CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

Friday, September 27, 2013

Short Update : Hand Bouquet & Veil

Assalamualaikum.


Hello lovelies!

Ehem, ehemm.. Atas sebab aku dapat banyak tak banyak lah tapi beberapa jugak lah - permintaan untuk menyewa veil nikah aku, dan oleh kerana veil nikah aku tu tak sesuai di sewakan atas sebab :

                           1. sayang
                           2. dah tak elok sangat

Aku agak stress sebab tak mampu nak tolong orang huhuhuhuhu! Yelah, kalau aku pun nak jugak sewa kalau harga murah.. Mana-mana kita boleh save budget kita cuba save kan? Last-last aku buat veil baru. Veil ni khas untuk sewaan.

Pasal veil nikah aku tu, aku guna chiffon yang agak mahal (sebenarnya tak la mahal mana pownn, tapi consider mahal la berbanding harga baju kawen aku cuma rm5 per meter) memang la softtt, lemah gemalaiii, tapi itu lah.. Susah sebenarnya terlalu soft ni. Bila jahit lace dan pearls di atas chiffon tu, kain mudah pecah. Bila kain pecah, berat pearls (since ada pelbagai pearls termasuk lah pearls bersaiz besar) akan mengakibatkan kain pecah dengan agak teruk lah jugak. sobs! Nyesal juga chiffon terlalu soft pun ye jugak.. Effect nya nak pass kat anak nanti pun rasanya tak layak. Perasan sikit takpe eh! End up, veil disimpan dengan baik supaya tak mendatangkan kerosakan yang lebih dasyat.

Sebab tu aku tak nak sewakan kepada yang berminat. Tak sopan kot sewakan veil yang ada rosak situ sini. Tak sanggup!

Bila dah complete veil tu aku share dan open rental dekat sini eh. Sekarang dalam progress. Insyaallah secepat yang mampu aku akan bukak sewaan.

Hal yang kedua aku nak buat sewaan untuk hand bouquet jugak. Ada jugak yang bertanya, tapi hand bouquet aku pun sama, aku tak nak sewakan. Kondisi tidak mengizinkan :(

Cuma dalam plan ialah Brooch Hand Bouquet dengan Crepe Hand Bouquet. Ada yang berminat tak untuk sewa dua jenis hb ni? For sure harga sewaan untuk Brooch Hb lebih sikit dari Crepe Hb. Berdasarkan kos :) Tapi masih dalam harga budget sebab aku dulu pun b2b yang budget-budget, so aku sangat faham dengan isu harga ni :)

No worries, cuma aku perlukan feed back berkenaan sewaan veil dan hb. Kalau feed back baik, aku akan segerakan veil dan hb.

Nak tolong-tolong :)

Kalau segan nak tinggalkan komen, boleh email. Email jeeee :)





edisi cuci mata :


aku dapat 3 tempahan untuk buat crepe paper. sebenarnya aku tak amek tempahan untuk crepe paper, tapi tak sampai hati nak tolak. rezeki tak baik ditolak kan?
alhamdulillah.





Bride 2 Be Raub share pic dia dengan Pearl Hand Bouquet.




Love,
Nursaila Norman!


Thursday, September 26, 2013

Hampir Setahun Dah..

Assalamualaikum.


Hampir setahun baru nak simpan?? Sungguh hilang akal.

Baju nikah dengan baju resepsi kami, aku selamber badak-badak je simpan dalam almari tanpa mengutamakan ciri-ciri keselamatan. Lipat lipat lipat, masuk dalam almari. Almari kalau ada compartment takpe. Lapangggg je.Satu hal pulak aku nak mencari compartment supaya baju tersusun takde la macam sarang tikus. sobs!

Masa Suami takde, aku akan rajin sangat-sangat. Haih, taktau lah kenapa macam tu penyakit aku T___T' Dah nak dekat setahun baru aku teringat terajin segala ter lagi.. Cita-cita nak membeli compartment untuk almari baju pun tak buat-buat lagi. Last-last baju kawen kami tak terbela nasib dia. Huhuhuhuhu..

