Assalamualaikum.
Salam Ramadhan!
Harini Ramadhan ke-13. Harini genap 8 bulan baby M dalam perut ibu. Hewhew! Alhamdulillah rezeki Allah bagi, aku semakin sihat pulak. Takde masalah perut macam awal-awal dulu (sejak mula sampai la 6 bulan). Hikmah dan berkat Ramadhan jugak nie.. Doa aku sebelum Ramadhan supaya aku boleh berpuasa, perut aku tak sakit (gastrik) Allah makbulkan :)
Tidur malam masih nyenyak.. Hehehe!
Semalam check up KKIA, semua okay, alhamdulillah. Tak perlu minum air gula itu penting HAHA. Apa yang takut sangat minum air gula ntah. Padahal air manis je pun. Kan. Hehehehe! Ntah pape lah aku nie. Senang hati gembira tak terkata bila nurse cakap awak tak payah minum air gula. kehkehkeh!
Kebetulan minggu lepas aku lengkap kan kesemua checklist. Checklist set berpantang paling last. Tapi aku tak beli secara set. Aku beli secara loose sahaja. Walaupun ada orang cakap beli secara set lebih berbaloi, lengkap apa semua, tapi bila aku tengok-tengok balik benda yang lebih kurang sama je ulang-ulang. So tak payah lah. Pengalaman kawan-kawan terdekat pun cakap kalau beli set tak semua kita pakai, membazir lah jugak. Bila fikir-fikir balik aku pun maybe akan membazir jugak kot.. Hehehehehe. Jadi aku pilih untuk beli secara loose. Beli benda yang perlu je.
Sebelum membeli aku google dulu item berpantang secara loose.. Sebab taktau nak beli apa dan taknak beli benda yang lebih kurang sama. Hasil carian aku kat blog-blog luar sana tu, ini lah benda yang aku beli. Macam-macam jenis produk yang aku jumpa, aku senarai je semua yang aku berkenan lepas tu pilih yang paaaaling aku rasa aku akan guna tanpa was-was.
1. Leesa Formula Cotet Emas - 15 uncang
Cotet emas adalah herba yang popular dikalangan penduduk utara Malaysia sebagai tonik wanita dan sering digunakan terutama selepas bersalin. Cotet emas amat baik dijadikan minuman kerana khasiat kandungan bahan flavanoid dan triterpenoid di dalamnya bertindak sebagai anti-oksidan dan anti-inflamatori, manakala perisa semula jadinya yang menyerupai rasa kayu manis amat digemari ramai.
2. Minyak Telon
Minyak ini berguna untuk bayi. Membantu meredakan perut kembung, serta memberikan rasa hangat pada tubuh bayi.
3. Lotion Mustajab Extra Hot with Extra Ginger
Urutan seluruh badan, sakit otot dan sendi, bakar lemak dan langsing badan, kembung perut dan sakit belakang, mengurangkan selulit, untuk ibu lepas bersalin, legakan senggugut.
4. Pilis
Digunakan secara tradisional untuk melegakan pening kepala bagi wanita selepas bersalin.
5. Param
Digunakan secara tradisional untuk melegakan bengkak-bengkak ringan, terseliuh, sakit sendi.
6. Herbal Bath
7. Brown Formulation Body Soap Tanamera
8. Virgin Coconut Oil Tanamera
Set Tanamera je aku beli secara online. Nampak macam sikit je kan? Aku harap walaupun sikit tapi berguna lah.
Bengkung je belum beli lagi. Itu Ibu aku nak belikan, dia sibukkkk nak pastikan bengkung style dulu-dulu, jenis kain pun nak macam dulu-dulu. Huhuhu! Orang cakap leceh nak pakai bengkung style lama tu kan, susah nak ke bilik air lah, susah nak duduk lah.. Pakai yang moden senang. Tapi aku berpantang kat rumah Ibu, jadi aku tak boleh nak berbengkung moden. sobs!
Tungku pun sama, Ibu suruh guna batu sungai. Dan memang ada kat rumah pun. So jimat lah jugak dekat situ. Aku tengok harga untuk tungku pun rm50 macam tu. Tungku baby pun tak beli, buat sendiri Ibu cakap. Kos tak banyak. Silap-silap tak sampai rm5 pun.
