CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

Monday, March 31, 2014

Makannnnnnnnn Dan Makan Sahaja :)

Assalamualaikum.


Alhamdulillah, selera makan okay sejak dari awal mengandung. Cuma banyak jenis makanan yang aku kena elak disebabkan heartburn. Redha. Kalau tak, mesti menjadi-jadi berat aku naik melampaui batas. Huhu. Even banyak pantang makan, berat masih naik dengan jayanya mengikut kenaikan yang sepatutnya. Wahhhh.. Naik kat mana tak tau. Hikhik.

Bila Suami dapat gaji lebih awal dari Isteri, seronok lah Isteri mengidam macam-macam walaupun hakikatnya bukan mengidam pun! Sabtu baru ni pergi Alamanda, jumpa Ara dengan Zul (kawan MOF aku). Lamaaaaaa tak jumpa sejak I olls dah tak jadi orang Putrajaya. Hiks! Rindu Putrajaya, rindu Alamanda. Tapi tak rindu Hot Balloons. Sebab takde apa yang best. Hehehehehe.

Disebabkan aku kena jaga makan, so aku lah request nak makan apa. Hewhewhewhew. Aku pilih Noodle Station untuk bagi baby lunch.


































Suami punya air yang gelas kurus tu, aku punya Mango Sorbet, gelas gemoks comel tu. Tu feveret aku kalau ke Noodle Station. Rasa nak bayar dengan harga bekas sekali. Boleh takkk?




























Actually aku ada banyak sangat pilihan, taktau nak pilih apa. Elak ada yang unsur-unsur ayam, aku konfius antara udang tempura atau yang ini. Tapi sebab ini berunsurkan sup, aku pilih ini! Tapi gambar ni sebelum aku tuang sup ke dalam mangkuk. Rasa dia? Ya Allah, baby suka! Baby ke ibu baby? Kepingan daging tu yummy lah.




























Ini Suami punya, Chicken Chop. No for ayam! Tekak masih belum boleh terima ayam. Huhuhuhu! Rindu ayam :( Aku terkejut tengok kentang dia. Bapak besar! Chicken Chop dia pun besar. Suami senak nafas nak habiskan. Hehehehehe.

Itu cerita hari Sabtu, seharian dekat Alamanda. Nasib tak terjebak beli kasut Hush Puppies. Sakit betul hati. Konon untuk kasut pregnant lagi. Hehehehehe. Mengada betul.

So Ahad adalah hari aku rajin memasak. Sehari je dalam seminggu. Huhuhuhu. Ahad aku nak makan daging. Craving daging bakar sendiri buat. Mengada kan?



Daging diperap dengan segala rempah ratus! Perap 30 minit je sayangs. Tak sanggup nak perap lama-lama sebab aku dah tak sabar. Suami pulak asyik tanya 'makan bila ni'. Tanya 2,3 kali. Bila ditanya kenapa tanya banyak kali ni, nak makan daging ke? Dia cakap a'ah. Tak tahan bau dia. Oloh olohhhhh, comels. Haha.




























Siap dibakar! 




































Hiris daging halus-halus macam kat hotel tu, pastu ratah! Ni edisi tak sabar, bawak bersabar sikit aku buat air asam kicap, pastu makan dengan nasi putih panas-panas. Tapi sedihnya aku takleh makan banyak macam dulu. Sobs! Itu pun aku curik-curik makan lebih sikit dari yang sepatutnya. Tak puassssss :(

Takyah resepi lah kot, perap je dengan rempah ratus. Jangan lupa lebihkan lada hitam dan sikit rosemary leaves. Dah. Pastu panggang/grill/bakar. Panas-panas tu hiris nipis-nipis. Susun cantik-cantik dalam pinggan dan siram dengan air asam kicap. 

Sedapnya Ya Allah.. Eh, sendiri masak sendiri puji. Haha! Maybe sebab craving daging bakar kan, sedap saje lahhhhh :)

Sila cuba girls, simple tapi sedap!




Love,
Nursaila Norman!

7 comments:

  1. Assalamualaikum saila, wantan tu buat sheila terliur sangat tau ~~~

    ReplyDelete
  2. Yang wantan tu , meleleh air liur den tengok ! :D

    ReplyDelete
  3. alaaa...resepi la... sama la kita..mula2 preggy xleh telan ayam...

    ReplyDelete
  4. ms rina peknan pun suka sgt mkn bnd yg bakar2. magic pan tu tiap2 ari pakai. tp lepas branak ni magic pan tu tesimpan dlm lemari jek. hahaha

    ReplyDelete
  5. wahh nampak sedap sangat okay.. :)
    bestnye pregnant. i wish i am too. tapi belom ade rezeki lagi.. :)

    ReplyDelete
  6. Wallah, daging bakar tu sedappp sangat... Memang simple, tapi yang simple tu yang paling sedappp... ^__^

    ReplyDelete

mmuah! mmuah!