Baruuu lah baru-baru ni aku simpan baju kawen dengan baik, sopan dan siuman.


bye bye






Guna cover dari IKEA je, kalau ikut hajat nak je guna cover hitam macam dapat dari dobi, tapi berangan jelah kan.. Nak mencari satu hal. Malas dah nak cari-cari ni. Cuba teka 3 helai cover ni berapa harga dia?

Rm9.90 sahaja! Rasa nak beli 2 set, tapi macam tamak. Satu cukup lah kot.

Kalau boleh kawen lagi kan syiokkk. Haha! Tapi dengan Suami sekarang laaaaaa..

Nak dekat setahun rupanya, kalau buat anak mesti dah lahir tak pun nak lahir dah. Hehehehehehehehe.




Love,
Nursaila Norman!



#2 : My New Header

Assalamualaikum.


Honestly kalau aku stress aku akan baca komik Detektif Conan. Jangan gelak! Tapi dekat ofis mana ada stock baybeh. Huhuhu.

Oleh itu aku dapat header baru. Haha!
















Akibat stress, otak aku bekerja untuk men'design' sesuatu. Itu normal. Adakah header baru aku ini dikatakan sebagai design? Hahahaha!

Nampak less is more tak di situ? hewhewhew. Ini header ke-empat selepas header ini. Takde tema kawen kawen lagi dah. Almost a year. A'ah la! Fuhhh.. Tapi satu benda yang aku suka, kalau jumpa sedara mara yang jauhhhh yang susah nak jumpa diorang masih panggil kami 'pengantin'. Awwww.. Lalalalalalalala..

Wink! Wink! Pengantin.. Haha pitam.

Kali ni tema lemau-lemau sikit, Tengok warna la.. Gila pucattt.. Ikut mood sekarang kot. Huhuhu.















Yang ini cover photo untuk FB. Amacam? Cun tak? hikhik! And again, synchronize. Tukar cover blog, cover FB pun nak tukar jugak. weeeee :)





















Kenapa pucat sangat? Wuwuuwuuuwuuuuu!






Love,
Nursaila Norman!


Friday, September 20, 2013

Conversation #7

Assalamualaikum.


Rupanya dah lama tak share our conversation kan? Ada kot yang fikir kami dah kawen, dah tak berbual gurau-gurau macam dulu? Ada kot yang fikir kami dah kawen, dah taktau nak bual apa? Alhamdulillah, lepas kawen ni lebih lain dari sebelum kawen rupanya. Lebih sempurna rupanya. Lebih seronok rupanya. Huhuhu! Cuma, banyak perbualan yang tak boleh dikongsi di sini. Tak sesuai untuk 18 tahun ke bawah. Hahaha!

Malam tadi masa aku bertungkus lumus siapkan tempahan, entah apa puncanya aku pun tak pasti.. Tiba-tiba Suami bukak cerita pasal blog aku ni. Katanya dah takde unsur-unsur humor. Ko mampu laki ko cakap cenggitu??

Aku blur okehh.. Aku tanya la apa maksud dia blog aku dah takde unsur-unsur humor.. Dia cakap blog aku dah tak macam dulu, dulu ada lawak-lawak, ada unsur humor.. Sekarang dah kurang sikit.

Sabar jelah.. Aku pun cakap la balik kann.. Sebagai mempertahankan blog aku ni ha.. Hahaha.. Kalau nak humor, gelak-gelak sampai terguling-guling sila baca Beautifulnara yaaaaa.. Situ tempat gelak-gelak sampai perut cramp. Cuba la baca komen-komen diorang kat situ.. Pitam okeh! Sabar jelah dia mintak blog aku ni ada unsur-unsur humor??

Aku takleh terimaaaaa.. sobsobsob!

Apa maksud dia dulu ada unsur humor? Dulu? Huhuhu.. i olls dah matang u olls..

