Assalamualaikum.
Errrr, ini entry 11 Disember yang disimpan berkulat dalam draf. Segala penggunaan ayat yang menunjukkan masa, sila rujuk masa dan waktu sebelum 11 Disember ya! Nampak tak aku semakin tak produktif menulis blog?!
Dah lama tak buat sesuatu untuk "rumah kita" tu. Seminggu dua ni aku bermalas-malasan tanpa tempahan, konon nak menghias rumah. Tapi kesihatan pulak tak mengizinkan kami Suami Isteri. Lepas Suami demam, Isteri pulak batuk-batuk, selesema. Malassss je nak buat apa-apa. Akhir tahun hampir menjelma. Seperti yang diharapkan, masuk tahun baru aku nak "rumah kita" tu pun nampak lebih baik lah dari yang sekarang ni. Especially dapur. Masih bujang lagi. Masih suci. Boleh? .......................................
Aku memang jenis macam ni.. Jenis malas masak kalau dapur tak lengkap. Ada orang boleh je masak walaupun kelengkapan tak lengkap. Janji siap satu hidangan. Aku pulak lain. Lainnnnn.. Aku akan masak kalau barang lengkap. Kira kalau terlintas nak mangkuk bujur sirih (konon-konon) pling! Ada. So kalau dah tau mangkuk bujur sirih tu takde, jangan harap aku nak masak. Tak berakhir disitu sahaja.. Masalah lain aku takkan masak kalau set kelengkapan tak cantik. Contohnya pinggan plastik kaler biru ada dua, pinggan kaca ada dua, mangkuk plastik kaler orange ada satu, sudu corak lain, garfu corak lain, gelas lain pulak. Memang lah tak aku ke dapur.
Nak keji ke nak phuiii kat screen korang ke buat lah. Memang keji pun perangai macam aku ni. Huwaaaa!
Tapi, kalau kat rumah Ibu kemain rajin aku masak. Tau-tau je siap maggie kari versi aku. Bukan maggie kosong tu. Ni ada bahan-bahan dan tambah serbuk kari Baba's. Padahal Suami cakap nak maggie je. Tetiba sampai semangkuk maggie style aku atas meja makan. Lepas tu seisi rumah join kitorang makan maggie. Termasuk lah Ibu aku. T_________T'
Okay,okay! Bukan nak cerita aku masak maggie sedap. Ni lagi keji. Choi.
Macam aku masak spring rolls haritu la.. Jangan ingat aku masak kat rumah sendiri. Aku masak tu kat rumah Ibu kot. Sekelip mata spring rolls depan mata. Cuba kat "rumah kita" tu, dapur bujang pulak. Kelaparan Suami aku. hekhekhekhekhek. Ni alasan nak mintak beli barang-barang untuk hiasan dapur sebenarnya.
Panjangnya cerita pasal dapur je?! Masyaallah, kalau menaip merapu meraban bagi la kat aku.
Kembali kepada cerita asal. Aku nak merealisasikan impian aku untuk menghias "rumah kita" sebelum tahun baru. Especially dapur. Dan ruang tamu. Ruang tamu pun memerlukan kreativiti yang tinggi jugak. Dalam satu ruang aku nak masukkan dua ruang sekaligus. Maksud aku, ruang tamu dan ruang makan sekaligus. Faham tak? Ruang dah la sempit, bayangkan macam mana struggle nya aku nak realisasikan benda tu. Hmmmmmm.. Meja makan pun takde. But dont worry.. Hidup kena kreatif. Kecuali lah laki I Tan Sri. woops! Cuba refer gambar nombor 2, dua dalam satu kan? Ruang tamu dan ruang makan :)
Aku GOOGLE, cuba mencari idea, menambah akal, kot-kot ada style yang sesuai untuk "rumah kita" yang kecik sekangkang kera tu. Ruang tamu "rumah kita" ada lah macam gambar-gambar kat bawah ni....
So far, susun atur couch, cabinet, TV dengan arm chair hampir 100% macam dalam gambar 1st. Tapi rumah aku tu takde lah secantik dalam gambar. Coffee table takde. Tak wujud.
**sambung update semula :p
Haritu kawan Suami datang, bawak Isteri dengan anak dia. Pastu kawan dia cakap nanti dah ada anak takleh dah ada hiasan-hiasan. Sambil wajah mereka laki bini memandang beberapa bekas kaca dekat tepi TV. Aku pun terpandang jugak bekas-bekas kaca tu. Memang. Ibu aku pengasuh hampir 26 tahun. Kalau dikira-kira balik, cecah puluhan adik-adik aku hasil jagaan Ibu. Ramai! Jadi aku faham sangat macam mana ada babies sejak habis pantang sampai lah diorang darjah 1! How to handle them. Masak sangat. Takat barang perhiasan memang takleh lepa.. Anak orang kan, kalau terpecah kaca dah luka kan susah. Perhiasan rumah semua kena tinggi2 atau dalam almari kaca. Tapi bekas-bekas kaca yang kawan Suami rujuk tu bukan perhiasan sebenarnya, itu bekas kaca yang aku keluarkan dari kotak ofis masa aku berhenti kerja kat Putrajaya dulu! Aku tak susun pun. Aku letak je secara bersepah kat tepi TV tu. Serupa sampah. Tapi nampaknya kawan Suami dah salah faham. Dia ingat itu perhiasan. Hakikat, itu barang yang aku longgokkan sebab taktau nak susun kat mana!!
Okay, cukup cerita pasal perhiasan serupa sampah.
