CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

Friday, September 26, 2014

Baby Dah Lahir!

Assalamualaikum.



EDD : 4th September 2014
overdue 7 hari
DOB : 11th September 2014




******

Hi! Sumpah rindu, tak tipu!

Dah lama tak login, dah lama tak menaip, dah lama tak bercerita, jadi kekok yang amat. Tak tau nak mula dari mana dengan apa. 

Niat update harini nak bagitahu yang kita dah bersalin, baby dah lahir. Weeehuuuu!

Nak cerita ke pengalaman aku lahirkan baby girl sorang ni? Sebab masa dalam LR aku banyak lupa.. HAHAHA. Sebab aku tido sementara nak tunggu time meneran T____T (wutever).

Okay lah, aku cerita lebih kurang jelah eh.. Kalau nak tau banyak, kena tanya Suami. Aku sendiri banyak tanya dia. kehkehkeh! 

*Entry Mungkin Terlalu Panjang*



Rabu (10 September 2014) 
Aku pergi KK ikut appointment sebab masih belum bersalin. Masa ni dah overdue 6 hari. Lepas jumpa nurse, kena jumpa doctor. Masa jumpa doctor, dia buat surat supaya aku refer hospital. Tapi sempat dia bagi advice untuk elak kena induce (bersama dengan Suami - induce naturally katanya). Aku tanya doctor, bila sebaiknya pergi hospital. Doctor cakap petang ni masuk wad, esok pagi (khamis) induce (induce selalunya waktu pagi), esok (khamis) dah boleh jumpa baby. Wah, cara doctor cakap bapak senang. Macam senanggggg je kannnnn.. Keluar dari KK diskas dengan Suami bila nak pergi hospital. Lepas diskas cukup-cukup, kitorang pilih nak pergi malam nanti. Sebabnya aku pun tak sakit, tanda baru kuar soft brown yang sangat sikit, dan malas nak duduk lama-lama dalam wad sorang2. Huhuhu!

Malam tu lepas Isyak kitorang gerak pergi HKL. Tapi sebelum tu singgah Kg Bharu makan Chicken Chop, Suami nak aku makan best-best sebelum bersalin. Wu,Wu! Selera tak selera lah jugak nak makan.

Dekat-dekat pukul 12 malam sampai HKL. Macam-macam prosedur untuk check-in, buat VE pulak. Rupanya dah 3cm. Excited gila aku time tu. Motip nak excited aku pun taktau. HAHA. Dah siap semua, nurse suruh aku naik wheel chair. Aku pelik gila lah, aku tak sakit perlu ke naik wheel chair. Aku tanya nurse rupanya prosedur kalau dah 3cm kena naik wheel chair. Hamboi, syoknya :)

Baring atas katil dalam wad pukul 2am. Bermula lah episod sedih nangis-nangis sebab Suami takde. First time tido takde Suami. Damn. Suami bekalkan t-shirt dia yang dah pakai, dia suruh aku tido dengan baju dia. Bangun keluarkan baju Suami, pastu cium-cium sampai tertido. Muahahaha!


Khamis (11 September 2014)
Sementara nak tunggu Subuh tu perut kerap mengeras. Sepanjang aku pregnant memang mengeras, tapi yang ini sakit lebih sikit especially dekat bontot. Agak tidak selesa lah jugak. Aku taktau pulak itu contraction. Sebab rasa mengeras tu memang kebiasaan aku rasa masa pregnant. Aku pulak dok tunggu rasa contraction macam senggugut yang orang cakap-cakap tu. LOL.

Pagi pukul 8am, Suami masuk. Eh?! Boleh masuk ke? Suami cakap boleh je.. Wahhhh, happy lah dapat tengok muka Suami, ada kawan nak bercakap. Dalam pukul 9am Suami balik rumah nak mandi apa semua. Nanti waktu melawat pukul 12.30pm Suami datang balik. Sementara tu aku takde la bosan sangat, sebab nurse datang check itu ini, doctor datang check itu ini.