Banyak rupanya nak cover.. Citer pasal hal-hal kawen, DIY, Tutorial, hal kehidupan seharian, sharing knowledge, pendapat, tu belum pregnant. Citer pasal check up, beli barang baby itu ini. Pastu dah ada baby, citer pasal baby pulak sampai lebam.. Pastu Suami aku pulak mintak ada unsur humor? Nak citer apa u olls nak bagi ada humor? 

huwaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!

Hehe.. Tapi aku suka, suka bercerita, berkongsi, dapat kenalan baru, Suami pulak penasihat terbaik jangan sampai ter'over' dalam dunia blog. Alhamdulillah.

Terima kasih semua XOXO!




Love,
Nursaila Norman!


Thursday, September 19, 2013

10 Tema Warna Perkahwinan Yang Takkan Membosankan!

Assalamualaikum.


Pagi ni awal gila aku sampai ofis, pukul 7 dah sampai. Sebab Suami sibuk lagiiii.. Huhuhu. Taknak naik bus punya pasal, aku gigih bangun jugak semata-mata nak Suami hantar. Dah lama tak keluar rumah sebelum matahari naik.

Okay, okay.. Taknak cerita pasal pergi kerja, matahari naik terbenam semua.. Pepagi ni aku terrrrajin nak share pasal tema warna perkahwinan. Sejak sebelum kawen aku memang suka follow page The Perfect Palette sebab sangat colorful! Memang ohsem laaa.. Majlis resepsi aku haritu pun ambil idea dekat situ jugak. Sebab tu majlis resepsi aku haritu aku suruh sedara mara pakai pelbagai biru, jangan sama semua. Alhamdulillah, semua ikut arahan.. Haha. Pelbagai biru sangat!

Bagi pendapat aku untuk majlis kawen ni, seelok-eloknya gunalah warna yang terang. Soft, Bright, Bold sangat sesuai sebenarnya. Sebab? Untuk majlis perkahwinan ni, orang/tetamu nak tengok pengantin. Seharusnya pengantin perlulah kelihatan lebih highlight dari hal-hal lain. Macam aku haritu, kami berdua pakai warna coffee latte, orang lain, tetamu, hiasan semua biru. Supaya semua orang nampak kitorangggg jeee.. Haha! Aku tak benarkan sesiapa pun pakai warna coffee latte macam kami. Kijam woo ini olang.

Untuk majlis nikah selalunya b2b pilih warna yang soft-soft, nampak suci murni.. Tapi ada jugak yang pilih warna yang ada tone.. Kebiasaanya tetap dalam kumpulan warna sejuk. Sesejuk mata memandang. Seharusnya masa majlis nikah kita nak up kan suasana cool, relax, neat, suci.. Tapi untuk majlis bersanding/resepsi kita up kan suasana ceria, meriah, excited!

Dah tak sabar nak tengok 10 warna tema? Jom, jom!


#1 : PINK + GLITTERY 



#2 : AQUA + EMERALD



#3 : YELLOW + GREY



#4 : MINT + LAVENDER



#5 : YELLOW + ORANGE


#6 : MINT + YELLOW



#7 : PURPLE + ANTIQUE GOLD



#8 : SHADES OF GOLD



#9 : ORANGE + SAGE


#10 : CORAL + AQUA


So, how? Menarik kan? Dari segi pengalaman aku buat pearl hb, agak susah untuk dapatkan warna-warna terbaru ni. Kebanyakkannya warna-warna biasa kita jumpa kat Malaysia. Contoh, bukan senang nak dapatkan warna sage. Kecuali, kamu ke Jakel KL, naik level yang khas untuk kain chiffon sahaja.. Kamu akan gila tengok pilihan warna hampir beratus-ratus tone! Aku pernah alami betapa susahnya nak dapatkan warna champagne. Tau warna champagne tu macam mana? Cuba gogle. Kalau aku mintak kat gadis-gadis Indonesia dekat GM tu warna champagne mati keras aku kat situ, takdenya dia tau warna champagne tu macam mana. sobs! So sebelum pergi beli aku akan google dulu, sampai kat kedai aku akan pilih warna yang lebih kurang sama.

