar rahim tu macam mana. Dia selamber je bagi dua pilihan kat aku. Kan senang cakap macam doctor lelaki tu.. Takde la aku risau.. Sebab memang tak sakit kat area situ, takde la aku fikir bukan-bukan. Huh!
Bila ngadu kat Mak, Mak cakap yelah pregnant luar rahim tu selalunya dia stuck dekat tiub fallopio. Situ sempit sebab tu sakit. Doctor lelaki tu pun cakap kalau bleeding teruk maknanya dah pecah. Aku pun tak tanya lebih apa benda yang pecah. Embrio atau tiub? Embrio kot.
So raya pertama kami dapat la beraya macam biasa di KL dan Kelantan serentak. Alhamdulillah..
masa ni jam sebelum simpang Genting Highland pun!
kau ingat kapal terbang MAS ke ada tempat makan atas riba??
colek ayam! masa lalu-lalu kat Kelantan tu nampak la kedai-kedai tulis 'COLEK' 'ANEKA COLEK'. Esoknya aku saje request, laju je Mak bawak ke Pengkalan Chepa dekat Lapangan Terbang.
Colek Ayam Rm6, Colek Buah Rm3.50.
Sedap sengoti wehhh.
yang ni Maggie Ketam! Rm12 semangkuk. Mangkuk dia besar giler, ketam 2 ekor. Sup memang rasa ketam semata. Hilang rasa maggie tu.. Haha. yang ni Ayah Mad gigih bertanya orang Tok Bali mana Maggie Ketam.
ini pun sedap sengoti jugok wehhh :)
Isnin, raya ke-5 kitorang gerak balik ke KL, konon Isnin tu dah tak jam.. Yang adooo.. Baru dekat Machang.. Stress dah kami laki bini. Tak kuasa nak tunggu lagi kitorang masuk Gerik ke Grik ke sama je kan? Hehehehe.. Then aku drive sampai Kulim. Cramp jugak sekejap kat perut. Wuwu! Berani sungguh kau kannn.
Sampai Pendang kitorang stay rumah Abah Suami. Esok Selasa, lepas subuh kitorang bertolak balik KL. Nasib baik kitorang tak balik KL jugak dari Gerik. Jam teruk lagi rupanya. Fuhhhh.. Untung lah beraya Kelantan dan Kedah tiap-tiap tahun. Hehe!
Ada jugak terbaca dekat blog, pengalaman bleeding orang lain. Ikutkan kena rehat betul-betul.. Tapi jangan ikut cara dan perangai aku ni eh. Aku ni kes kuatkan hati dengan badan. Risau jugak, ada lagi ke baby, okay ke dia? Apa-apa pun kena positif. Tak boleh ikutkan hati kalau berlaku benda-benda yang tak diingini. Minggu depan 2nd check up genap 2 bulan. Kalau masih ada rezeki ada lah.. Risau sebenarnya kalau-kalau xde rezeki. Fuhhhhhh. Insyaallah, Allah Maha Mengetahui.
Siapa-siapa yang ada pengalaman bleeding boleh share sekali, boleh jadi info dan rujukan mommy to be yang lain dan bakal-bakal mommy to be jugak. Niat aku share ni pun sebab nak berkongsi setiap pengalaman yang aku dapat walaupun sikit berbanding orang lain.
Alhamdulillah, walaupun prosedur yang aku lalui haritu agak ngeri (sebelum buat) tapi sebenarnya prosedur tu okay, takde la ngeri mana (asalkan ikut tips yang doctor/nurse bagi kat aku tu). Bila diingat-ingat balik, sumpah kental jugak aku rupanya. Haha.
Till then, sharing is caring :)
*param = pasar ramadhan
Love,
Nursaila Norman!
saila byk rehat oke..jgn jln2 sana sini tau..hehe..
ReplyDeleteinsyaallah, i will..thx Rina :)
ReplyDeleteSo far xda pengalaman bleeding lama mcm Saila... Org pregnant ni bakal melalui banyak pengalaman 'menakutkan'... Tp amazingly, akan dilalui dengan penuh ketabahan... =)
ReplyDelete_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me
Wooooooo...Ini seram. Ngilu ngilu rase kak Saila hoii. InshaAllah takde pape. Kite tak sabar nak dapat anak buah. :D
ReplyDeleteSaila...bleeding smpai 7 hari mcm period jgk eyh.Byk jgk rupenye.Saila jage diri taw.
ReplyDeleteWewitt...nampak cket baju saila yg same tema ngan sha tu. ;)
Nelly : ye btl tu..boleh pulak lalui semua tu tanpa rasa fobia atau surrender hehehe :)
ReplyDeleteNadia : orang baca je ngilu tp hakikatnya xde apa pun..jgn takut tau..insyaallah akan ada anak buah awk ni :D
sha : tu la kan..tp sebenarnya bleeding hari yg seterusnya tu cuma semasa buang air kecil je..lain2 spotting sikit kat underwear..cuma total spotting mmg 7 hari.. :) baju kita samaaaa :P
haritu nana pun ada bleeding sket. tak banyak pun. tapi still rasa risau. kena banyakkan rehat la saila. jangan buat keje berat2. makan pun kena jaga.
ReplyDelete*nana tak pernah buat pap smear test. tak pe kan?
Nana : takpe..Pap Smear tu bila2 asalkan umur dah start 21thn..cuma dgn cara tu nak tau area vaginal kita kalau bleeding awal pregnant :) saila ok pun sbb refer bidan tu :)
ReplyDeletetake care saila.. :)
ReplyDeletetake care tau dear.. moga selamat semuanya hingga besalin nt =)
ReplyDeleteSama ngan pengalaman cik mah g hkl hari tu...dktor hampeh..nurse mmg bgus...ape2 take care ye...
ReplyDeleteTake care..awal2 kena jaga...
ReplyDeleteSelamat hari raya saila :) awal kehamilan memang kene jaga betol saila sebab kecik lagi kan dan belum kuat, saila jangan lasak2 sangat tau. Dija masa 16weeks peenah bleeding, rasa aritu banyak sangat bergerak, tiba2 darah menitik2, tapi sehari je. Hubby dija kan doktor jadi dia tengok dia kate darah sikit je xde ape2, jadi dija pun tak gi klinik pun check. Seram nya saila siap kene masuk jari lagi saila, kalo dija mesti dah muke takot dah huhu
ReplyDeletefuh i plak yg ngeri baca tu pn skip skip bab pap smear tu sbb tak berani haha
ReplyDeleteu take care tau saila. rest jgn buat keje berat berat
jg mkn kak saila..org mengandung ni sensitif..kdg2x bnda biasa kita blh bt bila mengandung je trus tak blh...jgn kuat2xkan sgt bdn ye tau...jg diri jg baby...apa pon slmt menempuh pengalaman pregnant yer ^^
ReplyDeletetake care
ReplyDeletehuhuhu..ngeri la plak membaca ni..coi!!! apsal xdtg umh..merajuk sm awak :P
ReplyDeletemoga selamat semuanya,....take care
ReplyDeletengeri baca .. neway jaga diri yer dear
ReplyDeletei pon dulu mula2 ada bleeding gak dear,tp ok.pas tu jgn lasak lasak sgt.hehehe
ReplyDelete