Pukul 11 doctor panggil beberapa patient termasuk aku untuk buat VE. Bila buat VE dah 4cm. Kali ni doctor seluk kuat sikit, doctor cakap 'senangnya awak ni nak bersalin, dah 4cm dah, dah boleh masuk LR ni..nak masuk sekarang ke kejap lagi?' Aik, boleh pilih pulak? So aku pilih kejap lagi sebab tak sakit sangat. Nak tunggu sakit kuat sikit baru masuk. Sesambil bercakap dengan doctor tu, dia seluk beriya-iya. Dah sudah tu doctor cakap 'saya dah tolong bagi bukaan cepat sikit tadi'. Oh! Patut lah bapak kuat dia seluk. Aku dengan berlapang hati walaupun sakit mengucapkan 'terima kasih doctor' dengan senyuman happy walapun sakit. Wu, Wuu, Wuuuuu! Tak perlu induce, yayyy!

Suami sampai dengan Ibu waktu melawat tu aku dah agak sakit. Tapi masih mampu tahan dan makan sikit makanan lunch. Dekat-dekat Zohor Suami dengan Ibu dah suruh aku masuk LR je. Walaupun aku rasa aku okay lagi.. Tapi diorang dah risau-risau. Aku pun mintak Suami bagitahu nurse. Tak lama tu datang wheel chair, nurse hantar. Settle buat VE dah 6cm. Prosedur masuk LR dekat HKL 4/5cm. Lepas buat VE aku mintak izin nak ke tandas kat doctor. Keluar dari tandas nurse carik aku macam kalut semacam. Rupanya semua nurse-nurse carik aku, sebab katil dah siap nak tolak ke LR. Aku lak buat rilex je kelaur tandas. Sempat gak aku dengar nurse cakap 'dah 6cm mana boleh pergi tandas, kenapa doctor bagiii'. Gulp! Prihatin nya diorang,

Sambil naik atas katil nak ditolak ke LR sempat jugak lah nurse-nurse tu cakap 'ni ke patient yang dah 6cm? macam tak sakit je'. Aku sengih jelah tengok nurse-nurse kat situ kerumun tengok aku. Hehehe.. Sakit, tapi masih boleh tahan.

Tolak masuk LR aku sibuk cari patient nak bersalin. Sebab orang cakap bersalin kat HKL ni sebelah-sebelah je, asing dengan langsir je. Macam scary gila kan? Tetiba aku dengar ada suara cakap 'ni ke yang nak bersalin tu? muka rilexxx je'. Tak sampai sesaat ramai lah ntah sape-sape kerumun tengok muka aku sekali lagi. Damn. Sampai lah sorang doctor ni tanya 'mana?mana?' bila dia tengok muka aku tersengihhhh dia cakap 'bagus..bagus' sambil senyum kat aku. Yang lain-lain pun senyummmm manissss. Aku lak dah lupa sakit kejap sebab sibukkkk cari mana tempat bersalin yang katanya asing guna langsir je tu.

Tau-tau dah sampai dalam bilik cantik. Aku ingat tempat singgah kejap sementara tunggu aku sakit teruk atau tunggu tempat bersalin kosong. Laju je diorang buat macam-macam kat aku, epidural diorang tak boleh bagi sebab dah 6cm. Doctor siap tanya 'takpe kan?' sambil pandang muka aku rapat-rapat. Erk! Takpe lah, nak buat macam mana kan.. Aku pun tak terfikir pasal epidural. Itu aku blur, epidural eh.. Mesti doctor ingat aku blur sebab kecewa.

Sambil diorang buat keja ramai-ramai tu, sambil diorang borak macam-macam dengan aku, sikit pun aku tak sedar rasa sakit. Sampai lah diorang nak pecahkan air ketuban. Tau-tau je rasa air panas keluar. Dah settle semua Suami pun masuk sambil tersenyum. Huwaaaa.. Ingatkan Suami tak boleh masuk awal-awal, ingatkan Suami tak berani nak teman. Aku tak harap pape pun. Suami tak teman pun takpe sebab tau dia takut. Tapi rupanya tak. Dia teman dalam LR dari mula sampai akhir.