Susah tak susah lah jugak, memang ngeri kalau ada yang request warna susah nak dapat.. Huhuhu! Bukan apa, kang hasil tidak seperti yang diharapkan, risau okeyyyy..

Aku tau masih ada yang bertungkus lumus menjadi b2b, tapi minoriti lah.. Majoriti dah jadi ex-b2b.. Tapi aku akan cuba sedaya upaya update hal-hal kawen selagi mampu yer. Bila tengok warna-warna cantik macam ni, terasa nak kawen lagi je!





Love,
Nursaila Norman!


Wednesday, September 18, 2013

Dah Lama Tak Berdikari :(

Assalamualaikum.


Sejak dua tiga harini Suami sibuk. Laki orang lain pun sibuk, tapi takde la sibuk sampai tulis dalam blog. Kan? Haha. Sebenarnya aku dah lama tak update blog bercerita hal-hal random, hal-hal yang berlaku dalam kehidupan seharian. Pastu ada pulak yang sweet sweet g remind aku 'akak sila update blog' Hahaha. Memang swettttt korang kan? Tercungap-cungap akak dek non. Ahkak bukan remajew lagi nak update blog selalu. Huhuhuhu.. Tapi sebab sweet punya pasal, aku cuba update kalau sesuai untuk dikongsi kat sini. Malu kot nak share benda yang tak perlu. sobs.

Okay berbalik kepada cerita Suami aku sibuk.. Hari Isnin orang lain cuti Hari Malaysia, Suami aku kena kerja. Konon nak beramah mesra dengan Suami di Hari Malaysia.. Takde makna. Kerja katanya. Disebabkan Suami aku tu dah macam best friend gila-gila, korang bayangkan kalau time-time cuti best friend kena kerja.. Aku nak buat apa sorang-sorang kat rumah? Aku boleh mati kutu okeh.. Huhu. Pagi-pagi aku bangun jugak buat air untuk Suami. Lepas tu aku mintak Suami hantar aku g rumah Ibu, sebab rumah Ibu strategik gila-gila. Cakap je nak kedai apa? Nak makan apa? Nak apa? Nak apa wehh nak apa? Semua ada. Takyah pegang kunci kereta atau motor, jalan kaki je semua depan mata. Rumah kami takde, kawasan perumahan sunyi semata-mata. sosbs!

Dengan tak mandi Suami hantar aku g rumah Ibu. Haha.. Lawak lah jugak, kalau naik kereta tak apa.. Ni naik motor. Dengan baju tidur, selamber je membonceng. Sila bayangkan baju tidur yang sepasang tu - yang bunga kecik-kecik warna biru lembut. Muahahaha.. Suami aku punya la positive, sikit tak rasa malu bawak bini macam bibik naik motor. Eleh, sebenarnya dia malas nak tunggu aku bersiap. Lama nak mati.

Aku pun betapa la kat rumah Ibu dari pagi tunggu Suami balik kerja. Kalau dah dekat rumah Ibu konfem-konfem aku buang masa dengan teknologi tak berfaedah kan..





Ramai yang setuju part aku busuk okeh, sobsob. Sedut hingus. Seharian duduk rumah tunggu Suami balik kerja. Bapak mengada update cerita macam ni. Haha! Semalam, Selasa.. Suami tak balik, katanya kena all out sampai malam.. Aku kena balik sendiri naik bus. Memula confident je boleh balik sendiri. Tapi bila dah petang-petang dah nak balik, rasa lemau lak nak tunggu bus sorang-sorang, naik bus sorang-sorang. Pastu msg Suami 'orang balik naik bus ni..' 'orang naik bus tau..' Bengong jugak la cakap macam tu berkali-kali.. Taktau la motip sebab apa.. Konon nak perhatian kot. Attention seekerrrr. Muahahaha. Pastu Suami pun datang jemput kat ofis. Ingatkan dia nak hantar aku balik rumah, rupanya dia angkut aku g ofis dia pulak! Alasan dia, dia taknak aku duduk rumah sorang-sorang, kesian dan tak sampai hati katanya. Ololololooo.. 