Tak lama kemudian, kawan baik aku pulak datang. Nak seret aku pergi kedai-kedai kucing. So dia kena lah datang rumah aku amek aku. Sementara aku mandi, dia layan lah kucing dia kat ruang tamu rumah aku tu. Sambil aku siap-siap, pandai-pandai lah dia layan diri. Tiba-tiba dia cakap dia suka rumah aku. Dia cakap rumah aku simple tak serabut tapi lengkap. Dia cakap okeh, bukan aku. Aku yang dah termalu-malu kucing cakap la 'barang tak banyak boleh lah tak serabut hehehehe'. Tapi dia nak gaduh gak dengan aku cakap dia suka rumah aku. Simple. Yelahhh, aku malas nak gaduh.
Secara jujurnya aku suka la dengan rumah aku, cuma masih ada beberapa hal yang aku nak kemaskan. Insyaallah kalau takde halangan, esok dan ahad sesi mengemas rumah seperti yang dirancang. Amin.
Mungkin ada yang pelik, rumah sewa je, kenapa nak berhempas pulas menghias macam-macam. Entah lah, dah aku jenis macam ni.. Jenis dimana aku tinggal, aku nak tinggal dengan suasana yang kemas, bersih dan cantik. Mungkin ada orang cakap tak berbaloi berhias macam-macam untuk rumah sewa, itu kan rumah orang, bukan rumah sendiri. Tapi kan kita bayar sewa tiap-tiap bulan? Kita berhak mencantikkan rumah tersebut ikut citarasa kita. Bukan kita rosakkan rumah tu. Just elokkan mana yang kurang je. Huhuhu..
Lagi pun tiap-tiap hari balik dari kerja, kita yang bukak pintu rumah, kita yang tengok isi rumah, kita yang pijak lantai rumah.. Tak sanggup rasanya tengok rumah serupa tongkang pecah. Huhuhu!
Rumahku, Syurgaku
Walaupun rumah sewa, belum mampu beli rumah sendiri, aku tak kisah.. Aku pun ada perasaan nak rumah cantik macam condo-condo mewah. Tak mampu condo mewah pun takpe, janji suasana mewah. Kan? Hehehehehe!
Since rumah sewa kami ni memang berskala kecil, aku cari lah idea untuk rumah kecik-kecik ni. Untuk barangan rumah, memang tak salah lagi, IKEA lah tempat terbaik untuk rumah bersaiz kecil. Tapi aku takde lah sampai tahap memborong di IKEA untuk rumah sewa. Itu betul tak berbaloi. Hehehehehe! Nak IKEA rumah sendiri boleh! Hewhewhew :)
Dah lah tu, cukup lah aku merepek sikit-sikit pasal rumah. Jom cuci
Gerammmmmmmmmmm!! Jadilah esok. Amin :)
Love,
Nursaila Norman!
samalaa...slalo berangan ade rumah sendiri tak kisah la sewa ke beli nak hias cmtu cmni..geram je tgk deco2 ni..
ReplyDeletennti share yea hasilnye..boleh jd inspirasi:)
seronok kalau dpt deco rumh sndri.. :)
ReplyDeletealaa tunjuk la pic rumah yg btl, xnak yg google hehe
ReplyDeletebila fikir rumah sewa..hilang nk deko2.. fikir bila nak pindah. haru nk angkut.
ReplyDeletebila la dapat rumah. sedih pulak bila fikir hal rumah.
Mama Safiy Afran : boleh refer label "Rumah Kita" ada gambar rumah saila kat situ :))
ReplyDeletePetak Bunga : betul2..kalau dpt rumah nanti memang byk brg nak angkut..saila pun x suka, leceh nanti huhu! cuma saila try hias rumah sesimple yg boleh,brg besar2 gedak mcm almari mengarut2 memang takde lah..huhu. memang susah nak pindah nanti..
Yang, gambo 1st cantik sangat. Even ruang terhad tapi kemas n kombinasi color yg sgt cantik =)
ReplyDeleteKita pon suka jer berangan. Tp tak dpt realisasi lg angan2 duk rumah sewa jer. =)
Tapi xpe. Simpan angan2 kat blog kang da de umah sndiri belek je balik entri =)
Akak suka tgk gambar dekorasi bilik atau rumah. Yg nak apply ke rumah sendiri tu sikit sahajalah..
ReplyDeletetak sabar nk masok rumah sendiri..
ReplyDeletedlu msa dh dpt rumah sewa,dah planning nk deco itu ini..
tup2 tuan rumah wat hal,terpaksa la dok ngan family sampai lepas bersalin..
teringin sgt2 nk deco sendiri.
Deco rumah mmg best..
ReplyDeletemmg geram tgok deco2 ni.
ReplyDeleterumah kecil macam sue pun sesuai cam ni
Nanti dah siap deco. boleh tempek gmbr.. mana tau boleh jd sumber inspirasi gitewww.
ReplyDeletehehehe
ika pun ada disscuss ngn tunang ika untuk design rumah...tapi bila fikir2 balik...cukup laa sekadar apa yang mampu...
ReplyDeleteyang penting kemas, tersusun dan efektif kan?
ReplyDeleteAyut bab mendekorasi umah jgn kasi..jenis ayut jnji ada pastu kmas...tu xberia nk berhias bagai..huhuhu.tp suka je tgk umh org cantik berhias bagai ;)
ReplyDeletetu lah masih berada di rumah sewa..bilalah agaknye dapat rumah sendiri..tapi takpe bersyukur masih ade tempat berteduh...jom singgah blok saya www.umainiahazmi.blogspot.com
ReplyDeletenice deco....
ReplyDelete