Masa 7cm aku rasa sakit sangat, Suami suruh aku amek ubat apa ntah Sister ada offer kalau aku tak tahan. Gas Entonox yang diorang bagi aku dah tak lalu nak sedut. Huhu! Suami panggil Sister cakap aku nak ubat yang Sister offer tadi tu. Ada Sister tu cakap, tapi aku dah lupa. Hehehehe. Dalam 10-15 minit Sister masukkan ubat tu aku langsung tak sedar apa-apa. Yang aku dengar Suami nak keluar solat. Aku rasa sakit, tapi macam sakit dalam mimpi. Sampai lah aku rasa nak meneran, baru lah aku sedar. Itu pun mata tak boleh bukak sepenuhnya. Sempat tanya Suami kenapa mata aku ni mengantukkkk sangat. Suami cakap ubat tadi tu.. Huhuhu! Masa 8cm aku dah rasa nak teran sangat-sangat tapi masih tidak dibenarkan. 9cm ke 9.5cm macam tu baru doctor bagi teran. 

Pukul 10.45malam baby girl lahir! Suami excited gila tengok baby keluar macam swimming katanya. Siap bagi cermin mata kat aku suruh aku tengok baby berenang. Baby kan keluar sekali dengan air, Suami pelik datang mana air banyak-banyak tu. Baby dah lahir, laju je diorang cucuk kat paha kanan untuk kecutkan rahim lepas tu suruh Suami keluar. Baby pun Suami yang sebut baby girl. Aku kan rabun, tak nampak kemaluan baby. HEHEHEHE.

Masa doctor nak keluarkan uri doctor suruh aku tidur. Dah siap tu aku terjaga sebab doctor nak jahit pulak, sempat aku tanya doctor bius ke tak. Doctor cakap 'adaaaaa'. Hehehehe.. Risau gila. Part kena jahit lah benda paling aku takut kalau bersalin. HAHA. Alhamdulillah ada bius. Nampak je doctor nak start cucuk ubat bius (nak start jahit lah kannn) laju-laju aku sedut Gas Entonox macam hape! Sakit contraction pun aku sedut rilex-rilex. Bila nak jahit gigih aku sedut macam orang kalut tak tentu pasal. HAHAHA.

Lama jugak aku dalam LR tu. Dari pukul 3ptg - 10.45mlm. Start sakit lepas Asar macam tu kot (lupa!). Start tido pun area itu jugak. Pukul 8mlm baru tersedar dari tido sebab nak teran. 

Overall, okay lah.. Walaupun sakit, tapi sebab kakitangan dia baik, penyabar, layannnn je kerenah aku.. Buat aku tersenyum bila ingat-ingat balik. Suami pulak teman aku sepanjang dalam LR. Bila aku belek gambar dalam hp, ada pulak pic aku dalam LR. Cis! Suami ni, sempat pulak dia!

Dalam mamai-mamai sakit tu, aku dengar Suami cakap 'tahun depan kita g bercuti ehh' sambil usap-usap rambut aku. Kannnn.. Kerlassss, dalam LR Suami aku plan nak g bercuti tahun depan! Masa Sister nak sedut air kencing pun sama, Suami pandang muka aku dekat-dekat lepas tu cakap 'tak sakit kan? tak sakit kan? tak sakit..tak sakit..' Motipppp? Sakit gila nak sedut air kecing. Huwaaaa.. Suami nak psiko lah tu.. Oh, Suami sempat tanya Sister, kalau anak kedua jarak 5 tahun sakit dia macam ni jugak ke. Sister cakap ya, lebih kurang macam ni lah. Kalau dekat sikit dalam 2,3 tahun takde lah sangat. See? Suami boleh tanya pasal anak kedua????!! Tahniah sayang, awak berjaya buat lawak kelakar dalam LR. Bila ingat-ingat balik memang tersenyum sorang-sorang. Ada-ada je Suami aku nih.

Apa-apa pun, semuanya dah selamat. Baby agak berat, tak macam jangkaan aku, seperti yang aku harapkan below 3kg. Baby lahir dengan berat 3.34kg. Gunting lah jugak. Tapi nasib baik buat urutan perineum. Kalau tak lagi teruk kot. So jahitan dekat gunting jelah. Jahit pun tak lama. Alhamdulillah :) Aku minum jeli gamat sekali dua je terus rasa ringan dekat tempat jahit. Hari ke-6 bersalin aku dah boleh bergerak lebih selesa (takde la rasa bengkak). Hari seterusnya dah lebih dari okay :)

Harini hari ke-15 umur baby. Baby kena pro-long jaundice. Next entry aku cerita eh.

Till then..





Love,
Nursaila Norman!




25 comments:

  1. tahniah saila & suami. selamat berpantang ya. take care dear..

