CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

Wednesday, April 9, 2014

Windu Nak Menulis, Tapi Takde Cerita

Assalamualaikum.


Jadi korang akan menyesal baca entry aku kali ni. Sebabnya memang takde cerita yang elok untuk minda pun. Huhuhu! Sobs.

Ahad baru ni aku masak. Terseronok disitu sebab tiap ahad je aku masak. Hehehehe. Masak Spaghetti je. Tak snap gambar apa pun sebab malas dan lapar T___T. Aku je lunch, Suami tak lunch sebab breakfast pagi tu dah makan nasik dagang. Petang lepas Asar Suami kan nak beraksi dengan kasut bola baru dia. So dia tak join lunch dengan aku. Dia tengokkkk je pastu cakap balik main bola dia nak makan dua pinggan. Motip bersukan??? Haihhh..

Petang Ahad tu aku teman lah Suami tercinta bersukan. Untuk elak gemuk katanya, alhamdulillah. Tapi niat dia nak makan spaghetti dua pinggan tu nak kira macam mana pulak ye? Aku macam biasa lah, kalau teman Suami buat aktiviti dia waima sejak single dulu, aku akan bawak buku dalam handbag mcm nak g jawab exam! Aku sekarang gila baca buku brand FIXI. Eh, buku ada brand ke?? Ah, what everrrr. Sudoku pun aku bawak, Word Search pun aku bawak. Melampau tak? 

Hari Sabtu pulak aku bawak Encik Johnny bersunat (kasi/neuter). Pastu singgah makan kat warung buruk, ya buruk. Maaf ye owner. Gerai makan yang biasa gilerrr, tapi makan dia?? Banyak gila pilihan, pastu aku pilih bihun goreng sebab dah teringin. Oh ya, sepanjang aku pregnant ni aku menang suka sangat dengan bihun goreng T___T. Rasa dia?? Ya Allah, terbalik-terbalik bijik mata sebab sedap sangat! Suami makan pulut kuning + rendang + sambal. Punnn sedappppp. Nak breakfast macam zaman dulu-dulu, ala kampung memang situ lah tempat dia. Huhuhu.

Masa nak bayar Suami terpandang sesuatu kat dinding, pastu dia tunjuk dekat aku yang jauhh sikit dari dia. Puas aku tengok apa benda la Suami aku tunjuk ni. Takkan nak offer makanan kat aku lagi. Rupanya ada frame Jalan-Jalan Cari Makan. Ohhhh, patut lah penuh. Setakat duduk semeja dengan pelanggan lain, laga-laga siku itu normal. Haha.

Oh, nama kedai tak ingat sebab signboard dia pun tersorok sikit. Tapi dekat gila dengan SPCA Ampang.

Lepas settle sunatkan Encik Johnny, kitorang pergi Aeon Wangsa Maju. Sekali Poney buat sales! Menangis kat situ jugak. Nasib taktau gender lagi.. Sakit je hati tengok baju baby comel-comel. Poning nak pilih kalau ikutkan. Hehehehe! Masuk MPH beli buku untuk buat diary pregnancy.. Suami dah tanya banyak kali bila nak beli buku, bila nak beli buku. Akhirnya, dah ada pun sebuah buku kecik, khas untuk diary pregnancy, khas untuk baby bila dah besar nanti, boleh lah dia tau perjalanan dia dalam rahim ibu dia macam mana. Dan untuk kenangan aku jugak. Macam file kawen. Wink! Wink!

Nanti kita review eh :)

Weekend ni birthday kami, gila bapak tok nek excited aku. Macam biasa la, aku kalau bab nak meraikan hari-hari indah memang macam ni excited tak beragak. Padahal takde apa pun. Ngehngehngeh. Suami dah dapat hadiah, korang pun dah tau hadiah apa. Aku pun dah dapat jugak. Tapi hadiah Suami untuk aku memang memusnahkan hidup aku nampaknya. Hahahaha! Nanti lah bagitahu, sekarang ni jangan tanya kenapa aku jarang on blog, on FB. Sebab aku tengah memusnahkan hari-hari aku dengan menatang yang aku taknak beli langsung! Kalau dari duit aku memang aku takkan beli la. Takkan. Lantak la aku kuno tahap paleolitik pun. 

Salah Suami.

Hehehehehehehehehehe.

Cukup lah kot, kang termengarut yang jauh-jauh kang buat malu je. Nak layan picha sila lah visit ig aku. Nama sama. Senang kan, malas taip upload je sekeping gambar. Tapi ig baru dihidupkan semalam. Memang suam-suam kuku lagi lah ye. Masih berhati-hati menggunakan ig. Takut terlebih upload. Maklumlah, aku ni suka mengambil gambar dah diambil gambar. Hewhew!

OKbai!





Love,
Nursaila Norman!



11 comments:

  1. Mesti dapat hengpong ni ! Pastu kekdahnya main game la tuuuu. :P

    ReplyDelete
  2. Tetap best d baca walaupun takda topik.hehe Nnt fiza follow kat ig sis k. :)

    ReplyDelete
  3. bagus la beli buku Sudoku nanti anak bijak. hehe.. kita time pregnant
    rajin buat buku maths petua org nk anak bijak :DD

    owh ya jom follow2 ig memasing. hasina89 :DD

    ReplyDelete
  4. x leh folow la..sb x de ac ig..

    xde lah sampai nyesal..
    eh tak de ngidam2 ke?
    ngidam nak smbut birthday ni..

    ReplyDelete
  5. saila, anta johny p sunat kat mana..nak tau blh tak sbb kita tgh pening nk anto kekucings ni ke mana..

    soklan ada kena mengena entri kan?hehe

    ReplyDelete
  6. Happy becoming birthday saila and husband. Dapat adiah ape la. Dija tak malu adiah dah siap sedia mintak tahun ni haha rajin saila nak buat diary prgnncy. Dija malas. Ye ye je beli buku. Last2 tak tulis pun.

    ReplyDelete
  7. cikCT : saila hantar johnny kat SPCA Ampang..cuba google..murah je rm60+rm20(vaksin). kalau g private cecah ratus.. nnt saila bt review lah senang :)

    ReplyDelete
  8. sy pun bru brjinak2 nk borong buku pixi..dok tgk deal kt web mna yg best..main candy crush eh..hehe..sedapnya pulut kuning! wewittt..sma blnla bday kt..sy n hubby mnggu 1 lg..happy becoming birthday Saila n husband :)

    ReplyDelete
  9. Tak yah cerita gempak sangat pun ok...asalkan ada berita..hihihi

    ReplyDelete
  10. ooo...tetap menarik...
    nak bce smpai hujung...
    btw..hapoy burfday dear sweetie...
    hehee

    ReplyDelete

mmuah! mmuah!