Makan malam Domino's lah kami beramai-ramai. Aku nama je pergi ofis Suami, tapi dah biasa dengan diorang semua, takde la malu-malu kucing sangat makan Domino's. Boleh macam tu kan. hikhik!

Pagi ni Suami pergi kerja awallll gila. Awal la kalau sebelum ni masuk kerja pukul 9am tapi Suami drop aku kat ofis pukul 8.55am. Pastu Suami sampai ofis dia pukul berapa? Haha. Tu tak kira lagi kami selamber singgah makan roti canai pukul 8.30am area rumah T____T Sebelum pukul 7am Suami dah keluar. Nak taknak aku ada 2 pilihan je. Drive atau panggil driver. Driver bus. Wuwuwuuuu! Aku penakot gila nak drive kereta sendiri. So pagi tadi aku siap sorang-sorang, selalu ada Suami berkeliaran dalam rumah, tunggu aku bersiap-siap.. Tadi siap sorang-sorang depan TV sambil tengok MHI pastu lapar lak makan coklat sikit pastu baru kuar rumah tunggu bus.

Pastu aku rasa macam lonely giler. Ntah apa-apa ntahhhhh!

Petang ni pun Suami tak dapat jemput, aku taknak stay back kat ofis dia lagi.. Malu laaaa.. Bini ngko tak balik basuh baju keeee? Wuwuwuuuu.. 

Nampaknya kena balik sendiri atau suruh Ayah jemput. Tengok, aku anak manja kritikal punya, pastu tukar jawatan jadi isteri manja pun kritikal jugak.. Bila jadi kes-kes macam ni aku jadi kekok. Padahal dari kecik aku diajar berdikari gila-gila punya.. Sampai nak apa kena usaha sendiri walaupun masa tu sekolah rendah.. Sanggup tak makan kat sekolah semata-mata simpan duit nak beli sesuatu. Sampai lah ke besar.. Masuk U macam kacang je handle life sendiri walaupun aku anak manja - manja sampaikan nak ber'camping' dekat sekolah pun tak boleh. Nak ikut trip dengan cikgu pun tak boleh.. Diorang taknak aku jauh. Jauh lah sangat.. Huhuhu. Masuk U umur 20 pun Ibu dengan Ayah nangis T____T. Aku lagi la nangissssss.. Sebab first time nak berjauhan. Aiyakkk.. Kawen je tak nangis, sebab ada kawan. Muahahahahaha!!

Susah nak describe orang yang mahir berdikari tapi manja, bila dah lama sangat tak berdikari tiba-tiba kena berdikari. Eh, faham tak? Macam kekok tau.. Habis tu nak buat macam mana.. Suami tak bagi aku buat apa-apa sorang-sorang. Nak lepak dengan kawan-kawan pun Suami hantar, tunggu pastu dia join sekali. Kalah aku. Huhuhuhu. Jap, aku ada kawan-kawan ke? Bukan semua dah kawen ke? Errr..

Best tu memang la best kan.. Di layan macam puteri.. Tapi bila jadi kes-kes emergency macam ni confirm kekok. Huhu!





Love,
Nursaila Norman!


Tuesday, September 17, 2013

Tutorial : Pearl Hand Bouquet

Assalamualaikum.


Alhamdulillah, dapat jugak aku jadikan entry tutorial kali ni. Maaf lah, aku ingat takde siapa yang peduli.. Peduli dengan entry aku, peduli dengan kewujudan blog aku, peduli dengan apa yang aku buat. Rupanya ada yang peduli.. Terima kasih banyak-banyak semua. Dari hari hari tu lagi, ada yang email, chat di FB, bertanya di blog 'macam mana buat pemegang tu' 'macam mana buat collar tu' 'macam mana buat net tu'. Nak explain dalam email dan chat boleh je, tapi tinggal faham dengan tak je lah.. Huhuhuhu. Aku banyak kali berjanji sebenarnya, berjanji nak buat tuto.. Tapi tak buat-buat jugak. Maaf ya. Kalau ada yang dah kawen, tuto aku tak keluar-keluar jugak, aku minta maaf ya :(

sobs!