Stokin untuk berpantang aku memang taknak warna hitam plain (mengadanya kan?), sebab stokin harian yang aku pakai malam-malam tu pun kaler-kaler, bayangkan aku kena pakai stokin siang malam masa berpantang nanti.. Bosan teruk lah kalau berstokin hitam semata-mata. Huhuhuhu!
Aku plan nak masuk SOX World, tempat aku membazir duit zaman-zaman sekolah dulu dengan kawan-kawan. Tapi stokin kat situ makin mahal tapi takde lah tebal mana. Huhuhu! Aku masuk lah FOS pulak.. Malas nak berjalan-jalan sebab puasa (hikhik) aku ambil je stokin kat FOS macam dalam gambar. Tapi semalam berbuka puasa kat luar, sebelum balik tu masuk DAISO dulu, kat situ pun stokin dia best-best. Rm5 je!
Cuba teka, aku ambil yang mana..
Terbeli jugak satu hikhik!
Itu jelah nak cerita, simple je produk berpantang aku. Yang selebihnya nak fokus dekat makanan masa berpantang. Nak kena beli ikan bilis buat stock, pastu nanti ikan dengan sayur pun nak kena beli yang sesuai untuk orang berpantang. Harap semuanya dipermudahkan.
Mana-mana yang terkurang tu pandai-pandai lah nanti. Boleh suruh Suami pergi beli atau online je. Hehehe!
Doakan aku selamat bersalin ya :)
Love,
Nursaila Norman!
wah!!saila dah 8 bulan,xsabar nak jumpa bby saila :) betul!bazir ja pon beli yang set ika xguna abis pon,sampai lani ada lgi :p (tetap asa bazir walaupon org adiahkan)
ReplyDeletep/s:saila nak x barang berpantang yang ika xguna & yg guna sikit 2:) kalau nak ika boleh bagi :) amway :)
EIKA : wahhhh..serius ke nih? malu lah pulak..hikhik
ReplyDeletekite pun nak beli tanamera tu jugak. tgk review sume kata best. stokin daiso? cute2 tak tahan tengok. hehe!
ReplyDeletesemoga dipermudahkan ye saila. inshaallah :)
Eh2..xlama dah tu..baby m ek..ala2..xsbrnyer...aaa..cik mah pun xbeli set masa berpantang hr tu..xnk membazir..knlah stoking comel2 kan..br rasa mood berpantang tu seronok..hehhe
ReplyDeleteHritu pun bli loose item jgk.. Yg plg berguna, pilis.. Hihi
ReplyDeleteexcitednye kite tgk awk beli brg2 pantang!!! take care tau awak.. :)
ReplyDeleteSalam.. Singgah sini.. Sy suggest ambik jugak firming herbal blend paste tanamera..
ReplyDeleteSangat membantu untuk kecutkan rahim. Sy pakai 3 hari je rahim dah kecut dan perut pun flat je x buncit dah..
Fiqa pn smlm baru beli tanamera tp fiqa amek set..then beli loose item nona rogue jamu dgn beli pati gamat Hehe. Kte sama lah dh 8 bulan juga hihi!
ReplyDeletehehehe... xlama dah kan sis. mesti xsabar bercampur nervous, hope allah make it easy ye...
ReplyDeletesy tak beli apa apa pon masa berpantang . just urut , mandi akar kayu tukang urut wat
ReplyDeleteit better...
ReplyDeletesama macam lin berpantang dlu. mmg beli loose. senang nak mix and match. hg pun boleh kurang bnyk compare beli set. end up tak boleh mkn semua sebb anak kuning or anything.
Hye. Sy bru hbs berpantang. Sy pn bli loose item. Tp yg palng best, Phytonatal NR. Mmg xda sembelit,lawas je.mkn 2 bji. X gangu pnyusuan and bdn brtnaga. Bli on9 bleh dpt murah. Sbb aftr brsalin cnfirm akn smbelit even dh minum bnyk air plus takut nk meneran..
ReplyDelete