CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

Tuesday, March 4, 2014

Kasut Pregnant Kita :)

Assalamualaikum.


Masa kami decide nak pregnant, aku saja cakap kat Suami, yang aku nak kasut Clarks sebagai hadiah (ngeeeee). Suami cakap okayyy walaupun memula dia usik aku cakap 'errrkkkk!'. Tapi lepas tu dia cakap 'okayy'. Hehehehe. Tapi aku tak amek serius pun benda tu. 

Sampai lah lepas check up baby minggu ke-13, first time nampak baby dalam perut gila comel! terus tak sabar nak g beli barang baby T____T. Lepas check up tu, kitorang laki bini asyik tersengihhhhh je. Selain happy teramat sangat, postur baby dalam perut buat doctor dan kitorang tergelak. Hehehehe. Baru 13 minggu dah pandai posing ye!

Okay, kembali kepada cerita kasut, hehehe.. Jumaat check up, Sabtu terus pergi OU konon nak usha-usha baju baby. Tapi sampai-sampai OU Suami ajak beli kasut dulu. Suami bawak masuk Clarks tapi taknak lah beli brand tu. Tak masuk akal harga dia. Haritu aku saja je nak usik Suami. Lepas tu kitorang keluar. Aku ajak masuk Parksons. Situ kan banyak brand best-best. Bila masuk sana, Suami asyik cakap better Clarks. Ulang-ulang. Aku nak pilih kasut pun berbelah bagi tau. Huhuhuhu. Tapi aku tetap nak try semua brand sampai aku puas hati. Tapi ada jugak yang aku tak snap picha.. Sebab SA ada. Hehehehe!


Primavera


FlipFlop


Banyak pilihannnnnn dengan FlipFlop!

Primavera tu sedap di pakai. FlipFlop, memang super selesa. Nampak tak aku siap try depan cermin.. Aku nak FlipFlop je kalau Suami nak beli. Tapi Suami cakap aku requested Clarks so mari beli Clarks. Dah lah Parksons dengan Clarks bapak jauh macam berkilo-kilometer. Bertabah aku menapak ikutkan Suami.



Cuba teka, mana aku punya? Hehehe. Hati suka lah nak dapat Clarks. Pattern yang aku nak dah habis saiz. Terpaksa lah aku pilih pattern lain :( So takde la syok sangat.. Tapi dah Suami beriya nak belikan, terus happy balik :)

Sebelum decide nak patah balik ke Clarks, aku argue lah dengan Suami buat apa beli kasut mahal-mahal. Primavera tu pun okay. Tapi Suami cakap nanti berat badan aku makin berat, nak jalan nanti tak selesa. Sekarang pun baru pregnant 3 bulan, berat dah naik 3 kilo. Makannnnnnnn je. Huhuhuhu. Lagi pun pattern Primavera tu macam makcik-makcik, dia tau aku tak suka. Tapi sebab taknak susahkan Suami aku pejam mata je cakap cantik jugak apa. Hehehehe! Yang FlipFlop tu rm399. Walaupun lebih beberapa ringgit je dari Clarks, makin lah aku tak sampai hati nak ambil FlipFlop tu :(

Alhamdulillah, aku dah tak perlu pakai flat shoes lagi pergi office atau jalan-jalan. Kalau pergi office tak pakai kasut bertumit ni rasa macam tak corporate lah. Huhuhu. 

Nak tau ke aku pilih yang mana? Ihehehehehehe..

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*



mine!

komen sendiri pun masih ada. hahahaha!
pattern ni yang dah habis saiz :(


Terima kasih sayang, kita main-main je haritu. Tapi dapat betul-betul. Huhuhuhu. Tiap kali nak pakai kasut punya lah pakai dengan penuh kasih sayang. Haha. Keji. Paling kelakar Suami yang keluarkan kasut dari kotak, letak depan aku semata-mata nak suruh aku pakai, nak sangat tengok aku pakai. Huhuhuhu. Padahal masa tu aku tengah bersiap pakai tudung kot. Sabarrr jelah :)

Alasan aku dapat kasut pregnant idaman :
1. Berat badan makin bertambah
2. Ada baby untuk Suami inside my tummy :)

Kasut kawen pun Primavera tak best tu je. Haha. Ini untungnya sebelum kawen tak pernah dapat hadiah apa-apa. Haha. Lepas kawen Suami layannnn je bini dia, dengan alasan sebelum kawen tak pernah bagi  aku apa-apa. T_____T

Thank you sayang. Thank you. Hari-hari cakap thank you. Hahahaha. Ntah apa-apa aku ni.