Harini korang semua boleh tengok dan refer tuto simple yang aku share ni eh! Senang je.. Bak kata Suami, Nursaila Norman dah la amek tempahan, siap buat tutorial lagi tu? ihehehe.. Takpe, sharing is caring.. Kita berkongsi-kongsi apa yang ada ya.. Di alu-alukan anda diy sendiri, tapi kalau tak mampuuuu sangat dah, boleh tempah je :)

Jom kita mulakan...



















Okay, pertama sekali sila bentukkan pearls jadi bentuk bulat. Tak bulat sempurna pun takpe, macam aku.. Mana pernah bulat sempurna. Huhuhu! Part ni bagi aku part paaaaling susah dan paaaling aku rasa nak nangis. Huhuhu. Bila nak start buat part ni aku memang lemauuuu gila. Aku tak boleh la nak snap picha sekeping-sekeping nak tunjuk macam mana aku buat bulat. Memang mengarut lah kann.. Huhu!




lepas tu, dah puas hati dengan bentuk bulat,
aku ikat dengan getah supaya dia tak gerak-gerak.



sementara itu, kita prepare kain net atau kain organza untuk buat collar



Boleh faham kan kalau teliti betul-betul gambar kat atas ni? Jahit hujung net/organza supaya bercantum hujung dengan hujung. Lepas tu terbalik kan.



Then, lipat jadi macam dalam gambar.



Tahu kan nak jahit untuk jadikan macam dalam gambar? Pandai kan? Pandai kan? Kalau ada yang tak reti, boleh refer label 'DIY' dekat sidebar sebelah kanan ni eh. Situ ada tutorial, tapi kena tabah sikit lah ye.. Cari satu-satu.



Sementara itu sekali lagi huhu, kita prepare pulak gabus untuk dijadikan pemegang (holder). Ada jugak yang guna holder instant, ada je jual.. Tapi bentuk dia takkan sama la macam hb aku nanti. Ikut citarasa masing-masing eh.



Cara-cara buat holder? Aku belah gabus tadi, lepas tu aku korek sikit bahagian dalam dia supaya ada ruang untuk dawai pearls tadi. Eh, boleh faham kan? Huhu. Ini lagi satu part yang paaaaling aku lemuuuu.. Huhuhuhu! Kalau salah mood, memang haru la bentuk holder aku nanti. sobsobsob.






Siap holder, kita ambil semula kain net/organza tadi.. Kita mulakan dengan collar ya, masukkan kain net/organza dari bahagian bawah hb lepas tu bawak sampai ke atas. Betul-betul bawah pearls. Sila rujuk gambar.




Dah siap masukkan collar, sempurnakan jahitan supaya dia mati kat situ, lepas tu baru pasang holder pulak.



Dah siap holder dengan collar, kita buat sarung holder pulak okay. Takkan nak biar nampak gabus tu kannn.. Kebiasaannya aku akan guna kain chiffon yang paling murah. Kalau guna chiffon ada gred, susah nak lilit nanti. Huhuhu.







Ta daaaaaa~ Dah siap! Sekejap dan senang je. Puas hati tak aku dah buat full tuto nih? Okay kan? Harap korang yang nakkk sangat tuto ni puas hati dan happy eh. Kalau ada mana-mana yang tak faham tu jangan segan-segan tanya ya.. Insyaallah aku akan usahakan untuk reply. Maaf lah kadang-kadang tu lambat. Huhu.

Alhamdulillah, dah tertunai janji nak buat tuto ni. Selamat mencuba semua!





Love,
Nursaila Norman!


Monday, September 16, 2013

Keluarga. Apa Yang Lebih Penting Dari Itu?

Assalamualaikum.


Aku membesar dengan sebuah keluarga yang besar, happening, bingit, bising, senang cakap selagi tak tidur memang tak senyap. Satu lagi, aku membesar dengan family yang full with foods. No food no laugh. Haha. Taklah, mesti ada makan-makan, gathering mesti ada makan-makan, borak-borak, gelak-gelak. Sebab tu selagi tak tidur tak senyap.