    *if nak try set perpantang shaklee boleh pm nuha :)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah tu kira mudah jugak la perjalanan bersalin. ada org kena jahit mentah2 tak bisu. tak tau la macam mana rasa sebab akak pun bersalin masa jahit bius tak rasa apa. sakit bersalin pun x lama. Tak tau la org tua2 kata kalau turun tanda air bersalin senang tak sakit sangat. Asben akak pun masa akak bersalin dia cakap banyak air keluar dia jadi pelik.. kekekekeke. takpe pengalaman untuk mereka tu penting supaya dorang tahu macam mana bini dorang berkorban untuk bagi dorang zuriat supaya dorang lebih hargai. Yup.. banyak perubahan asben akak lepas dia temankan akak bersalin. Rasa happy & terharu dia macam tak terucap tp kita tahu sebab kita wife dia

    ReplyDelete
  3. Tahniah aunty saila....ye ye..geng b2b nnti..hahaha..boleh x gtu..hehe...syukur dipermudahkan...seronok bc semua dimudahkan...

    ReplyDelete
  4. Akak ! Tahniah , tahniah ! Kita yang terkemut2 baca entry ni. Huwaaaa. Sakitnyaaa rase.

    ReplyDelete
  5. congrats saila!! enjoy motherhood..hehe

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum saila. taniah babe! dah jadi ibu. heeee nanti share pic anak dah bambam tu. huhuuu keep bf anak, akan turun kuning dia. just be patient dear ~~~

    ReplyDelete
  7. TAHNIAH KAK... semoga baby sihat dan akak kembali menulis... heheh

    hurmmm bila la dpt rasa detik indah tu... :)

    ReplyDelete
  8. tahniah..
    sanggop kita add fb saila nak tahu dah bersalin belum..hihi..

    selamat berpantang..
    selamat menjadi ibu..
    #siangmalamtiadabeza

    ReplyDelete
  9. tahniah saila! =D

    *belum habis baca entry ni, dah wish dulu.. hehehe

    ReplyDelete
  10. kelakar jugak situasi dlm LR dengan husband. COngrats for u and husband... akhirnya dh dpt baby girl. patut senyap.. hehehe... dh agak dah.. selamat brpantang ye awak... :)

    ReplyDelete
  11. tahniah...just following... follow kite jgak http://cikjelita899.blogspot.com/

    ReplyDelete
  12. Tahniah Saila...welcome to mum club...hehehehe..akak pon bersalin di HKL 21.03.14 anak ke empat..saila citer pengalaman bersalin akk bole bayang LR dan wad bersalin kat HKL..:)ape pon akak bersyukur bersalin di HKL sbb doc dan nurse yg tersgt la baik walaupon hospital tak sehebat hospital swasta.

    ReplyDelete
  13. tumpang gembira & tahniah yer ! take care of yr self & yr baby too ok, len2 nanti2 cerita yer

    ReplyDelete
  14. salam...

    Alhamdulillah...tahniah dh naik 1 lg pangkat.

    Klau kt Spital Sbrg Jaya LR dia mmg tirai/langsir tu je.Ms sy msuk nk scan perut dlm LR sbb baby songsang mmg leh dgr sebijik sebijan suara mommy2 dok meneran.Terus BP high...trus demam tp sy czer...sadissss

    ReplyDelete
  15. Salam Jumaat. Sesuatu untuk kamu di blog KA . TQ http://www.kesumaangsana.blogspot.com/2014/10/re-publish-n3-pendek-tentang-adik-tapi.html

    ReplyDelete
  16. Tahniah dik.. haha.. lama tak singgah sini... happy confinement ya.. jgn cheating2 hihi..

    ReplyDelete
  17. Tahniah, Saila...
    Nak tengok gambar baby... :)

    ReplyDelete
  18. Congrats U, i pun bersalin di HKL, dari doctor ke nurse semua baik dan tak garang :))

    ReplyDelete
  19. Saila...beshnye bace pengalaman saila.Mudah sungguh.Besh3.Sha tak sempat lg nak mengarang ni.Hehe.Silap2 lupe da ape yg terjadi.Lebih kurang berat baby kte.Sha 3.3kg.Hehe.

    ReplyDelete
  20. dlm bnyk2 cerita, klakar bab suami tnya ank no.2 tu.. hehehe..

    ReplyDelete

mmuah! mmuah!