Love,
Nursaila Norman!


21 comments:

  1. ngandung ke idok..pakai selipar cam org ngandung..selesa uoals

    ReplyDelete
  2. Lagi cantik kasut baru ni..makin comel la kak saila..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum awak. gambar pertama tu macam sandal sheila beli. alaa beli cikai2 tepi jalan je rm25.. tapi selesa sangat pakai sebab sheila pakai stokin... lawa gila kasut awak pakai, tak letih ke pakai kasut wedges tu? sheila tak reti sangat pakai tapi suka beli. pastu simpan dalam store. ahhaha raya kang baru sibuk nak pakai...

    btw, dah pergi scan baby ye... seronok kan... nanti dah masuk 24weeks pergi scan jantina tau. masa tu lagi syok nampak baby dah nampak wajahnya ikut mak atau ayahnya. hihi. jaga kesihatan baik2 tau awak ~~~

    ReplyDelete
  4. apapun , jaga diri yer.. cantik kasut baru tu !

    ReplyDelete
  5. sweetnye mr.gaban...

    cantik kasut tu

    ReplyDelete
  6. tqah lg selesa pakai flat..kalau wedges kdg2 terpeleot kaki..dasar xbleh pakai tinggi2..pakai flat pon selalu je jatuh..,hahahhaa

    ReplyDelete
  7. Cantik !!! Nak jugakla tapi harga nanges. Y___Y

    ReplyDelete
  8. dlu preggy anak 1st, kaki nelly bengkak gila smpaikn x ble pakai kasut saiz yg biasa nelly guna. so, 2nd pregnancy, tgu smpai 3rd trimester bru shopping kasut baru. Tp kaki x bengkak pun.. so, ble ja pakai saiz biasa... -_-

    Perut da berat nti x larat da pakai kasut tgi.. klu ble pakai sandal g ofis, nk pakai sandal je. hihihi.

    ReplyDelete
  9. erkk! apasal xpernah dgr kasut brand ni? haha...
    design die cantik2 la :)

    ReplyDelete
  10. yup,yup..nanti perut dah besar badan lg berat kan..pastu kaki pun tembam2..hehehe..pakai selagi mampu, agak2 dah tak mampu cari sandal lak..hehehe!

    eh,btw kasut tu nmpk je tinggi,tp lengkuk dia rendah je..so bila pakai kita more rasa mcm sandal jgk la :))

    dont worry tau mommies semua! <3

    ReplyDelete
  11. makin kiut ok...
    p tak lenguh ke dear pakai wedges..ana dah lame tggalkan heels..
    badan berat tak larat nk bawak..hahaa..
    do take care ye saila..

    ReplyDelete
  12. Best2...cantik n yg pebting selesa kan....take care ye saila...

    ReplyDelete
  13. Cantik kasut! Tak macam kasut makcik-makcik.. hehehe.. :)

    ReplyDelete
  14. alahai..suwitnyeee..kasut cntek! take care tau..

    ReplyDelete
  15. uiii..kasut dia...nanti perut dah memboyot, hati2 pki kasut camtu tau ;)

    ReplyDelete
  16. beb! ok ke pakai kasut tinggi? hmm org kata xelok sgt.i sepanjang preggy pakai fit flop je.tp yg x ori lah.hahaha.ala tp boleh je kot.jgn sgr sgt "org kata tu " hehehe happy for u!

    ReplyDelete
  17. rara, i nak flipflop tp mahallll..hehehehe! insyaallah pujuk husband mintak flipflop lak utk akhir2 pregnancy ;P

    thank you rara!!

    ReplyDelete
  18. Cantik kasut tu, Saila... k nrl suka... suka wedges... x leh nak pakai kasut flat ni, even time mengandung pun... ^__^
    Take care, dik...

    ReplyDelete
  19. alhamdulillah, dah lama tak masuk sini. rupanya dah pregnant ye. moga dipermudahkan. kasut mmg better pakai yg flat la .. hehe...

    kaki tu kalau di sarung kan dgn stokin lg cantik di mata semua.. in sha Allah..

    ReplyDelete

mmuah! mmuah!