Sebab tu ikatan kekeluargaan kami sangat rapat, kalau sorang sedih semua mesti sedih. Pastu kalau buat kenduri, gathering, kalau tak cukup ahli mesti macam 'alaaaaa..nape takde?' walaupun sorang dua. Macam aku dengan Siti and Nisa, kitorang punya lah rapat, sampai kan orang keliling ingat kami kembar tiga. Boleh? Masa kami kecik-kecik (tak la kecik sangat kalau dah pandai buat jahat), orang keliling cakap muka kitorang sama. Pastu kalau sorang potong rambut, semua potong jugak. Fesyen mesti sama. Mau tak kembar? Alahaiii, rindunya time tu. sobs!

Sekarang semua dah besar-besar, dulu kitorang kazen-kazen ni nakal ya rabbi. Mak-mak asyik marahhh je tapi tak serik-serik gak. Wuwuuuwu! Bila dah besar ni mesti la baik dan sopan kannnn.. Haha.

Minggu lepas macam biasa kitorg gathering lagi, yayyy! Tempat berkumpul tiap-tiap tahun dekat rumah Mak usu dengan Pak usu kami. Situ je dekat, semua boleh access :) Berkampung dari pagi sampai malam. Masa ni lah nak tergolek-golek lepas kenyang, keluarkan semua cerita yang disimpan-simpan. Konon nak cerita lump sum. hewhewhew!

Tahun ni ada Suami. Suami kena lah biasa kan diri dengan family baru. Alhamdulillah, Suami senang dibawa ke mana-mana. Dia pandai bawak diri, buat lah apa punnn.. Buat macam rumah sendiri yaaaa..





























aku nampak sipi-sipi je. teaser sikit haha!


































































kau boleh tak dah kenyang mandi kolam??
nampak tak happy diorang tahap macam mana? diorang buat macam kat sunway lagoon okehh!





























tengok, dah macam mak-mak dah aku pegang towel diorang..
susah giler nak suruh naik, sobs!!


 masa ni suara aku dah tinggi dah, baru diorang nak naik.
tapi aku posing kejap ni ha, diorang terjun balik.. sabarrrr je aku!
































ibu saya yang baju warna hijau yang tersengihhh itu :D

































ini lah kami yang aku ceritakan kat atas tadi.
setelah bertahun-tahun, selalunya setahun sekali je dapat bergambar bertiga macam ni.
rindu nak mati.




























Tetiba bergambar lah pulakkk..








































lepas makan semua pakat-pakat timbang berat badan
tengok kolestrol, lemak, air dalam badan blablabla
haha! lawak tol la family aku nih!



tengok, dah malam okeh..
masing-masing khusyuk tengok result masing-masing
paling best Suami aku la, umur sebenar 27 tapi umur dalaman 22
kejiiiii huhuhu!






























last but not least
peace yawww!
pak usu aku memang suka menyakat :P



Aku sayang sangat family aku ni. Dari kecik sampai besar, takde satu pun yang berubah. Makin bertambah ahli family ada lah. Ini pun tak semuanya ada. Ada yang takde kat KL. Huhuhu. Sebab tu nampak sikit je. Aku tersangatlahhh excited nak bawak masuk Suami ke dalam family aku nih.. Tengok dia seronok bergelak sakan, bertambah-tambah lah aku seronok! Suami cakap dia bersyukur dan seronok sangat masuk dalam family aku, sebab diorang semua sporting.. Hehehe..

Dari pagi sampai ke malam.. Kitorang tak stop berborak, makan dan gelak. Dasyat takkkk?

Keluarga. Apa yang lebih penting dari itu?

Kalau yang dah lama follow blog ni mesti perasan, tiap-tiap tahun mestiiiii gambar macam ni ada :P




#semua picha dalam entry ni aku dah compress, nampak tak cantik sangat kan, sobs! kalau Ayah aku tau, mesti dia marah.






Love,
Nursaila Norman!